Tuesday, May 11, 2010

Lepas hujan selalunya ada pelangi...indah sekali

kalau nak ikutkan masalah aku ni kecik je
masalah duit  :p
tak pernah nak cukup
sebab tu aku malas nak mengadu pada sesapa termasuk blog ni
tapi hari ni
aku sendiri nampak dengar dan macam dapat rasa
tak ... aku tak dapat rasa masalah orang lain
cuma dengar lihat dan doa untuk mereka
tu je mampu

aku pun tak pasti dapat lalui seperti mereka atau tidak
orang yang hidup nya sudah lama bergelumang dengan kemewahan
tiba tiba terpaksa menapak guna kaki sendiri ke sana sini
tak mampu untuk bayar yuran anak yang sedia mahal
polisi : kalau tak bayar hutang tak boleh ambik exam
kau sanggup nak halang budak yang baru setahun jagung datang sekolah dengan pakaian koyak dengan mata bersinar sinar suci nak masuk dewan exam gara gara yuran dah tertunggak 3 bulan?
kau sanggup nak halang dia?
sapa sanggup angkat tangan?
aku tak
mata cuma mampu berkaca kaca..
mungkin dek terlampau memikirkan masalah melanda keluarga mak ayah dia terlepas pandang baju dia perlu dijahit

sebak..


ada orang yang terpaksa guna duit elaun khidmat negara di luar negara untuk pulang bantu keluarga yang tengah dilanda musibah
ada orang terpaksa berhijrah kerana orang tak bayar hutang pada dia
ada orang terpaksa ikat perut dah 3 bulan tak dapat gaji
ada orang yang sunyi kerana sendiri
tetapi
ada juga  yang sunyi walaupun berdua
ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga demi kerjaya
ada orang yang baru habis spm kena kahwin dengan pilihan keluarga
ada orang yang jauh diperantauan tapi ibu dikejauhan sedang tidak sehat
ada orang tengah buntu cari idea untuk majlis perkahwinannya
ada yang lain pula buntu memikirkan jodoh tak sampai2 hingus masih meleleh tapi dah gatal nak kahwin :)
ada orang takut menghadapi malam pertama :p

senyum*
buntu
seram

ntah lah...

ada yang cakap ini musibah
instead of musibah ada yang lebih terbuka
menganggap ia sebagai dugaan

yeah...apa itu hidup jika tidak diduga diuji
kesabaran mengatasi segala

jadi aku tidak akan membuang masa untuk mengadu domba tentang masalah aku cuma sekecil lead pencil
kecik je...

doa aku disini....
jangan nagis banyak sangat
doa
Allah selalu dengar doa kita
cepat atau lambat
DIA pasti dengar
sila percaya...

Monday, May 10, 2010

bintang ku belum terang

Dia mungkin biasa pada orang lain
tapi dia luar biasa pada saya
dia kuat tak macam saya
masa saya dah putus harapan untuk hidup saya dah hampir give up dengan diri sendiri
dia tetap kuat tak pernah putus asa
dia antara sebab saya bangkit berjuang
saya tak bertuah macam orang lain
tapi saya bertuah sebab ada dia
disaat bintang saya tidak secerah orang lain
dia tetap cintai saya sepenuh hati
disaat orang lain sibuk tanya bila kau nk kahwin?
dia cuma tersenyum memahami
disaat ibu ibu lain menerima hadiah mahal dari anak nya
dia ibu yang tetap tersenyum penuh syukur walaupun saya cuma beri dia key chain bertulis
'UMMI'

kadang-kadang saya rasa looser sebab belum mampu beri dia apa yang dia mahu
malu sebab ....

ah malas tulis

terima kasih sebab wujud dalam hidup saya
umi jadi perisai kepada machine gun ayah
walaupun kadang kadang umi adalah machine gun nye
tp tak pelah...saya redha..haha

selamat hari lahir ummi

Friday, May 7, 2010

sila tekan ctrl+alt+esc sekarang!

tekanan! tekanan!


tetibe :/
aku memang akan tertekan tanpa sebab kalau secara tiba tiba jadual aku penuh
nak kena buat pilihan yang tah hapa hapa
kenduri nak buat date yang sama
dua-dua pun kawan sama penting
dua-dua nak kahwin tarikh yang sama
lepas tu tekanan pihak luar yang sekejap2 update
kau kena datang kenduri sipolan sipolan
kita jumpa kat kenduri sipolan sipolan okey!
lepas tu bila kena jadi pengiring secara tiba-tiba
dah la nk kena pergi sampai kelantan
okey aku tekanan!!

29/5 - Humaira - sabak bernam (collegue ofis)
29/5 - Ecah - PJ (ex house mate zaman perkolejan)
30/5 - Mira - Hulu Langat (sama seperti diatas)
12/6 - Mastura  - Kuala Perlis (kawan lama yg dah lama tak jumpa rindu gila!!!)
12/6 - Kak Shirah - Kulim, Kedah (sepupu - ni on the top sebab dah book untuk rewang segala)
12/6 - Kak Farid - tak sure kat mana (kawan zaman perkolejan)
19/6 - Kak Shirah versi Kelantan - kelantan of course! (kenduri sebelah husband dia)

tengok! tengok!
semua pasal kahwin kahwin kahwin



nk muntah T______T