Wednesday, January 12, 2011

Ikan bilis goreng dengan nasik panas...sedapnye!!!

Serius ni. Bagi aku bila seorang lelaki tu buat hal, ada perempuan lain, aku jarang nak marah perempuan yang jadi orang ketiga tu. Jarang! Macam dalam cerita aku dulu, ex bf boleh ada perempuan lain aku sikit pun tak marah orang ketiga tu. Sebab bagi aku dia tak tau yg lelaki tu bf aku. Sebab lidah lelaki bercabang. Sepuluh patah keluar dari mulut dia, satu pun belum tentu kau boleh percaya. Dia boleh cipta seribu alasan, seribu cerita cakap yang dia tu single, duda, bukan bf orang yang menyebabkan perempuan tu setuju untuk berhubung.

Buat apa nak bergaduh sesama perempuan, tarik rambut depan orang ramai sebab lelaki? Betul la pokok takkan bergoyang kalau takde angin atau gegaran atau gempa bumi. Eh salah peribahasa. Tepuk sebelah tangan takkan bunyi melainkan kau tepuk dekat dinding atau tepuk bontot orang atau tepuk dua-dua tangan. Baru ada bunyi atau ada respon.

Jadilah perempuan yang matang. Tu pesanan untuk aku. Lelaki, kalau beria mana pun kalau kau pertahankan dia supaya jadi hak milik kau sorang TAPI kalau hati dia nak berubah, berubah jugak. Tak payah la kau tulis cop kat dahi dia 'HAK MILIK AKU' kalau hati dia rasa nak pergi, dia pergi jugak....

Tak payah beria sangat pertahankan lelaki ni. Cukuplah kalau boleh hidup bersama saling hormat, faham peranan masing-masing, jujur dah cukup. Risiko ada di mana-mana.

Sebagai perempuan, lebih baik kau belajar berdikari. Nak buat ape tak payah harap pada lelaki. Asalkan tak langgar syariat. Ok lah kan?

Walaupun dah masuk tahun baru tapi issu dekat blog ni masih sama
pasal relationship yang tak pernah nya elok
korang doakan lah aku semoga tahun ni tahun yang baik untuk aku, relationship aku..

Saturday, January 8, 2011

wish we never broke up

Tahukah anda, jika kita membenci seorang manusia walau apa pun sebab percayalah akan ada seribu orang manusia lain yang akan membenci kita. Tapi kan kita ni manusia biasa. Susah untuk kita SUKA semua benda tanpa membenci nya. Saya ada sorang kawan yang cantik. Sangat cantik. Ada orang komen 'indahnya ciptaan tuhan' dekat bawah gambar camwhore dia. Dia cantik bagi saya. Tapi saya kenal sangat dia macam mana. So bagi saya lagi, dia tak lah cantik mana.. Tak tu bukan point nya... point nya ialah dia banyak haters. Ada dikalangan kawan kami jugak yang benci dia tanpa sebab. Saya ada terbaca, haters is a person who not really hate you but they are the reflection of what they cannot do...lebih kurang macam tu la. Orang yang benci dia tanpa sebab tu mungkin jeles dengan apa yang dia ada. Dah la cantik. Ada bf yang kaya dan setia. Lepas tu kerja dia cuma shopping saja. Lepas tu selalu update status dekat fb nk shopping sana sini. Jadi semua orang yang tak pernah kisah pasal dia jadi menyampah pulak bila tiap berapa minit status update shopping shopping shopping..Padahal kalau compare dengan status saya, asyik hal kerja stress kerja work load bla bla bla... Okey lah apa point yang aku nk tulis kat sini pun dah tak tau. Karangan dah terpesong. Babai :)

Monday, January 3, 2011

Selamat tahun baru masihi semua.

dah 3hb pun..kejap je kan? Rasa mcm semalam baru countdown 5..4..3..2..1
countdown? kejadahnye aku countdown...org sibuk bersesak-sesak aku sibuk menganyam mimpi
letih weh keje siang hari cari rezeki bawak pulang untuk orang yang tersayang...oh bersabarlah...jap! macam lagu ramli sarip je..

Masa 1 hb Jan aritu pegi kenduri sorang kawan lama. Beb! dia kahwin dah 2 kali beb! perkahwinan pertama tu tak bertahan lama sebab masalah diorang je yang tau. Aku doakan perkahwinan kedua kekal sampai akhir hayat. By the way, thats not the point. The point is, dia dah 2 kali...aku? sekali pun belum..padahal dia tua setahun je dari aku. Takpelah. Dah jodoh dia sepantas ERL nk ke KLIA nk buat mcm mana kan?
Cantik date 1.1.11 tu. tapi tak payah la nak berebut date tu. Sebab ada banyak ye tahun ni date yang cantik 11.1.11
1.11.11
11.11.11
sila pilih ye. Tak payah berebut ok!

Eh, rupanya Palestine TIDAK akan bebas jika masjid-masjid tidak penuh dengan manusia bersolat jemaah pada waktu Subuh seperti solat Jumaat. Sorang padei cakap, kita tak payah takut dengan orang Islam selagi masjid mereka pada waktu subuh  tidak penuh seperti solat Jumaat. Baiklah. Maksud ayat ni sama mcm ayat sebelumnya..sesiapa yang mendoakan Palestine bebas, marilah bejemaah di masjid pada waktu subuh. Semoga Allah berikan saya suami yang rajin ke masjid pada waktu subuh dan lain-lain waktu dannnn dia ajak saya sekali :))))

Azam? Takde pun. Tiap hari aku berazam. Nak simpan duit lebih sikit dari tahun lepas sebab nak melancong 2 tempat tahun ni. Bandung. lagii?? dan lagi satu sabah. Sabah lebih spesifik Tawau ke..sipadan island ke.. tu je dalam kepala. Teruk kan? Orang lain sibuk kumpul duit nak kahwin, nak gi umrah, nk tukar kereta bla bla bla...aku cuma fikir berjalan je...Memang nak gi umrah jugak. Tapi sebab dah terjebak beli tike online tahun lepas gi bandung so nak kumpul duit tu kena slow-slow sikit sebab nanti semput semata-mata nak berjalan. Kalau gaji 3 ribu sedap gak. Ni .....ah malas ah tulis..

Nak kerja baru. Tapi belum dapat la. Aku teringin nak buat bisnes online. Tapi tak tau nak jual ape...

ok tu je bai