Friday, May 6, 2011

Touch n Go

Ya Allah nervous sangat!!


Lagi berapa minggu je nak kenduri. Masalah nye aku terlampau nervous dan stress. Setiap hari sakit perut yang pelik. Pening. Berpeluh-peluh tahap melampau. Berdebar-debar. Aku pernah terbaca itu simptom stress. Harap-harap tak sampai psiko ke ape. Bila macam tu, zikir selawat je la yang mampu. Aku cuba tak pegang hanphone kerap sangat. Sebab kalau pegang je hp mesti nak hantar sms cari gaduh dekat wan. Setakat ni alhamdulillah mampu control.

Bila fikir pasal kenduri, pasal makanan masa kenduri, macam-macam aku takutkan. Cukup ke makanan nanti, takut baju buruk, takut mekap tak cantik…aduhai…Ya Allah semoga semuanya berjalan lancar dan tenangkanlah hati aku ni..

Minggu lepas sempat gi penang. Vacation dengan kawan baik. Sangat hilang stress. Masa on the way nak ke Penang, excited sangat! Bukan tak pernah pergi, masalahnya excited lain macam sebab pergi dengan kawan baik. Sumpah aku akan rindu perasaan tu. Walaupun bercuti dalam keadaan bajet yang terhad tapi puas and enjoy! Gila lah!













Macam biasalah. Masa enjoy memang lupa semua masalah. Lupa diri sekejap. Masa on the way balik KL maka bermulalah perjalanan ke arah realiti hidup. Kepala dah start pening pasal bajet lari. Pasal kenduri. Pasal kerja. Pasal berat badan dah bertambah. Pasal touch n go tak topap lagi. Pasal jam esok nak kerja. Masalah tunang yang eeee! Semua masalah datang balik. Tapi bila fikir pasal penang je mesti nak senyum sampai telinga. Terima kasih kawan baik. Aku sayang korang!


Wednesday, May 4, 2011

kompang di palu....

I'm getting married!

Saya akan berkahwin err... lebih kurang 3 minggu lagi. Dengan bekas kekasih yang pernah betrayed saya. Baiklah..memang aku pasti akan ada yang kata, aku bodoh kerana terima dia balik seolah letakkan diri aku dalam sangkar buaya. Risiko. Hidup ini adalah risiko. 

Andaikan suatu hari nanti, sejarah berulang kembali. Pisang berbuah dua kali,yang pastinya kalau itu berlaku, mesti aku akan cakap menyesal!

TAPI  tahulah semua bahawa 

bagaimana aku serahkan semuanya pada Yang Maha Esa saat aku mengatakan ya pada dia...begitulah aku serahkan hidup aku pada Nya untuk hari esok.. 

Entahlah....semuanya cepat! 

Hati itu dikawal oleh DIA...bagaimana DIA mahu mengubah hati-hati itu, begitulah kita harus menerimanya..

Cuma, yang pasti kami hanya mampu berusaha sebaik mungkin..cuba tampal mana-mana tempat yang berlubang dulu, cuba polish mana-mana yang pudar dulu, cuba upgrade mana-mana yang dah outdated...

Aku akan cuba..

Aku tahu dia pun akan cuba..

Ini keputusan untuk seumur hidup.. Insya Allah. Semuanya kerana Allah..

Tuhan, ampunkan kami. Berkati kami. Perbaiki hubungan kami. Restukan kami. Tetapkan iman kami. Murahkan rezeki kami. Semoga hubungan yang terbina ini, adalah sentiasa di landasan agama Mu..amin




Wednesday, April 13, 2011

Cubaan membuat entry keibuan .. teheee

Semua orang boleh cakap bayi yang baru lahir tu ibarat kain putih yang bersih tanpa ada corak atau peta air liur basi atau tumpahan sambal. Bersih. Kosong. Lantak la mak ayah nak jadikan dia macam mana.

Berada dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak banyak ajar aku jangan cakap pandai. Atau pun jangan cakap besar. Sebab kau sendiri tak tau nasib kau macam mana. Ada budak yang kecik, tapi pintar. Pandai bercakap. Berani ke depan jawab soalan penceramah. Comel. Cakap sopan. Nama sedap. Lalu kau suka dia lebih.. biasala. Budak macam ni selalu jadi perhatian cikgu. Sebab dia tak nakal. Eeee dah la comel, mak ayah dia pulak jenis sopan tak banyak merungut pasal sekolah.. eh sapa tak suka??? Ada budak pulak jenis yang oh my gucci! Nakal nya subhanallah.. tempat flush toilet tu dia boleh panjat sorokkan selipar toilet. Padahal baru darjah satu. Dah la muka tak berapa comel. Walaupun nakal bagi cikgu pening, tapi dalam kelas pandai pulak dia. Periksa mesti nak no 123.


Nama pun budak. Ada sejuta lagi halangan yang dia perlu tempuh untuk buktikan sapa dia bila besar nanti. Sebab tu aku cakap, jangan nak cakap besar atau cakap pandai. Kau tak boleh cakap, nakal nya budak ni!! Anak aku esok jangan harap nak nakal macam ni. NO. sebab kau belum tau nasib kau macam mana… ada budak yang slow…perlahan.. macam kanak-kanak yang problem itu ini. Jangan merungut. sekali lagi, sebab kita tak tau nasib kita macam mana…

Aku dalam family yang cara didikannya agak kasar. Kasar yang maksud aku bukanlah bila bercakap semedang nak mencarut, main-maik kepala bagai.. TAK.. tapi kasar yang tak lembut. Mak aku pensyarah. Haha. Maksud aku surirumah yang kuat bersyarah. Tapi alhamdulillah bebelan dia tu berisi. Misalnya membebel pada aku yang bangun lambat. Bangun lepas makan tengah hari siap. Lepas tu mandi siap lawa-lawa terus ambik pinggan cedok nasik. Dulu kecik-kecik dah kena bebel. So bila besar mana berani nak buat macam tu. . Sebab mak aku didik kami sedikit konservatif. Macam orang Penang dulu-dulu punya style. Anak dara, mesti bangun awal. Anak dara mesti pandai masak at least tanak nasik. anak dara mesti pandai mengemas. Anak dara mesti itu ini itu ini...Dan kesannya sampai sekarang kalau tidur rumah orang aku tak reti nak bangun lambat dan tak reti kalau tak sama-sama merewang ke dapur.

Ada mak ayah yang sangat protective, kadang-kadang memang rimas. Tapi bila aku tengok ada gadis yang mak ayah dia tak heran langsung kalau dia keluar malam balik pagi dengan boy friend, keluar rumah 2, 3 hari tak balik tak tau tidur mana dengan boy friend, tak kisah langsung dengan hubungan yang tidak sah tu…buat aku bersyukur sebab ada mak ayah yang sangat ambik berat hal anak-anak. Sebab kalau bukan diorang yang limitkan apa yang aku dengan adik-adik buat, memang kami hanyut… Kalau ikut kepala aku yang biol ni, memang aku hanyut...serius!

Aku suka cara didikan mak ayah sekarang. Cuma nanti kalau ada anak, mungkin ada beberapa perkara yang aku nak ubah.. nabi pun pesan, didik anak mengikut zaman.. sekarang bukan zaman pukul-pukul tangan bontot lagi. Tapi sekarang kena pukul hati. Aku tak pasti aku boleh atau tak mendidik anak sendiri nanti. Takut kan dengan keadaan sekarang. Macam-macam….!

Okey entry ini sangat keibuan…sangat!