Bila sesuatu perpisahan berlaku, kita akan rindu sesorang itu disebabkan perkara-perkara kecil yang pernah dia buat pada kita. Small things. Misalnya, dulu masa sekolah rendah saya ada sorang classmate lelaki yang cute plus hensem. Kitorang takde connection seperti bercouple atau bestfriend ke ape. Tapi sampai hari ni saya masih ingat dia disebabkan dia terjatuhkan pensel saya dan mata pensel patah kemudian dia cakap sorry dan asahkan balik pensel saya...awwww!! comel kan moment tu? kau bayangkan kecik-kecik aku dah pandai menghargai perkara-perkara kecil seperti itu..
Bila dah besar, kita berkawan dengan ramai orang. Bertemu, berkawan dan berpisah. Saya sangat sure semua ini berlaku pada semua orang. Semua! Sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja lama dan baru, tempat berkursus, skandal, boyfriend, girlfriend..bla bla bla...pertemuan perpisahan berlaku in every single things yang berlaku dalam hidup kita..
Saya ada beberapa orang kawan special yang kadangkala rasa rindu itu datang disebabkan saya ingat balik perkara-perkara kecil yang pernah kami lakukan bersama..
tapi sekarang saya rindu arwah tok nek sungai saya.... rindu :'(
bila rindu dia, saya selalu teringat saat saat terakhir sebelum dia meninggalkan saya, kami semua. Dia sempat ajar saya masak kari ikan yang memang lain dari yang lain. Umi saya pun tak masak kari macam tu. Nenek ajar saya masak kari... benda kecil. Sebab dia pun ajar cicit dia yang lain bab-bab memasak ni. Tapi bila dah tiada depan mata, benda tu jadi sesuatu yang besar dan dirindui...
misalnya bila berjauhan dengan ibu..saya selalu rindu air milo panas yang ibu bancuh ..ataupun rindu suara nyaring dia menjerit kejut saya bangun tidur!
Dulu selalu rindu, nak makan keropok udang meow meow dengan air coklat dutch lady atas kerusi tepi stadium hoki masa balik jogging lepak-lepak sampai matahari naik tegak atas kepala...
rindu nak berebut makan tako tao depan kedai tako tao lepas bayar muka terus tak sabar-sabar cari kerusi nk melahap si bulat 3 biji tu..
rindu nak makan laksa di kedai bawah pokok. Kedai tu dah kena roboh.lepas tu dah tak dapat kesan lagi mana kedudukan baru dia. Syahdu je bila lalu tempat tu. Banyak kesan memori disitu.
Kadang-kadang ada orang rindu nak makan berkongsi satu sudu, dan minum berkongsi satu straw...ataupun rindu nak makan berkongsi sekeping sandwich dengan 3 orang yang lain.. semua tu perkara KECIL berlaku secara spontan tapi menjadi BESAR mengikut masa dan keadaan...
Rindu mahu melihat rambut sarang tebuan versi dulu dulu..versi yang masih kecil dan belum tahu dunia ni luas..gulp!
rindu suasana masa saya takut longkang nak ke pasar malam dekat setengah jam kawan-kawan pujuk kau langkah je dilla,kalau jatuh boleh panjat. Dah setengah jam menjerit jerit mintak tolong, kereta lalu lalang semua hon tanda sokongan. Bongok!
rindu mahu melihat kereta orang tu dari jauh, dan orang tu tak sedar pun saya sedang melihat dia..
...
sebelum makan tulis blog dulu. haha.. rindu makanan ni jadi mari makan bersungguh sungguh!!
Sunday, October 31, 2010
Monday, October 25, 2010
Pipi yang kemerah-merahan..
Aku bukan orang yang pandai menzahirkan apa yang aku rasa secara terang terangan
semua nya berdasarkan perbuatan
em...jap salah tulis
perasaan sayang, rindu, cinta, suka dan em...sedih - aku tak berapa pandai zahirkan secara terang terangan
(ok ni lebih tepat)
sebab kalau perasaan MARAH senang je aku tunjuk :)
Kalau sedih, selalu tahan hati jangan nagis depan orang. Nanti nampak tak cool. Bila tak cool, nampak cengeng. Huduh.
Kalau rindu, em...diam jela. Stalker dekat fb. Kemudian belek folder gambar lama-lama. Kemudian air mata bergenang sebab tahan rindu. Woh jiwang!
Cinta dan suka dah lama tak rasa...
Kalau sayang?? Masak makanan best-best untuk keluarga kemudian bila makanan habis licin senyap-senyap rasa bangga sebab dapat tunjuk kasih sayang melalui masakan. Wah sangat keibuan :)))
Tapi hari ni, saya rindu dia...
semua nya berdasarkan perbuatan
em...jap salah tulis
perasaan sayang, rindu, cinta, suka dan em...sedih - aku tak berapa pandai zahirkan secara terang terangan
(ok ni lebih tepat)
sebab kalau perasaan MARAH senang je aku tunjuk :)
Kalau sedih, selalu tahan hati jangan nagis depan orang. Nanti nampak tak cool. Bila tak cool, nampak cengeng. Huduh.
Kalau rindu, em...diam jela. Stalker dekat fb. Kemudian belek folder gambar lama-lama. Kemudian air mata bergenang sebab tahan rindu. Woh jiwang!
Cinta dan suka dah lama tak rasa...
Kalau sayang?? Masak makanan best-best untuk keluarga kemudian bila makanan habis licin senyap-senyap rasa bangga sebab dapat tunjuk kasih sayang melalui masakan. Wah sangat keibuan :)))
Tapi hari ni, saya rindu dia...
Humaira
Humaira yang alhamdulillah dapat jodoh yang sangat baik
Humaira yang redha dengan ketentuan untuk tinggal bersama mertua
Humaira yang bela anak ayam dengan bapak mertua ... comel :)
Humaira yang sudah 6 minggu membawa sesuatu dalam perut
Humaira yang selalu call kawan-kawan tanya khabar
Humaira yang banyak menasihati saya :'(
aish tetiba sebak...
rindu ini kerana Allah..
Sunday, October 24, 2010
Lelaki DAN Shopping
Selalu dengar orang lelaki merungut kalau perlu temankan wanita membeli dan belah. Kononnya lama sangat berjam-jam sampai mereka jemu lalu terpaksa bersidai di luar shopping mall menghabiskan berpuntung puntung rokok menunggu mak kakak adik perempuan atau awekss mereka bersungguh sungguh menghabiskan duit..
Dilahirkan sebagai perempuan yang kurang gemar bershopping cewahh! gemar adalah sikit tetapi tak gemar sangat sudah cukup memberi tuah ya TUAH kepada bakal suami saya kerana tidak perlu melayan sikap membeli dan belah yang terlampau kronik. Saya tidak kronik part itu. Em...setakat inilah...memang setiap kali kalau mahu membeli barang seperti contohnya hand bag atau baju. Saya akan ke bahagian berkenaan dan pilih serba sedikit bawa ke kaunter dan bayar. Ye mungkin kerana saya jenis yang kurang teliti, careless wat so ever jadi hasilnya dalam setengah jam saya mungkin sudah membayar tiket parking dan mula bergerak keluar dari mall. Ok perlu ke membebel tentang diri sendiri padahal topik lelaki dan shopping????
Saya ada 3 orang adik lelaki dan seorang ayah lelaki dalam hidup saya. Dan sebagai kakak sulung selalunya saya yang jadi fashion advisor mereka. Oh patutlah adik-adik aku tak reti berfesyen..tengoklah sapa advisornya..HAHA.. Dalam banyak-banyak lelaki dalam hidup saya ni, adik yang ke3 paling cerewetttttttt bab-bab attire ni. PALING! Kalau beli seluar atau baju dekat sejam dia akan belek letak belek letak belek letak belek lepas tu fikir 40 minit baru bawak gi kaunter bayar. Tapi nasiblah bukan sehelai. Dia jenis kalau sekali beli, pat lima nam lai. Jadi berbaloi jugak la kalau teman dia shopping. Yang paling annoying masa tengah proses pilih memilih mesti nak 'kak ok x?' 'kak yg ni boleh?' kak itu..kak ini... memang! rasa nk muntah!!! Pernah saya dan dia nak belikan ayah baju batik, TIGA shopping mall kami jelajah nak cari baju yang dia berkenan, padahal bukan beli untuk dia pun. Bayangkan betapa cerewet nya mamat ni!
Adik lelaki yang kedua terbesar dan tertinggi oh yang raja tahi lalat tu. Dia tak erapa cerewet. Tapi kuattttttt membebel. Sambil memilih mulut dok pot pet pot pet macam-macam dia membebel. Mana seminit tak jadi sejam? Padahal beli sehelai seluar slack je.
Adik yang bongsu memang paling ah! Dia susah nak buat keputusan. Kak yang mana kak? Aku tak tau la kak. Bila saya cakap, pilih la kaler yang belum ada dalam koleksi..'em...semua kaler aku dah ada' Bila aku cakap ambik jelah kaler ni...dia jawab tak cantik lah! Ok nampak tak disitu sakit hati tak kalau teman mereka shopping?? And kadang-kadang saya memang sampai naik suara sebab mengantuk plus bosan plus penat nak melayan kerenah diorang.
Memang letih. Kalau saya dengar ura-ura antara mereka nak beli sesuatu saya memang paling nak elakkan dari teman budak-budak lelaki ni. Tapi antara lelaki lelaki berkenaan yang paling mudah mestilah ayah saya. Ye saya memang menurun dia. Kalau nak belikan baju, asalkan saiz ok, kain ok, kaler apa pun tak kesah dia mesti ok. Kalau yang mahal tu, memebebel lah dia sekejap tapi lepas tu dia akan pakai jugak...Paling mudah lah! Semoga bakal suami saya (dimana pun anda berada di highway atau jalan kampung) harap-harap bab beli dan belah ni anda seorang yang mudah..harap-harap....
Ini baru shopping baju seluar di shopping mall belum lagi kau masuk kedai kedai aksesori kereta atau motor. Sumpah menjengkelkan! Sejam dua jam pun mereka takkan sedar dah ada muncung panjang tengah hangin menunggu!
See??? Sebenarnya lelaki kalau dah datang niat diorang nak membeli dan belah maka anda semua perempuan-perempuan haruslah bersedia fizikal dan mental.. Sebab mood kita dan mereka nak bershopping adalah jarang selari.
tapi sekarang bila dah jauh-jauh jarang jumpa ni rindu pulak nk shopping ngan makhluk-makhluk ni ... tapi ah perasaan boring tu lebih kuat rasanya..HAHA
ini cerita dari pengalaman sendiri dan tak semestinya memberi konklusi bahawa semua lelaki sama...
kan kan kan nenek kan???
imej : abang gugel
Subscribe to:
Posts (Atom)








