Wednesday, March 9, 2011

Women on earth with emotion

Orang perempuan semua emosi tinggi. Semua. Oh tak kot. Mungkin ada sorang dua yang tak emo. Tapi I bet you, semua perempuan emo tinggi! Ok kalau dia tak berapa emo bab duit, dia emo bab house chores. Atau mungkin hal kerja. Atau mungkin hal bos atau mungkin hal suami atau anak atau pinggan mangkuk atau kain baju atau atau atau. Kita manusia. Sesetengah manusia lain tak akan respon selagi kita tak emosi marah marah jerit jerit. Atau paling kurang bila kau emosi, kau akan senyap tarik muka 14 inci senget dari muka asal. Atau paling tidak pun kau akan hantar sms panjang berpage page kepada suami meluahkan kemrahan kau. Atauuuuu paling kurang kau akan tulis blog. Tapi mesti akan ada sesuatu yang kau buat untuk tunjukkan kau tengah emosi tak stabil.
Kalau lelaki emosi ape dia buat? Off hp. Pergi memancing. Habiskan masa berjam jam beribu ribu ringgit tak kisah pun takpe. Tapi dia senyap. Tak macam kita kaum wanita..

Orang perempuan cepat matang setahun mungkin 5 tahun kedepan dari lelaki. Banyak faktor menyebabkan kita wanita fikir setiap tindakan lelaki tu sebagai out of our mind! Atau tak berapa matang. Misalnya, kau ada boyfriend yang sebaya Dah 8 tahun berkawan. Korang dah plan nak kahwin dan hidup bersama. Tapi bila tanye bila nak masuk minang dia cakap belum cukup duit. Tapi asal dapat gaji, dia tukar spot rim..pasang tv lcd dalam kereta atau pun asek memancingggggggggg seminggu 18 kali. Semua tu kan perlukan duit? Kalau kau betul serius nak kahwin kenapa tak saving? Duit yang kau buat benda2 tak penting tu sepatutnya saving. Kalau kau betul banyak duit tak pelah. Belikan la cincin harga 2k atau pun hadiahkan lah ipad sempena birthday aku ataupun em….masuk la minang makwe tadi betul tak betul tak?

Disebabkan org perempuan cepat matang, maka kita cepat berubah. Cepat insaf. Ada yang sebelum kahwin dah fikir, nanti lepas aku kawen aku nk berubah, aku nak pakai tudung betul-betul, nk tutup aurat, nak solat penuh. Aku nak lahirkan anak-anak soleh dan solehah, nk ajar anak mengaji bla bla bla… sebab tu jangan pelik kalau suatu hari nanti boy friend kau panggil kau makcik sebab selalu pegi kuliah dengar ceramah. Sebab lelaki lambat fikir nk berubah,lambat insaf,…dia tak fikir nk didik anak macam mana, nk cari ilmu mendidik anak macam mana…. lambat ingat mati. Dia ingat mati tu datang masa dah tua je kot.Susah nak cari lelaki yang betul-betul berquality zaman sekarang. Susah!

Orang perempuan critical thinking dan sukar difahami. Misalnya kalau dia menjeling, itu mungkin ada 2 makna, satu dia suka atau pun dua mungkin dia tak suka. Oh atau mungkin dia tak kisah. Tapi selalunya satu atau dua. Saya pernah baca, untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia, lelaki Cuma perlu berkata yes.. iye kan je ape cakap perempuan. Betul! Kalau dia tuduh kau ada org lain, mula-mula kau mesti deny kan? Cuba cakap ye tengok. Terus dia diam. Lepas tu baru boleh pujuk. Ok ilmu ni aku tipu. Tapi mungkin betul. Who knows until u try! So ape motif entry ni? Entah.

As a women, aku merasa yang emosi kau akan berubah mengikut cuaca. Bila panas, hati kau cepat terbakar. Bila kat luar mendung, kau akan jadi sayu, kalau time ni hati wanita lembut. Mudah dipujuk. Kalau kat luar sejuk, kau pun sejuk .. ah teringat puding longan. Makan sejuk sejuk best nih!

Jangan kata tidak pada perempuan secara direct. Kebanyakkan ye…maksud saya bukan semua tapi kebanyaknnya akan sensitif. Mula terasa diri tidak disayangi. Cuba berkata tidak secara indirectly…

Aku kadang-kadang cubamengelak untuk menjadi typical women yang mudah merajuk, kuat cemburu dan kuat melenting. Sebab semua tu adalah perangai aku yang tak tau menurun dari sapa. Jadi dalam perhubungan aku cuba untuk tidak terlalu emosi dan cepat melenting. Tiap hari bangun tidur, berazam tak nak emosi tak terkawal, tak nak marah2, tak nak jeles2….Tapi sayang nya azam Cuma menjadi dik jam…

Jadi sebagai wanita marilah kita sama-sama berdoa supaya apa saja yang kita buat tidak terlalu mengikut emosi… yes memang sebagai wanita kita mesti sabar 180% lebih tinggi dari lelaki. Org lelaki tak pandai amek hati mak mertua, ada dia kisah? Tapi kalau wanita tak pandai amek hati mak mertua maka macam2 cerita akan keluar sampai kau boleh jadi gila….

Takpe. Mak mertua pun perempuan jugak. Sebab tu emosi!