Thursday, December 31, 2009

Teddy scent fragrance oil

Lagi beberapa jam tahun 2009 akan ke penghujung

mari kita sama sama berdoa semoga ia akan berakhir dengan baik...

dan

2010  bermula dengan baik..amin...

Monday, December 28, 2009

Jambu + Mangga letak serbuk asam boi...srpppp!!

Banyak keputusan besar yang aku telah buat tahun ni.
Banyak perkara sedih yang aku lalui tahun ni
banyak perkara menarik dan menyenangkan  aku tempuhi
banyak hakikat yang perlu aku terima tahun ini
banyak benda yang aku terlepas sepanjang tahun ni
tak kurang jugak banyak sangat yg aku dapat
haih banyak lah! banyak...

dulu aku selalu merungut
kenapa hidup aku macam ni
mendatar je
graf kehidupan macam tak berubah langsung
constant
selalu berangan
kan bagus kalau tiba tiba ada kapal terbang jatuh depan aku langgar apartment yang tinggi melangit
dan semua tu berlaku depan aku
time tu graf kehidupan akan naik sikit
sebab cam excited ke hapa tah yang aku rasa

tapi

aku macam tak sedar
yang aku lalui benda baru tiap hari
walaupun bole dikatakan benda sama je buat tiap hari
tapi semua benda baru yang aku tempuh
bila dah hujung2 tahun ni buat evaluation baru nampak
sebenarnya perubahan tu sangat ada every single day yang aku tempuh

perubahan tu aku tak pasti bagi aku kematangan selaras dengan usia aku yang bertambah atau tak
tapi yang pasti sebagai seorang gadis biasa
sekurang kurang nya bagi pengajaran
bagi kekuatan
supaya bodoh itu hanya sekali
bukan dua kali
dan lebih bersedia untuk hari hari esok yang jarang sangat bagi bau atau hint atau ape2

dan apa yang aku lalui tu jugak
patutnya mengajar supaya lebih bersyukur dengan apa yang aku dapat apa
ujian dugaan perubahan perpisahan pertemuan penyambungan ape2 je
sebab tu semua
adalah sangat wonderful!!

Wednesday, December 16, 2009

Deep chill sensation

Dulu masa tingkatan 2, ada satu persembahan penromen pentomen tentang anak derhaka. Persembahan dari pelajar2 aspuri. Ntah kat mana yang touching aku tak pasti tapi hampir semua yg ada aku perasan mereka nangis. Teresak2. Siap lari keluar nyeh hingus. Pas pas tisu. Aku plak tak rasa pape. Aku pn tak pasti kenapa. Lalu aku dituduh hati batu hanya sebab tak menangis. Masa last day PLKN dulu pun sama. Aku tak menangis bila semua orang termasuk lelaki lelaki macho menangis siap berpelukan sebab nk berpisah. Aku langsung tak sedih. Serius. Org lain sibuk peluk peluk nangis nangis aku plak sibuk membebel sebab bus lambat gerak. Aku cuma fikir satu. Esok kan masih ada. Kita masih boleh jumpa keluar makan melepak. Dah la semua pn area KL je. Asal nk emo lebih. Lalu tuduhan hati batu untuk kali kedua aku terima.
Hati batu?

Kemudian bila perpisahan demi perpisahan yang aku lalui, hati aku tak batu lagi. I guess. Masa arwah atuk meninggal 4 tahun lepas aku tak menangis. Langsung. walaupun sebenarnya aku sedih. Well. At least sedih la kan. Even my tears are hard to fallin down.

Perasaan sedih adalah sifat semulajadi manusia. Macam gembira jugak. Love jugak. But love and pain are just come from two different side. But the harmony is there. pewitt..

Banyak benda yang buat aku menangis tahun ni. Aku perasan aku bukan berhati batu lagi. Hormon sensitivitas sangat kuat dalam diri aku. Masa awal tahun aku sedih dengan perjalanan hidup yang masih slow. Tak nampak perubahan. Karier masih suam suam air dalam cerek. Bila tengok kawan kawan berjaya aku sedih sangat. Happy jugak untuk diorang.Tapi sedih mengenangkan nasib diriku ini..Selalu menangis. Ex bf selalu kata nape la awk ni dh banyak kali inteviu gomen tp susah betul nak sangkut..Yela. Orang lain kali kedua atau ketiga dah dapat offer. Lagi best ada jugak first time tros dapat. Aku?? Listen here.. 6 kali okey. rekod kot...ada sesapa bernasib seperti ku? wahaha.. tapi bila interviu dengan swasta kejap je tros dapat. Ntah apa yg kurang untuk masuk gomen aku pn x sure.(erkk..sebenarnya kurang banyak..)

Tapi aku masih positif. Sebab itu kan rezeki. Yang penting never stop working hard. Tuhan bersama aku. Betul tak? yang penting jangan lupa dia. Kadang kadang aku pelik. Orang yang berjaya semua tu bukan solat penuh pun. Puasa pun lobang lobang. Peluk awek melekat tak hingat. Tapi kenapa rezeki dia melimpah ruah? Nape karier dia agak membanggakan? Bila fikir macam tu kadang kadang aku terasa nak buat jahat jugak lah. Kalau diorang bole nape tak aku? Heh..
Tapi...

Ingat tak, yang baik pun ujian yang jahat pun ujian

Mak cakap...
Tu semua ujian. Adakah kau mampu lalui ujian tu. Ambil keputusan yang bijak. Iaitu jangan lupa DIA. Biarlah aku kat dunia mungkin susah. Kerja aku biasa biasa je. Duit aku sikit tapi berkat. Biar rugi sikit kat dunia tapi ada jugak bekalan di sana.
Cuba kalau kau....

Dah la keje biasa biasa, duit pun tak banyak pastu muka pun tak lawa
Tapi kau tetap buat jahat malas solat malas buat baik semua tapi kau tetap diuji dengan sikit sikit..rugi tak? rugi kat sini dan juga kat sana. Jadi perlu ke bersedih dengan semua ni? Alhamdulillah. Walaupun nampak macam sikit tapi kau mampu jugak nak makan prosperity walaupun sebulan sekali..(eee x sedap lah!) kau mampu jugak beli baju cap padini atau esprit sekali sekala, kau mampu jugak nak merayap sana sini dengan kereta kecil yang comel dan hensem bergaya tu, kau mampu jugak nk bergayut tiap malam bergosip dengan sesapa je, kau mampu jugak belikan ikan atau ayam untuk mak ayah adik adik makan bila hujung minggu, kau mampu jugak belikan sabun syampoo ubat gigi sebulan sekali, kau mampu jugak belikan kek untuk suprise besday party kawan kau, mampu tempah baju sekali sampai 3 pasang...semua tu kau bole! apa lagi yang tak cukup????

hish..

Ala kejayaan seseorang bukan nya diukur dengan kerja govt atau swasta betul tak?
Yang penting next five years aku dah ada bisnes sendiri!

tah ape kaitan dengan sedih aku pn tak pasti. Kadang kadang bila low esteem down kita mungkin perlukan blog untuk kembalikan motivasi atau leadership...ngeh..ngeh...

Monday, December 14, 2009

a sweet moment smell ;)

Pernah tak anda bila terhidu sesuatu bauan atau wangian tiba tiba

hati macam berdetak dengan lebih kencang
terasa macam ada momen istimewa dengan bau tersebut
macam ada connection dengan wangian tersebut
macam ada something pernah terjadi
macam wujud chemistry dengan bau itu
macam membuat aku terindu seseorang dengan bau itu...

choyyyy...

semalam menukar wangian kereta yang baru
memang best

tapi...

bila naik kereta hati mesti berdebar debar
rindu....
rasa rindu sangat
sangat sangat
tapi aku pun tak pasti pada sape..
oh...dan itu buat aku selalu terkhayal teringat cerita lama...

emmmm.......

rasa wangi tak? ;p

Thursday, December 10, 2009

Janganla perangai pun tak cantik seiring rupa...

Dulu aku ada penyakit suka tunjuk finger.. Bila aku tengah bawak kereta dengan kelajuan sedang elok kat lorong tengah tetiba ada keta pintas. Dah la laju sampai aku terbrek mengejut..itu jam mesti akan kejar pastu tunjuk finger!  Giler hodoh perangai. Dah la ayu manis bertudung tetiba buat perangai hina camtu.. tapi dah memang tu je aku mampu buat. Nak himpit keta dia? Oh tidaklah berani..nk buat muka garang? orang tu takkan takut..So angkat jela jari tengah.. Tau. dah la buruk rupa, perangai pun buruk. Dalam dua tiga kali jugak aku buat mcm tu.. Eh tapi tak pernah buat lagi dekat sesama perempuan tau. Setakat ni lelaki je.

Tapi..

Bila satu hari aku terlambat bangun dan terkejar kejar nk ke ofis ada pulak satu kelisa yang steady kat lorong kanan skali pastu bawak macam orang bercinta. Aku follow beberapa ketika. Perempuan. Aku memang tak suka bagi lampu. Ikut rapat. tapi tak paham paham. Tak nk ketepi jugak. aku potong dan pintas depan dia lalu  mengelupurlah dia brek. Hah! padan muka.. pagi pagi berangan lagi. Tapi biasala..perempuan dgn perempuan mana nk mengalah..Dia kejar aku pastu dia tunjuk finger! Weh dia tunjuk finger!

Wah! sepesen aku rupanya.. Sambil tersenyum aku kejar dan jelirkan lidah.. Bodoh! Sengal! Nak je bukak tingkap jerit 'weh kalau lembap janganla duduk lorong kanan!' tp tu dalam hati... sabar tapi kelakar...

Bila fikir balik, memang orang tah pape je yg akan tunjuk finger nih. Tambah2 pada kaum sejenis terutama perempuan. Tak manis kan? Macam mana aku tak suka orang buat aku macam tu, begitu jugak orang lain.

Sambil berikrar dalam hati 'lepas ni aku akan jelir lidah saja tanda protes atau angkat penumbuk... ;p

Wednesday, December 9, 2009

separuh jiwaku pergi...ke err mungkin toilet?

Rasa sendiri sangat pagi ni
ditemani lagu Anang, Kris dan Melly
aku macam di bawa terbang ke awan..
haih..
pemberangan tegar!

Monday, December 7, 2009

Cerita tentang rumput,tapi cerita nya dimana?

Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.


Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik.


KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


from email yang di forward juga..

Sunday, December 6, 2009

Wooh..wooh..jiwang gile!!!!!! hnsss..hnss..kembang kempis hidungku!

Aku tak tau ini rasanya bila nampak apa yang kita tak nak nampak.
Aku baru faham.
Sebelum ni pernah juga tapi
buat buat tak faham..
Aku selalu bayangkan
mungkin aku akan menangis mungkin aku akan berhenti kereta di bahu jalan
tapi rupanya bukan macam tu
Aku tiba tiba boleh jadi pengganti Fairuz Fauzi di litar A1
aku tak pasti mana datang kekuatan tu
tapi syukur.....

Apa yang aku nampak tak seperti macam yang aku selalu bayangkan
bukan situasinya macam tu
kalau boleh biarlah semua nampak baik..positif
bukan macam yang aku nampak tu
bukan..
tapi semua benda yang terjadi kita mesti lihat at the bright side
kenapa?
sebabnya mudah- kalau masih macam dulu mungkin yang masih disana adalah aku.
jika kita beri yang baik kita akan dapat yang baik
orang yang baik hanya untuk org yang baik
jadi tak perlu panjang panjang fikir knapa apa bagaimana segala..

Hikmah..
Aku suka memandang apa yang berlaku sekarang dengan hikmah disebalik semuanya

Aku sedang melangkah ke alam baru
want to achive more!
sebab aku tau sekarang bukan masanya aku masih mahu enjoy seperti dulu
Semua orang want to achive more!
Sebab itu kita belajar
sebab itu kita kuat bekerja
sebab itu kita sama sama menambah amalan
bukan buang masa dan tambah dosa

Aku rasa sangat bersyukur sebab?
Saat ini
I am rushing to get more indicate of something good!
mungkin dosa juga bertambah
tapi sambil sambil muhasabah diri
jadi aku bersyukur
sekurang kurangnya aku masih di landasan
dan tidak jauh sangat terpesong
syukur...

Dia yang beri kekuatan tu
terima kasih tuhan kerana sedarkan aku
kerana bangunkan aku
kerana jagakan aku dari lena
dari terus mengharap benda yang memang bukan untuk aku...
Aku kuat
aku tau..

**My best friend yang menangis nangis di malam exam, yang merungut stress, yang hectic sana sini dan  segala gala yang lagi  telah buktikan dia hebat..congrats for the 3.98!!

Friday, December 4, 2009

air kelapa + sirap + selasih = ayaq syarbat!

ohh damn!!srupppp....

selalu di Penang je..kat sini ada ke?

di copy bulat-bulat dari email yang di forward pada aku..

Title: What should I do to marry a rich guy?

I'm going to be honest of what I'm going to say here.
I'm 25 this year.
I'm very pretty, have style and good taste. I wish to
mary a guy with $500k annual salary or above.
You might say that I'm greedy, but an
annual salary of $1M is considered only as middle
class in New York .
My requirement is not high. Is there anyone in this forum
who has an income of $500k annual salary?
Are you all married? I wanted to ask:
what should I do to marry rich persons like you?
Among those I've dated, the richest is $250k annual income, and it
seems that this is my upper limit. If someone is going to move into high
cost residential area on the west of New York City Garden , $250k
annual income is not enough.
I'm here humbly to ask a few questions:

1) Where do most rich bachelors hang out? (Please list
down the names and addresses of bars, restaurant, gym)

2) Which age group should I target?

3) Why most wives of the riches is only average-looking?
I've met a few girls who doesn't have looks and are not interesting,
but they are able to marry rich guys

4) How do you decide who can be your wife, and who can
only be your girlfriend? (my target now is to get married)


Best regards,
Ms. Pretty

Amazing reply:


Dear Ms. Pretty,

I have read your post with great interest. Guess there
are lots of girls out there who have similar questions like yours.
Please allow me to analyse your situation as a professional investor.
My annual income is more than $500k, which meets your requirement, so I
hope everyone believes that I'm not wasting time here. From the standpoint of a business person, it is a bad decision to marry you..

The answer is very simple, so let me explain.
Put the details aside, what you're trying to do is an
exchange of 'beauty' and 'money':
Person A provides beauty, and Person B pays for it,
fair and square. However, there's a deadly problem
here, your beauty will fade, but my money will not be gone without any good reason. The fact is, my income might increase from year to year, but you
can't be prettier year after year.

Hence from the viewpoint of economics, I am an appreciation asset, and you are a depreciation asset. It's not just normal depreciation, but exponential depreciation. If
thattis your only asset, your value will be much worried 10 years later.
By the terms we use in Wall Street, every trading has a position,
dating with you is also a 'trading position'.

If the trade value dropped we will sell it and it is not a good idea to keep it for long
 term - same goes with the marriage that you wanted. It might be cruel
to say this, but in order to make a wiser decision any assets with > great
depreciation value will be sold or 'leased'. Anyone with over $500k
annual income is not a fool; we would only date or "lease" you, but will
marry you. I would advice that you forget looking for any clues to marry a rich guy.
And by the way, you could make yourself to become a rich person with $500k annual income.
This has better chance than finding a rich fool. Hope this reply helps.. If you are interested in 'leasing' services, do contact me...


signed,


CEO
J.P. Morgan :)



p/s : hihihi ;p

Thursday, December 3, 2009

Bubur kacang dan dua sudu geram!

Ni cerita zaman aku duduk rumah sewa apartment baiduri belakang kolej dulu.

Satu petang yang ganjil, selepas terjaga dari tidur aku ke rumah jiranku. Mereka juga kawan kawan sekolej. Saje nak melepak dan buat ketupat sikit. Rasa macam dah lama tak tambah dosa. Kebetulan budak serumah tu, Sarah namanya dia masak bubur kacang. Dari kejauhan dah berbau bubur kacang yang enak. Bagi salam terus aku terjah ke dapur diorang. Tanpa di pelawa aku terus ambik sudu dan  cedok sikit bubur kacang tersebut. Tawar. Oi, sarah tawo la bubur ko. Aku jerit dari dapur sambil tangan menggapai bekas garam. Gila joyah. Buat macam bubur kacang sendiri. Tanpa sedar aku dah tertumpah kan garam. Dalam dua sudu besar gitu. Ooppsss...alamak! terlebih plak... Rasa lagi. Masin. Tapi macam ok. Em ok kot..Aku pun dengan muka tak bersalah terus menonong keluar dari rumah tanpa cakap sepatah ape pn kat diorang...
Tiba tiba dengar orang menjerit... Woi! Bubur kacang aku...!! Pada malamnya Sarah dan bebudak rumahnya datang menggegar bilik aku sambil jerit dilla! ganti balik bubur kacang aku!

Kini, setelah hampir 5 tahun meninggalkan alam perkolejan, tetiba....



ingatkan kau dah lupa sebab aku pun hampir hampir lupa dosa tersebut..hihi

and paling best aku dapat ini....


congrats sarah...kahwin lg sorang kawan aku...haih!

Wednesday, December 2, 2009

Jangan risau sayang, angka 23 sebenarnya masih muda!

Dia pernah cakap kau malas sebab tu kau gemuk!
Aku rasa macam sebenarnya dia nak bagitau aku, dila kau ni cantik! sangat!

Aku la orang yang tipu dia, tak lama lagi Malaysia akan tukar roundbout jadi squarebout. Sebab bulatan dh tak relevant. Dia la tertipu dan muka stress siap lukis bentuk petak, tanye macam mana kalau kita nk masuk simpang? Sapa kena berhenti?sapa kena tunggu? Sambil maki2 samy vellu yg jadi menteri jalan raya masa tu.. keh keh..


Aku pernah bg alasan kau sibuk sebab tu aku tak bagitau dah clash dengan dia dan sampai sekarang dia very concern for every single things happen to me.
Aku bukan setakat kenal dia tapi mak, ayah, adik, abang, arwah pak tok, maktok, cik, makngah, dan segala mak lagi yang dia ada. Joyah kan? ;p

Dengan dia la tiap minggu outing merayap dekat mid valley macam anak terbiar dengan baju kurung dan selipar tengok segala movie, makan laksa jusco tak pernah jemu melepak berjam jam dekat MPH bookstore tapi tak pernah beli pun and dengan dia jugak la aku buat kerja cari kedai dalam mid tengok nombor kedai.

Bila tengok movie, orang semua gelak kami diam. Bila semua diam baru kami gelak..

Org lain puasa tapi kami tak puasa makan pizza dalam kereta sampai kantoi dengan pak guard cimb bank seksyen 8. Siap angkat pizza pelawa pakcik yg tengah terkedu tu..

Dia yang jahat sebenarnya sebab ada la beberapa kali aku kantoi puasa sebab dia jadi syaiton nirrajim masak meggi letak telur panas-panas tayang depan muka. Pastu serve dengan air kotak milo. Lalu aku pun selamba ambik sudu join sekali…Lepas tu cepat cepat buat solat taubat..

Kami pernah bercinta dengan orang yang sama nama ;p

Dan akhirnya terbukti orang itu bukan untuk kami dan terus jadikan fakta orang yang nama macam tu sebenarnya JAHAT!

Dia selalu nk tipu aku tapi aku jarang tertipu sebab dia menipu dengan penipu. Hahaha

Dia selalu nk buli aku, tp aku jarang terkena sebab dia buli si kaki buli…

Aku tak pernah karaoke dengan dia dan aku tak pernah ajak sebab aku takut dia malu nk nyanyi depan aku..

Banyak benda bodoh aku buat depan dia tapi aku tak pernah rasa bodoh pun.

Kalau lah kau lelaki senang cerita. Kita kahwin berdua saja. (ini menggelikan!)

Angan angan aku nanti nama anak aku Dahlia dan dia selalu cross line angan angan ku dengan nama anak dia Daisy..

Lately dia selalu bising, kalau aku call kalau kau tak dalam kereta mesti tengah tidur kan? Takde benda lain kau nk buat? Percayalah semua tu bersebab..


Dia anugerah terindah * sila muntah

Di hari bahagia ini aku susun sepuluh jari mohon ampun maaf. Semoga kau sentiasa bahagia dan gembira. Sebab kau sedih aku yang susah. Semoga kau berjaya dapat jawatan pengarah yang menjadi idaman. Nanti hari konvo insya Allah aku akan datang bersama jambangan mawar merah. Semoga kuat seperti Badang dalam menempuh hari hari mendatang.  Aku doakan kau cepat2 dapat beli Honda accord yang menjadi idaman aku.. weh pagi tadi aku Nampak perempuan drive mini cooper macam muka kau versi free hair. Best kan? Semoga kau jadi wanita muslimah sejati yang tak tinggal solat atau puasa. Semoga kita terus berkawan dan dapat terima kekuatan dan kelemahan kita kita. Last but not least..semoga aku kahwin dulu! Aminnnn…..





Selamat ulang tahun Syakirah Zainal Bahrin
Sebenarnya tahun itu tak akan berulang. Percayalah!

Tuesday, December 1, 2009

Aku perlukan anda semua...

Sebenarnya dalam hidup ini ada yang baik dan buruk. Sesuatu yang baik selalu kita anggap sebagai reward dan yang buruk sebagai punishment. Tapi adakah kita pasti yang baik itu adalah reward sebenar? Betulkah ia memang yang baik untuk kita? Dan kalau sesuatu yang sangat buruk kita rasakan itu suatu hukuman atas dosa dosa yang dah kita buat. Betulkah begitu?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi bagi kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi mu,
Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..

**aku dalam tekanan yang maha hebat sekarang
kawan kawan yang aku kenal secara tak sengaja
doa kanlah aku
semoga aku dapat melalui ujian ini dengan sebaik nya...

Monday, November 23, 2009

Aku kurang sesuai jadi role model anak anak anda!

Takde keja..
godek godek entry lama lama..
tah pape!
malu baca tulisan sendiri..

Pernah tak terjumpa gambar ex bf dgn makwe baru dia?
Apa anda rasa ye?
Aku pernah!! Tersalah google. Terjumpa. Ah tipu.
Perasaan meruap ruap ingin tahu. Internet dihujung jari. Google saja. Hah padan muka!
Hahahahah **(evil laugh)  mengenangkan kebodohan diri..haih..
Gatal tangan. Kemudian baru menyesal...
Dup dap dup dap
kemudian tangan basah
Rasa macam dia sampai hati sangat!!
Ada pulak gamba dia dgn kawan-kawan yang dulu kita pernah lepak sama rasa macam diorang pn sampai hati jugak!! sebab tak  buat apa- apa  like tumbuk muka ex bf yang dh dumpped kita..
Rasa macam tak percaya pun ada sebab?
Selama ni jauh di sudut hati macam masih mengharap dia akn kembali

Pandang kiri.. pandang kanan..
Its bullshitttt!!

Semua tu bangang!

Ada orang yang selalu berdoa lepas solat tak nak jumpa dengan ex bf sebab tak tahu apa yang akan berlaku kalau nampak mereka dalam keadaan kita tak bersedia. mungkin menangis. Atau mungkin terlanggar pintu. Atau mungkin tersalah masuk gear dan enjin menderam deram macam harimau tengah stim. wakaka
Tapi ada jugak orang yang selalu berdoa supaya lupa mereka tapi nak jugak terserempak dengan mereka. Samada di alam siber atau dunia realiti. Bagi orang macam ni, bukankah manis kalau terjumpa kemudian boleh bersembang kenangan dolu dolu.. Bullshit lg sekali!

Mungkin sebab apa yang kita rasa tu lain. Lain. Jauh beza. Macam langit dengan bumi. Sebab aku pernah dengar cerita, semalam akak terserempak dengan ex bf. Dia dah kahwin, ada anak bla bla.. Tak rase pape pn. Cuma cam entah. Something aneh. Bukan suka. Bukan. Tapi rasa yang aneh la. Suami akak pn cakap, asal pandang-pandang..?? Huh! Bukan sayang. Entah. Mungkin sebab dulu dulu pernah berkawan. Rasa la something.. Itu perempuan punya cerita. Kalau lelaki? Aku tak pasti..

Its about time. Time will heal everything.

Berdoalah.. Cuma DIA yang mahu jentikkan rasa sayang dan setia sesebuah hati kepada hati yang lain..


p/s : sabarlah kepada yang sedang di uji..Percayalah, satu hari nanti kau boleh bercerita dengan anak cucu kau kawan kawan baik kau tentang semua ni tanpa ada rasa apa apa dan boleh anggap ia kenangan ter LUCU pernah kau alami.. dan kau akan cakap, haih aku dah lupa macam mana rasa sayang aku kat dia dulu. Serius!.. Dan jika tak pernah bersedia, jangan fikir kau mampu untuk google nama dia. Haha!! (peace)

Oppss.. ada jugak orang tak pernah gatal tangan nak google, tapi ditakdirkan terjumpa.. Itu rezeki..

Thursday, November 19, 2009

Mari mari kita menjoyah

Bukan semua orang beruntung tau dalam dunia nih...
Ok bukan. Semua orang yang dilahirkan di dunia adalah beruntung. Cuma tahap keberuntungan kita berbeza.
Mungkin bagi setengah orang hari ni dapat makan nasik lauk ayam goreng kunyit adalah satu benda yang sangat beruntung..rasa bertuah sangat sebab jadi insan terpilih makan nasik lauk ayam goreng kunyit. Ada setengah orang pulak dapat hadiah kereta honda accord pada umur 23 tahun adalah benda yang sangat beruntung!! weh ni gila punya untung..

Ada orang yang bertemu jodoh dengan pilihan hati di usia 24 tahun seperti yang dia rancang dalam plan kehidupannya adalah sangat beruntung kita rasa. Ada jugak orang yang umur 28 tapi masih belum bertemu jodoh sebab ikut plan asal umur 23 dh kena kawen rasa diri dia tak beruntung sangat... Memang tahap rezeki itu berbeza beza. Kadang-kadang bila kita dapat drive viva hari ni, kita masih merungut. Sebab dok nampak Myvi pulak. Padahal dia lupa dulu dia naik bus saja kemana mana.

Tapi percayalah, setia apa yng dh ditetapkan pada kita semua memang tepat pada masa dan keadaan.

Ada orang bila frust ditinggalkan, dia dapat peluang sambung blaja. Itu rezeki
Ada orang bila diuji dengan kecurangan suami, dia diberi baby baru. Itu rezeki
Ada orang yang masih belum dapat kerja government ,tp dia masih bekerja ditempat yg takde stress.Itu rezeki..

Jadi...kesimpulannya????

Wednesday, November 18, 2009

Cubaan entry jiwang : bila rindu terbayang mu sayang ku rasa sayu...

Kadang kadang rindu tu datang
tapi rindulah sebakul penuh rambutan pun
tak kan mampu ubah apa apa
Jadi lebih baik makan rambutan dan pendam saja rindu itu
biar ia berkulat
Aku tak sabar menunggu hari esok
bila aku sudah tak tahu rasa rindu itu bagaimana
biar!
hati jadi keras macam donat tersalah uli
asalkan hati tak perit menanggung rindu
pada si babi yang babi

Aku selalu doa supaya kuat
hari ni kuat tapi bila rindu itu bertandang
susah nk pulang pulang
woi! pulanglah...
aku penatlah tiap malam mimpi ngeri sebab kau tak pulang pulang
ni rumah aku
bukan rumah kau
baliklah nak...
akak penat nih...
woi babi lah kau!

kesian babi..
apa salah dia?
dia kan cuma binatang..tapi orang pandang serong bila aku sebut babi
babi babi babi
ok ok
nanti ada yang muntah...
khinzir
ok?
tak nak lah..tak best!
ko sebutlah babi banyak banyak
nanti babi tumbuh kat mulut baru tau!
kwn aku kata 'eh comel! pink je kt tepi mulut..
waklu!

ah rindu lagi..
babi btol lah!

Monday, November 16, 2009

Perempuan seksi di mata perempuan.. Di mata aku sebagai perempuan..

Aku pun tak pasti pendapat sebenar bagi seorang perempuan kepada perempuan lain tentang seksi. Seksi itu subjektif. Selalunya bila nampak perempuan yg pakai baju nk nampak segala lurah dendam bilut semua, pastu pakai seluar nk low cut naik moto pastu teserlah panty kaler merah polka dot . Dekat traffic light sibuk nk tarik tarik baju yg dh sedia singkat sebab nk cover panty polka dot kau tu. Bila orang hon sambil up lampu kau nk tarik muka. Nak buat apa? Dah kau nk tunjuk. Biar la diorang tengok. Kan konon konon lurah bontot kau seksi? Aku plak emo. Kalau aku, tumpang up lampu skali. Lantak lah. Free show. Best tengok muka kau yg moncong. haha. Bagi aku itu seksi jenis murahan.

Dulu aku ada seorang pensyarah perempuan yang aku adore sangat keseksian nya. Bagi aku dia superb punya seksi. Dia tak perlu baju mahal mahal singkat singkat untuk buktikan keseksian nya. Tak perlu tayang rambut panjang highlight sepenuh karat untuk pura pura jadi macam minah salleh. Dia simple. Dengan jubah seluar dan tudung bawal bidang 60, berkaca mata dengan lemah lembut sopan fluently speaking English british accent dan the way she pleased people, cara dia senyum. Dan dalam hati aku mau jadi seperti dia…

Dia tak pernah mengajar aku. Macam mana aku tau? Aku pernah interviu dia untuk satu projek tak terancang untuk subjek marketing. Puan suka minum minuman apa? Air kosong. *Senyum* Puan, saya nk produce satu jenis produk jus buah buahan. Jika diberi pilihan untuk puan tentukan jus apa bakal saya produce, what kind of fruit that you will advise me? Em saya suka air kosong je. So I don’t have any idea of that. Em.. Ok. Kalau saya produce jus pisang campur susu kambing, do you think that will attract you to buy. Maybe for your kids?*Senyum* I don’t have kids..only kitten..Sweet kan? Maybe my kitten would love that. ..Aku senyum. Diam. Saya mintak maaf. Mungkin saya kurang membantu. Tapi awak boleh pergi jauh. Ada bakat dalam bidang perniagaan. I like you idea. All the best! hnss..hnss..kembang kempis hidungku..

Aku suka moment tu. Mungkin kurang memberansangkan dengan keterujaan aku nk interviu dia untuk projek jus buah tu. Tapi momen tu aku sentiasa ingat dan beri peransang untuk diri sendiri. Aku cuma manusia biasa. Aku nk macam dia. Berpakaian macam dia. Berfikiran macam dia. Nak fluently speak english macam dia. Dan aku rasa dia wanita seksi dalam kelas tersendiri. Cara dia tersenyum, seksi. Cara dia berjalan, seksi. The way she tought, seksi. Bukan sebab dia puji aku, tapi itu yang aku rasa. She's adorable. Dia profesional dalam bidang nya. Dia ada kelas tersendiri.

Dan bagi aku seksi seorang wanita itu terletak pada cara dia berfikir. Kesopanan dia bergaul. Tak perlu nak berpakaian dedah atas bawah. Cuma sedikit gaya profesional dan tak terlebih atau terkurang. Kalau aku jumpa orang begini, pasti akan terdetik dalam hati 'seksinya dia'..

**Hujan turun slow slow tapi tetap mampu beri kau demam dan flu berpanjangan kalau kau tadah kepala kat tengah hujan tu. Suasana macam hening kening dan bening. Tapi hati aku happy. Senang sekali. Sambil dengar instrumental seksafon alunan Kenny G aku rasa sungguh seksi! ;p

Tuesday, November 10, 2009

Single + available = ready to sold!

Status facebook terbaru. Tetiba rasa macam yakksss....aku ni dh kenapa???

Hahahaahahahahahahahhahahahh
hahahahahhah hahahahahahahahahhahahahahah

Thursday, November 5, 2009

Suam suam kuku

Kisah 1
Pagi tadi nk gi kerja, jiran sebelah rumah tumpang. Tak kisah. Sehala. Dia salah seorang pegawai berpangkat dalam kerajaan. Wanita. Pewitt! Bila borak borak dengan dia, aku perasan dia tak tanya soalan yg dia dh tau jawapan nya. Memang lah macam tu kan. Tak. Tapi tipikal malay kan selalu tanya benda yang dia dah tau, tapi nk tanya jugak. Macam aku. Ada perangai tu. Contoh, sebelum sampai umah syakirah, aku dah tau abg dia tak balik. Tapi bila dah sampai umah, mulut ttp gatal nk tanye, abg keyril x balik ye makcik? hah! bukan nk menggatal. bukan. It just like nk ambil hati atau cuba untuk jadi seramah mungkin atau sebagai pembuka bicara. Oh apekah..

Ha lebih kurang cmtulah.. Tapi makcik ni, makcik yg tumpang aku pagi tadi, dia bukan macam tu. Aku rasa aku suka cara dia. Straightforward. Tegas. Tak leleh leleh. Dan aku rasa mungkin tu salah satu faktor dia berjaya. And lagi satu, aku jarang nampak dia dalam kelompok wanita yang suka mejoyah petang-petang bawah pokok mangga. Mungkin sbb dia karier women. Yang selalu menjoyah ni surirumah. Biasala..dah penat layan kerenah anak-anak suami nak jugak menghiburkan diri kan.

Emm..aku suka lah cara makcik tu. Aku adore sikap dia. Mungkin bila aku lebih tegas sikit dengan diri sendiri, aku akan lebih berjaya. Kan?



Kisah 2
Semenjak dua menjak ni, ada dua tiga orang yang rapat dengan aku nk sangat tolong carikan jodoh untuk aku. Eh kau nk kenal x dgn kawan aku?Dia gini..gini..gini.. Kak, hang nk kenal tak dgn abg sedara boyfriend aku? dia umo gini..gini..gini..

Em macam ni lah adik adik..kakak kakak..kawan kawan..

Camne nak cakap eh.. aku bukan tak nak cari pengganti. Nak. Tapi macam bukan sekarang kot. Eh kalau bukan skarang bila? Kau kena cari skarang. nanti lama2 dah makin sibuk xde masa. Jadi andartu mau? Nauzubillah... ish mulut kau!

Gini lah.. Kalau ada jodoh tak kemana kan? Sebab aku dah lupa cara cara nak hidup berkasih kasihan ni. Nanti nak kena sms 24jam, nk call, nk dating, nk gayot..ee mana ada masa utk semua tu! Pastu mulalah gaduh awk x de masa utk saya. awk abaikan saya. eee gedik!

Aku pn x tau nk cakap ape kat org2 yang sangat baik hati nk membantu ni. selalunya diorang akan kata, ala kawan je dulu. x semestinya nk kawen. Ntah..aku cm dah lupa cara nk berkawan. haha! Malam2 lagi best tidor sampai sedar sedar dah azan subuh dari gayot telefon. Bil pn jimat. Kan?...

Kawan aku ni, dia gini..gini..lembut..pemalu..hah! kau jangan buli dia pulak!
Lah.. aku ni muka kaki buli ke? Emm..kalau takut aku buli, x payah lah kenal kan..senang.. ;p
Tak tak..aku tak marah. Aku suka..serius ni..usaha la lagi. Kita kena usaha. Mana tau ada yang sangkut sampai ke aku ke jinjang pelamin. Bole makan nasik minyak kan?


Kisah 3

Semalam aku mimpi kahwin.. eee so scary! Kahwin adalah menakutkan! grrrr...




Wednesday, November 4, 2009

Something missing!

Jangan menilai seseorang dari luaran. Betul. Sebab yang luar tidak menunjukkan diri kau yang sebenar. Walaupun sebenarnya first impression itu sangat sangat mempengaruhi. Secara lahiriah it didnt show the truth inside you. Jadi bila seseorang minta kamu pendapat jangan terus kata tidak. Kerana pendapat kau umpama peluang untuk dia. Apa kata beri peluang. Apabila orang yang memerlukan peluang tapi kau sekat bayangkan kalau peluang itu bersangkutan dengan impian untuk mengubah hidup dia. Disebabkan peluang yang kau tidak beri tu, kau sebenarnya sekat impian dia.

Emosi buruk terbawa bawa dari semalam. Aku jenis yang begini. Kalau bergaduh dengan adik berebut bilik air, keluar rumah aku dah lupa keributan tadi. Aku boleh enjoy sepanjang jalan ke ofis. Aku jenis nya kalau stress di tempat kerja, sampai je pintu rumah aku dah lupa segala. Aku tidak bawa semua pulang. aku yang jenisnya kalau kawan rapat bergaduh dengan budak bilik sebelah sebab ape2 la, tp aku dengan budak tu tetap okey. Sebab korang gaduh korang lah. Bukan aku. Selagi kau tidak cari pasal dengan aku, Kita adalah okey. Tu aku. Tapi lately ni, aku bukan macam tu lagi. Macam bila kawan aku frust ditinggalkan, aku yang emo lebih sampai pernah berikrar kalau terserempak dengan ex dia aku nk tanya, weh penyakit kusta kau dh sembuh ke? Emosi aku susah sungguh nak pulih. Aku tak suka macam ni.

Aku tak suka. Dulu-dulu roomate aku suka jerit gini ni.. Pulangkan dila kami yang dulu!!

Tuesday, November 3, 2009

Ini kan zaman moden. Aku terlalu konservatif atau apa?

Kepala bayi berulat ditemui dalam timbunan sampah

Kuala Terengganu : Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat ditemui di tempat pembuangan sampah di Setiu hari ini.

Berita selanjut nya -> disini

Aku penah jumpa kepala patung baby perempuan yg kalau kita tekan dada dia ada bunyi budak menangis gelak sendawa tu. Aku penah jumpa kepala patung tu dalam tong sampah. Itu pun rasa dalam hati kesian nak mampus kat patung tu. Kesian gila... muka dh comot2 kena sampah. Memang sayu. Tu kepala patung. Ni kepala bayi weh. Kepala bayi. Aku tak dapat bayangkan perasaan ibu baby tu masa nk buang bayi dia dlm tong sampah tu. Ape dia tak rase pape ke? Dia rasa macam buang sampah perut ikan je ke? weh tau tak ko buang orang?? Hati memang panas baca cerita macam ni. Aku tak faham lah.


Kita selalu tengok cerita gadis di pusat pemulihan akhlak, rumah-rumah ehsan yang insaf selepas terlanjur. Diorang bertaubat sambil berazam nak besarkan baby dengan baik. Ye mamang diorang pernah buat salah. Salah yang memang susah nk dimaafkan. Tapi mereka tak bunuh orang. Diorang tak buang baby tu. Sampai sekarang aku tak dapat pastikan memang tak terjangkau fikiran aku apa yg ibu dia rasa masa tengah nak campak plastik berisi baby dalam tong sampah tu. Bayangkan kalau masa dia tgh buang tu baby masih bernafas. Dok menangis nangis teriak nak susu. Weh nyawa... Aduhai.. Nauzubillah... mintaklah dijauhkan kita dari ujian berat begini...

Bukan sekali. Tapi dah banyak kali. Aku tak pasti perkara ini memang dah jadi adat, adab atau perkara normal dalam dunia moden ni? Kenapa kerap sangat benda ni jadi seolah olah kebiasaan. Oh kalau mcm tu senang lah main sampai puas, buat anak lepas tu pk mana nk buang eh.. senang nya!

Memang ramai yang buat abortion baby sebagai cara terbaik untuk menutup dosa. Tapi kalau kau dah memang terbodohkan diri sendiri sampai terlajak terbuat anak dan terbodoh lagi sekali sampai terbiar anak besar dalam perut dan tak tahu nk buat apa lalu flush dalam tandas, buang dalam sampah segala bagi aku la...baik buat abortion kat mana2 klinik. Lepas tu ulang balik dosa yang sama sampai kau lembik dan at last kau sendiri digugurkan. Sumpah aku tak pernah menyokong pengguguran secara haram nih! Tapi daripada nak buang bayi tu dalam tong sampah lebih tak berapa kejam abortion je la!

'Badan bayi yang dipercayai dibuang disitu sejak seminggu lalu, dipercayai dimakan binatang buas'

Serius tak sanggup!


Perkara-perkara random dalam kepala saya sekarang..Sangat annoying dan kalau boleh tak payah baca..

1. Lega campur bersyukur campur tak sabar-sabar. Sebab semalam dapat siapkan satu soalan akaun secara full! Dari journal sehingga kunci kira-kira. Oh lega! Nak siapkan satu pun jenuh...

2. Disebabkan terlampau lapar dan perut yang tidak sihat aku terpaksa ambik 2kpg roti berinti telur mayonis buatan sendiri dan 2 batang jemput jemput bersamaan 8biji termasuk sepinggan mehun goreng. Oh benci PMS....

3. Harap-harap apa yang dijual koperasi sekolah akan habis licin hari ni. Dan sesiapa yang membeli akan sihat dan segar sentiasa..amin.

4. Bila nak gi kedai jam beli bettery kalkulat ntah...

5. Mesti selesaikan hal ptptn sebelum matahari terbit esok pagi.

6. Balik nanti aku nak drive 125 km/j. Tolonglah jangan hujan........

7. Harap-harap bos tak masuk. Tak larat nk kerja. Lagipun nak tanam macam-macam kat farm. Dan nk ubah sikit decoration. Ni semua terpengaruh dengan syakirah. Farm dia canggih sekarang.

9. Selalu berdoa semoga aku cepat jemu main facebook sebab nk jadi pekerja rajin cemerlang terbilang. Tetapi selalu gagal sebab ada je komen pelik2 dalam inbox. Lepas tu cepat2 sign in fb. haih...

10. Pagi tadi masa tengah breakfast, dengar cerita pasal sorang janda anak berapa tah. Dia lumpuh. Duduk atas kerusi roda. Jual kuah pecal segera. Kalau nak makan bancuh dengan air panas. Semua cakap sedap! Makcik tu dapat order tak banyak pun, 5kg je, dia ucap syukur panjanggggg sangat..Sampai yg bercerita sebak. Dengan aku jadi sebak lalu terus order sebungkus kuah pecal utk raya haji...haih.........

11. Sakit perut. Rasa loya-loya. Semua sebab PMS. Benci! Dah lama tak sakit. Mungkin sebab dah beberapa kali riak dengan syakirah bila dia diserang sawan tu. Tuhan balas on the spot..

12. Rindu tilam dan bantal walaupun baru pagi tadi sebelum gi kerja aku peluk dan cium mereka...

13. Rasa macam nak call umah tye umi, tilam bantal okey?

14. Mintak mintak lah bos tak masuk..mintak mintak mintak lah..

15. Aku rasa macam buduh dan huduh sangat sebab buat entry macam budak budak tak matang.

16. Semalam najmi datang rumah bagitau mak dengan ayah dia bergaduh sebab berebut sikat. Lalu gi kerja asing asing.Sorang naik moto,sorang naik keta.hush! tu pun nk bagitau.

17. Bela kucing best ke?

18. Abg master dah berdebu2. Masa park keta kat depan fakulti ahad lepas, ada orang conteng 'ANAK KERA' dkt badan dia. Ciss!! Amibik kesempatan di atas kedebuan dia. Sian dia. Aku tak sempat sempat nak basuh. Rasanya last basuh sebelum raya ritu. hah??? omg.

19. Minyak cap kapak mengingatkan aku pada arwah atuk..oh rindu.. Dia pernah ajar aku cara cara buat meriam buluh. Bila aku cerita kat adik adik diorang tak percaya meriam zaman dulu guna batang pokok pinang. Tah pape ar korang!

20. Arwah atuk jugak ajar aku bancuh air teh kena letak teh, air panas baru gula. Bukan gula, teh dan air panas. Oh rindu lagi... Dia selalu puji jemput3 aku buat sedap..

20.alamak bos masuk!

Monday, November 2, 2009

Azam sebelum tahun baru!

Semalam cikgu akaun cakap dia dah marked paper. Muka dia sayu sangat. Selama ni, bila saya bagi latihan sikit je, tapi kamu tak buat. Sebab tu kamu tak boleh buat exam. Boleh tak kalau kamu janji lepas ni buat latihan? ...weh! sumpah muka dia sayu sangat... tsk ;'(

Aku janji dengan diri sendiri lepas ni aku akan study tiap tiap malam tak kira penat macam mana pun! mesti! Sebab? sebab? Aku mahu grad denga n cemerlang. Betul cakap orang, pejam celik pejam celik beberapa kelip mata je konvo! Jadi kuatkan semangat untuk berjaya!

Lepas ni saya...

Tak nak berangan lagi kawen dengan laki kaya pastu resign sebab nak fokus study. Sebab wanita independent adalah terbaik! Tuhan bersama org yang ikhlas.

Aku jugak tak nak kecoh kecoh konon hidup sangat serabut dengan study kerja segala sebab semester ni aku cuma ambik 2 paper saja! DUA paper weh! dua paper!

Saya akan sanggup ambik hantar mira balik kolej untuk ajar saya subjek akaun kerana lemah gila subjek tersebut

Akan segera ke kedai jam untuk isi battery kalkulator sebab malas nak pinjam adik punya lagi..

Tak nak kasihan lagi pada diri sendiri yang tersengguk2 kat ofis konon tak cukup tidur padahal menonton midninght movie kt tv3!

Nak study!nak study!nk study!

Sebenarnya ini entry adalah luahan persaan frust kerana tak boleh jawab paper math semalam... ;'(

frusttttttt gilaaaaaaaaaa!!!!!!

Friday, October 30, 2009

abcdfeghijk

Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak beerti kau terhina, itu hanya di pandangn mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan tuhan menilainya...





nota: abcdefghijk

Tuesday, October 27, 2009

Monday, October 26, 2009

Impian yang terlalu sukar nak digapai..I guess..?

Ini aku tulis pada MONDAY, 26 OKTOBER 2009

Ngeh ngeh ngeh... *geleng kepala

............................................................................................................................................................

Kahwin bukanlah priority paling atas yang aku target past few years nih.. Lepas habis study seingat aku lah, aku langsung tak masukkan berkahwin sebagai agenda utama yang aku mesti buat lepas grad. Sebab ia bukan keperluan masa tu dan aku tengok bapak aku sendiri belum bersedia nak terima menantu. Kalau mak memang dia nak aku kahwin awal awal. Senang katanye..

Kemudian aku kerja dan bercinta tapi belum sampai tahap merancang nak kahwin. Sebab? Alasan yang sama. Bapak aku belum sedia nak terima menantu. Ye betul... bila sepupu sepupu yang sebaya semua dah bertunang berkahwin orang lain mesti sibuk tanya mak bapak aku.. kakak bila lagi??? Bapak aku mesti cakap, tunggu dia dapat PHD dulu...npk sangat belum sedia kan?.. padahal masa tu aku tak pernah terlintas pun nk sambung even degree pun. Masa tu la.. Rasa macam penat buat diploma dulu pun tak habis lagi...agak tipikal..

Bila bercinta-putus-bercinta balik-putus balik .....aku penat..
Penat nak cari cari. Lepas tu sambung blaja. Kononnya skarang lah masa yang sesuai untuk sambung apa yang terhenti dan secara tak langsung langkah pertama untuk capai impian bapak aku..

Bila dah blaja dalam masa yang sama bekerja..aku tetap macam student biasa ropanya.. kena buat note. Beli stationary, beli a4 paper, kertas kajang, stapler, beli pen..... Dan paling penting mestilah kena study kan? Mula2 awal semester, aku pergi kelas rasa macam gi kursus yang company hantar..haha..yelah, 3thn stop blaja.Masuk kanan kuar kiri..Bila quiz aku dapat markah rendah baru ada kesedaran sikit yang aku bukan di kursus anjuran syarikat. Insaf sekejap..balik umah buat note..ulangkaji..dan kemudian baru sedar, kalau blaja ada exam. Bila kau tak study kau tak leh jawab exam........

Tapi kau tahulah kan...siang kerja. Bergelumang dengan orang ramai, surat sana sini, dateline itu ini call org tu org ni..balik umah jumpa bantal paling best! bila nk study tah.....

Dipendekkan cerita..alangkah bagusnya kalau sekarang aku dpt offer berkahwin dengan orang yang mampu bagi aku makan minum pakai yang cukup supaya aku boleh resign duduk rumah dan tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran...tak perlu bekerja lagi. Sebab suami mampu..

Penat rupanya bila bekerja + belajar ni...penat!

Kalau ada?

aku janji, jaga makan minum pakai suami dengan terbaik sekali dan beri anak yang sihat cergas pintar dan comel. Dan semuanya akn aku jaga dengan tip top sekali!!!

Cuma beri aku peluang habiskan degree saja.. boleh kan?

Tapi, kalau dah kahwin, bangun pagi kena buat breakfast, basuh baju, kemas rumah, jaga anak segala...penat kau tido. Bila kau nak study???

Bila tah nk capai PHd nye bapak oii....


***entry ini terlalu panjang intro nya!

Friday, October 23, 2009

Sebab?

Aku bosan dengan header yang lama..

Thursday, October 22, 2009

Selamat pagi semuaaaaaa!!


Ni semua adik adik saya! Ade sape sape nak booking wat menantu?
Pilih la...;p
pastu amek borang kat kaunter sebelah. Tarikh interviu akan diberitahu kemudian.
Sayang diorang weh!!

Wednesday, October 21, 2009

Entry aku mungkin ada sikit emosi..sikit je..tak banyak..

Lately ni aku macam perasan, entry yang aku tulis penuh dengan emosi terhadap lelaki. Macam nampak sangat seolah olah aku seperti tidak stabil. Sepertinya begitulah...

A past few week, confirm lah orang yang berdekatan dengan aku .... ye! CONFIRM! mereka mendapat madu... madu memang manis. Tapi ini adalah dimadukan... Bermadu, menerima madu, mendapat madu etc..etc..

Haih....

Penat!

Kalau itu yang dah ditakdirkan, apa lagi kita nak bilang?
Tanya mereka, kenapa????
alah...dah takdir...dah jodoh...
Wat the f!

Kita yang melihat nak kata apa? Sabarlah...redha lah...nanti disana kau dapat payung emas tahu?
Ok nak kata apa lagi? Sedangkan yang merasa?
Kau tahu apa yang dia rasa?
Entahlah...

Mungkin kita sebagai perempuan tak boleh cakap banyak sangat zaman sekarang ni.
Eh kau tahu, nisbah kita dan mereka 1 bersamaan 14?
tahu x???

Aku tak pasti kalau mereka berjaya memberi zuriat 5, 6 orang tu menunjukkan yang mereka mampu tambah lagi satu. Itu aje ke erti 'berkemampuan'???
kau tahu tak, lepas kau kahwin tanggungjawab kau bertambah?
eleh...semua mesti cakap tahu...

Adik aku tanye lewat waktu nak tidur semalam...kak, ape guna berkongsi susah dan senang kalau at the end kita terseksa? ... aku cuma ermm... Dia terus bertanya, kak..kalau ni cuma pilihan kau ada..kau mahu bermadu atau jadi andartu? aku ermmm lagi...
Sangat subjektif..Aku tiada jawapan..

Aku tak mahu andartu
aku juga tak mahu merampas hak orang
aku tak nak berkongsi
boleh tak kau bagi pilihan lain?

Aku pun tak pasti... hidup ni terlampau susah nk dijangka. Sangat susah...
yang pasti aku sedih dengan apa yang berlaku....
time will heal everything..

Tuesday, October 20, 2009

Jom lari setempat!

Tips ini mungkin berguna

Apa yang perlu kau buat ialah stop bercakap pasal dia!
Nak stop fikir memang susah. Sebab kau muda lagi. Belum kena skizofrena. So ingatan kau memang kuat la tambah tambah kalau tentang dia kan? So kau cuma boleh buat stop bercakap tentang dia. Kalau kawan kau kata, minggu lepas aku nampak dia dekat shell tengah isi minyak. Kau cuma kena respon gini, ko tau bape ringgit dia isi? Paksa kawan kau cakap gini, ntah!mungkin 10 ringgit kot..pastu kau balas, naik keta besa isi 10 ringgit je? pastu gelak sampai mengalir air mata. OK. pastu dah. jangan cakap lagi. Ingat tu..

Monday, October 19, 2009

Kalaulah malang itu berbau cam durian kan senang...

Aku kurang senang dengan bau durian
Kalau semua orang gila durian, aku tak. Kalau ada makan seulas dah cukup, kalau takde pun tak pe. Kalau bubur kacang letak durian..memang aku tak kan sentuh! Ais krim durian? Lagi lah.. Bagi aku biar durian sebagai durian. Jangan tambah kemana-mana. Biar bubur kacang seperti bubur kacang seadanya..

Tapi ini entry bukan tentang durian atau bubur kacang taruk durian..

Kalaulah malang itu berbau seperti durian, sumpah aku akan elak! Sebab bau tu selalu buat aku cam bad mood. Kalau anda mungkin tidak kan? Kita lain lain..tak sama..

Love and pain are just came from two side. But the harmony is there..

Minggu sudah, kami menerima menantu baru dalam keluarga. Semua orang happy, bahagia tambah pulak menantu ni rajin....oh sumpah rajin! Aku adore gila dgn dia. Dah la pandai bawak diri. Pandai borak borak sama pakcik makcik paling penting nenek lah. Semua puji. Kalau sudut tu bersepah, kejap je dia kemas. Ok fine! Jangan puji lebih2..mak kata, yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jgn terus diluah...

Tapi bila DIA kata mahu menguji, janganlah kata apa..kita kena redha bukan? Sehari lepas kenduri yang semua orang bergebang sakan tu, adik pengantin accident. Tambah memburukkan keadaan, patah kaki habis semua luka luka badan. Tapi dia stabil. Murung je ayah.. Ibu susah hati. Tak pe. Ni lah namanya ujian.. Sabarlah semua.. Kita semua ada untuk kongsi kekuatan. Nanti baby amek spm dalam ward. Bukan teruk sangat. Tangan kanan luka tak pe, dia kan kidal.. Bukan maksudnya saya suka, tapi benda dah jadi..redha saja..

Sebab tu malang.. tiada berbau. Kalau bau macam bau kentut, boleh lari laju laju.
Sebab tu love and pain are came from two side..supaya hidup kita ada rasa dan warna. Dan paling penting kita tahu menghargai hari bahagia kerana pernah melalui hari duka....

Friday, October 16, 2009

Bukan dia sengaja

Ummi : "Hello, kak chik balik keje nanti tolong belikan kicap"

Kak Chick : Okey.


Kak chik pun balik keja terus gi 7e.


Sampai di rumah...

ummi : Asal kau beli sikat?

kak chik : erk...??

Wednesday, October 14, 2009

Tikus mengejar kucing atau sebaliknya?


Kenapa dalam hidup kita perlu buat keputusan sama ada nk pilih jalan lurus atau bengkok?
nak belok kiri atau kanan? Kenapa hidup ni tak terus je tanpa perlu memilih mana2. Sebab membuat pilihan tu susah sangat. Selalunya ia akan perlu untuk kita melepaskan sesuatu yang kita sendiri tak pasti ia yang terbaik atau apa. Tapi bila kita sedar kita tak boleh pilih yang itu dan kena pilih yang ini sedangkan yang ini pun kita tak pasti adakah ia terbaik untuk kita. Dan bila terpaksa memilih, hati selalu sayu nak menangis sebab nk melepaskan atau takut dengan masa depan? Macam biasa GPS adalah terbaik jika dapat membantu kita kalau tersalah pilih jalan.


Kalau perlu memilih mahu jadi cikgu atau doktor, yang mana satu pilihan hati?


Who is the real looser for you?

Apabila Kamala and Swee Ling mengumpat aku dalam bahasa Tamil.
Sebagai Jenab, aku tak faham sepatah haram pon.
Aku rasa seperti real looser pada waktu itu.
Have you feel the same?


**Gambar sekadar hiasan.

Monday, October 12, 2009

I wonder how...




Masa di majlis ini, aku tertanya tanya
macam mana agaknye rupa aku dalam pakaian pengantin eh..
masa akad nikah, aku nk senyum lebar ke senyum sikit je?
pastu aa...aku nak jalan laju laju ke slow slow macam pengantin..eh dh pengantin kena la slow2 dak?


sengal!


bila turn kau?


*sambil senyum senyum..insyaallah, panjang umur, murah rezeki tahun depan. Jemputlah...




but i was wonder who's gonna be my bridegroom?
calon pun tadak...





** anas and siti weds
tahniah! semoga bahagia ke akhir hayat!

Friday, October 9, 2009

Homemade Bedak Rambai

Tiada masa untuk ke spa lakukan lulur?
Okey saya ada produk yang menarik untuk dicuba
Lakukan lulur sendiri
ringkas murah dan 100% bebas kimia
Menghalus dan mencantikkan kulit
lepas mandi dah terasa kesannya
lembut macam bayi....
pasti suami menjeling 2 kali....ecehhhh!



Harganya 1kg = RM18.00
Box kecik pun ada. 130g = RM3.50
Jika anda berminat, please do email me
if you stay area Klang, Shah Alam, Bangi atau Serdang saya boleh hantar by hand
but order must at least 3 boxes.
Untuk menjadi pengedar, anda dialu alukan...


Wednesday, October 7, 2009

Pisang goreng panasssss........orang johor makan cicah sambal kicap!

Bila kita ditinggalkan saat hati masih sayang
ringkas dibilang
sayang saya sudah tiada
tak guna kita teruskan kerana at the end kita tak kan bahagia

baik...

jika anda dalam situasi ini apa anda buat?
saya bagi masa 2 minggu untuk meraung menangis menjerit
rasa diri bodoh kerana tertipu dengan cinta palsu
mesti melutut mengadap tuhan
merintih minta diampunkan
minta diberi kekuatan
syukur kerana kamu tidak lupa DIA

baik..

selepas dua minggu
apa anda buat?

sedikit okey
masih terbayang bayang kelibat dia ..masih terbau bau perfume haruman dia (yakss) . masih tertoleh toleh jika ternampak kereta dia . tapi dah mampu berjalan berdiri dan bekerja dengan baik bukan? masih tidak lupa DIA bukan?
bagus..

selepas selepas itu?
saya bagi lagi 2 bulan..

makin okey..saya tau!
tapi kamu mencari dia tak? tertunggu tunggu email dia tak? ada lagi perasaan dup dap dup dap bila lalu tempat lepak dia? mungkin ada.. kerana itu normal..kerana ditinggalkan masa hati masih sayang .ye..dia mungkin sudah hilang frasa itu.tapi ini pihak kita..
ingat boleh right click delete memory boleh padam semua?
cakap pakai wekk boleh la..!

tapi dengar sini!

kita bukan hidup sebab dia . kita bukan bernyawa sebab dia .kau ada ibu bapa nk dijaga
kau ada adik adik nak dipelihara..hah? kau ada kerjaya nak di update . kau kena study kuat kuat . dah besar jadi cikgu . kau ada kereta nak di bayar . kau ada perut nak di isi..

so sila jangan buang masa dengan melayan fikiran macam bangang
selak lah haih siang malam dok mimpi dia semua!
aku tau tulisan ini semakin tidak realiti
tapi secara realitinya
kita sendiri yang kena lupa dia
tak kan nak suruh jiran sebelah lupakan?

ok.kau cakap selagi kau belum dapat pengganti kau akan terus ingat dia. boleh..sebab memori. kau memang kuat. bukan temporary . ingat lah...sampai lebam!

kau single so whattt?????
yg ada boy friend tu bahagia ke?
ah malas lah cakap pasal tu
kalau dah jodoh
dalam kuali bertemu jugeee... ;p

mungkin ada orang boleh jadi kawan lepas berpisah
tapi selalunya jadi lawan
hiii...aku suka!
sebab di pihak kau belum lupa dia sepenuhnya . lepas tu nak rindu rindu . nak happy happy dapat jumpa . kalau itu kau tak boleh control . rentikanlah mat... jangan buli hati kau macam tu . kesian dekat hati . dia pun tau penat dia tau sedih

kau kena kuat
untuk habiskan benda ni
kalau tak sampai bila???????

Monday, October 5, 2009

Catatan berbunga bunga tanpa daun..

Aku suka math! Aku perasan semenjak dua menjak ni, bila aku stress susah hati aku akan ambik soalan math aku buat senyap senyap kat meja kerja. Ye aku tau. Tak elok time kerja buat homework study. Tapi aku manusia. Hati ni selalu tak tenteram. Bila buat math hati jadi tenang. Lapang. Tak de dup dap dup dap tak sedap hati semua. Memang best lah. Itu dipanggil terapi.

Tapi bukan la selalu aku buat time keja. nanti rezeki jadi tak berkat pulak. Bila kerja dah setel, bos tak de nak mengarah itu ini aku ambik buku aku buat semua soalan math. Sampaikan yang dibulatkan besar besar dengan remark tak payah buat pun aku bantai buat. Betapa sukanya aku pada math! Macam sekarang sambil update blog sambil buat math. Tajuk harini matrik. aku pun tak faham matrik ni kita di sudut mana kita guna dalam kehidupan seharian. Dah la banyak no. Tah hape hape. Tapi aku suka.................... ;p

Mak penah pesan, kalau hati tak tenang, resah, baca al quran atau berzikir atau selawat. Ye aku buat jugak. Tapi soalan math pun membantu! serius nih..

Memang aku suka. Suka gila. Kira annuity, bunga, matriks, fungsi tertakrif yang tak tertakrif bagai semua bla bla bla...

Walaupun dalam kelas aku buat math sambil membebel lecturer mengajar laju macam jet pejuang Suqui tapi hati aku berbunga riang..suka sangat dengan math..

Bila lecturer cakap malam jumaat malam sabtu ni dia nak buat extra classes untuk math aku orang paling happy yang angkat tangan laju laju menyokong..heh! biarlah. aku bukan ada anak suami nak kena layan malam malam. Setakat tilam empuk dgn selimut sakti yang memanggil manggil tak kira masa tu? Apa lah sangat dibandingkan subjek kegemaran ni kan...

Bila dia cakap 19 hb ni kamu punya mid term test aku lah orang paling best sebab kena blaja kuat kuat supaya score dan rasa berbaloi dengan yuran yang mahal dan kos kos untuk datang kelas semua. So mesti blaja rajin rajin. Dah besar jadi doktor...

nak exam dah...haish....

Friday, October 2, 2009

Thursday, October 1, 2009

It takes two to tango!

Kadang kadang kita memang tak nampak apa yang cuba disampaikan oleh DIA pada kita
Selalunya memang kita susah nak terima
sebab ia memang jauh dari keinginan hati
tapi kita hamba bukan tuhan
sebab kita hamba kita kena redha

Aku memang tak faham kenapa lelaki mesti ada perasaan mahu kahwin dua. Ye memang itu fitrah. Lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal. Tetapi sering tertewas dengan yang satu itu. Aku bukan penentang poligami yang tegar. Sebab poligami tu kan harus. Tapi bila ia melibatkan hati........................

Semak lah..bila di tanya apa yang tak cukup? Banyak alasan yang tak munasabah keluar. Eh muna tu memang dok sabah ke? Isteri saya begitu begini...Kenapa bila dah anak bederet baru kau sedar semua yang itu ini pasal isteri kau??

Kenapa mesti masa isteri dalam pantang anak ke tiga ke empat kelima kau nak buat perangai?
kenapa mesti kau dah naik pangkat jadi pegawai tinggi kau mula nak buat perangai?
kenapa mesti bila kereta baru kau dah keluar kau nak buat perangai?

Kau lupa masa kau kat bawah sapa dengan kau naik atas?
kau lupa sapa sebelah kau jadi co pilot masa kau drive kancil?
kau lupa sapa yang bungkuskan kerepek untuk kau jual masa poket kau kosong????

kenapa kau lupa semua tu bila kau senang??

mak aku kata, susah pun ujian..senang pun ujian..kau kena sedar semua tu ujian..

duit kau baru bertambah sikit bukan banyak pun
jadi tak payah lah bukak mata luas sangat dengan dunia ni
wei ni dunia..bukan syurga!

lagi satu kalau dah tau itu hak orang boleh tak tolong jangan kacau?

okey. aku belum kawen. Dan mintak dijauhkan yang aku akan berkongsi atau merampas hak orang. Tonglah tuhan. Jangan uji aku macam tu..

Tapi kalau dari mula kita tau, tolonglah wahai si hawa...janganlah.
hari ni kita ambil hak orang, esok lusa hak kita pula di ambil...tepuk satu tangan kau ingat bunyi? dah kau tepuk meja memang la bunyi...hish!
sampai bila nak habis???

ye,lain orang lain ujian nya...kita kena sedar itu ujian bukan exam muet kan?

Friday, September 25, 2009

Semua orang ada entry raya, aku mahu juga!

Hati rindu siapa yang tahu?
Rindu yang teramat rindu
kalau lah rindu itu dapat dipadamkan dengan melihat bontot kereta atau
spot rim baru alangkah bagusnya..
tapi rindu yang cuma mampu dizahirkan dengan air mata
dan yang pasti kita tak kan bertemu dia lagi
mungkin selepas kita di sana
ada rezeki bersua muka..
mak kata, kalau rindu pada yang tiada
sedekahkan Al-Fatihah..
kalau rindu pada yang masih ada?
kita doa yang baik baik saja..


Malaysia boleh!!!

Thursday, September 17, 2009

..........~............. Siri 2

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Let's forgive and forget



even its hard.... :(

Thursday, September 10, 2009

Apatah ni...

Seorang teman lama bertanya, 'sejujurnya, kau masih harap bersama dia atau yang baru?'

Tentulah yang baru. He dumped me okey!
Kalau pun jodoh itu ditangan tuhan, siapa yang tahu kalau jodoh masih ada
tapi aku sangat berharap dan selalu berdoa moga dia bukan jodoh aku.


tapi ini jodoh dik....

'Even she had dumpped me, deep in my heart I still want her'

Entah lah..aku sendiri masih belum pulih sepenuhnya dari sakit yang tu. Nak beri komen lebih-lebih macam kurang emosi pulak. setiap hubungan mestilah mempunyai komunikasi yang baik. ye itu yang kawan aku tekan kan. Selain kau dan pasangan mesti punya rasa jujur, amanah, bertanggungjawab, baik hati bla bla bla...yang paling penting dia kena bertindak matang. Matang tu bagi aku begini...Bohonglah kalau dalam perhubungan kita tak akan rasa tertarik dengan orang lain. Kalau yang berkahwin pun ada rasa macam tu, tambah pulak yang baru nak bercinta menyulam impian nih kn!

Tapi bila ada perasaan tu, kita kena tahu adakah ia cuma perasaan tertarik atau suka atau sayang? Jangan disebabkan perasaan yang cuma timbul seminit dua tu kau perjudikan pasangan yang memang kau dah selesa dan sanggup susah senang hidup bersama kau. Once you take the action, u cannot turn back. sebab ini melibatkan hati dan perasaan.

Umi pernah cakap, perkahwinan dia akan di uji setiap 5 tahun. Dia perasan tentang tu. Dari awal perkahwinan hingga sekarang ada saja dugaan dari soal orang ketiga, kewangan, masalah kesihatan, keluarga bla..bla..bla.. Tapi alhamdulillah, mungkin berkat doa hubungan masih kekal. Tapi setakat doa saja kah? okey..secara logiknya, apa yang aku nampak, ia di handle secara matang..sebab itu ia mampu bertahan. Dan secara jujurnya aku sendiri belum capai sifat kematangan tersebut.

Aku pernah terbaca tentang ini ini. Seorang blogger buat undian dengan soalan ni..'Jika anda sedang dalam perhubungan dengan seorang yang anda sayang dan terjumpa seorang yang anda suka...a)anda akan kekal setia dengan hubungan itu b) terus mulakan hubungan baru....20% menjawab b..see!! so memang ramai orang yang begitu. Belum matang. Heh! memang rumit bicara soal ini.

tapi

ada jugak yang akan bagi alasan begini, eh kalau hati dah tak suka, sayang aku pada kau dah hilang mau tunggu apa lagi? jangan pertahan kan sesuatu yang tak pasti...okey anda bijak...

Kalau begitu kenapa terjadi kes kes macam lepas sebulan dua kau nk balik pada pasangan lama?rindu dendam mcm haram? oh tiba2 baru kau sedar yg baru kurang serasi atau tak boleh beri rasa feeling? entah lah..tp bg aku sendiri, kalau kita dlm situasi ni, pls do not turn back! kalau sekarang dia boleh buat, esok lusa di masa hadapan pasti buat lagi. pendirian tak tetap. belum matang sebagai manusia..

em..tapi betul lah..apa2 pun berbalik soal jodoh kan. Jika dah itu bukan jodoh kita, bercinta lah selak macam mana pun pasti bukan milik kita..dan jika dia jodoh kau juga, tolak lah macam mana pun kalau dah jodoh dalam kuali bertemu juga..

Kepada yang masih yakin mereka akan berjodohan suatu hari nanti, aku doakan kalian punya jodoh yang baik. Paling penting berubah jadi matang supaya kau lebih pandai hargai apa yang dipanggil kesayangan. Bukan cuma kat mulut je sayang tapi hati berbelah belah macam batu marmar di fire pedang ultraman. Penat okey...

Tuesday, September 8, 2009

Tiba tiba seperti terpegun melihat diri sendiri..

dalam hati terdetik em...cun gile jugak muka aku! pastu uish! ayu nye sape ni? sambil menatap wajah di cermin...haha! memang tak dapat la kan.. sape nak muntah silakan..

Ni suma jerawat yang tumbuh subur di muka seperti cendawan selepas hujan..oh man!

Grrrr....ntah nape la. Makin hari bertambah. tapi yah! mungkin stress. WTA dah keluar semalam.tp tak berminat nak tulis pasal 'boyfriend' baru tu..aku ingat nak bagi nama kat dia la.. Abg Master..wahaha!


Pagi-pagi lagi aku dah gi intai blog orang. One of the stalker and skarang aku dah jadi follower blog sedara ni secara senyap. haha..senyap ke??

Dah buat bisnes skarang. Aku pun teringin nak ada bisnes sendiri. Tapi nape tah banyak idea banyak benda yang aku nampak ada potensi. Tapi macam tak reti nak take first action. I really dont have the idea about that. Ayah tersayang ajar dari kecik macam mana nak bisnes. banyak peluang dia bukak. Tapi anak dia ni macam slow and and tak stedy langsung macam mana nak teruskan semua yang bapak aku usahakan. Haish..
Baiklah mari doakan saya beramai-ramai semoga suatu hari nanti saya akan mampu teruskan apa yang dia dah usahakan. Doakan saya rela berpanas berhujan menanam rozel, bermandi taik dan kencing kambing ewww...atau mungkin berhempas pulas menumbuk numbuk manja doh roti..oh mungkin roti paling dekat di hati. Doakan ye teman-teman stalker..

Semalam cakap macm ni kat umi..Nanti hujung minggu kita buka puasa dekat masjid shah alam nak? teringin nak rasa berbuka solat maghrib terawih sume kat sana..Umi cakap gini..hello, kamu kan hujung minggu di Bangi? Lupa ke kamu dah takde hujung minggu?? oh man!!!
Macam mana aku boleh lupa??? Tibe tiba cam sedih..empat tahun beb! empat tahun! haish... tu la..sebelum buat tak nak fikir jauh jauh dalam dalam... tapi tu kan rezeki.. insya Allah aku bertahan.. dah dah jangan cakap pasal hujung minggu.. sensitif! tetiba sangat...haha
Minggu ni last sabtu dan ahad bulan ramadan. Next week dah raya. Oh minggu raya pun saya di bangi juga..oh man!!!

Raya tahun ni rasa bersemangat waja nak menempuh lebuh raya utara selatan bersama Abg Master (hihi..)..rindu sangat dah nak beraya dengan sedara Penang. Tambah tambah dapat texted dari Angah balik la balik la wehh balik la..bertambah tambah rindu aku..walaupun baru je bulan lepas jumpa sambil shopping sakan kat pasar ct khadijah..Insya Allah...ada rezeki lebih smpailah..

Hari ni bersemangat jadi pekerja cemerlang! Mari bekerja!

Footnote: tak pasti nape mesti ulang oh man byk kali..oh man!!

Menambah Liabiliti

Asset = Liability + Owners Equity


Liability akan bertambah walaupun asset bertambah. Tu yang semak tuh! Ni semua melayan needs and wants yang tak sudah sudah..bersyukurlah dengan apa yang diberi..

Bergosip dengan internet


Bergosip lagi..

Nota : Mereka semua sedang serius membincangkan assignment yang bakal dibentangkan. Tiada kena mengena dengan gosip.



Friday, September 4, 2009

..........~.............


Jangan merungut andai tertulis itu bukan untuk kita
Jangan bersedih andai itu ditakdirkan bukan milik kita
jalan masih jauh
terus melangkah jangan toleh lagi
penat. rehat dulu.
rehat saja. jangan malas.
jangan merungut dila..jangan bersedih dila..


p/s : aku rindu bintang!

Wednesday, September 2, 2009

Pesanan penaja!

Selamat datang ke bulan September.
walaupun dah 3hb tapi masih dekat dengan garisan permulaan
jangan menangis lagi di bulan september

hidup kita pasti menarik walau kekadang
ada ombak memukul pantai
kan sudah dibilang, kalau takut dilambung ombak
jangan berumah tepi pantai..
weh!
rumah aku bukan tepi pantai pun
la la la la la
tp biasalah hidup
sesekali dilanda badai baru lah ada nikmat hidup tu
barulah ada feel!

tapi tapi tapi

kita kena kuat dengan semua badai yang melanda
usaha doa pasti jaya!
motto sekolah menengah..

Jangan menyalahkan orang lain
jika tau sendiri yang salah
jangan merungut jika tertulis itu bukan untuk kita
jangan lupa bersyukur andai sedar itu terbaik untuk kita
semua nak yang terbaik
semua nak yang tercantik
semua nak yang terindah
kau terindahhh...
tapi mesti selalu rasa cukup dengan apa yang diberi

tapi dila tetap sama
mesti merungut kalau tu bukan untuk dila
uwekkkk!
nape mesti guna nama begitu?
mesti ucap WOW!!yipppeeeee!
kalau dapat sesuatu yang best sebelum cakap ALHAMDULILLAH...
haish...dila..dila..
saya manusia mudah lupa
tolong cakap pelan pelan kalau saya lupa
ingat tu
jangan tengking tau!

****mari-mari lari kejar pelangi!


p/s : dila merepek di pagi hari. berharap hari ni sangat indah dari semalam. tak sabar tunggu esok! kepada syakirah, sila buangkan restricted pada blog kau. aku benci masukkan email password bagai!

Wednesday, August 26, 2009

Mari belajar tentang sesuatu..meh..meh

Baca ni..jgn scroll down! Baca!
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuha mu..
Kecantikan itu ialah kecantikan Mu..
keindahan itu keindahan Mu
kekuatan itu kekuatan Mu
kekuasaan itu kekuasaan Mu
dan perlindungan itu perlindungan Mu..
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit..turunkanlah
jika ada di dalam bumi..keluarkan lah
jika sukar...dipermudahkanlah
jika haram...sucikanlah
jika jauh...dekatkanlah
berkat waktu dhuha Mu
keagunganmu
keindahan Mu
kekuatan Mu
kekuasaan Mu
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh...aminn...

Syahdunya doa tu..okey..

Solat Dhuha

  • Solat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik setinggi 7 hasta (jam 8.00pg hingga 11.00pg)
  • Time rehat pkul 10pg tu sedang elok lah..
  • Sekurang-kurangnya 2 rakaat. Boleh juga 4 atau 6 atau 8 rakaat
  • Lafaz niat : 'Sahaja aku solat dhuha 2 rakaat kerana Allah taala'
  • Rakaat pertama - seeleoknya Surah Ad-Dhuha
  • Rakaat Kedua - seeloknya Surah Al-Ikhlas

Sabda Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a -

'Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha, akan diampunkan dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan'


Sumber :
BUKU ASAS-ASAS FARDHU AIN. KARYA ALLAHYARHAM USTAZ SULAIMAN ENDUT.
*Buku wajib untuk subjek Amal Islami KPM semester 2 emm..mungkin 3.can't remember.

Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi..

Saturday, August 22, 2009

From the bottom of my heart : aku suka bangi!

GPS.. teknologi canggih yang mampu membuat anda sampai ke mana saja!
*kan bagus jika hidup kita boleh guna GPS untuk membuat keputusan yang hebat-hebat supaya kita tak salah buat pilihan. Kalau kita salah jalan perempuan tu akan jerit supaya anda patah balik tanpa jemu..sigh...

Okey fine. Apa kena mengena dengan Bangi???

Tahukan anda sangat bertuah jika di lahirkan di Bangi atau sebelum ni menetap di Putrajaya tapi sekarang tinggal di Bangi atau anda bekerja dan terpaksa menetap di Bangi atau anda cuma seorang yang tiada apa kena mengena dengan Bangi tapi mempunyai seorang teman rapat di Bangi. Semua sangat bertuah. Ni serius nih! Sila bangga dengan diri sendiri jika anda sebahagian senarai di atas.

Aku suka Bangi!

Aku suka Bangi..serius aku suka Bangi. Walaupun tambang komuter dari Port Klang ke UKM Bangi ialah RM6.20 dan kemudian terpaksa ambik cab untuk ke UKM dengan bayaran RM5.00 atau RM8.00 untuk ke rumah teman baik. ulang lagi sekali..aku suka Bangi!

Aku suka Bangi walaupun ex boy friend aku yang evil syaiton nirrajim tu kerja dan tinggal di Bangi. Aku suka Bangi. Walaupun bila aku ke warta atau pasar malam atau bazar ramadhan atau berbuka puasa di SOHO atau Village View aku akan berdebar-debar takut terserempak dengan orang yang tak dikehendaki..tapi aku suka Bangi!

Bangi..aku suka kau! Walaupun hari ni aku sampai migrain sakit kepala yang amat baju basah lencun menjerit meraung macam orang gila bawah pokok lepas aku perasan rupanya tiada pondok untuk berteduh dan tiada siapa sudi tumpangkan aku untuk ke jalan besar atau bus stop. Semuanya gara gara hujan yang amat lebat di bumi Bangi..

Walaupun dekat rumah aku ada universiti terulung yang jadi pilihan orang orang lain untuk sambung belajar, tapi universiti di Bangi jugak jadi pilihan aku! Aku suka Bangi!

Jauh...tapi dekat di hati!

Okey dah. Malas lagi nak puji Bangi.

Sebenarnya aku sakit hati sangat. banyak benda yang memedihkan tentang Bangi. Tapi situ jugak jadi pilihan. Situ jugak kebahagiaan aku. Situ tempat yang menyedihkan tapi situ jugak tempat yg mengembirakan...okeylah. fine! rezeki aku kat situ kan....syukur! tapi janganlah aku diuji sampai hilang kesabaran aku tuhan....tolonglah faham...

Sebab aku terlampau suka Bangi..jadi
*jadi lepas ni aku akan pastikan payung yang patah tadi akan berganti dan akan sentiasa ada setiap kali aku di Bangi
*Aku akan pastikan aku simpan semua no telefon pakcik teksi di seluruh Bangi ni
*aku sangat sayang kawan aku yang tinggal di Bangi
*aku akan pastikan aku grad dengan cemerlang dari universiti yang ada di Bangi nih

aku dila..jangan cabar aku!

arrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

absolutely terific. well done! Bangi..aku harap kau suka aku..


Friday, August 21, 2009

Pakcik, cek mek molek singgit!

Bila kita bahagia, perlu ke kita hebahkan pada dunia yang kita sedang bahagia? Bagaimana dengan hati yang terluka? woh! apa motif kau cerita semua? kenapa tak ikut resmi padi..

bila kau di atas, jangan lupa yang di bawah..bila kau di bawah, jadilah rumput yang menyenangkan semua..habis kemuncup tu yang selalu melekat-lekat kat kain? grrr..


Fine..kau bahagia.happy. Jadi ape kena mengena dengan aku?

p/s : ambo goyak, mu tok se pahe..

Thursday, August 20, 2009

Orang yang betul-betul kenal saja akan dapat 100%

Semalam bos besar tak masuk ofis. Badan dia kecik je. Tapi kuasa dia besar. So panggil bos besar. Dia sedang sibuk 'memacking' barang anak dia nak pergi Umrah for the whole ramadhan. Anak dia muda lagi. Mungkin sebaya aku atau tua setahun dua dari aku atau muda setahun dua dari aku. Sedang buat ACCA. And sekarang dengar nak pergi Umrah. Hati aku sayu. Aku pun tak tau napa. Bila aku dapat tau orang orang yang aku kenal nak pergi umrah ke haji aku mesti sayu. Mata berair. Cepatnye rezeki diorang. Bila lah rezeki aku nak sampai sana. Hati ni rindu sangat nak tengok kaabah. Nak merasa buat ibadah kat sana.. Peluang tu pasti ada kan. Ya Allah makbulkanlah doa aku...
Semalam mase blog hopping dari blog ke blog aku terjumpa dua blog yang memang minat giler dengan karya Ramlee Awang Murshid. Omaigosh!! Memang teruja sangat lah kan. Selama ni aku memang jarang bercerita dengan kawan kawan rapat sebab diorang memang tak boleh masuk dengan karya karya thriller nih. so simpan dalam hati jela. Skrang ni aku macam excited sangat. Aku sedang mencabar diri sendiri untuk habiskan 2 novel dia atas sebelum kelas bermula. atau kata lain sebelum 29 Ogos sebab tarikh tersebut kelas aku akan bermula balik setelah sekian lama bercuti. So nanti nak kena fokus perah otak keringat peluh di dahi semua nak menggadaikan hujung minggu terlepas semua kenduri kendara semata mata nak dapatkan segulung ijazah. Jadi kena lah habiskan novel ni cepat-cepat.
Mikhail tu adalah novel RAM terbaru yang aku tambah dalam koleksi. Cerita masih dalam samar-samar. Tapi macam biasa. Karya beliau memang tak mengecewakan. Aku sanggup berjaga malam tak hirau lingkaran bawah mata samata mata nak tahu siapa mikhail tuan sadon zety raihana halim bla bla bla...
Tapi dalam banyak banyak karya RAM, aku paling dekat dengan ADAM. I'm adore dengan watak Hilman. OMG! Kalaulah jejaka itu untuk aku. wahaha!
Okey novel P.S I LOVE YOU tu aku baca sebab tak tahan godaan syakirah. Kau bayangkan sepanjang dia baca novel tu kejap kejap call. aaaaa...dila sedih la part ni. Aku nangis baca. masuk jamban pun aku usung. Dah lewat nak gi ofis ni, tapi sempat lagi baca buku ni. Mak ai..! Siap ada movie lah bagai. Ocin pun baca rupanya. Jadi kau bayangkan lagi, bila bertemu mereka berdua bercerita sungguh sungguh macam best giler novel nih. Aku memang tak tahan sikit la bab2 buku ni. So aku pun nak jugak merasa apa yang dia rasa. tapi biasalah..jiwa aku mungkin nak yang thrill kot. So selalunya aku akan lebih excited untuk baca Mikhail dari cerita jiwang, huk..huk..tapi boleh lah. P/S I love you pun menyentuh jiwa jugak. Mungkin banyak situasi dalam novel tu macam agak agak terkesan dengan aku yang telah ditinggalkan nih..muahaha!
Jadi adakah dila akan lulus cabaran ni dengan cemerlang? Sama-sama kita nantikan...