Tuesday, August 16, 2011

saya yang gemuk

Baca blog lady noe stress pasal pendapat orang pasal dia tu buat aku terfikir. Masalah aku sama. Aku gemuk. Tapi dia cantik. Aku tak. Dulu aku pernah ataupun ada jugak stress pasal badan. Bentuk badan. Gemuk. Memang dari kecik gemuk. Kalau nak beli baju raya memang selalu stress. Baju yang aku berkenan tak dapat beli sebab takde size ataupun bahagian lain boleh masuk, tapi tang dada tak lepas. Lengan sendat. Tapi takpa, bukan semua yang kita nak kita dapat.


Aku orang yang besar dari kecik maksud aku dari kecik-kecik dulu orang dah ingat aku besar. Semua nya besar. Tangan. Kaki. Bontot. Peha. Tetek. Semua besar. Nak buat macam mana keturunan kot. Bukan aku mintak.

Dalam dunia ni memang double standard nye tinggi sangat antara orang kurus dengan gemuk. Sangat tinggi. Dan kalau kau baca-baca blog, yang banyak merungut pasal hal bentuk badan ni pasti lah si gemuk. Jarang sangat dengar si kurus merungut sebab tempat diorang lebih banyak dalam dunia ni.

Bila aku tulis macam ni, mesti kau-kau yang perfect tu akan cakap, dah kau tak reti jaga badan, makan sumbat macam naga. Tak reti nak stop memang la badan kau gemuk. Macam lady noe tulis, dari kecik kot aku dah belajar diet. Dari kecik kot aku belajar work out. Dari kecik aku belajar makan nasik sehari sekali. Jangan makan junk food. Ais krim tu kalau boleh tak payah makan sebab punca kegemukan. Tiap kali nak breakfast nasik lemak, aku akan fikir 10x bukan sebab mengantuk tapi sebab kandungan lemak. Ntah la. Control la macam mana pun berat turun sekilo, naik balik sekilo.

tapi aku tak nafikan sesekali memang ada aku terlajak makan. biasala manusia kan. kalau dah sedap semua nak belasah. Tak kan dengan makan banyak sesekali tu kau dah nak judge aku ni kuat makan? dah badan orang kurus tu tak naik-naik makan la bepuluh kilo daging merah pun.
Sekarang aku bersyukur walaupun gemuk, aku cuba maintain kan asalkan tak obesiti. Tak dihinggapi penyakit apa yang menyusahkan diri. Seat kereta masih cukup menampung bontot yang besar ni.

Sekarang, maksud aku dua,tiga tahun kebelakangan ni aku dah boleh uruskan stress sendiri. misalnya kalau bersama dengan orang yang tangan kecik, jari halus runcing cantik jee… aku bisik dalam hati. Syukur aku ada tangan. Walaupun besar macam raksasa, tapi aku boleh buat apa saja yang dia boleh buat. Bahkan lebih bagus dari dia. Aku tau tu. Apa yang tak boleh? Selagi tangan kau sihat walafiat, semua pun boleh buat.

Kalau nak beli baju yang cantik-cantik. Sebelum ambik test badan sendiri, tanya dulu salesgirl. Ini cutting kecik ke besar? Selalunya baju esp baju kurung moden cutting nye kecik. Maksudnya kalau aku biasa pakai size M mesti takkan muat kalau sarung jugak kurung moden size M. unless kalau standard size la kan… Kalau cutting kecik, aku terus ambik saiz L. maksud ambil saiz lebih besar dari size biasa yang kau pakai. Bila test, mesti ngam ataupun longgar sikit. Maksud aku dekat sini berkaitan dengan psikologi. Bila kau dah try baju yang longgar atau ngam-ngam perasaan kau mesti happy sebab at least ada jugak harapan aku untuk beli baju ni. Walaupun kau buat-buat tak sedar ia lebih besar dari size biasa yang kau pakai.

Lagi satu taktik yang aku selalu amalkan. Ni agak keji. Tapi semua ni hanya di simpan di perut. Misalnya kau lepak dengan orang yang kurus nampak perfect semua benda. Kau cari kelemahan dia. Ok mencari kelemahan orang lain adalah sifat yang keji. Tapi kan sangat membantu untuk naikkan self esteem kau sendiri. tapi make sure kelamahan dia tu, kelebihan kau. misalnya dia kalau bawak kereta macam semut. Tapi kau boleh ajak schumacher racing lagi. Ataupun orang cantik ni selalunya pemalas. Selalunya. Tak semua pun. Kau tak caya gi melawat bilik dia. Kebanyakan orang cantik ni mempunyai bilik macam sarang lipas… at least kau pengemas, bilik tak sarang lipas pun..atupun ataupun kau tengok tumit kaki dia. tak semua orang cantik kulit tumit halus mulus okey... ada jugak yang pecah bederai.. tumit kaki aku pecah takpe sebab aku memeng tak cantik. HAHA Yeah walaupun benda tak logik.

Dan aku jarang sangat stress pasal masalah badan gemuk. Setakat risau tu ada jugak. Risau la nanti suatu hari suami lagi sebab dah tak larat nak menanggung malu bersiteri gemuk macam aku. Ataupun nanti lepas anak 4,5 badan dah out of shaped. Risau. Tapi takdela sampai nak menangis sorang-sorang dalam toilet sebab badan gemuk. Tak pernah.


Dan paling best aku ada ramai kawan yang tak pernah persoalkan pasal badan aku gemuk aku tak layak kawan dengan diorang. Paling busuk pun masa aku tengah sedap makan, kawan tegur, dila bawak bersabar ye. Nanti badan naik jangan merungut. aku jarang ambik hati. kadang-kadang suami aku pun panggil aku si gemuk. macam kejam kan? tapi aku tak ambik hati pun. sebab aku tau kelemahan dia. hehe so belajar mencari kelemahan orang lain supaya self esteem sendiri dapat ditingkatkan.
Soalnya sekarang ni, orang yang kurus cantik ni jarang nak kutuk aku si gemuk ni. Yang kutuk selalunya yang muka mcam tongkang pecah, nafas berbau asap, perut buncit. Tu yang mulut puaka sebenarnya.

Jangan difikir sangat benda-benda dunia ni.

Friday, August 12, 2011

Catatan puasa

Eh dah hari ke sepuluh puasa kan? Kejap nya masa bejalan jalan. Tapi ya syukur alhamdulillah.. masih belum ada yang rompong puasa nya. Tetiba teringat supir Nandang. Masa bulan puasa ni dia solat. Haha. Solat masa puasa je. Kalau tak puasa, tak solat. Dia cakap kalau tak puasa dekat sana, boleh. Tapi kau jangan makan depan orang. Kalau makan nanti orang pukul. Takde nya nak tunggu JAIS tangkap bawak masuk van jenazah ke apa. Orang tempatan akan belasah kau dulu bagi pengajaran supaya hormat orang puasa. Dasyat! Kalau raya, dekat masjid penuh sampai solat atas jalan. Dia pun tunjuk la jalan-jalan yang penuh. Pakai je baju raya tahun lepas. Lepas solat, balik rumah tukar baju, sambung kerja. Takdenya nak berjimba-jimba open house makan sampai pusat nak meletup.


Dah memandang kan ada kepandaian dan peluang, maka bulan puasa ni aku ambik la kesempatan jual kuih kegemaran keluarga dan diri sendiri iaitu kek coklat. Aku suka gila!!! Dan selalunya aku akan pastikan benda yang aku suka makan, aku pandai buat. Dan, there it is.. dah pandai. Lalu mertua offer jual kek berkenaan dekat gerai dia. So cuba cuba. Alhamdulillah makin memberangsangkan. Tapi penat.. balik kerja, dah sibuk-sibuk nak buat kek. Nak tunggu dia sejuk, nak topping, nak potong, susun masuk bekas dah jam 11 malam lebih. Nak siapkan baju untuk kerja esok lagi, last-last tidur jam 12am. Bangun sahur jam 5. Hasilnya esok tersengguk-sengguk depan pc. Nasib wan tolong petang-petang jualkan benda-benda yang aku buat ni. Jadinya lepas hantar aku balik, dia bergegas ke tapak bazar untuk jual kek. Nak plan berbuka dengan kawan-kawan pun susah sekarang. Kadang-kadang nak check handphone pun tak sempat. Nak borak dengan kawan baik pun dah tak sempat. Pegang hp dah lewat malam. Dia pun dah tidur. Tapi tu lah hidup.. dah ada peluang dan rezeki, berusaha la.

Baju raya belum beli. Hari tu masa jalan-jalan dah jumpa yang berkenan. Wan suruh ambik je tak payah lambat-lambat. Tapi aku tak ambik sebab belum feel nak beli baju raya. Rasa macam nak survey lagi. Ntah pape.

Haikal makin besar. Keletahnya budak tu. Geram dengan rambut kerinting dia!

Hari tu pergi Cherating. Ada kerja sambil tu wan ambik kesempatan memancing. Bestfriend dia pun ada. Hasilnya, hampeh! Ke sana pun last minute plan. Nak test drive kereta baru. Best gila naik kereta mewah. Bukan wan punya la of course. Kawan dia punya. Pergi balik orang bawak 200k/j aku boleh bantai tidur tak sedar apa. Kalau naik kereta sendiri dah jerit-jerit suruh slow. Bunyi ekzoz je sekampung dengar. Ni kereta baru senyap, sunyi, selesa gila ah! C class kan. Pengalaman la. Tumpang merasa rezeki orang… best lah cherating. Tapi siang tak best. Dull. Macam pekan mati. Tapi malam happening gila. Macam-macam aktiviti. First time tengok kelip-kelip. Main dengan kelip-kelip. Ambik dia letak dalam baju orang depan, nampak bercahaya. Lepas tu nampak dia terbang keluar dengan terhoyong hayang. Mungkin pening dek bau.




Dah pening pk pasal raya. Nak menyusun raya kedua dua belah keluarga pening sikit. Sebab sebelah sini ada masalah sendiri, sebelah sana pun masalah jugak. Harap-harap dapat yang terbaik. Semua orang puas hati dan happy.

Terawih baru buat beberapa kali. Pemalas. Lepas magrib buat aktiviti sendiri. kalau kek, siapkan kek. Kalau takde kek, tengok drama. Tak berapa nak dapat hidayah dangat nak beramal ibadat sungguh-sungguh. Niat tu ada. Tido kejap lah. Nak bangun pukul 4 nak qiamullail, sekali terawih sorang-sorang. Last-last hampeh. Suami memang tak dapat la nak bangun-bangun tengah malam-malam ni. Tu lagi hampeh. Setakat buat amalan yg wajib je. Yang sunat-sunat ni tak berapa nak mau. Ntah la. Harap-harap terbuka la pintu hati dia nanti.

Bergaduh macam biasa. Tiap hari bergaduh. Yang teruk. Yang stok tinggi suara. Tapi kejap lagi ok. Dah boleh usik cubit-cubitan senggol senggolan. Ah aku pun tak faham. Agaknya orang berkahwin memang macam tu kot. Selalunya sebab nak kejutkan bangun pagi. Liat nya masya Allah!! Macam-macam dah buat. Tarik telinga versi perlahan dah, geletek dah, baca yassin kat sebelah dah, tangan berbau sardin letak kat hidung pun dah. Tapi tak lut. Bila dia bangun, dia cakap tunggu balasan! Nanti masa dalam kereta, aku jaga baik. Dia bawak macam keling. Cilok kiri kanan. Sampai aku menjerit. dia? Senyum dendam. Pagi-pagi memang macam tu. Ntah lah aku pun tak faham. Sementara masing-masing nak matang..

Selamat berpuasa!



p/s : tempoyak bau cam gam****! Jangan paksa aku makan.