Adik aku pernah tegur aku, kak hang lepas ada anak ni
perangai dah berubah kan. Dah alim. Tudung dah labuh, baju dah tak ketat. Aku jawab
ha bagus la kan. Bila lagi nak berubah. Kalau dah ada anak pun tak berubah lagi
tu yang patut pelik. Dia mencebik.
Betullah kan? Kadang-kadang manusia ni perlukan sebab untuk
berubah. Ada yang jenis tidak perlukan sebab. Tapi jarang sangat jumpa. Selalunya
mesti target lepas kahwin aku nak pakai tudung. Lepas kahwin aku nak solat
penuh. Lepas ada anak aku nak pegi kelas agama. Kalau sampai hajat, panjang
umur Alhamdulillah. Kalau tak dan kahwin, tak dan dapat anak ajal dah sampai
macam mana? Ok itu wallahualam.
Apa yang pasti perubahan tu perlu. Sampai bila nak hidup
dalam jahiliyyah? Macam apa yang aku lalui. Dan orang lain jugak rasanya. Bila ada
anak, kita akan pastikan semua yang terbaik untuk anak. Doa hari-hari supaya
dia membesar jadi anak yang soleh, solehah, tahu tanggungjawab terhadap agama,
ibu bapa, adik beradik, membesar dengan sihat.
Dan sebagai ibu bapa yang mahu kan terbaik dari semua segi
untuk anak-anak nya, mereka kena lah jadi yang terbaik dulu kan. Kalau nak anak
soleh solehah, diri sendiri mestilah soleh solehah dulu. Mestilah cukupkan
solat yang rongak-rongak tu. mestilah kurangkan mencarut. Mestilah kurangkan
panas baran. Mestilah menutup aurat. Sebab apa yang mak ayah buat itulah yang
anak-anak akan buat at first place.
Jadi perubahan yang positif, ditambah doa
yang berterusan dan istiqamah dan bersangka baik dengan Allah insya Allah
hasilnya positif.
Jyeahhh!
No comments:
Post a Comment