Ingat kahwin tu senang? Aku sangat kagum dengan lelaki yang memang prepare untuk minang seorang perempuan. Kepada yang masih bujang, mari kita bayangkan sejenak. Lelaki itu sanggup spend duit beribu ribu untuk seorang wanita. Aku macam tak terjangkau dengan akal fikiran, APA YANG ADA DALAM FIKIRAN mereka ni? Kahwin bukan perkara mudah. ia ibarat main saham. Ye ke? ape apelah.. you invest some amount to get more. But you sendiri tak sure adakah apa yang you invest itu betul betul dapat give you more. Tak pasti you akan untung atau rugi. Beri apa yang kau tiada. Menambah apa yang kau kurang. Lengkapkan apa yang tak lengkap.
Imagine lagi, bila kau sanggup berdepan dengan family kau untuk beritahu "MAMA SILA PINANGKAN DIA UNTUK SAYA'. Lepas tu perkara itu akan menjadi besar bila melibatkan pakcik makcik atuk nenek sedara mara jauh dan dekat! wow!!
Bayangkan kuasa jodoh telah memberi kau kekuatan itu. Dan mungkin dalam fikiran kau perkahwinan bukan sahaja menghalalkan apa yang haram tetapi dari segi kewangan, tanggungjawab.Kau yang akan berdepan dengan tok kadi bersalam dan melafazkan ayat keramat sebagai ikatan sah kalian.Kau yang akan buat air mata wanita kau cintai menitis sebak mengenangkan apa aku pun tak tau..tak pasal pasal sedih :( Dan kau jugak dah plan mane nak duduk lepas kahwin, ape nk buat untuk improvise kan hidup korang berdua. Masya Allah....
Pada masa tu, semua tu dah ada dalam kepala dan kau bersedia untuk nya. Ish memang tak terjangkau dengan fikiran aku. Yelah, mungkin selama ni, aku belum berjumpa dengan orang yang betul betul ready untuk perkara tu. Sebab tu memang tak tercapai akal ku untuk semua ini.. Hey, lelaki yang macam tu..you guys are really impressing me! Kau dah move satu level lebih tinggi.. Bagi aku, anything happen in future, at least kau adalah lelaki yang pernah sanggup untuk berhabis duit untuk wanita kau cintai yang kau sangat yakin untuk hidup berasama dengan dia. Sekurang kurangnya kau pernah ada harapan untuk sebuah perkahwinan.
Bukan tak ada lelaki yang umur dah lanjut tapi masih belum bersedia untuk commit terhadap satu perkahwinan. Ye la..aku tau. Belum ada jodoh. Tapi kalau di umur begitu masih bertukar tukar girl friend, masih lagi permainkan cinta wanita ape kejadahnya? Sebab kau yang tak SERIUS mahukan komitmen..
Sekian saja syarahan saya hari ini..terima kasih ;p
p/s : selamat pengantin baru buat Farah dan Ramzi. semoga terus hot hingga dapat gelaran tok dan tok wan!
selamat pengantin baru wat dorang
ReplyDeletesependapat..buat ape nk main2kan hati pompuan.
ReplyDeletesalam perkenalan,
ReplyDeletejangan sesekali kita permainkan insan lain, fikir kanlah dan bayangkanlah kalau kita pula diprmainkan.... selamat pengantin baru padanya jua....
nampaknya point yg aku nk sampaikan tu tak sampai...sob sob..
ReplyDelete