Thursday, October 2, 2014

PARFUM NATUREL by KASTURI EMAS

Wahhh!

Dari tajuk pun dah tahu ini perfume bukan inspired by ok. Its original keluaran Kasturi Emas. Sebelum ni aku pernah tulis pasal kasturi emas jugak kan, dimana perfume  yang mereka keluarkan original KASTURI yang mengandungi 3 bauan tanpa alcohol (fragrance oil). Gold, Silver dan Platinum. Boleh refer entry ini . 


Baru-baru ini, Kasturi Emas telah mengeluarkan wangian terbaru  yang dipanggil PARFUM NATUREL. Parfum Naturel juga dikenali sebagai Organic Perfume. Yang best skali ialah ia bukan 'Inspired By' mana2 perfume dalam donia ni ye. Ini ialah wangian asli. Nama, design dan bau telah dipattern kan dan didaftarkan bawah Material Safety data Sheet. Best kan? Sebab kalau tengok dekat facebook sekarang kemain banyak kedai-kedai online jual inspired by perfume. Yang ini ialah asli keluaran syarikat kasturi emas. 



Secara ringkas:


✎ Organic Perfume adalah hasil pengumpulan bahan-bahan


 yang terdiri dari herb,fruity,flower dan juga tumbuhan

 dedaun. 


✎ Antara Materialnya ialah 


sandalwood,tonkabin,gaharu,patchuli,ylang,citrus,lemon dan


sebgainya,gabungan material-material tadi mengahasilkan

campuran untuk membuat wangian yang sangat special

baunya.


✎ Dari pengumpulan bahan tersebut akan terhasil 


compounds tertentu mengikut bau yang akan dihasilkan


✔ Paling Best!


setiap wangian dicampur dengan MADU ASLI, yang


membawa kepada khasiat COLLAGEN. 


✔ Paling penting!


Organic perfume mempunya kelebihan MULTIVITAMIN dan 


ANTI PENUAAN dan sangat selamat dan bagus untuk kulit

anda .


✔ DAN Paling Menakjubkan!


Organic Perfume ini hidup dan proses peraman berterusan


sehingga berpuluh tahun jika dijaga dengan betul.

 

Setiap Wangian Organic PARFUME NATUREL,

✘ TANPA Methyl Paraben


✘ TANPA Petrokimia

✘ TANPA Phthalates


✘ TANPA Synthetic Musks


sumber : DISINI


So kalau kita google serba sedikit apa itu Methyl Paraben, Petrokimia, Phthalates dan Synthetic Musks...kita akan jumpa bahawa semua bahan-bahan diatas sekiranya diguna/ dihidu berlebihan dan kesan jangka panjang mengakibatkan kepada cancer.


Kasturi emas telah mengeluarkan 2 jenis haruman organik iaitu Pewangi Kereta dan Perfume badan.


MEDICAR



 Medicar - Royale Fuji




Medicar - Samba Tropica




PARFUM NATUREL

Ada 2 jenis. BLACKOUT dan justica
Blackout untuk lelaki dan Justica untuk perempuan

Kalau dalam carta perfume (haaa...perfume pun ada carta okey..) PARFUM  ni berada di tangga teratas sekali. Kerana ia adalah sejenis wangian yang mengandungi compound wangian yang paling pekat. 

Naturel pula bermaksud ia adalah organik tanpa bahan kimia yang boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh. Jadi kau bayangkan gabungan ini meletup bukan? terbaik bukan?  :)

Selain itu sekiranya dijaga dengan betul (simpan di tempat yang tidak panas) ia akan melalui proses pemeraman yang berterusan. Jadi warnanya akan berubah dan haruman nya akan bertambah tambah tambah wangi... 







Korang kena follow FB Page Kasturi Emas ni sebab diorang selalu buat CONTEST, bagi FREE TESTER,  HAPPY HOUR dan macam-macam diskaun menarik yang memang berbaloi. Memang best!



Ni pula ialah testimoni2 customer yang pernah guna organic perfume diorang ni.












So jika anda berminat boleh LIKE FACEBOOK KASTURI EMAS 

Ingat, 

SUNNAH SATU KEBANGGAAN

ORGANIK MENJADI PILIHAN

:)













Wednesday, May 7, 2014

Sabah

Alhamdulillah...dah lama teringin nak jejakkan kaki dekat Sabah. Akhirnya sampai.
Actually booking tiket ni dh lama. Rasanya dh setahun. Masa book tu Air Asia buat promosi free seat. Harga asal dpt RM33 seorang. Tp sebab aku pilih seat dan tambah luggage so jadi sorang RM170 pergi balik. Semua cakap ok. So ok la dgn harga tu.

Beli tiket untuk 11 org tp last skali yg dpt pergi cuma 8 org. Sorang tak dapat cuti. Sorang dah kahwin. Sedih nk tinggal suami. Masa book tiket dia belum kahwin. Muahaha. Yg sorang lagi takut nk naik kapal terbang. Whatever la ayahhhhhh...

Tak dinafikan ada adik2 aku masa flight pergi Sabah ni adalah first flight diorang. So mesti la cuak+eksaited. Alhamdulillah. Perjalanan lancar.

First day. 
Sampai je terus ambik kereta sewa dan shoot menghala Kundasang.

Kereta Sewa, Ustaz Zahir 019 917 5406

Perjalanan KK-Kundasang hampir 2 jam setengah jugak. Kundasang ni kawasan berbukit. Macam Cameron. Jalan berpusing2. Sapa tak tahan boleh stanby minyak cap kapak takut muntah. Sweater jangan lupa sebab sejuk gila. singgah giant beli roti dan air mineral n meggi. Stanby sebab takut tak jumpa kedai dekat Kundasang nanti. Sepanjang jalan akan nampak kiri kanan church banyak dan juga kedai babi salai.

Bekalan ni beli dari semenanjung, ter check in. Habis semua kemek -__-


Penginapan pertama. Kinabalu Mountain Lodge. 

Beli guna Agoda, satu malam RM130.00. Bilik Japanese Room. Boleh tengok sini. Kecik. Macam dekat loteng. View cantik tp sayang membelakangkan gunung kinabalu. So cuma nampak bukit biasa je. Paling tak syok kedudukan hotel ni atas bukit yang super curam. Kereta kami hampir-hampir tergelincir masa nak naik. Bahaya betul! tp sebab driver berpengalaman dan co driver pun terpaksa turun maka kereta berjaya naik.

Kinabalu Mountain Lodge yang tinggi


Banyak sangat serangga-serangga pelik. Tak sesuai bawak anak kecik atau orang tua. sebab kena panjat tangga yang tinggi. Bilik air pun jauh ke bawah. Share dengan semua orang. Nak basuh beyak anak bercinta..huhu. Kalau backpakers memang sesuai sangat. Tu la akibatnya masa nak bayar tak baca review sampai habis. Dah tekan pay baru perasan komen-komen orang..huhu lagi :(

2nd day
Pagi-pagi lagi terus cari kedai breakfast. Tak larat nak makan roti dah. Restoran Panataran. Berhadapan dengan Kundasang Heritage Spa Resort. Restoran Halal dan makanan dia sedap! Portion Nasi Goreng besar dan sedap. 2 kali cakap sedap tu memang sedap betul la tu.

Panataran Special Fried Rice


Restoran Panataran ni mengadap Kinabalu Park. Pintu masuk Kinabalu Park ada Heritage and Spa Resort. View yang sangat cantik!

Aku tapau siap-siap bubur nasi untuk anak dan 4 bungkus nasi goreng lagi sebab nak teruskan perjalanan ke Sg. Tagal dan Poring Hot Water.

Lepas makan masuk Kinabalu Park dulu ambik gambar dengan gunung kinabalu dari kejauhan dan ucap good luck dekat budak-budak yang nak start panjat gunung kinabalu. Tiket Kinabalu Park ni RM3.00. Simpan nanti nak masuk Poring guna tiket yang sama.


Anak 2



Lepas dah puas bergambar, teruskan perjalanan dalam 45 minit lagi kalau tak salah aku ler...ke Sungai Tagal Fish Spa. Dekat sini ada fish spa. Ikan kelah dan ape tah ikan lagi akan kerumun kaki kau menggigit kulit mati. Tiket masuk RM8.00 seorang. Masa dekat sini semua orang eksaited tak pernah jumpa ikan. Terlepas pandang anak. Anak aku hampir lemas...ohh ngeri kalau ingat balik. Korang kalau sapa baca blog ni pergi sana hati-hati!


Lepas tu kami ke Poring Hot Water. Kolam air panas yang layannnn kalau berendam. 



Pili air panas sebelah kiri, kena ikat plastik sebab panas gila! Budak-budak ni asalkan air semua nak splash!



Kalau sapa rajin, panjat bukut dalam 20 minit lepas tu melalui titi gantung seberang pokok ke pokok untuk perjalanan turun. Umi aku panjat weh dengan seliparnya. Mantap ar umi! Masa nk lalu titi tu cuak amat tapi kau terpaksa redah jugak kalau tak camne nak turun? Dlm hp aku takde plak gamba umi sebagai bukti -__-







Lepas puas mandi, kami balik. Pesta durian kejap dekat tepi jalan area Ranau.





Singgah restoran Hasanah dekat pekan Ranau. Sup dia sedap gila! Sapa dekat Ranau singgah la. Sejuk-sejuk makan sup panas. Takde ambik gambar. Tapi percayalah memang sedap sangat sup dia! 

Kami decide untuk tak mau sambung satu malam lagi dekat Kinabalu Mountain Lodge tu. So kami cari bilik lain. Jumpa homestay dekat dengan Kundasang Park Resort (kalau tak salah :p). Nama homestay tu Bensin Homestay. Satu malam RM120.00 bilik untuk 4 orang. View dia mengadap pekan Kundasang dan Gunung Kinabalu. Subhanallah!! cantik sangat!






baju bersidai pencemaran gambar

Gambar2 yang aku ambik memang tak dapat nak buktikan yang view dia cantik. Tp memang cantik! Puas mengadap gunung! Lepas subuh relaks je selak langsir tingkap tengok view matahari terbit.

Malam last dekat Kundasang sempat bersteambot dekat Nabalu Restaurant and Hotel.







Makanan di sini agak mahal tp berbaloi. Portion besar. Paling penting bersih dan sedap!

Hari ketiga 

Checkot hotel. Cepat-cepat breakfast dan terus ke Dairy Farm. Tiket masuk RM4.00 seorang. Disebabkan waktu perah susu pukul 3.00 petang so kitorang tak masuk. Ambik gambar dekat luar je.



Ahli rombongan

Lepas bergambar depan pagar Dairy Farm kami turun bukit menghala ke Kota Kinabalu. Singgah Rumah Terbalik. Sampai sana tengah hari. Pukul 2 petang. Bahang panas teras sangat. Maklumlah baru turun dari tempat sejuk. So takde sapa pun nak turun. Dah la tiket masuk RM10.00 seorang. Kalau nak ambik gambar sorang RM5.00. Tanya orang yang baru keluar 'berbaloi ke masuk bang?' dia cakap 'entah...takde apa yg best pun'...terus kitorang blah. Bahahaha! tak berjiwa pelancong betul!

Terus cari Promenade Service Apartment. Dah booking awal-awal tru online. Ambik kunci dan lepak dalam bilik kejap. Bagi anak-anak mandi dan rehat. Petang lepas asar pergi Lok Kawi jumpa sepupu umi yang baru kena tukar situ. Dia kerja tentera. Makan malam dekat rumah dia. Save bajet. Lepas makan, pergi Tanjung Aru. Lepak-lepak dan try juice yang pelik-pelik dekat sini. 

 Tengok tu, peria pun ada! Sapa berani boleh order..


ABC Special gila!

Hari keempat

Adalah hari yang ditunggu semua orang! Island Hopping. yeayyyyy! Aku suka tp tak suka sangat :p
Pentakut air wiwiwiwi



 Khemah mainan ni umi yang gigih bawak. Memang berguna untuk anak tidur dan simpan barang masa org snorkelling


 Makanan ni tapau siap2 dari jetty. Tips penjimatan untuk bajet group trip.


Pisang goreng cheese



 Umi dari panjat titi gantung sampai ke snorkelling semua dia redah! Alhamdulillah...sebelum ni umi sakit lutut. Sekarang lutut dah ok. Seronok!


 Aji dan Ayah. Sesi water confident 



 Orang takut air kena jaga anak-anak tepi pantai. Orang lain semua dalam air tengok ikan -__-






 Perkampungan Terapung Pulau Gaya



 Masjid / Surau. Masa ni penuh anak-anak kecil tengah mengaji. Sayup-sayup dengar suara diorang. Syahdu!




Kitorang charterd 1 bot hari tu. Dia charge RM300 untuk 3 pulau. Lepas tu kitorang request nak pergi pulau pusing-pusing Pulau Sapi, pakcik tu suruh tambah RM50. Temasuk life jacket dan alat snorkelling total semua RM440.00. 

No telefon pakcik bot, Haji Samad : 013 891 0646

Beeha keletihan. Poor baby ..bila la rambut beeha nak panjang :p

Balik hotel semua tergedang penat. Tapi yang tak penat adalah anak-anak kecik 2 orang tu. Sebab diorang dah puas tidur masa dalam perjalanan balik. Mata mak panda nak... @__@

Sebelah petang, jalan -jalan dekat area Pasar Filipina. Shopping apa yang patut untuk bawak balik. Sotong kering. Udang kering. Ikan bilis dan keronsang mutiara. Butang baju melayu pun murah. 







Hari kelima

Lok Kawi Wildlife Centre. Emmm...tak yah la pegi. Macam masuk zoo je. HAHAHA
Sebenarnya dah malas nak tulis. Tapi anak-anak yang paling best sebab tengok binatang. Lepas tu balik hotel dan malam sambung shopping dekat Pasar Filipina tu. Esok pagi-pagi dah kena bangun sebab flight pukul 7.10 am...

sekian...