so I really want to share it with readers
maybe some of you have the same problem or it can make us more concern with someone who very close and not realize they got this problem or just a knowledge
credit to Melati for sharing this article..
Aku dan Hiperhidrosis
pada 02hb April 2010 pukul 6.29 ptg
by Melati Ibrahim
Apa hiperhidrosis tu?
Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif.
“Punca sebenarnya tidak ketahui. Namun ia berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia tidak kira bangsa,” katanya.
Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar.
Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian.
Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit.
“Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial,” katanya.
Rawatan
Terdapat beberapa kaedah merawat hiperhidrosis. Antaranya:
Antiperspirant
# Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
# Pemakaian perlu diulang.
# Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan
Suntikan
# Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
# Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
# Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.
Pembedahan
# Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
# Mengambil masa sekitar satu jam.
# Kesan serta-merta.
# Kejayaan hampir 100 peratus.
# Luka pembedahan hanya sebesar 5mm - 1sm.
Kesan sampingan
Dr. Muhammad Ishamuddin memberitahu, kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar satu hingga tiga peratus sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan.
Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang.
“Ia berlaku lebih kurang dua minggu dan bersifat sementara,” katanya.
Jelas beliau lagi, pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas.
Kesan sampingan lain pula seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula kata beliau, boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim.
Menurutnya, sehingga kini PPUKM mencatatkan kejayaan 100 peratus dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.
..............................................
Aku dikelilingi orang yang ada masalah macam ni..in fact diri sendiri pun ada masalah tu. Tapi tak critical sangat. Cuma berlaku masa aku terlampau nervous, atau letih baru tapak tangan dan kaki basah.
Besides kak mel, ada orang lain yang rapat dengan aku got the same problem. Mira. Adik kandung aku dan Ochin. Kawan baik aku. Dulu kalau nak ambik barang yang Mira pass, tersentuh tangan dia mesti aku bising
'apsal tangan hang basah? kalau basuh tangan boleh tak lap sampai kering?? Muka mira blurr.. Mungkin dia still tak faham what was happened acctually. Makin lama dia tau tu masalah diri dia.
Masuk kolej, jumpa Ochin. Same situation. Dia ni plak kalau pagi-pagi mood dia okey, tangan kering je...kalau aku sentuh, and tegur..cin tangan kau kering! terus kena cubit.. jangan ar tegur..nanti dia basah! ahaha..dan lepas tu akan nampak la air-air peluh tu keluar..Kalau ada presentation, jangan kasi ochin pegang kertas untuk slide ke ape memang lencun ah..
Masa kerja di Crystal Crown jumpa kak Melati. Mula-mula tak tau dia ada masalah tu. Tapi ntah macam mana tengah borak2 pasal problem event, dia cakap alamak tangan akak dah start basah dah! barulah dia start cerita dia memang tak leh nervous. Kalau dah berdebar-debar tu memang akan basah lencun tapak tangan kaki semua.. Emosi memang kena control beb. Bila naik kereta, dia stanby 2 helai tuala kecik..untuk tapak tangan dan kaki
Bila kak mel keluarkan isu ni kat fb, aku baru faham banyak jugak kerisauan diorang ni tentang banyak perkara....
misalnya,
-masa exam, kena bawak sapu tangan atau tisu lebih alas tangan masa menulis.kalau tak lencun paper exam :)
-masa nak test kereta.. pengalaman kak mel, dia bawak banyak tuala kecik. stanby. Yela dah ar nervous dgn abg jpj lagi, nk drive lagi, nk kasi lulus lagi..
-masa nak kawen. Pakai inai. Kak mel kata, tak sampai berapa minit dah luntur
-kasut memang jarang nk pakai sebab cepat basah. Terpaksa pakai selipar.. Aku pun sama :( pakai selipar yang baldu tu, memang nampak ar kesan tapak kaki basah kat selipar tu..huduh sob..sob..
-Masa kahwin lagi, nak bersalaman dengan tetamu..terpaksa pengapit stanby banyak tisu
-ahahaha! ni lucu..kalau make up, x leh pkai tebal sangat eye liner. nanti berpelu sedar sedar mata dah hitam macam zombie...aaaaaa!! aku selalu ada masalah ni :(
-ha, high heels adalah azab okey nak pakai. Bila berpeluh, kaki licin nak berdiri, berjalan super disaster..nak vogue punya pasal sanggup menahan kaki cramp.haha
-kalau bab kerja, memang susah sikit kalau bahagian front line..kalau sales boleh tahan lagi kot :)
tu antara problem yang dilalui oleh kami
cuba tengok sini ...ropanya ramai yang ada problem yang sama...
antara solution yang boleh kita buat ialah
-setiap kali macam nak nervous, cuba kawal emosi supaya tak melarat larat
-bawak je tuala kecik yang betul2 serap peluh lebih sikit. Tak salah..
-bila nak salam orang tu, lap je tangan dulu then baru salam..kalau tak sempat say sorry tangan i tengah seksi ;p
-pakai kasut yang betul betul dibuat dari kulit (mahal sikit takpe.duit boleh dicari)..sebab kalau pakai kulit bukan original, kasut tu cepat berbau..
-pilih baju yang selesa sebab kalau tak selesa nanti kita rimas. rimas = cepat berpeluh
em tu je kot... ada sesapa nak tambah...
btw, saya kurang setuju dengan solution pembedahan tu sebab effect nye mungkin berpeluh di tempat lain. Bayangkan, dari kecik sampai sekarang kita dah biasa dengan keadaan kita yang basah tapak tangan dan kaki. Kalau lepas operate tangan kaki kering tetiba basah tang ketiak ke tang 'anu' ke..tak ke haru?
ini pemberian tuhan. Anugerah. Tangan orang yang basah ni, tak kering. So tangan kita takde masalah kering yang sampai terkopak kulit segala tu..tak payah pakai losyen pun tangan lembap je... :)
kalau ada masalah confidence level, email kak mel..dia memang pakar kaunseling yang besttttt :)
yang berdiri semua basah kaki...ahahahahaha
my best prend sorang mmg aalami maslah ni. asek berpeluh je tgn dia...sampaikan dia rasa segan nk salam ngn org. huhu...
ReplyDeleteboleh wat operation..diapun ada survey
ramai ropanye ek problem mcm ni....
ReplyDelete