Tuesday, April 27, 2010

hello bank, tolong cop duit untuk saya!

Orang yang tak banyak duit, masalah macam jenis orang yang tak berduit
orang yang banyak duit pulak masalah jenis yang banyak duit
dipendekkan....semua ada masalah

 ada duit ke takde duit ke sama je
hidup diselubungi masalah

yg penting jangan stress
mesti happy okey!

Friday, April 23, 2010

Budak sekarang pandai main cinta je!


mainan budak zaman dulu murah je. Walaupun murah tapi akan bagi memori yang sangat mendalam sampai dah besar pun akan tersenyum sampai nampak gigi kalau teringat balik.. memang kenangan terindah!

tapi mainan budak zaman sekarang kos tinggi! PSP, PS2, PS3 PS I love U...

budak zaman sekarang main dalam rumah diorang takkan ada pengalaman macam kita dulu...walaupun budak tu tinggal di kampung. Mereka still x macam kita dulu.

Bila orang tua main belon pastu tersembur sembur air liur tiup belon memang buruk dow!
tapi best :)

comel je....ahahahahaha

pesanan : bila bos meeting luar je boleh buat macam ni okey!

Thursday, April 22, 2010

Plis..plis..pliss kamu jangan nakal..

awak, nape tangkuban parahu tak termasuk dalam road tour kita?
teringin kot....

boleh la...

orang tua-tua kata alang-alang dah sampai..

saya dah tengok map, x jauh sangat dengan hotel kita..

plis..

mengharap dgn bersungguh sungguh ...


credit to encik google :)

Thursday, April 15, 2010

You can be as excotic as you can!

Selama aku membesar ni buah yang familiar dengan mata tekak dan rasa adalah tipikal buah yang senang dijumpai..selain dari buah dada :) buah yang familiar adalah epal, manggis, nenas, belimbing, durian, mempelam, lai bla..bla..bla..cliche!

Tapi tahukah kau dlm dunia ni ada banyak buah lain yang sangat eksotik dan pelik?

Okey mari sini aku ingin baeritahu kau..

Dulu masa tinggal di perlis..ada sejenis buah yang sangat familiar bagi orang orang disana tapi bukan bagi orang orang di Klang..

Buah Bidara

Disebabkan dia terlampau eksotik, sehinggakan aku type di google yang keluar  cuma 'nasi lemak buah bidara atau buah bidara di bawa belayar..T____T
buah bidara ni rasanya sedap! aku suka! bentuk nya macam buah epal hijau tapi saiz nye kecik dan comel tapi aku rasa harga buah ni lagi mahal dari epal hijau. ..
tapi bila makan, macam ada lendir sikit seperti bendi.
cuma rasanya manis. Buah ni selalu dijadikan asam jeruk.
buah bidara yang tidak dibawa belayar

Buah Keriang Dot

Dengar nama pun dah seperti melambangkan keeksotikannya..Polka dot ke hapa? Walaupun diklasifikasikan sebagai eksotik oleh aku, tapi sebenarnya kat sekolah menengah dulu ada berbaris dalam 3 ke 4 pokok keriang ni depan pagar sekolah. Bentuknya kecik kecik macam anggur. Kaler purple gelap sampai kalau kau makan dan tersenyum memang terserlah gigi lidah kau dah berubah jadi purple.. sumpah hodoh! Rasanya masam manis. Setakat ni aku pernah rasa sekali je itu pun macam tak best sangat sebab kalau tak salah dia macam kelat kelat sket....Bila dah orang offer, aku rasa je sebab nanti kalau orang cerita pasal keriang dot at least aku boleh menyampuk. Tak lah jakun sangat macam katak bawah tempurung kan... Kalau musim buah dot ni, kau jangan berani mati lalu bawah pokok ni dan kebetulan pakai baju sekolah. Memang sengaja cari nahas! Buah ni luruh atas tudung kau memang habis purple ar..sakit hati sebab aku pernah kena.
si polka dot yang nampak suci tapi try makan tengok....terus gigi tak suci lagi

Buah cermai

Tak pasti samada si dia yang aku sayang ni eksotik atau tak..Tapi since ada orang yang tak reti makan, tak pernah makan dan paling menyedihkan tak pernah jumpa maka dia juga tergolong dalam golongan ini.. Dulu belakang rumah tok ayah sebelah mak kat penang tu ada pokok ni. Sumpah menjadi igauan tiap kali balik kampung. Kitorang panjat dan goncang pokok ni laju2 hah sape kat bawah kutip sampai berpinau mata.. Dah la kecik pastu bersepah rasa nak maki je sapa kat atas pokok tuh! Tapi bila kutip reramai memang meriah. macam ada pesta :) Best okey..tapi rasa dia masam kalau makan mesti macam macam reaksi kau nampak..buat jeruk pun best jugak. Tapi tak thrilled sebab masam dia dah kurang..
si comel :p


Buah Nam Nam

Ni tak pasti betul ke nama dia. Ada sesetengah kampung yang aku melawat diorang panggil buah katak puru! Sumpah eksotik dan menggelikan nama tu. Yang ni memang 5 star la sebab kebanyakan orang tak pernah jumpa. Aku pernah jumpa dan pernah rasa. Sekali dan rasa dia phewww... Tak best sangat macam kau makan pisang. Kelat dan Masam macam muka orang ada problem.. Dia tumbuh di batang pokok dan rendah sampai kau boleh petik sambil mencangkung. Ya begitu.. Kalau tak salah orang buat sambal belacan kot campur buah ni. Ah pepandai je aku..
nam nam sebenarnya enam enam
ye memang ada rupa katak puru


Buah Salak

Bukan salak tinggi atau salak selatan atau  utara pun bukan!
Buah ni agak menggelikan pada kulitnya. Bersisik macam ewww...sila jangan bayangkan. Geli..Tapi bak kata pepatah, biar hodoh diluar tapi cantik didalam.. Buah ni kalau kena  jenis baka terbaik dari ladang memang manis. Tapi ada jugak yang jenisnya kelat tapi manis pasti ada. Dua dua pun aku suka.. Dulu masa kecik tak pandai makan. Semenjak ayah kerja di pelabuhan, maka selalu dapat merasa  buah yang pelik nih..Sebab dengarnya buah ni banyak di Indonesia..

geli diluar, suci di dalam..


belum pernah tengok secara live..ingatkan dia tumbuh di kawasan paya..rupanya kat halaman rumah tak berpaya pun ada..


Buah Melaka

Sekali dengar macam kuih. Ada orang tak tau buah ni macam mana. Weh pokok buah ni bersejarah apa. Parameswara melepak bawah pokok ni la sebelum nak buka negeri Melaka dulu.. Dulu masa di perlis, ada satu pokok ni. Semua orang tak layan walaupun buah ni cantik. Bulat kecik tapi macam ada corak sikit di kulitnya. Bila nenek datang melawat dia terus berbunga riang bila nampak buah ni banyak. Pernah makan acar buah? Ala yang banyak masa kenduri kahwin makan dengan nasik minyak tu. Yeah! dalam acar buah tu setengah orang letak buah melaka ni. Kalau makan secara fresh memang tak tertelan lah kau. Kelat! dan pahit kata budak zaman sekarang.. sungguh tak eksotik la anda ni..Bila nenek aku petik aku try rasa sebijik walaupun nenek dah warning jangan makan. Belum masak! Tapi demi nak rasa aku gigit sikit dan eww....Tapi sayang bila aku google yang ada cuma ini...

sedapnye...tapi buah melaka sebenar bukan begini rasanya..



moral untuk hari ini
Kalau kita dah sampai tempat orang dan ada buah atau makanan yang kita tak pernah jumpa, selagi tak bertentangan dengan agama... try lah rasa! Sebab ia pengalaman yang hebat!!

gambar ihsan abang google :p

Friday, April 9, 2010

mood : rindu zaman dulu

Aku suka membaca memang dari kecik
tapi tak ingat pulak umur berapa aku dah boleh membaca
rasanya lambat jugak
mungkin darjah 1 kot...
minat baca buku tu rasanya mak ayah yang pupuk kot..mesti la kan..kalau bukan mak ayah sape lagi?
nak pupuk sendiri? jgn harap la..
dulu kalau birthday je, mesti buku yang diorang hadiahkan..
tiap tahun buku...buku kisah nabi, buku cerita, buku autograf (aku pernah ada minat kumpul autograf :)
dulu pernah sekali cikgu kata hari ni kita tak belajar. Semua masuk perpustakaan.
memang best la sebab tak payah belajar..
Aku ingat lagi masa tu, aku ambik satu buku yang besar, kulit tebal cerita pasal perempuan baju merah dan musang. Bila buku tu di bukak, memang tinggi dan tutup seluruh pandangan. Aku baca dari kulit ke kulit. Sepatah sepatah aku sebut sambil menghayati cerita tu..last sekali bila cerita tu tamat, aku pun turunkan buku. Sedar sedar tinggal aku sorang je dalam perpustakaan. Feww mana plak semua orang? Punya la aku kusyuk sampai tak sedar semua orang dah blah.

Bila kat rumah, dulu ada perpustakaan bergerak selalu datang perumahan aku tiap hari selasa dan khamis kot. Waktu tu, memang aku tiap minggu tunggu. Kalau petang je tak nak tidur sebab nak tunggu perpustakaan. Kadang2 kalau tertidur, jaga je umi kata, tadi library datang..aku punya bengang sampai bad mood! Ye ar nak tunggu next week plak..lama tu! So aku pun buat solution, bila library datang aku akan pinjam novel.. novel tebal. Nak habis lama. So aku akan tukar buku 2 minggu sekali..Pakcik library tu pernah tegur aku..budak budak lain pinjam buku nipis nipis, asal awak ambik buku tebal?novel orang besar pulak tu? sambil senyum senyum perli..aku jeling dia..sibuk!


cerita ni macam takde motif..semalam tengok upin & ipin...ada cerita pasal perpustakaan bergerak. Pastu teringat perpustakaan bergerak ni memang sebahagian hidup aku masa zaman kanak kanak.. Macam mana aku punya excited bila kawan bagitau library dah sampai! aku kayuh basikal laju-laju sambil balik ambik buku kat rumah. Pastu paksa adik adik aku daftar jadi ahli supaya dapat pinjam buku sorang 2 buah dan tukar tukar baca. Memang best! Muka pakcik yang jaga library tu pun aku macam ingat lagi. Kalau terserempak mesti aku tegur punya lah! Hari tu balik perlis nampak library tu kat tempat parking bangunan kerajaan. Nampak tua. Terasa rindu zaman kecik kecik...

Library sekarang dengar nya dah canggih....tapi rasanya adik adik aku yang baru membesar ni tak pernah merasa kot...



dulu dalam libarary cuma ada bantal kusyen kecik kecik dan cuma duduk atas lantai je...




Wednesday, April 7, 2010

Gam UHU

My best friend tagged me on this
so I really want to share it with readers
maybe some of you have the same problem or it can make us more concern with someone who very close and not realize they got this problem or just a knowledge

credit to Melati for sharing this article..

Aku dan Hiperhidrosis
pada 02hb April 2010 pukul 6.29 ptg
by Melati Ibrahim

 Apa hiperhidrosis tu?
Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif.


“Punca sebenarnya tidak ketahui. Namun ia berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia tidak kira bangsa,” katanya.
Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar.


Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian.


Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit.


“Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial,” katanya.






Rawatan


Terdapat beberapa kaedah merawat hiperhidrosis. Antaranya:


Antiperspirant


# Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
# Pemakaian perlu diulang.
# Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan
Suntikan


# Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
# Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
# Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.


Pembedahan
# Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
# Mengambil masa sekitar satu jam.
# Kesan serta-merta.
# Kejayaan hampir 100 peratus.
# Luka pembedahan hanya sebesar 5mm - 1sm.


Kesan sampingan


Dr. Muhammad Ishamuddin memberitahu, kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar satu hingga tiga peratus sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan.


Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang.
“Ia berlaku lebih kurang dua minggu dan bersifat sementara,” katanya.


Jelas beliau lagi, pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas.


Kesan sampingan lain pula seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula kata beliau, boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim.


Menurutnya, sehingga kini PPUKM mencatatkan kejayaan 100 peratus dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.


..............................................

Aku dikelilingi orang yang ada masalah macam ni..in fact diri sendiri pun ada masalah tu. Tapi tak critical sangat. Cuma berlaku masa aku terlampau nervous, atau letih baru tapak tangan dan kaki basah.

Besides kak mel, ada orang lain yang rapat dengan aku got the same problem. Mira. Adik kandung aku dan Ochin. Kawan baik aku. Dulu kalau nak ambik barang yang Mira pass, tersentuh tangan dia mesti aku bising
'apsal tangan hang basah? kalau basuh tangan boleh tak lap sampai kering?? Muka mira blurr.. Mungkin dia still tak faham what was happened acctually. Makin lama dia tau tu masalah diri dia.

Masuk kolej, jumpa Ochin. Same situation. Dia ni plak kalau pagi-pagi mood dia okey, tangan kering je...kalau aku sentuh, and tegur..cin tangan kau kering! terus kena cubit.. jangan ar tegur..nanti dia basah! ahaha..dan lepas tu akan nampak la air-air peluh tu keluar..Kalau ada presentation, jangan kasi ochin pegang kertas untuk slide ke ape memang lencun ah..

Masa kerja di Crystal Crown jumpa kak Melati. Mula-mula tak tau dia ada masalah tu. Tapi ntah macam mana tengah borak2 pasal problem event, dia cakap alamak tangan akak dah start basah dah! barulah dia start cerita dia memang tak leh nervous. Kalau dah berdebar-debar tu memang akan basah lencun tapak tangan kaki semua.. Emosi memang kena control beb. Bila naik kereta, dia stanby 2 helai tuala kecik..untuk  tapak tangan dan kaki

Bila kak mel keluarkan isu ni kat fb, aku baru faham banyak jugak kerisauan diorang ni tentang banyak perkara....

misalnya,

-masa exam, kena bawak sapu tangan atau tisu lebih alas tangan masa menulis.kalau tak lencun paper exam :)
-masa nak test kereta.. pengalaman kak mel, dia bawak banyak tuala kecik. stanby. Yela dah ar nervous dgn abg jpj lagi, nk drive lagi, nk kasi lulus lagi..
-masa nak kawen. Pakai inai. Kak mel kata, tak sampai berapa minit dah luntur
-kasut memang jarang nk pakai sebab cepat basah. Terpaksa pakai selipar.. Aku pun sama :( pakai selipar yang baldu tu, memang nampak ar kesan tapak kaki basah kat selipar tu..huduh sob..sob..
-Masa kahwin lagi, nak bersalaman dengan tetamu..terpaksa pengapit stanby banyak tisu
-ahahaha! ni lucu..kalau make up, x leh pkai tebal sangat eye liner. nanti berpelu sedar sedar mata dah hitam macam zombie...aaaaaa!! aku selalu ada masalah ni :(
-ha, high heels adalah azab okey nak pakai. Bila berpeluh, kaki licin nak berdiri, berjalan super disaster..nak vogue punya pasal sanggup menahan kaki cramp.haha
-kalau bab kerja, memang susah sikit kalau bahagian front line..kalau sales boleh tahan lagi kot :)

tu antara problem yang dilalui oleh kami

cuba tengok sini ...ropanya ramai yang ada problem yang sama...

antara solution yang boleh kita buat ialah

-setiap kali macam nak nervous, cuba kawal emosi supaya tak melarat larat
-bawak je tuala kecik yang betul2 serap peluh lebih sikit. Tak salah..
-bila nak salam orang tu, lap je tangan dulu then baru salam..kalau tak sempat say sorry tangan i tengah seksi ;p
-pakai kasut yang betul betul dibuat dari kulit (mahal sikit takpe.duit boleh dicari)..sebab kalau pakai kulit bukan original, kasut tu cepat berbau..
-pilih baju yang selesa sebab kalau tak selesa nanti kita rimas. rimas = cepat berpeluh

em tu je kot... ada sesapa nak tambah...


btw, saya kurang setuju dengan solution pembedahan tu sebab effect nye mungkin berpeluh di tempat lain. Bayangkan, dari kecik sampai sekarang kita dah biasa dengan keadaan kita yang basah tapak tangan dan kaki. Kalau lepas operate tangan kaki kering tetiba basah tang ketiak ke tang 'anu' ke..tak ke haru?

ini pemberian tuhan. Anugerah. Tangan orang yang basah ni, tak kering. So tangan kita takde masalah kering yang sampai terkopak kulit segala tu..tak payah pakai losyen pun tangan lembap je... :)

kalau ada masalah confidence level, email kak mel..dia memang pakar kaunseling yang besttttt :)


yang berdiri semua basah kaki...ahahahahaha

Monday, April 5, 2010

menjawab tag cik nur

Thanks cik nur untuk award ini

beautiful blogger...am i beautiful?
cantik di dalam...teheeee :D
btw, thanx for the compliment.

dah oh saya di tagged juga

sekarang mahu cuba...

bismillahirrahmanirrahim...

1.Thank & link the person that gave you the award


Thanks cik nur..sila melawat blog dia yang cute ;p


2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

since follower blog i ada 17 orang
so semua follower Pen Takde Dakwat..anda di tag!
dan award di atas milik anda..





3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

Ohh...ini memang susah sikit..but i'll try ;p


4. State 7 things about yourself.

saya sekarang...

1- dah gemuk :{
2- kuat makan
3- gilakan DUIT
4- kurang tidur
5- sedikit tak sihat
6- tak sabar nak tunggu Julai :)
7- seorang driver


alhamdulillah...
best jugak..thanx nur :p

Friday, April 2, 2010

ia bukan khayalan

terkejut.macam mimpi.
baru semalam rasanya dengar suara dia di radio
baru semalam rasanya tengok Raja Lawak akhir
and dia cakap nak resign deejay era, supaya Alex bole ganti..
semua lawak dia!
lawak yang kadang kadang aku pelik  mana lah dia dapat idea mengarut tu
lawak yang macam nak sepak2
lawak Ah Long bukit beruntung
lawak cikgu English
berbalas pantun
yang adik aku download ..tengok bepuluh kali sampai boleh hafal
still nak gelak tampar2 orang sebelah

*dada berat

*sebak

Ya Allah, kau berilah rahmat mu pada arwah Din Beramboi, kerana ketika hayatnya dia telah membahagiakan kami, dia buat kami tersenyum..kau bahagiakanlah dia di sana... amin

kalau tonton video dia, mungkin aku akan ketawa sambil lap air mata...