Monday, January 14, 2013
change
Wednesday, January 9, 2013
What say u?
2010 kenal semula
2011 kahwin
2012 mengandung
2013 ada anak
kita memang merancang. Namun apa yang terjadi itulah perancangan Allah. Sapa yang tau ini ke yang aku nak?Kahwin dalam keadaan masih lagi nak enjoy. Belum puas travel. Belum cukup duit. Kononnya dulu nak pergi umrah dulu baru nak fikir pasal kahwin. ternyata kegatalan lebih menyerlah disini >___<
However it is, syukur Alhamdulillah. Allah ternyata Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia beri pasangan dari kalangan orang yang kita tak ingin pun nak pandang supaya kita sedar Dia berkuasa untuk ubah segalanya. Jangan terlampau riak dgn apa yg kita ada. Dia beri anak saat hati masih mahu enjoy supaya kita tahu apa itu tanggungjawab. Dan paling manis dapat enjoy jalan sana sini dengan anak dan suami. Dapat sama-sama belajar perbaiki diri dan improve semua segi.
Harap tahun ini berjalan lancar. Insya Allah.
Tuesday, January 1, 2013
Nappy Rashes
Masa baru lahir badan bayi bersih tanpa kesan luka/calar/kudis dll. Kebanyakan bayi macam tu. Same goes to arrazi.
Tapi akibat tiada pengalaman dan mengikut cakap orang, kita pun guna semua kemudahan yang ada especially bab2 bersihkan semasa salin lampin.
Mula-mula aku memang guna 100% baby wet tissue. Except time mandi la kan. Masa mandi je cuci betul2 dengan air dan sabun. Tapi masa tukar lampin biasa saya guna wet tissue, letak bedak sikit dan ganti lampin baru.
Ternyata akibat dari perbuatan itu, bahagian sulit dia tumbuh ruam yang teruk. Melecet. Kulit merah dan tertanggal. Eh teruk sangat bunyi nya. Yela teruk tp bukanla teruk mcm kena api. Tapi sekali pandang memang macam kesan kena api.
Saya pun jenuh fikir. Masa kena tu lebih kurang hari keempat dia lahir. Nurse belum datang rumah lagi. Kesian sangat dekat dia. Kena air je muka tahan sakit. Saya macam agak2 je mungkin kesan penggunaan wet tissue. Saya pun tukar kaedah dengan cuci guna air (spray) dan tisu biasa. Nampak berkurangan. Tapi slow sangat luka ruam tu nak baik. Umi suggest pakai krim untuk nappy rashes which is yg biasa guna untuk anak-anak jagaan dia ialah . Drapoline. So pakai drapoline. Lama jugak la nak baik.
Mak mertua suruh pakai minyak gamat. Tapi umi cakap nanti kulit jadi hitam. oh tak hensem la anak ibu nanti. So teruskan pakai drapoline. Lama sangat nak baik.
Try pakai tepung ubi jugak. Tapi arrazi tak sesuai. Naik jugak bijik2 air tu.
Bila dah baik, cousin cadangkan pakai minyak kelapa dara. Sapu lebih kurang dua ketiga titik dekat kawasan sulit dia tu. Alhamdulillah. Memang takde kesan nak tumbuh bijik2 air dah. Tapi virgin coconut oil ni memang mahal la. Benda bagus maa! kita letak pun sikit-sikit je.Tp alhamdulillah. Magic. Berkesan.
Tapi jeles dengan beeha. Dia pakai tepung ubi je. Badan gebu elok takde ruam. Tepung ubi murah, bajet sikit. Umi cakap anak aku sesuai dengan produk mahal-mahal je. Hummm.. nanti dah besar sikit kita tukar tepung ubi ye.arrazi.
So pengajaran nya kepada bakal2 ibu jangan jadi macam saya. Always use real water while nappy changes. Tak sampai hati tengok kulit anak melecet. Sakit woo! Asal nak basuh je dia melalak. Pedih kot.
And try guna minyak kelapa dara dari awal. Memang berkesan!