Sunday, February 27, 2011

Part 1

Lamanya tak main tulis-tulis!!
Dulu kalau menulis panjang-panjang sebab hati resah runsing berkecamuk celaru..bila tulis tenang sikit sebab terluah di blog. Jadi sekarang bila dilla jarang menulis adakah dia tidak resah runsing berkecamuk celaru lagi? Jawapannya tidak! Selalu je kecamuk celaru runsing tapi tak sempat nak tulis. Bila dapat chance mengadap pc kepala blur. nanti lah tulis sebab masa satu. Sangat cemburu kan saya untuk dilengah lengah kan..apsal ayat cam poyo mak limah ni? Lepas tu bila dapat lappy dengan bb semua nak cepat-cepat macam kat cyber cafe. Woi kak jangan lama-lama aku ada assignment nak buat..and i was gulp! baiklah ! aku cek email jew....

Few month ago...something was happened to me. Everything was like ting!! kun fa ya kun..jadilah maka jadilah! Siapakah saya nak menolak takdir. Walaupun begitu kadang-kadang saya masih salahkan diri sendiri kerana perkara ini telah berlaku..

Baiklah ceritanya gini...

Beberapa bulan lepas sesorang telah menghubungi saya melalui kawan saya untuk dapatkan nombor hp saya (which i changed after what he did to me)...sape dia tu? dia ialah _________________ (sila isi tempat kosong) ok tak payah isi. saya tulis je. dia ialah ex boy friend saya. Tapi ex bf yg mana satu? bukan ke dilla banyak pakwe? tipu! mana ada banyak! skandal ada beberapa orang. itu pun sebab percubaan nak jalinkan hubungan tetapi tak berjaya lalu senarionya adalah berbeza dengan mamat yang sorang ni.... Kurang dari 5 bulan berkawan tak boleh panggil pakwe ye. Lagipun couple couple tanpa hubungan yang sah ni haram berdosa. so tak payah mention sangat la. Buat malu je...

Ok ok kemudian lepas tak dapat no dia menghubungi saya di muka buku. Oh terkejutnya den! apehal laki orang ni cari aku? aku ada hutang dia ke? laju laju bukak buku hutang. Eh eh dia yang hutang aku ada la! emmm...tapi aku dah halalkan. Ok tak payah ungkit. Nanti tak dapat pahala pulak. So apa dia nak? Aku pun jadi csi dulu sebelum reply message dia. Godek godek godek (Ilmu ni semua orang ada. tapi kalau yang tak tau dan ingin menuntut sila email saya ya..foc!) ...ok godek godek godek ting!! Saya dapat tau dia ada masalah dengan kekasih dia...hua hua hua hua!! sebelum apa-apa mesti report dekat kawan baik dulu. Gosip gosip dulu. Macam-macam teori dan hipotesis kami bincangkan. Dan kemudian saya buat keputusan untuk teruskan berhubung melalui message di muka buku. Kemudian barulah saya dan  kami jelas apa yang dah jadi pada dia.. Dia dikecewakan oleh orang ketiga yang memandu Honda (kalau tak salah aku la)... mari gelak beramai-ramai!!!

Sebelum anda semua gelakkan saya, biar kita gelak bersama dulu dekat ex bf saya ni.
dulu masa dia berjaya keluarkan sebuah  kereta nasional keluaran tempatan untuk diri sendiri, tak sempat bayar ansuran bulan pertama lagi dia dah berubah hati terhadap perempuan kurus melidi rambut rebonding..
dia berlagak la sebab dapat bawak kereta nasional keluaran malaysia
berlagak sebab dapat awek kurus

Tapi Allah tu maha agung! hari ni kau buat orang esok benda tu jadi dekat kau. Okey saya cuba sedaya upaya takkan ungkit apa saya rasa dulu..sebab selepas ni anda semua pasti akan muntah darah dengan cerita saya..

Kami berhubung hampir sebulan melalui muka buku.. Nombor telefon saya tak bagi. sepanjang berhubung tu saya dengar cerita dia saja. Tak banyak pun message nye bukan macam bersembang ym, tekan enter je tapi kami .. hari ni hantar esok pagi saya reply. Kalau sibuk pagi, esok petang baru reply... macam tu la... after few time dia cerita begini, saya balas begini. More tu bertanya sebab aku sibuk nak tau ape cerita dia  sambil dalm hati padan muka kau! padan muka kau!

Bila dia start tanya pasal saya...aku pun cakap la masih seperti biasa. Takde ape yg berubah. Dia tanya masih kerja tempat lama? ye masih..kemudian satu hari yang panas terik..........dia message di muka buku, awk saya dekat depan ofis awak...keluar jap nak jumpa. Erkkkk!! apahal pulak nk datang ofis bagai. Setahun tak jumpa tetiba nak jumpa depan ofis pulak tu! #$#@^&** ape-ape hal mencarut dalam hati dulu...ok dila cool cool...saya pun reply, bizi lah. lagipun tak manis. bos cikgu cikgi penuh dalam ofis ni. Pintu ofis tinted hitam. orang luar tak nampak org dalam, tapi orang dalam bole nampak clear org luar. .
Dia replied, kejap je. kalau tak keluar jugak saya tunggu sampai awak balik**** kan?. aku pun intai, oh dia tunggu belakang kereta aku. Eleh tunggulah ko. Lantak la ko. tunggulah sampai lebam. Jam menunjukkan pukul 2 pm lebih lebih sikit. Masa tu matahari tak berapa tegak tapi keadaan sangat panas.. phewww! saya bertenang. Dia message lagi, pls dila keluar la kejap. panas la! saya pun balas. saya sibuk la! lepas tu dia tak reply. tapi masih menunggu. bab ini aku lemah...kesian pun ada. Dalam hati., ok jumpa je bukan ape pun. Dengan lafaz bismillah, selawat beberapa kali aku pun keluar....(heres the mistake. After this you will know the whole story)...Jalan tenang menuju ke arah kereta konon-konon nak ambik barang.. Dia senyum. Dalam hati menyampah nye!! Bila sampai je dia tegur, apsal kereta macam belacan? tak reti nak basuh? dalam hati aku eh eh mamat ni. carik pasal plak! Aku senyum, sambil cakap awk nak ape? saya sibuk kat dalam. Dia cakap, wak bak la no tepon. saya pening la tiap kali nak message kena masuk internet. dah la cas mahal. pastu nk kena bagi password lah ape lah. (sebab dia replying me tru handphone)..sy jawab la nak buat ape? macam ni pun dah ok. Lepas cerita bertekak serba sedikit, dia pun balik ofis aku pun masuk ofis..

Masuk ofis berpeluh peluh. *&^&$^ tak pasal pasal aku bepeluh.

Dipendekkan cerita yang masih panjang, macam mana dia dapat nombor hp saya eh...lupa plak. Last last aku bagi jugak sebab aku rimas bila dia ugut asik nak datang ofis. malu lah kawan-kawan nampak asek dating belakang bontot keta. eeee tah pape! Lepas dapat no, kami berjumpa secara official dan baik baik. Mula-mula jumpa bersembang masih lagi berkisar hal dia. Pernah tengok lelaki menangis sebab perempuan? Aku pernah! hahahaha...gelak jahat. Puasla dia cerita begitu begini begitu gini gini gitu.... Respon aku em em em oh hey hoho lah..eh ..Lepas tu balik. Kiranya aku bodoh sebab secara tak langsung lantik diri sendiri jadi kaunselor kepada ex bf yang parnah dumb aku dulu.

am i a dumb? yes i am. Aku mengaku. Disebabkan dalam diri ni tiada sifat revenge yang tinggi maka ini lah yang terjadi. Aku cepat lupa kalau sesuatu yang aku marah geram benci. Ok tipu. aku tak mudah lupa. Takkan lupa tapi selalunya alah...apelah sangat. ah lantak lah dia. Aku macam tu lah. Sebab tu bila dia datang aku mencarut dalam hati je. Tapi aku tak sampai mencarut dekat dia. Orang lain yang buat aku marah  pun selalu nya macam tu lah. Itulah kelemahan aku..



to be continued....



..

Friday, February 4, 2011

sedih tanpa sebab yang pasti

Menangis dalam hati

......

Jangan menangis hati
jangan menangis..
serahkan semuanya pada Tuhanmu
tuhan lebih tahu...





..

Thursday, February 3, 2011

redho

sedih hatiku tidak terkira :(
kalau ada rezeki ada la.......

Angin Perubahan

Gelombang kebangkitan sedang berlaku. Negara islam sudah mula bangkit. Dan angin perubahan itu adakah akan sampai juga ke negara kita? Wallahualam....

"Alhamdulillah, kami slmt di dewan malaysia abbasiah, kaherah, di bawah jagaan pihak kedutaan. doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam....
 sumber : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

bila negara Islam berantakan, yang cuba menangguk di air yang keruh sudah pasti sekutu Islam. Perubahan politik di Mesir mungkinkah bakal mencetuskan gelombang yang besar  yang melibatkan negara Islam bukan sahaja dari Asia Barat?  Mungkinkah ini tanda-tanda besar sebelum turunnya Imam Mahadi? Just from my 2cents..

beberapa harini saya mesti akan baca dan belek blog ni. Syukur bila sedikit demi sedikit ada perkembangan terbaru untuk selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di sana. Bila dengar mereka kekurangan makanan, sayu dalam hati sedangkan kita masih boleh order apa saja makanan yang terlintas di hati...dan worst part is kita masih lagi boleh membazir makanan :(

Rasa cemburu juga ada kerana mereka terpilih untuk menjadi sebahagian daripada sejarah menyaksikan revolusi sebuah perubahan.. Harap mereka menghargai pengalaman ini dan kita juga dapat mengambil iktibar dari setiap yang berlaku.

Harap 11 ribu lebih rakyat malaysia yang berada disana akan selamat dipindahkan dari kawasan yang terjejas teruk akibat rusuhan angin perubahan ini. amin...

mari kita sama-sama doa semoga Allah beri hidayah pada mubarak supaya tersentuh hatinya melihat kekacauan kesakitan yang ditanggung rakyat mesir dengan turun takhta ...amin