Gelombang kebangkitan sedang berlaku. Negara islam sudah mula bangkit. Dan angin perubahan itu adakah akan sampai juga ke negara kita? Wallahualam....
"Alhamdulillah, kami slmt di dewan malaysia abbasiah, kaherah, di bawah jagaan pihak kedutaan. doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam....
sumber : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
bila negara Islam berantakan, yang cuba menangguk di air yang keruh sudah pasti sekutu Islam. Perubahan politik di Mesir mungkinkah bakal mencetuskan gelombang yang besar yang melibatkan negara Islam bukan sahaja dari Asia Barat? Mungkinkah ini tanda-tanda besar sebelum turunnya Imam Mahadi? Just from my 2cents..
beberapa harini saya mesti akan baca dan belek blog ni. Syukur bila sedikit demi sedikit ada perkembangan terbaru untuk selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di sana. Bila dengar mereka kekurangan makanan, sayu dalam hati sedangkan kita masih boleh order apa saja makanan yang terlintas di hati...dan worst part is kita masih lagi boleh membazir makanan :(
Rasa cemburu juga ada kerana mereka terpilih untuk menjadi sebahagian daripada sejarah menyaksikan revolusi sebuah perubahan.. Harap mereka menghargai pengalaman ini dan kita juga dapat mengambil iktibar dari setiap yang berlaku.
Harap 11 ribu lebih rakyat malaysia yang berada disana akan selamat dipindahkan dari kawasan yang terjejas teruk akibat rusuhan angin perubahan ini. amin...
mari kita sama-sama doa semoga Allah beri hidayah pada mubarak supaya tersentuh hatinya melihat kekacauan kesakitan yang ditanggung rakyat mesir dengan turun takhta ...amin
No comments:
Post a Comment