Tuesday, September 8, 2009

Tiba tiba seperti terpegun melihat diri sendiri..

dalam hati terdetik em...cun gile jugak muka aku! pastu uish! ayu nye sape ni? sambil menatap wajah di cermin...haha! memang tak dapat la kan.. sape nak muntah silakan..

Ni suma jerawat yang tumbuh subur di muka seperti cendawan selepas hujan..oh man!

Grrrr....ntah nape la. Makin hari bertambah. tapi yah! mungkin stress. WTA dah keluar semalam.tp tak berminat nak tulis pasal 'boyfriend' baru tu..aku ingat nak bagi nama kat dia la.. Abg Master..wahaha!


Pagi-pagi lagi aku dah gi intai blog orang. One of the stalker and skarang aku dah jadi follower blog sedara ni secara senyap. haha..senyap ke??

Dah buat bisnes skarang. Aku pun teringin nak ada bisnes sendiri. Tapi nape tah banyak idea banyak benda yang aku nampak ada potensi. Tapi macam tak reti nak take first action. I really dont have the idea about that. Ayah tersayang ajar dari kecik macam mana nak bisnes. banyak peluang dia bukak. Tapi anak dia ni macam slow and and tak stedy langsung macam mana nak teruskan semua yang bapak aku usahakan. Haish..
Baiklah mari doakan saya beramai-ramai semoga suatu hari nanti saya akan mampu teruskan apa yang dia dah usahakan. Doakan saya rela berpanas berhujan menanam rozel, bermandi taik dan kencing kambing ewww...atau mungkin berhempas pulas menumbuk numbuk manja doh roti..oh mungkin roti paling dekat di hati. Doakan ye teman-teman stalker..

Semalam cakap macm ni kat umi..Nanti hujung minggu kita buka puasa dekat masjid shah alam nak? teringin nak rasa berbuka solat maghrib terawih sume kat sana..Umi cakap gini..hello, kamu kan hujung minggu di Bangi? Lupa ke kamu dah takde hujung minggu?? oh man!!!
Macam mana aku boleh lupa??? Tibe tiba cam sedih..empat tahun beb! empat tahun! haish... tu la..sebelum buat tak nak fikir jauh jauh dalam dalam... tapi tu kan rezeki.. insya Allah aku bertahan.. dah dah jangan cakap pasal hujung minggu.. sensitif! tetiba sangat...haha
Minggu ni last sabtu dan ahad bulan ramadan. Next week dah raya. Oh minggu raya pun saya di bangi juga..oh man!!!

Raya tahun ni rasa bersemangat waja nak menempuh lebuh raya utara selatan bersama Abg Master (hihi..)..rindu sangat dah nak beraya dengan sedara Penang. Tambah tambah dapat texted dari Angah balik la balik la wehh balik la..bertambah tambah rindu aku..walaupun baru je bulan lepas jumpa sambil shopping sakan kat pasar ct khadijah..Insya Allah...ada rezeki lebih smpailah..

Hari ni bersemangat jadi pekerja cemerlang! Mari bekerja!

Footnote: tak pasti nape mesti ulang oh man byk kali..oh man!!

8 comments:

  1. Mi organize majlis buka puasa dengan anak yatim dekat rumah aku dis weekend.

    Ada berani?

    ReplyDelete
  2. mane mane je
    aku tetap di bangi weekend ni..
    lupa?

    ReplyDelete
  3. blk penang??sy dr penang nk blk klate nnti :)

    ReplyDelete
  4. seb baik jerawat aku bermusim.. dtg mase haid ja.. ehehe

    ReplyDelete
  5. dilala, sy pun mula2 tk tau cmne nk amik 1st action tu..tp, ad pepatah inggeris kata, 99% failure is come from the person who always give reason..(bi salah sorry..MUET band rendah je)..drpd kita duk tunggu tanpa buat ap2, baik kita mulakan smthg..sy pun tk pandai sgt..baru je nk mula betatih..so, utk awk, sy doakan awk bejaya..kejayaan hari ini bermula dengan langkah yg kecil=)..Yosh!

    ReplyDelete
  6. kalo ada idea ttg bisnes yg awk nk buat, bitau la..kita leh tukar2 pndgn=)

    ReplyDelete