Monday, January 11, 2010

Cerita tentang hero saya.. ;p

Dulu masa zaman duduk asrama sekolah menengah, aku jarang balik rumah. Sebab pihak asrama dah tetapkan balik 2 minggu sekali. Kalau balik pun aku macam tak berapa rapat dengan adik adik. Aku macam tak tau apa yang jadi kat rumah. Kalau balik aku banyak terperap dalam bilik atau berkepit dengan novel. Aku tak sedar bila adik adik membesar. Sedar sedar diorang dah pandai melawan cakap aku. hurm...

Ayah..em ayah...okey nak tulis apa pasal ayah...

Aku macam sedar banyak perangai ayah yang aku warisi. Baran. Keras. Kasar. Kaki gaduh. Kaki pukul. eh tak tipu je.. Keras sikit. Tak lemah lembut sangat. Nampak macam berani tp penakut jugak sebenarnya. Okey..

Ayah bercita cita tinggi. Tapi dia tak tohed. Bak kata arwah tok wan. Kita buat apa apa kena tohed. Perkataan sebenar tauhid. iaitu satu. Ala bahasa atuk atuk ni. Kena buat benda tu satu satu. Kemudian fokus. Dan jangan cepat putus asa. Ayah memang tak pernah putus asa. Tp dia tak tohed. Sehingga umur aku 24 tahun ni dah banyak projek yang dia buat tapi macam separuh jalan. Separuh jalan tu maksudnya dia akan stop bila projek tersebut ada masalah atau halangan. Cuba cari jalan penyelesaian tapi bila masalah lagi terus dia stop. Tapi bagi aku.... ayah beri ruang atau cuba tunjuk jalan pada kami anak anak dia untuk pilih bidang perniagaan apa yg sesuai dgn jiwa. Yang penting berniaga.

Masa aku kecik kami pernah ada sebuah tempat proses roti dan kek. Kami panggil kilang kecik. Dalam 4-5 tahun jugak. Lepas tu terpaksa stop sebab ayah kena tukar tugas ke tempat lain. Biasalah pegawai kerajaan. Sampai tempat baru kami usahakan lagi kedai roti. Tapi sewa kedai dinaikkan dan buat kami semput. Sedangkan kedai baru beroperasi setahun jagung. Kami stop. Tapi mencari tempat baru yang lebih berbaloi. Tanah sendiri. Bila ada tanah sendiri ayah buat projek baru. Kononnya sementara kedai siap, tanam rozel dulu. Jadilah aku dan adik adik gadis rozel. Memang mencabar! Sambil sambil tanam rozel ayah tanam serai dan bela kambing. Dah ada projek pertanian, kedai roti tadi dah jadi rumah..terbaekk!!

Pastu ayah kena tukar tempat kerja lagi. Lama lama kambing tak terjaga. Rozell dah kena tanam semula. Serai dah membesar tapi tak sempat nak jual. Eh macam2 la. Tergendala...

Lepas tu ayah kena tukar lagi tempat kerja. Makin jauh. Kat tempat baru dia buat lagi projek kambing. Tapi org cakap tak rasi. Bahasa kampung. Maksudnya tak serasi. Banyak kambing mati. Ada yg sempat sembelih ayhh sembelih. Kami tak larat makan daging kambing. Aku? Memang tak makan. Bau!

Banyak projek bukan bermakna banyak masuk. Banyak keluar itu confirm! tapi ayah mana serik. Yang penting minat dan cita cita! Ntah lah..

Dia ayah aku..

Dulu masa nak balik asrama, ayah cuma ada 1000 bath dlm poket dia. Dia kena bg duit belanja kat aku. Tengah malam kami keluar pergi rumah kawan kawan dia untuk convert kpd RM. Masa tu aku rasa sedih sangat...

Masa kecik ayah selalu bawak aku dgn adik adik naik basikal pusing pekan padang besar. Dia selalu ambik jalan jauh yang lalu depan kubur padahal dia tau aku ni memang penakut gila! Dia kuat mengusik.

Masa kami kecik dia akan kunyah makanan sampai hancur gila pastu suap kami adik beradik. Mak aku cakap macam bagi makan anak burung.. ;p
Emm.. tu dulu. Skarang? hehe

Ayah pernah cakap, kakak ni dasyat! semua boleh. Bersihkan serai tgh hujan boleh, panjat kandang kira kambing pn boleh..sebijik macam ayah! Aku? Mestilah kembang. Sebab aku jarang limitkan apa yang aku boleh buat. Aku buat selagi boleh. kalau rasa tak boleh aku stop. Tu jugak sifat ayah yang aku menurun.

Cuma bentuk badan maka kami adik beradik lansung tak menurun ayah. Semua ikut umi. Rangka besar. Sekali pandang macam kaki gaduh jalan ampang. haha! Ayah kecik je..

Kalau berdua dengan dia kemana-mana, ayah akan cakap ni makwe saya!

Dulu dia best student masa di sekolah. Pernah dapat tawaran ke India buat medic tapi ayah tolak sebab?
Dia benci dan tak suka bahasa Inggeris..haih...sekarang dia suka nk speaking dgn kami adik beradik walaupun speaking dia adalah speakang..

Kalau balik kampung beraya rumah sedara mara, ayah akan cari orang yang paling tua dalam rumah tu dan bagi dua tiga ringgit pada diorang. Dan aku nampak diorang tersenyum senang...

Kalu balik kampung jugak ayah jarang lepak dengan geng2 senior (pakcik2). Dia akan join anak-anak buah main bola sepak kt halaman.

Dia pemakan ulam yg tegar. Apa jenis ulam. Kalau tak de ulam masa makan dia boleh mengamuk! macam kambing..paling tidak pun cili padi. fine!


Okeylah...

Selamat hari lahir ayah! 11/1/61..ayah selalu bangga sbb birthday dia sama dgn siti. yelah..

Semoga hidup anda dirahmati Allah. Walaupun hidup kita tidak mewah tapi kita bahagia. Tak pelah sekarang bukan rezeki ayah lg untuk jadi jutawan. Paling penting kami tak pernah nampak ayah duduk goyang kaki kat rumah dan kami tak pernah kebulur. Kami selalu nampak ayah bekerja. Budak budak semua suka ayah. Sampaikan cucu ayah panggil abang.. cucu? Erkk...anak sepupu sepupu aku la! Semoga terus setia pada umi. Dan kamu nampak seksi bila dahi berpeluh dalam uniform kerja..hoyeah! ;p

nota : nanti mesti adik adik aku yg baca blog ni gelak2 pastu nk sindir2 kat umah..benci!Sebab tu aku jarang  nk buat luahan hati jiwang2 nih...

Friday, January 8, 2010

Guna suara kecik anda dan cakap 'tak sakit..tak sakit!' ;p

Sederhana itu indah
yang sederhana itu kadang kala paling bagus
less is more!
ada yang cakap cantik yang sederhana itu selalu menarik perhatian
makan secara sederhana dapat mengontrol badan dari gemuk melampau
ada orang  mencari yang sederhana
yang sedang sedang saja
yang penting dia setia..hihi

tapi bukan semua orang suka yang sederhana
ada orang mahu yang extraordinary
tak pandang yang simple simple
tak layan yang less is more
yang sedang sedang  ni tak main ar...
apa apa nak yang maintenance tinggi
kalau main counter strike mesti aim high achiever
mesti nak yang bukan dia je tak berkelip pandang
nak yang orang lain pandang mesti  berkali kali..
barulah macho
barulah sejati!

tapi betul jugak
kalau kita beri sederhana kau ingat bole dapat extravaganza ke?
mungkin at some point sederhana itu baguusss.....yes.
tapi kalau dalam kerja
dalam perhubungan
dalam hidup
susah jugak kalau usaha nk sederhana tapi mahu hasil yang gempak gempak
kan dila kan? *senyum...

Jadi beri setakat yang termampu
kalau yang paling tinggi itu yang kau mampu  capai, usahakanlah..
mengeluh aja tak kan jadikan jalan cerita kau tu terhot dan paling panasss...
setakat suam suam tak syok..teh o suam mana best!
mesti yang kalau panas panas berasap tuh baru best!
kan dila? *sengih...

Paper dah habis. Tu yang macam over excited sebab cuti lama nih....
Dah bersusun jadual nk buat apa sepanjang cuti semester ni. Best!
Tapi tak nak tunggu result. Dah tau. Tak kan dapat extraordiniary ke extravaganza ke extra size ke...
Memang tak akan! Tak nak mimpi dan malas nk mimpi pon. Dah tau dah. Melihatkan kesungguhan aku tidur masa time study. aku yakin dan pasti keputusan nya macam mana...emm tengoklah nanti. Cuma tolong jangan nangis dikemudian hari yeh...

Tuesday, January 5, 2010

Sedikit catatan peribadi. Not a big deal!

Hari kelima dalam twenty ten..Permulaan tahun ni tak berapa mengancam. Tak rock sangat apatah lagi cool atau hot..haih...Banyak sangak perkara pelik dan jelik. Weird.....

1. Tahap kelupaan aku makin melampau. Dah sebijik nenek nenek. Nak kata pelupa sangat tak jugak. Tapi macam banyak berkhayal berangan ke ape tah. Ada je benda yang lupa nak bawak la, lupa nk ambik, lupa nk buat. Paling teruk kalau melibatkan customer. So effect pd kerja. Boringlah.. awal2 tahun prestasi macam menurun ke hapa. Kena tegur dgn bos. Kawan2 cool! Diorang suka gelak. Untung la kawan2 jenis tak cakap belakang. Aku bertuah utk itu. Tapi  haih bosan. Sendiri rasa kurang motivasi..... Aku tak berapa percaya benda ni. Tapi aku berazam akan kunyah kismis saja sepanjang tahun ni. Mana tau dengan izin Nya aku cam jadi pengingat yang hebat!! yeah.....!

2. Cemburu dengan orang sekeliling. Bila borak diorang nampak bersedia sangat untuk masuk tahun baru. sebut umur pun baru. Sedangkan aku masih tersasul sasul sebut 'tahun depan' tanpa sedar tahun depan tu sebenarnya tahun ni...Ramai budak baru masuk. Terpaksa bahasakan diri 'akak' sebab diorang muda sangat. Sangat! umur 20,21,22....mudanya...Akak baru 24...rasa pedih ulu hati..ngilu!

3. Lately ni aku tak berapa fikir sangat pasal status yang masih single di kala orang lain sibuk membina masjid. Sebab single itu indah bila dikelilingi dengan banyak benda yang perlu dibuat. Tapi tak banyak sangat benda yang penting. Okey tipu je. Kadang-kadang yes ada jugak sunyi boring sebab takde pasangan. Its not a big deal. Kepala lebih ringan dengan kehidupan sekarang. Tapi semalam....
kawan baik ajak mandi bunga... Emmm tak sure apa signifikan nya perkara tersebut. Tapi kalau itu membantu apa salahnya.. Mak on je! hihi...

4. Selain daripada hal umur yang dah masuk 24 (ngilu..), dalam kepala cuma fikir macam mana nk jadi kaya..Aku macam kurang sangat berfikir bab nak menghabiskan duit. Dah lupa cara nak bershopping dengan berhemah. Dah lama tak tengok wayang.. Kerja. Hujung minggu kelas. Balik terkangkang penat. Study pn jarang jarang sebab banyak main dan tidur. Main mata..tonton tv yang makin tah pape rancangan nya.. Sekolah bukak mula kan projek sandwich. Business dah macam jadi darah daging. Rasa looser saja kalau tak business. Selain dapat tambah duit minyak dan akaun tabung haji. Tak sabar rasanya! Ye memang sedikit makcik makcik statement tu. Lantaklah.. Semalam dengan semangat yang hnss..hnss... hantar sandwich yang comel comel tu, sampai koperasi tengok dah bersusun sandwich yang huh tak comel langsung! Eee....asal la diorang tak buat produk lain? kan aku yang buat sandwich dari tahun lepas? hish... tapi aku malas nk jadi melayu yang berhasad dengki. Dengan berat hatinya aku pun tukar produk baru... (sedih...sebab sandwich paling senang dan menguntungkan...)

5. Hujung bulan akan berpindah rumah. Dengan azam dan semangat kental bersungguh sungguh cuci rumah cat buang benda2 tak patut..heh!

6. Rasa macam makin berumur (ergh..) rasa makin tak matang. Emosi makin tak reti nak control. Rasa nak marah terus marah. Rasa nk nangis terus nangis. Macam orang sewel. apakah???

7. Perlu ambik supplementary sebab sekarang cepat sangat mengantuk. Bila dah start tidur, akan sedar bila hari dah masuk senja. Lepas maghrib dah start menguap balik.Sambung tidur tanpa rasa bersalah walaupun buku tengah terbukak luas mintak dibaca..Untuk kurangkan rasa bersalah pd diri sendiri, sanggup tidur dekat meja study....bukak buku luas2 dengan harapan dapat menyerap ilmu ketika tidur...Berharap dengan sepenuh hati..

8. Exam ada lagi satu paper. Preparation? masih suam suam kuku. Semester ni jangan mimpi mahu masuk dean list. Pasti tak jadi kenyataan. Kalau dapat 3.0 pun sudah mesti buat sujud syukur. Pemalas ya amat! Ntahlah... Kawan baik sampai terpaksa cakap kalau kau dpt dean list aku belanja pergi genting! comel! Macam budak baru blajar puasa. Kalau puasa penuh ibu kasi notebook..wahaha!

tu sahaja..

p/s : pelangi ada tujuh warna. Cantik!