Tuesday, August 24, 2010

cukup cukup lah

Dah berapa hari masih memandang kosong page ini......


Frasa mudah seperti hidup ini seperti roda, hari ni kita di atas, esok pasti di bawah
semua orang pernah dengar dan faham
tapi untuk melaluinya bukan semua pun mampu
kalau boleh semua nak selalu di atas
tak nak turun turun..

Salah siapa kalau kau masak mihun tawar dan kurang rasa?
kalau diri sendiri yang masak goreng...
mahu salahkan siapa kalau kau tak boleh makan ayam sebab nanti gatal hidung?

Bila datangnya hari yang kau langsung tak rasa mahu ketawa,
rasa macam sendiri di dunia sepi
bagi orang perempuan selalunya rasa itu akan datang sekali sebulan
itu normal
tapi kalau dah 3,4 kali sebulan itu bukan normal..

Ada masanya aku seperti redha dengan semua
pasrah terima apa saja yang dah ditetapkan pada hidup ini
tetapi ada masa aku memang tak mampu nak melawan perasaan tidak kecukupan
mahu lebih! lebih! malah lebih!

kita akan rasa stabil bila
satu tangan kita sudah genggam karier yang bagus
insya Allah masa depan juga bagus
kau sudah dilandasan
tinggal mahu mencorakkan supaya perjalanan itu lebih cantik molek dan teratur
tinggal mahu guna kepandaian kau mengaturnya

dan satu tangan  lagi kau sudah ada tangan lain mahu dipimpin
ada bahu untuk kau tumpahkan air mata bila perlu
atau teman makan bila semua orang takde di rumah

dan bila salah satu kau ada aku yakin hidup kau dikira separuh perfect
walaupun istilah nobody is perfect
tapi salah satu itu sudah cukup buat kau menghampiri perfect sebagai manusia

dan ... bila kau tiada salah satunya pun
tiada salah satu apatah lagi dua
itu yang buat terjadi rasa ketidakcukupan
satu bulan 3, 4 kali
rasa yang mahu kau goncang diri
apa guna hidup kau jika satu pun kau tak mampu miliki?

dan ...
dan...

itu yang aku rasa sekarang...

masalah aku ialah aku tak reti mahu angguk atau geleng

ia sangat susah!
dan mungkin kerana itu aku masih disini
berdrama kehidupan setiap hari...

dan saat ini sangat susah mahu bgtau pada hati
ambil hikmah nya saja

kau ada keluarga bahagia yang gembira walaupun ketidakcukupan
kau ada semua pancaindera dan tiada cacat langsung
kau ada kawan yang kau boleh cerita walaupun hampir tiap hari cerita yang sama
kau ada kerja walaupun bagi kau tak cukup bagus

move on!

jangan mengalah pada dugaan hidup
dan aku setuju
bila kau tiada tiada kedua duanya
tapi kau ada yang lain
apa kau tak boleh gembira dengan apa yang kau ada?
buat apa menunggu yang tiada untuk rasa gembira?
jangan sampai yang ada juga terlepas dan yang tiada juga tiada

mari bergumbira :)

Thursday, August 19, 2010

menu hari ni?

kadang kadang aku pelik kenapa kita akan lebih mudah attached dengan orang luar dari sedara sendiri
yela sepatutnya mesti kalau dh nama saudara mestila nak kongsi segala
luar dalam
atas bawah :D
tapi kita lebih mudah untuk buat macam tu dengan kawan
orang yang tah dari mana mana takde sedarah sedaging pun
lebih mudah kita bercerita kongsi gigit sekeping karipap tak pun keria ah terliur pulak..
daripada orang yang dipanggil saudara sendiri
em...saudara tu bukan adik beradik
tapi macam sepupu atau mungkin sepapat ke..

tapi tu mungkin aku je..
orang lain tak,,

macam aku
aku jelah bukan korang...

mungkin benar kata pepatah
happiness keep you sweet
trial keep you strong
success keep you glowing
but only friend keep you going...


petang ni mesti cari ini

Friday, August 13, 2010

Rojak Kareem

Dah masuk hari ketiga puasa
tapi satu pun belum aku tempuhi lagi
pms dari hari pertama
sabar jelah..
alhamdulillah...masih diberi nafas yang baik
kesihatan yang baik

kehidupan sangat sangat sangat stabil sekarang
alhamdulillah....
kesihatan baik
cuaca panas kan sekarang?
kalau balik petang mandi malam mesti nak mandi lagi
family alhamdulillah
masing masing bekerja belajar dalam keadaan baik
cuma ayah
demam. terkejut sebab puasa agaknya
atau dia risau pasal kenduri fai.z lepas raya ni
mungkin jugak
ayah bukan jenis berkongsi  rasa
cuma sesekali dia akan cakap
betapa dia risau dengan semua anak-anak dia
bangun pagi hari pertama ramadhan
ayah sms
'ayah tak terjaga masa sahur. tak sempat nk minum.
ayah rindu anak anak ayah'
sebak pulak
ye akak pun rindu..tapi biasalah aku.
aku takkan reply punya
mungkin keras sangat hati ni
takpelah
biar tuhan je tau macam mana aku sayang ayah
dan rindu ayah
kalau tulis macam ni boleh la
sebab ayah tak baca
sms direct to him? no, thats really not me!

rasa bahagia dikelilingi
kawan kawan yang memahami
rupanya single itu indah :D

buka puasa kali ni sunyi
berdua dengan umi
tp ada danish jugak sebelum berbuka
dia tu
eeeee!!
semalam tak sempat singgah rojak kareem
tp jumpa roti canai mini
ah selera aku macam biasa
mcm hari biasa
teringin benda yang biasa
laksa meehun sup tu pasti
roti canai tu pelik
sebab aku bukan penggemar si canai tu sangat

aku tengah bizi menggubah hantaran
bukan aku nak kawen
kan tadi dah cakap
adik nak kawen
seminggu lepas raya
insya Allah semuanya akan berjalan lancar
yeay! kelantan

aku tak tau kenapa aku suka sangat Indonesia
dalam kepala dah plan satu satu tempat dekat endon sana nk gi melawat
tahun ni Alhamdulillah sampai jugak ke Bandung
selama ni dok canang sana sini nk bandung
sikit sikit bandung bandung bandung
dengan izin Allah sampai jugak
Bandung best!
syurga dunia..and aku tak puas!!!!
nak pergi lagi :)
kalau boleh nak bawak umi ayah dengan adik adik lepas ni
kalau ada rezeki...

lepas ni bandung medan bali yogjakarta aceh....
adik aku dah cakap
diorang datang sini cari duit
orang malaysia pegi sana tabur duit
kaya sangat lah org malaysia ni kan...

bayangkan lah sepanjang kat sana bangun tidur je
cuma fikir, macam mana ye nak habiskan duit untuk hari ni?
nk pergi melilau kat mana ye...
merasa la jadi orang kaya kan...haha

menurut pak supir yang bersama kami tu
puasa di bandung (takpasti seluruh indonesia jugak ke)
tiada kuatkuasa untuk wajib berpuasa pada semua
memang la puasa tu wajib
tp kalau kt malaysia kalau kita ditangkap tak berpuasa
kita akan dibawa naik kereta jenazah keliling kota
ada hukuman
tapi di sana kuatkuasa undang-undang takde
tapi once kau ditangkap makan depan orang ramai
kau akan DIPUKUL tanpa belas kasihan
oleh orang ramai
hah! so kata pak supir kalau tak puasa enggak apa-apa
cuma jangan makan depan orang ramai

oh disana jugak kereta sumpah murah gila!!!
yela tax rendah
kalau setakat kerani cikai macam aku ni kalau di sana
sure bawak honda stream punya!
masa tu kereta idaman tak main ar honda toyota ni
masa tu mesti aim roll royce ke ape kan
sebab vios pun jadi teksi
kalau kereta malaysia memang susah nak nampak la
banyak wira tu pun jadi teksi je...

lagi apa yang best kat sana...

selain barang yang murah
oh orang orang bandung cantik cantik!!
ini memang aku akui
kebanyakan orang bandung ialah masyarakat Sunda
gadis gadia dia Subhanallah....
dah la kalau dalam shopping mall tu
tiap kali kau lalu dia akan rapatkan dua tangan ke dada
sambil cakap 'selamat datang bu..'
lepas tu nk blah dia akan cakap ;makasih jumpa lagi'
and kalau kau lalu 10 kali pun dia akan do the same things
sampai kita akan pelik ;tak letih ke?'
kat malaysia ada???
mintak mahap la
kalau nak mintak saiz kasut pun muka sure kerek macam nak mintak penampar je

ah biasalah kita kan
suka puji benda dari luar
:)

nak cerita pasal puasa sebenarnya

selamat berpuasa kepada pembaca blog ini
maaf andai ada tulisan yang pernah menyinggung hati
semoga puasa tahun ini bukan yang terakhir buat kita
semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun sudah
semoga segala amalan yang kita buat akan diterima Allah swt....

amin...

akhir kata...

sedap kan? :p'