Wednesday, June 30, 2010

Apa ada pada nama?

Zaman sekarang ni nama budak budak makin lama makin menarik, unik dan kadang-kadang pelik sampai susah nak sebut..
Kalau dulu zaman nenek kita nama stok Azizah, Rokiah, Musalmah, Ramlah, Fatimah... Ini kalau ikut pengalaman aku la. Saudara mara aku. Sebab tu sekarang aku ada Tok Su Azizah, Tok Long Rokiah, Tok Ndak Musalmah (sape ntah), Acik Fatimah....

Budak yang lahir baya baya aku nama macam dah sedap sikit lah kan..... syakirah, hidayah, humaira, farah, faezah, Anas, Apip, Faiz ... Masa ada sepupu panggilan cuma, kakak, adik, abang, along atau  hoi..

Tapi sekarang, bila meningkat dewasa, dah ada anak buah sendiri. Panggilan pun nak kena lah bertukar kan..
Err..macam Long Dilla (??), Ngah Farah, Pak Ngah Faiz, Mak Lang Shirah, Pak Su Najib :) Ngah Syakirah... T____T ... macam tak puas hati jugak sebab kena tambah panggilan yg kat depan tu..

Weh itu baru nama nama biasa je...Yela nama era zaman kelahiran aku tu nama belum glamor macam sekarang.

Budak yang lahir era millenium ni kan nama diorang makin canggih. Kau bayangkan nanti diorang dah ada anak buah cucu cicit segala...

Uncle Danish
Mak Lang Qaleesya
Tok Ngah Adam
Tok Ndak Rayyan
Makcik Darwisya
Moyang Mikhael

Mantap gitu.. :))

Takde point

Tuesday, June 29, 2010

kan best...

Kalau boleh nak bercuti setahun sekali ke tempat tempat yang jauh sikit tapi masih dekat asia
macam Manila, Brunei, Sabah, Bali, Korea, Ho Chin Minh... Aku memang semangat asia!

Teringin nak join semua yg kelab volunteer anjur kemana mana tanpa perlu berbajet panjang

Lepas tu nak menjelajah dunia

Nak tukar spot rim, pasang tinted and kalau boleh nak tukar cat sekaligus dekat abang master :)

nak beli handbag jam tangan dan sunglass

kan best...

tapi tengah pokai skang ni... huk huk huk

Tuesday, June 22, 2010

Setahun

Aku tiru tajuk entry baru kirah. Rasanya takde masalah kot. Alah tajuk je wak.. halal lah.

Aku bukan apa. Baca entry baru dia cerita pasal dah setahun dia sambung belajar. Aku pun terfikir. Dah setahun berlalu. Apa pencapaian aku? Kalau ikutkan memang lah kita baru pertengahan tahun 2010 ni kan. Tapi rasanya ni masa yang sesuai jugak nak evaluate diri balik. Apa yang kita dah capai...

Ingat lagi setahun lepas. Masa tu aku baru 'didajalkan' oleh syaitonirrajim. Dia buat aku sedih macam haram. Menangis macam bangang. Dia buat aku rasa diri ni miskin dalam bab bab kasih sayang dan kaya dalam bab bab kecelakaan ni. Dia buat aku rasa dahi aku ada cop 'UNTUK DISAKITI'.

tapi aku bukan lah lemah sangat macam tu. Perempuan bila ditinggalkan dalam keadaan tak bersedia itulah yang dia rasa. Eh sape pulak yang bersdia untuk ditinggalkan? Nobody. Sebab kita (side ditinggalkan) rasa kita dah beri yang terbaik. Kita rasa feel enough untuk terus bersama. Rasa lengkap cukup dengan komunikasi 2 hala yg baik bla bla bla.... Tapi apa pulak yg dia rasa (side meninggalkan)? Bagi dia semua belum cukup.. Komunikasi baik tapi ada hipokrisi di sana sini? takde rasa 'feel enough'. Rasa kau bukan sepatutnya disisi dia untuk teman dia ke mana-mana... Itu yang dia rasa. Itu yang buat dia buka mata pada kewujudan orang lain. Ada faham?

Lepas setahun aku rasa cukup faham dan sangat faham. Matang? Mungkin jugak.

Walaupun kadang kadang ada sedikit kesal. Kesal sebab pernah kenal dia. Kesal sebab kenapa aku yang ada disitu.Mungkin sebab aku salah pilih jalan lalu terjumpa dia dekat simpang tu...

Okey okey..
Lepas setahun, sekarang aku lebih bukak mata luas-luas. Banyak benda yang lagi besar lagi tinggi lagi dasyat aku kena capai untuk diri sendiri. Sekarang priority aku orang terdekat. Family. Apa aku buat semua untuk family. Kawan yang memang ada masa celaka aku. Masa aku gelak sampai nangis. Dan orang orang ini yang tau macam mana aku bangun lepas aku ditolak jatuh tertiarap tergolek dok dulu... Perit kalau dikenang..

Tapi sumpah aku bersyukur.... sangat bersyukur...

Kalau tak mungkin aku masih buta .. Dulu,

Aku nak sangat join jadi volunteer mana-mana persatuan, kemudian melancong tempat-tempat impian aku aku. Semua tu patutnya aku dah buat lama dah. Tapi sebab masa tu keutamaan aku lain. Benda lain. Sekarang aku cuba grab apa je peluang yang ada depan mata sebaik mungkin...
Tulis sikit lah kan.. supaya tak lupa :-

~ degree :')
~ bandung
~ lepas ni insya Allah Manila :)))))
~ viva putih
~ viva palestina
~ yayasan salam
~ kek (blog kek akan menyusul)

eh ia satu pencapaian kan?
and again...

aku nk ucap terima kasih untuk semua yang ada dibelakang aku masa celaka aku dan masa bahagia aku.. Sekarang aku rasa dahi aku ada cop 'TRY SAKITI KALAU BERANI' hahahahahah

Friday, June 18, 2010

Rambang rawak dan rojak

Hari ni nk tulis semuanya hal hal rambang.. malas nk fikir masalah dunia. Aku dok gebang sana sini pun bukan boleh ubah apa-apa. Kerajaan kata nk buat parlimen baru harga 800 juta kita dok tak puas hati mengamuk sana sini pun depa buat jugak. Kuasa duit semua kat tangan depa. Kita ni rakyat ja. Bersuara melalui undi. Tapi bila time undi tak puas hati lagu mana pun dok undi jugak depa... haih penat!

Aku rasa annoying bila tengok orang perempuan yang selama ni tak pernah pun nak komen pasal bola tetiba boleh bok bek dung dang sana sini berkomen pasal bola. England main cam haram lah. Afrika awal awal dah kalah lah. Itu lah ini lah... Sumpah annoying! Eh kalau kau minat bola, kau mesti dah lama bung bang pasal game selangor yang cuma menang di tempat sendiri lah, kedah tetap juara ke ape ke kan. Bukan tunggu world cup je. Macam aku. Aku mengaku memang sumpah aku tak tau apa pun pasai bola ni kecuali time gol!!!! Seronok tengok orang menjerit menari samba. Aku boleh join menari apa. Padahal hapah pun tak paham. Tapi ah lantak lah kan... Nak tunjuk yang kau tu ambik tau isu semasa... Suka hatilah...

Fatayah suggest aku dengar lagu-lagu Maher Zain. Best! Mendayu dayu. Aku suka arrangement muzik dia. Slow and thats my type. Muzik jiwang yang sentimental. Kalau bab lirik tu aku dapat la tangkap sikit sikit. Yang penting muzik nye tenangkan jiwa. And by the time fata dok suggest tu, aku dah download 3-4 lagu. Termasuk instrumental music  MOHRAM dengan Kenny G. What a day!! sekarang tengah layan muzik2 diorang... mood aku tengah okey sekarang. Bos pun takde. What a beautiful life!

Aku pulak suggest kat fata, kau kena dengar lagu lagu Zain Bikha. Kind of good songs for our soul. Dia cakap okey. Eleh macam aku tak tau. Selagi lagu maher zain dia tak melekat dalam kepala macam la dia nk dengar lagu lain.. :)

Bos aku cuti sampai 2 Julai. Lama kan? mestilah. Orang gi melawat ostolia dengan new zealand kot. mana boleh sehari dua. Tak puas la camtu. Lagipun cuti dia banyak kot. Dia dapat cuti cikgu dan cuti manager. Eh mana terlawan dengan kakitangan bawahan ni. Lagipun dia shareholder. Kau nk cakap banyak plak? Kau sapa kan? lantak lah bos... asal kau bahagia. Bulan depan turn aku pulak bercuti. Lepas bos aku la pulak kan. Aku kan kerani merangkap PA merangkap Maintenance merangkap segala lah... haha! Pagi pagi lagi dah berpeluh peluh panjat tangga pi check aircond setiap kelas. Orang lain ada? Jangan haraplah. Dah kata aku merangkap semua kan. Tapi gaji aku cuma merangkap budak SPM yang tak tau pape. Padahal tak lama lagi nak dapat degree kelas pertama dengan kepujian. heh! tapi jangan harap la gaji nak naik kan. Kalau naik pun nak ke tahap diploma tu jangan harap lagi lah... Okey mood aku tengah baik. Tak nak komplen-komplen... Nanti rezeki tak berkat..

Aku rindu gila kak melati! Rasa macam nak pi lepak umah dia bawak kek coklat denga blueberry cheese cake. Lepak sampai petang. Lepas tu baru balik. Tapi putrajaya dengan klang ni dekat sangat la kan...

Dulu aku pernah blind date dengan sorang mamat. nama dia A. Kawan aku yang tolong ejaskan. Mula mula aku taknak. Tapi kawan aku cakap, dila kita kena berusaha. Kadang kadang jodoh tak datang sendiri. haih.. aku pun ikut je. Dia pass no aku kat mamat tu. After few weeks contact melalui fon, kita pun jumpa. Habis aku angkut adik aku dengan kawan dia buat teman. Bila jumpa aku rasa kami tak serasi. Haha! Kelakar okey. Bila balik, mamat tu messsage je aku macam dah tak bape nak reply. Dia call aku tak angkat. Last last kami terus lost contact. Nasib aku dengan kawan aku still okey. Sebab dia pun dah highlight awal-awal, berkawan tak semestinya berkahwin. Tapi aku malas nk layan mamat tu, sebab dia sendiri cakap dia tengah mencari jodoh dia. Kalau boleh mak dia nk dia kawen bulan 6 lepas. Huih! takut la aku kalau macam tu kan...Selang bape bulan ada lagi sorang nk tolong kenenkan aku dengan kawan dia. Pendek cerita kita pun buat blind date. Tapi kali ni lepas jumpa mamat tu pulak yang tak call message aku. Padan muka aku kan. Allah nak balas kejap je. Sedih jugak lah... Aku kan tak cantik. Ah tapi lantak lah. Kak melati kata, dia bukan yours truly la tu. Kalau kita dah jumpa soulmate, dia mesti akan terima kita seadanya... Macam mana kita pakai, macam mana kita gelak bla..bla..bla...

Apa lagi aku nak tulis....

Pasal abang master kesayangan. Kereta comel aku macam something wrong dengan dia punya allignment. kau tak leh bawak laju. Melelong. Dah berapa hari dok tertangguh nak bawak dia. Last week dah bawak pi kedai. Masa tu aku cuma check dia punya balancing je. Lepas tu macam tak cukup duit. yelah aku dah habis dekat 200 servis dia baik punya. Nak check tayar duit nak kena catu sikit la kan. Last-last minggu ni allignment dah lari banyak. Semalam nak pi kedai tu, jalan nak masuk kedai tutup sebab ada pasar malam. First time aku rasa pasar malam ni annoying. Apehal pulak sampai tutup jalan bagai. Tergendala tayar aku ...

Esok sabtu. Kenduri sambut menantu kak shirah kat kelantan. Umi tak pi. Alasan sebab dia mengasuh Fahmi. Aku tau dia teringin nak pegi. Yela satu batalion sedara aku berkonvoi ramai ramai nak ke sana. Pastu siap planning bagai nak mandi kolam ayaq hangat la pe lah... tu belum lagi masuk shopping kat pasar siti khadijah segala. Cousin aku siap nak beli sutera yang harga 2ratus lebih tu. Banyak la duit hampa kan... Aku ni duit tak pernah cukup . Aku nampak umi macam kecewa jugak. Tapi nak buat macam mana. Dah lah mengasuh. Lepas tu aku yang 'mommy's driver' ni berkeras takmau pi. Aku ada beberapa alasan kukuh aku tak mau pi. mula-mula aku nak kena drive KL-Kelantan. Okey macam masalah kecik. Tapi kena lalu Gua Musang tu. Gila! Aku mana biasa lalu jalan tu. Last time aku pi masa Faiz bertunang, Paksu aku drive kereta. Aku baik punya tidoq kat belakang. Malam tu terjaga, kabus subhanallah punya tebal. Memang tak nampak jalan langsung. Dah pasang wiper pun still putih je. Pandangan dalam 5 meter je. Gila! Yang kedua aku tengah kering dan berjimat dalam segala hal. Hello bulan depan nak pi bandung. Mesti lah kena berjimat kan... Pagi tadi ayah bising. Macam mana nak kaya, Kumpul duit banyak banyak lepastu melancong jakarta lah, phuket lah...lepas tu muflis balik... Aku sengih je. Muda lagi yah... bukan ada tanggungjawab kat suami pun lagi...

Aku dengar kakitangan kerajaan sekarang teruk. Yang dapat claim OT dah kena trik semua. Lepas tu nak claim perjalanan, ikut harga teksi lah ape lah. Kiranya dah macam ada limitation sikit. Banyak jugak la komplen. Balik kampung nenek aku komplen. Harga padi turun. Dah la subsidi padi akan ditarik. Tapi harga benih, racun, baja semua NAIK.. macam mana? kalau tuai padi nanti, mestilah tak balik modal kan? semua orang kampung dah panas punggung. Belum lagi isu gula naik harga. Hari tu pergi beli gula dekat kedai makcik kelantan tu huh! tekejut beruk aku... sekilo gula pasir RM3.00! mahal giler! aku tak pasti harga ditetapkan berapa. Tapi yang pasti sebelum ni, 2kg = RM3.30... tengok! tengok! Pendek kata semua orang tengah rasa susah. Adakah berkaitan dengan pemerintah? Mungkin jugak. Pemerintah kita kan suka membazir. Buat masjid sampai 2 kat putrajaya. Dah la sebijik berjuta juta. Padahal maslah parking ada depa ambik kesah? punya lah susah nak park kat putrajaya tu. Sakit hati je...

Aku suka nama Dahlia. Nanti ada anak perempuan nak letak nama dahlia (tetiba)


Takkan Melayu hilang di dunia. Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasa. Petah berbahasa kudrat tak berjasa. Orang berbudi kita hanya tahu merasa. Selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju. Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju. Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak. Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak.
           *lagu Malique

Aku pun melayu..tapi apa yang dia tulis tu semua benar!

Credit to Izham Ismail untuk quote lagu Malique tu. Aku copy dari blog kau. And aku dah tonton Kolaj. Menarik! Kau memang pandai bab-bab editing ni kan.. Aku doa kau terus succes. By the way 'ini vidiyo saya' tu terbaekkkkkk!!!


dah cukup. no idea.

Thursday, June 17, 2010

entry perkahwinan tapi bukan aku punya...hihi

Kalau dah jodoh
mak tak restu pun boleh bagi restu
jauh jadi dekat
susah jadi senang
orang tolong ejas pun boleh tak jadi
pendek kata kalau dah jodoh
tak gitu? :)



selamat pengantin baru kak shirah dan abang ahmad
selamatlah semuanya...amin

Wednesday, June 9, 2010

Makna BAHAGIA pada anda?

Apa makna bahagia?

Sangat subjektif untuk beri jawapan yang spesifik. Ye memang takkan ada jawapan tetap untuk itu. Sebab?
Bagi pandangan mata orang lain, nampak sengsara tetapi bagi mereka itu bahagia. Ye macam lagu bahagia dalam sengsara.

Bahagia ditinggal kekasih..orang nampak macam kesian eh dia. Tapi kalau bf kaki pukul bagus lah kan berpisah. Tak payah jadi mangsa lelaki bodoh tu lagi.

Bahagia dengan yang sedikit .. Gaji kecik. Anak ramai. Makan nasi pun kena catu. Tapi anak anak sentiasa senyum happy.

Ada yang bahagia bila dapat menulis

Bahagia dengan berbuat jahat. Bila merompak membunuh merogol berzina lalu termengandung dan terbuang anak ditepi longkang juga MUNGKIN beri bahagia pada sesetengah orang.. Bagi aku bahagia yang tak kemana lah kalau macam tu. Bahagia di atas kesengsaraan orang lain. yang diatas tu bahagia DALAM sengsara itu LAIN dengan bahagia ATAS sengsara.. Lain maksudnya.  Fikir sendiri. Malas nak tulis..

Ada yang BAHAGIA lalu badan menggemuk.. bahagia lah katakan.. :))

Ada yang BANYAK baru bahagia..
Macam banyak awekssss.
Banyak duitssss
Banyak bajussss
banyak anaksss
banyak HUTANG?

semua beri makna kebahagiaan bukan?

Asalkan kita tahu menghargai kebahagian walau dalam banyak ATAU sedikit pasti kita bahagia
 ye bahagia...
pagi tadi dapat berita ada sorang lagi kawan bakalan melangsungkan hari bahagia
ye aku dah tentu tumpang bahagia...

BAHAGIA ITU PILIHAN KE??


bahagia kalau dapat meehun sup sekarang :))

hehe

Monday, June 7, 2010

Apa lagi yang kita perlu buat????

"Tolong baca surah Al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 malam ni.
Minta Allah hancurkan Israel.
 Tolong forward.
Saudara seagama telah dikepung dan tunggu masa untuk disembelih"

Kalau dapat message/ email yang berbentuk macam ni anda buat seperti yang disarankan ke atau tak?
Kalau setakat message macam ni aku memang percaya ia satu usaha. Tapi kalau ada ayat 'tolong forward kepada 7 org, nasib anda akan bla bla bla....ini memang aku kureng sikit..

Okey berbalik pada message di atas. Bukan bab tolong forward tapi bab tolong baca

persoalannya...adakah kita buat atau just forward dan duduk diam diam tunggu respon?

Bagi aku ia salah satu usaha. Kita pun tau, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha untuk berubah. Kita sebagai saudara seislam, menjadi tanggungjawab kita untuk berganding tenaga membantu saudara kita. Bila ada yang cakap umat Islam diseluruh dunia tak bersatu padu, sebab itu Islam ditindas and aku percaya!! Thats why Palestin masih lagi dijajah oleh yahudi laknatullah.. Kau tengok sendiri pemimpin Islam negara negara Arab (Islam). Bergaduh. Bertelagah sesama sendiri. Masa perang di Iraq, pelarian perang Iraq lari nak tumpang negara Mesir, tapi pintu sempadan Mesir ditutup atau kata lain warga Iraq tak dibenarkan masuk ke Mesir. Padahal sama-sama negara Islam tu. Itu dari pengetahuan aku yang cetek ilmu ni. aku pun setakat baca sepintas lalu... 

Ada banyak lagi contoh yang umat Islam tak bersatu padu.

Hal boikot memboikot product Israel ni. Aku percaya BOIKOT product diorang mampu buat diorang lumpuh. Korang?? Masing masing ada pendapat sendiri.. Aku sendiri walaupun percaya aku cuma buat 50-50. sebab ape? sebab hampir 90% keperluan harian kita semua dimonopoli oleh orang yahudi. Kalau setakat nak boikot McD, KFC, Coke takde hal . Sebab aku memang kurang sangat dengan fast food (takde hal pun, berapa lama sangat kita boleh boikot?) Belum termasuk bab benda lain. Macam baju-baju yang berlebel diorang? Kau ingat kalau jj buat sale kau tak tergoda? Kau tau tak hampir semua product dalam shooping mall kat malaysia ni keuntungan kalau tak semua mesti sikit masuk dalam kocek diorang? Tak kan la tak sedar. Secara tak lansung kau/ aku adalah PENYUMBANG kepada dana untuk membeli peluru dan bom yang menjadi hujan di Palestin atau perang Iraq.. 


Kau percaya tak kalau kau cakap macam ni, ada orang Islam yang akan melenting cakap eh setakat boikot tak kan bagi kesan...wak, cuba ingat balik masa mula-mula Iraq diserang. Masa tu nampak weird sangat kalau orang bertudung (maksudnye Islam la) masuk beli aiskerim Mc D. Ada la beberapa bulan orang akan nampak pelik sangat. Kau tengok masa tu kelam kabut Mc D promosi product baru lah, set baru harga baru, aku ingat lagi masa tu la keluar iklan set lunch yang berharga 5 ringgit lebih untuk seorang makan. Nampak tak kesan nya?

Mungkin pada mata kasar tak nampak. Kau kena perhalusi sikit... Halus... sehalus cara yang mereka guna untuk program otak kita..Dari kecik otak kita dah diprogram dengan branded product diorang, dengan sistem pendidikan diorang... Bila dah jadi darah daging memang susah nak ubah. Aku suka ambik contoh barang branded. Sebab itu paling dekat dihati kita kan? Balik, bukak almari cuba tengok baju seluar kita semua buatan US. eh US tu sekutu Israel. dan Israel ialah Yahudi (bahasa budak ilmu cetek macam aku ni). Dan Yahudi dah disebut dalam Al-Quran sebagai bangsa dilaknat Allah.. Mereka akan gunakan pelbagai cara untuk hapuskan Islam. Apa saja cara. Dari sehalus halus ke sekasar kasar cara... Yang paling halus kita tak sedar sekarang kesannya kita yang rasa...

Dari cara hidup mereka. Dan aku percaya kes buang bayi yang makin 'nampak biasa' dalam masyarakat kita, kes hubungan seksual sosial yang makin ntah hape-hape zaman sekarang ni adalah kesan dari 'usaha' mereka sejak beribu tahun dulu... dah lama.. kita yang tak sedar!

Dan bagi aku selagi mampu kita perlu berusaha, berganding tenaga dan usaha... Bukan setakat nampak tabung 'DERMA UNTUK GAZA' kau pun keluarkan notes biru dengan wajah mendung tanda sedih dengan apa yg berlaku diasana. Tak salah kalau kita baca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa dengan harapan Allah bantu kita ..

dan aku jugak percaya this is not only about humanity, but religion of course. Because Israel  dont have those feelings of humanity..

Aku tulis ni untuk diri sendiri yang selalu sangat lupa, saudara seIslam kita sedang menderita...wak dah bertahun wak....Aku dapat message yang kat atas tu malam tadi. Tapi sebab penat sangat dengan ubat lelah ni aku just forward pada umi, minta umi baca dulu...aku baca  kemudian..tragis dan aku agak marah la dengan diri sendiri...

Aku menulis dengan ilmu yang cetek..sangat cetek
mungkin aku tak layak pun menulis tentang sesuatu yang berat seperti ini...


Friday, June 4, 2010

Cerita hujung minggu yang lepas

Aku bahagia melihat kawan kawan bahagia
ceh..ceh..



joyah tetap joyah :)))))

*kredit to syakirah untuk gambar-gamabar joyah kita bersama

Thursday, June 3, 2010

Dapat award lagi... :)

tapi segan nk terima... :p

bukan apa, kita dah lama tak masuk blog dia
pc ni selalu hang kalau bukak blog, memang jarang berjaya masuk blog lain
blog sendiri boleh..
kadang kadang kalau berjaya  masuk pun sempat baca sepintas lalu
tapi tak sempat nak tinggal komen
lepas tu haritu masuk je dah tertulis PAGE NOT EXIST'
tapi  sekarang dah dapat link baru..

dan dapat award lagi..
blog saya tak cute
tapi bila awak bagi award saya yang rasa sangat cute  :))

thanks cik pooh
sila melawat blog dia
banyak sangat info menarik kita boleh dapat..
awak ni cantik :)))))
kalau saya ada abang mesti saya dah suruh dia mengorat awak ..


Tuesday, June 1, 2010

I'll remind myself

Apabila kamu teringatkan seseorang, banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR,

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT,

apabila kamu mahukan wajah berseri & sejuk mata memandang, bykkanlah SOLAT DHUHA,

apabila kamu mahukan perlindungan & kekuatan hati, bykkanlah TAHAJUD

apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu @ syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU'.

"tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah.. tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t..... agar tunduk disaat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh... agar tegar disaat yang lain terlempar"♥

*kredit pada profile facebook seorang teman