Wednesday, June 3, 2009

HARI YG COMEL

Entah kenapa dgn tajuk tu.. tp hari ni aku sangat happy. ‘Dia msg ke?’ eh xlah..mereka sahaja ke kegembiraan aku? Ulang ayat perempuan itu.. dah aku nk happy kan. Kalo aku sedih kang, ko malas nk layan plak.. cuti tuan puan di sebelah sana hampir habis dikira. Tunggu bulan dpn lak..

Semalam sampai je rumah riuh rendah seolah-olah sedang ber open house. Bila masuk cuma ada 3 ekor siput sedut tengah kuak lentang.. hah itu ajer yg kamu tau cuti2 sekolah ni.. x sempat nk buka bicara. Aku dh disergah..kak, kantoi dah hang punya blog. Kitorang dah dapat cari. Haha!! Perasaan aku?? Malu!! Seperti mahu lari laju2 pusing pandamaran. Gila apa.. tp aku kan a good pretender. Lalu dgn gaya macho dan cool aku pun menempelak 3 ekor siput berkenaaan.. ‘habis? Pegilah kecoh kat semua org kampong..’ lepas ni nk post entry2 yg sedikit jiwang mesti kena perli. Ciss!!

Bangun pagi tadi, gelap gelita. Aku ingat aku dah di alam yg satu lagi… ish jgn la. Takot!!… pandang kiri kanan… syukur.. terima kasih tuhan for another one more day.. bangun teraba2 cari lilin. Baju blom iron. Tak per cari baju yg x perlu iron. Tp memang terasa macam adventure. Best jugak sesekali.

Dalam bus, ternampak dua gadis vogue. Padahal nk g kelas je. Pakai high heels bagai. Macam ada fesyen show. Hihi… aku senyum je.. sedang mata aku tepat dkt mereka, ada yg terpelecok. Weh klaka giler!!! Tp aku senyum cuma. xnak la gelakkan org.. xbaik. Ah! Ritu aku tepelecok dpn 2 ekor rumpai laut bukan main diorang gelakkan aku bagaikan tiada nanti. Huh!!

Dapat ole-ole dari Langkawi. dan kemudian mulut tak henti2 mangunyah coklat..sampai hitam gigi2..haha

Skarang baru pukul 2ptg. Kan best kalau saat ini, waktu ini..aku sedang berada di dusun makan durian, betik, manggis dan rambutan. Minum air kelapa..Sambil gelak2… bahagianya jika begitu…



Mood : nak balik kampung!

Tora Datang Lagi!!

Borak2 dengan teman aku yg sorang ni, selalu buat aku tefikir..ada ajer isu yg dia bangkitkan. Semalam, dia menyebut pasal umur..Ini dah pertengahan tahun. Tak lama lagi aku akan cukup 23 tahun..Oh! Please don’t remind me bout that…
Sepanjang umur itu, belum ada satu pun pencapaian yg membanggakan aku apatah lagi umi ayah adik2..

Kadang2 aku sedih napelah aku dilahirkan sebagai anak diorang..kakak diorang. Langsung x membanggakan!

Dgn career yg tiada tahap langsung..dgn gaji yg ditahap fakir yg layak dapat bantuan, dan sampai skrang aku belum ada apa2 harta yg tertulis atas nama sendiri..sedihnya mengenangkan nasib tidak seperti orang lain..

Aku pernah tanya Tuhan ..

apa yg tak cukup dalam usaha aku ni?
Apa yg orang lain buat yg aku x buat??
Apa lagi yg aku perlu buat nk dapat seperti orang lain?
Tak cukup ke doa yg aku panjatkan pada Mu selama ni..?
Kau ambil semua yg aku perlukan..
Sebenarnya ada ke tak tempat untuk aku dalam dunia ni????
Nape Kau tak adil..orang lain buat jahat jugak dan tak pernah terlintas untuk berubah pun, tp kenapa rezeki mereka lebih??

Aku x puas hati..memang aku x puas hati!!!!!

Ya Allah….ampunkan sebab begini……

Aku terbaca tentang ini….

If you were rely on Allah as He should be relied on. He would provide for you as He provides for the birds. They go out in the morning hungry, and return in the evening full.

Mungkin selama ni aku x betul2 rely on Allah…ye ke Ya Allah..??

Kalau aku belum sedar, sila sedarkan aku…

Sesungguhnya aku x nak hidup aku macam ni…sebelum aku mati, aku nk hantar umi dan ayah pergi haji dan aku sendiri nak sangat, rindu sangat nk jejakkan kaki ke Tanah Haram itu ya Allah…Aku nak ada kerja yg baik, aku nk ada kereta idaman, aku nk ada rumah yg selesa, aku nk bahagiakan umi,ayah adik2, aku nk ada suami yg penyayang, anak-anak yg baik….bantu aku…Aku sungguh2 ingin bergantung pada mu ya Allah…

................................. ................................. ..............................


Pesanan kepada sesiapa yg berkenaan

Ini adalah senarai kebaikan kamu. aku x pernah lupa.. rasa bersalah selalu buru aku kerana x pernah nk highlight tentang ini...
dan lepas ni aku xnak ingat lagi kebaikan itu…

Trima kasih pinjamkan duit ketika di Guardian..aku tekulat2 x cukup duit di kaunter bayaran

Terima kasih krn hantarkan dan temankan aku inteviu sana-sini

Terima kasih krn temankan aku melihat2 dan memilih kereta

Terima kasih krn jadi org tengah untuk deal dgn Said Produa dan Mr. KK Lim

Terima kasih krn sudi bantu aku jemput arif dari Politeknik ketika aku betul2 kesuntukan waktu

Terima kasih krn kau adalah org yg sanggup berhenti motor semata-mata utk angkat call dr aku

Terima kasih krn sudi fax kan peluang2 yg pernah terbuka

Terima kasih untuk semua kebaikan yg x tertulis disini..

Terima kasih kerana orang itu adalah kamu…Biar tuhan saja yg balas…

kita kini 0 - 0

Lega..akhirnya aku dh tulis apa yg nk aku bagitau...baca dan senyap saja.

Monday, June 1, 2009

MILK'S WORLD DAY

betul ke susunan ayt dia atas?


Kepada semua peminum susu di dunia, Selamat berhari susu kepada anda..


Aku x minum susu. i mean pure susu. kalau susu coklat, strawberry, pisang etc..aku bole telan.



Khasiat susu...


baik untuk kulit


untuk otak


ni fakta pagi td dapat dari fly fm..


dapat mengurangkan high blood pressure.


kepada si panas baran, minum la susu banyak2. selain untuk ketenangan,


dapat kurangkan tekanan darah anda..


...




Kisah 2


Apa yang kita cari dalam hidup?

Pernah dengar tentang ini...? seseorang berkata kepada Oprah, "Semua orang ingin naik limo bersama kamu..tapi, kamu mencari orang yang boleh temankan kamu naik bus ketika limo kamu rosak..."

Bukankah itu persoalan yg besar pd kita?

aku terfikir...

siapa yg akan temankan aku naik bus jika aku x mampu nk beli kereta sampai bila2..? oh tidaklah...

tapi ni yg paling penting...

Aku ni golongan yg mana..?

yg cuma mahu naik limo sahaja atau boleh sama2 naik bus jika kereta rosak...?

aku harap2, aku tergolong di kalangan orang yg mampu susah dan senang bersama org2 penting dlm hidup aku...

aku sayang kamu teman-teman!

Selamat Hari Susu sedunia!!

Susu ibu adalah yg terbaik..tidak kan sama dgn susu lembu.yeah!!