tapi tak ingat pulak umur berapa aku dah boleh membaca
rasanya lambat jugak
mungkin darjah 1 kot...
minat baca buku tu rasanya mak ayah yang pupuk kot..mesti la kan..kalau bukan mak ayah sape lagi?
nak pupuk sendiri? jgn harap la..
dulu kalau birthday je, mesti buku yang diorang hadiahkan..
tiap tahun buku...buku kisah nabi, buku cerita, buku autograf (aku pernah ada minat kumpul autograf :)
dulu pernah sekali cikgu kata hari ni kita tak belajar. Semua masuk perpustakaan.
memang best la sebab tak payah belajar..
Aku ingat lagi masa tu, aku ambik satu buku yang besar, kulit tebal cerita pasal perempuan baju merah dan musang. Bila buku tu di bukak, memang tinggi dan tutup seluruh pandangan. Aku baca dari kulit ke kulit. Sepatah sepatah aku sebut sambil menghayati cerita tu..last sekali bila cerita tu tamat, aku pun turunkan buku. Sedar sedar tinggal aku sorang je dalam perpustakaan. Feww mana plak semua orang? Punya la aku kusyuk sampai tak sedar semua orang dah blah.
Bila kat rumah, dulu ada perpustakaan bergerak selalu datang perumahan aku tiap hari selasa dan khamis kot. Waktu tu, memang aku tiap minggu tunggu. Kalau petang je tak nak tidur sebab nak tunggu perpustakaan. Kadang2 kalau tertidur, jaga je umi kata, tadi library datang..aku punya bengang sampai bad mood! Ye ar nak tunggu next week plak..lama tu! So aku pun buat solution, bila library datang aku akan pinjam novel.. novel tebal. Nak habis lama. So aku akan tukar buku 2 minggu sekali..Pakcik library tu pernah tegur aku..budak budak lain pinjam buku nipis nipis, asal awak ambik buku tebal?novel orang besar pulak tu? sambil senyum senyum perli..aku jeling dia..sibuk!
cerita ni macam takde motif..semalam tengok upin & ipin...ada cerita pasal perpustakaan bergerak. Pastu teringat perpustakaan bergerak ni memang sebahagian hidup aku masa zaman kanak kanak.. Macam mana aku punya excited bila kawan bagitau library dah sampai! aku kayuh basikal laju-laju sambil balik ambik buku kat rumah. Pastu paksa adik adik aku daftar jadi ahli supaya dapat pinjam buku sorang 2 buah dan tukar tukar baca. Memang best! Muka pakcik yang jaga library tu pun aku macam ingat lagi. Kalau terserempak mesti aku tegur punya lah! Hari tu balik perlis nampak library tu kat tempat parking bangunan kerajaan. Nampak tua. Terasa rindu zaman kecik kecik...
Library sekarang dengar nya dah canggih....tapi rasanya adik adik aku yang baru membesar ni tak pernah merasa kot...
dulu dalam libarary cuma ada bantal kusyen kecik kecik dan cuma duduk atas lantai je...
No comments:
Post a Comment