Malang sungguh kerana sequel Digi iPhone tidak akan disambung sebab aku lupa untuk check nuffnang blog pada hari ke 2 dan hari ni hari ketiga baru aku perasan!! Sungguh cuai. Maka harapan untuk memenangi iPhone tinggal harapan dan terpaksa kumpul duit poket sendiri untuk mendapatkan handphone idaman berkenaan..sungguh terbaikk bukan?
Apa perasaan anda bila bekas kekasih hati yang telah lari sekuat hati tinggalkan anda dan tak menoleh ke belakang langsung selama beberapa tahun tiba-tiba berpaling dan datang dengan cerita sedih?
Dan lebih memburukkan keadaan, anda tak pernah lupakan dia dan jauh jauh jauuuuuhhhhhh di dasar hati masih mengharap dia kembali..
dan tiba-tiba ting! it happen suddenly..
what are you feelings?
Blog ini wujud setahun lalu kerana kekecewaan aku. Masa aku jatuh ditolak dengan kuat teman baik cadangkan bukak blog. Kau punya ruang lebih untuk ekspresikan perasaan. Sebelum blog ini ada beberapa blog yang aku pernah tulis. Namun tak seserius blog ini. Yang satu ini. Blog ini aku berjaya tulis dengan hampir jujur apa yang aku rasa...
Baiklah..
Sepanjang tempoh kejatuhan, aku ada beberapa perisai yang memang sentiasa melindungi aku. They are trully understand my feelings. Aku boleh dengan bebas cerita betapa sedih nya aku rasa bila ditinggalkan.. aku boleh menangis sampai bengkak mata depan mereka bila dengar lagu rossa yang selalunya tepat dengan keadaan... aku boleh bercerita sepanjang malam sambil tersenyum dan bilang betapa aku ada segunung rindu yang tak pernah hilang dengan lawak bodoh dia, rindu nak kenakan dia... Dan diorang memang akan dengar dan faham apa yang aku rasa...
Setahun bukan tempoh cukup sekejap kau mahu bangun... Kerja kuat sepanjang malam mengadu dengan tuhan, percubaan mahu melupakan tu perit....sakit sangat dan agak susah nak berjaya bila kau dilayan seperti 'dia berdendam' dengan tayangan gambar-gambar dia dan kekasih baru tanpa mengerti apa kau rasa, tak cukup dengan itu, tuhan terserempak kan aku dengan dia dalam satu kereta sedang berborak gelak ketawa...
sumpah membebankan!!
dan disaat kau hampir berjaya melaluinya...dia datang memohon sedikit perhatian kerana dirinya ditimpa dugaan....
hati kata - ni yang kau mahu bukan? walaupun lewat doa kau bilang 'semoga dia bukan jodoh aku' namun tuhan itu sangat sangat mengeri apa yang hambanya mahukan...
hati kata lagi - ini ke yang aku mahu? sumpah tak tau!
perisai kata - please dilla! jangan! jangan! jangan!
siapa mahu kau dengar? hati yang memang mengerti atau benda paling mengerti diri kau atau perisai yang memang sentiasa ada untuk kau...?
hati..perisai...hati ...perisai... -sambil cabut kelopak mawar (ah drama!)
ikut kata hati mati...kadang kadang hati sendiri tak pasti jadi perlu kah dengar kata hati?
jangan lupa perisai itu yang bangunkan kamu dari jatuh, perisai itu yang pinjamkan bahu bila kamu perlu dan perisai itu yang doakan kamu untuk jadi kuat seperti hari ni...
sungguh aku belum bersedia samada sebagai kawan atau teman atau kesayangan...
Sunday, September 26, 2010
Friday, September 24, 2010
DiGi iPhone 4 Me
DAY 1
Memang teruja habis bila tengok orang lain pakai hanphone touch screen. And satu satunya handphone touch screen yang i tau ialah iPhone... Disebabkan terlampau taksub dengan iPhone dan touch screen nya i telah memakai handphone buatan china yang tidak ori.Yang penting touch screen. Tapi tiada kepuasan! Dan impian i ialah I waaaaaaaaaaaaaaant a Digi iPhone 4! Its gonna be mine!
I yang memang tak berapa nak celik teknologi cuma tau satu satunya handphone touch screen terbaik ialah iPhone. Dengan lebar paparan screen yang luas cukup untuk i meneliti jerawat di muka teman kala melayari internet! Tak perlu menekan kebawah ketepi berulang kali untuk mendapatkan paparan yang luas. Hebat kan!
Handphone sekarang, mudah tercalar! sangat mudah. Kadang-kadang aku ambik pensil atau pen atau apa saja yg berdekatan untuk menghantar message. Tekan kuat sikit dah calar balar. Dengan permukaan anti gores dengan sensor acceloremeter tak mungkin tercalar lagi. Memang sesuai la dengan aku yang ganas ni!
Hanphone sekarang gambar pecah-pecah. Bila transfer dalam laptop macam lukisan cat air. Burok! nk upload di facebook pun malu. I suka ambil gambar kejadian yang berlaku sekeliling i. Pemandangan yang cantik. Wajah-wajah Asia yang unik. Kalau dapat iPhone, dengan kamera 5 mega pixel dan teknologi autofocus memang sangat membantu! Boleh zoom sampai 5x.Fuyoooo! Confirm nampak segala jerawat dan jeragat.. :) Oh ia juga disokong A-GPS...ape tu? nanti google...
Teringin sangat nak macam orang lain buat video call tengok muka kawan baik tengah buat ape tu sambil bergosip hal hal sekolah. Kalau ada boyfriend lagi best kan bergayut sambil video call.. Mesti nak control ayu je muka :p Handphone sekarang tak boleh buat video call T____T Dengan bantuan teknologi Turbo 3g Network oleh Digi mesti membantu impian ku! Diulangi TURBO okey!! Ingat enjin turbo je ada??
Kalau nak record memang dapat video terbaik punya dengan iPhone 4 ni sebab teknologi HD. Lepas record, edit terus boleh share dekat youtube. Pastu text kawan-kawan suruh rate video sendiri. Sumpah gila glamour! Kalau dah ada anak memang tak kan terlepas semua progress dia even bila mata berkelip pun kan! Tapi sayang masih belum berkahwin pun. Jadi mungkin anak mata atau anak tekak yang diambil kira :)
anak tekak
I nak sangat iPhone 4 ni. Digi please give it to me!
Thursday, September 23, 2010
sedang elok..ngam!
Selalu orang cakap, kita cuma akan ingat tuhan bila kita ketakutan, kesakitan, keresahan, kesusahan
ingat tuhan...
tapi tuhan tak pernah lupa kita
wahai kawan,
walaupun kau cuma ingat bila ketakutan, kesakitan, keresahan, kesusahan
tapi bila sekali kau ingat, jangan lupakan lagi
jangan lupa lagi
ingat dia tuhan kau
teruskan ingat
wahai kawan
bila kau hampir lupa pada seseorang
jangan lupa kebaikan dia
jangan lupa kerinduan dia
jangan lupa segalanya yang dia pernah beri pada kau
jangan lupa
bila sekali kau ingat
teruskan ingat
wahai kawan
jangan lupa janji kau
mahu bahagiakan dia sampai hujung nyawa
jangan lupa
teruskan ingat
wahai kawan
rindu ini susah mahu berpenghujung
susah
namun aku tahu
ia pasti punya penghujung
kerna rindu ini bukan untuk kau
wahai kawan aku rindu kau kawan
ingat tuhan...
tapi tuhan tak pernah lupa kita
wahai kawan,
walaupun kau cuma ingat bila ketakutan, kesakitan, keresahan, kesusahan
tapi bila sekali kau ingat, jangan lupakan lagi
jangan lupa lagi
ingat dia tuhan kau
teruskan ingat
wahai kawan
bila kau hampir lupa pada seseorang
jangan lupa kebaikan dia
jangan lupa kerinduan dia
jangan lupa segalanya yang dia pernah beri pada kau
jangan lupa
bila sekali kau ingat
teruskan ingat
wahai kawan
jangan lupa janji kau
mahu bahagiakan dia sampai hujung nyawa
jangan lupa
teruskan ingat
wahai kawan
rindu ini susah mahu berpenghujung
susah
namun aku tahu
ia pasti punya penghujung
kerna rindu ini bukan untuk kau
wahai kawan aku rindu kau kawan
Subscribe to:
Posts (Atom)


