Thursday, May 27, 2010

Bagai hamster tercekik susu

Aku ada ramai kawan
tapi kawan yang betul betul aku cari masa happy sedih senang susah cuma sedikit
cuma 2 orang



ochin


kira


family aku kenal mereka
family mereka kenal aku
even bukan the whole family tapi kenal la..
ye la abang ochin kenal aku kot..adik dia jugak..
mak aku pun kenal abang ocin ape...

kami rapat masa zaman muda muda
sekarang dah tua pun rapat jugak
dengan kira yes!
hampir 24/7 aku memang msg dia gayut dgn dia malam malam
dari atas katil, bawak ke bawah, bawak ke depan, dapur even dalam toilet pun selalu
macam orang bercinta
ntah ape digayutkan aku pun tatau...


tapi dengan ocin aku cuma text atau call dia time kau ada benda benda penting nak dibincangkan
like hadiah ape nk bagi masa wedding kawan kite
atau jadi ke reunion batch kita nanti..
kalau benda tak penting aku tak berani nak call dia
garang!



ocin kuat merepek!!!
tapi bukan dalam phone
dia sangat berjimat tahap pegawai akaun nak control belanjawan syarikat
i guess...
yelah dia pun pegawai akaun kan..

aku tak reti sangat bermanja dengan ocin
kalau cakap dengan ocin kau kena aksi serius
bukan macam kira kadang kadang aku beraksi macam kitorang adalah less is more
masih okey!
tp bukan dengan ocin
berani buat camtu dengan dia?
gedik!
dia akan sound camtu

aku rasa ocin jiwang
tapi dia tak tunjuk
selalu nampak macho
cool la konon
tapi dia jiwang kalah Mat dalam blues untuk aku

ochin kreatif
dia pernah dengan muka bangga tayang video dia buat untuk ex boyfriend dia
lalu aku dengan kira tak nak mengalah pun berjaya jugak buat video kita bertiga lepas godek godek window movie maker tu
lepas tu siap sengih sengih belagak tunjuk dekat ochin
:))))

kami rapat mungkin sebab kami banyak perbezaan

ocin nampak macam wanita tabah yang ditinggalkan kekasih (haha)
kira anak manja mak yang cengeng
aku?
mestilah kakak yang garang

satu persamaan kami

suka makan!
semua suka makan
kalau bab venue to have a dish serah pada kira
dia pakar
kalau tengah bulan dia tau tempat mana yang murah
dan kalau hujung bulan dia jugak tau tempat mana yang boleh kempiskan balik purse yg baru kembang
dan yang penting kami selera besar
maksud aku nak yang sedappppp je....
mahal macam mana pun tak kisah
janji sodap!


selalunya aku paling kuat makan
weh ocin pun!
kira suka order!!!
kalau order macam nak terbalik meja
tapi bila makan dia kuis kuis
okey dah kenyang
lepas tu terpaksa la dua ekor yang perut stokin ni habiskan

kalau bad mood senang je
jom makan!
lepas tu semua happy senyum sehari

okey  tu je

rindu lah kambing!


Monday, May 17, 2010

Rasa hati secara rambang

Hari ni terasa membuak buak ingin menulis tentang semua benda secara rawak yang ada dalam kepala. Rasa nk buang semua.

1. Cuti dua hari membuat kan aku mengantuk tak cukup tidur di pagi Isnin. Aku sibuk mentelaah novel-novel lama yang sebenarnya dah bepuluh kali aku khatam. Dua hari aku khatam 3 buah novel. Umi bising. Kalau baca Al Quran kan bagus begitu. Dan aku paksa mata berjaga semata mata untuk habiskan novel yang memang aku dah tau ending nya..gila! Mana la tidur nak cukup. Orang kata kalau nak kulit sihat dan cantik mesti cukup tidur. Kalau dah asik tak cukup mana nak cantik kulit aku..hish tak boleh jadi nih... Petang ni bercadang nak berjalan jalan cari novel baru. Tengoklah..

2. Dah setahun berlalu. Tapi aku masih nak nervous2 nk tertoleh toleh, nak terkejar kejar. Bila mau pulih wahai hati? Sekarang memang aku bukan di 'mood' mahu bercinta atau apa. Bila adik akau bercerita tentang masalah cinta, aku cuma pandang dengan pandangan kosong sambil hirup sup. Apa yang kau rasa semua aku dah rasa. Bull shit! Bukan kau yg shit bull tu. bukan. RASA itu yang tahi lembu..eww...ape crita tahi lembu? Penat nak emo-emo. Bila dia cakap, aku tak boleh dengar lagu sedih. Aku bangun tutup radio. Ape dehal? Jangan meremehkan benda yang senang. Kesian diri sendiri. Cukuplah orang luar yang darah nya tak mengalir pun dalam tubuhkau buat hati kau macam tu. Tak perlu kau nak tambah seksa hati sendiri.

3. Kak Mel pregnant. Tapi berita ini belum disahkan secara rasmi. Jadi aku tak nak bersorak happy sangat. Cuma tersenyum dan tangan menggigil. Happy nye!!! Sumpah excited bila ada kawan baik yang kau tengok satu persatu langkah dia mula-mula bertunang, kemudian kahwin kemudian nk dapat baby...satu perasaan yang eh malas tulis pun semua pasti tahu perasaan tu kan..Dia dah janji nk beri aku sama Kak Wani namakan anak dia. And aku dah ada senarai panjang untuk itu..urghh..sumpah gedik!

4. Aku mahu senyum sepanjang hari :)

5. Kawan kesayangan aku diuji lagi. Kenapa????? Susah sangat kah bahagia mahu diberi pada kami? Aku tak pasti perasaan sendiri. Berita gembira berselang seli dengan sedih buat aku macam tak punya hati. Hati macam mati. Aku tak pasti apa aku rasa. Bila aku buka facebook nampak kawan lama upload gambar baru. Pasangan yang bercinta dari zaman kolej itu bahagia sangat...... Seorang AGAK kacak dan ye KAYA..dan seorang sumpah cantik mungkin macam bidadari walaupun aku tak pasti bidadari secantik itu atau apakah... Sepadan dan nampak perfect dari semua segi. Tak nampak langsung cacat celanya. Kenapa mudah sangat mereka bahagia? diberi percuma tanpa perlu dibayar atau DIGANTI dengan apa pun. Kenapa tidak aku atau kawan kesayangan aku? Bukan cemburu. Tidak. Bahkan aku memang berdoa agar mereka bahagia ke akhir ayat. Klise. Betul ni tak tipu. Tapi aku pun teringin bahagia yang begitu...

Aku pernah terbaca. Apa yang Allah uji kita hari ni, mungkin KAFARAH atas dosa dosa kita yang lalu... Aku tak pasti. Tapi selagi kita ingat Tuhan pasti semuanya dilandasan kan?
Buat teman tersayang, aku cuma nk kau kuat untuk face setiap benda yang menunggu kau di depan. Benda buruk dah tentu tentu ujian. Tapi ingat benda baik pun sebenarnya ujian. Jadi jangan cepat kelabu asap dan mengalah. Okey aku ambik ayat cikgu motivasi masa khidmat negara dulu... Wak, rindu kau..
6. Sepanjang memandu dari rumah tadi tangan aku basah. Habis stereng basah. Kejadahnye..

7. Aku terasa nak tulis pasal siputih kesayangan...tapi nak tulis pasal ape pulak.. Si putih aku harap kau sihat sihat saja.. Insya Allah next week aku bawa kau jumpa specialist. Sepatutnya masa berat kau 30k aku bawa tapi sekarang dah 34k.. ye aku tuan yang kurang prihatin. Tapi aku sayang kau putih... sayang gila! tunggu kek aku melepasi pasaran kajang atau bangi nanti aku make up kau cantik cantik ya...


8. Aku masih pening tentang hal kenduri kawan kawan. Nak sangat pergi semua!!! Kalau lah aku ada helikopter senang kan. Dah tentu aku boleh ke semua kenduri dan naik hely sangat menjimatkan masa dan mendekatkan yang jauh... Kalaulah...

9. Monday blues yang tak berapa kick pagi ni. Sebab masuk ofis reminder berbunyi.. Banyak gila kerja kena buat :)

10. Batuk alhamdulillah dah banyak perubahan. Semalam aku buat solat hajat minta Allah sembuhkan batuk aku. Mana tau cepat betul doa aku termakbul. Semalam tidur batuk 2 kali je yang tak teruk dan Alhamdulillah syukur sangat pagi ni batuk aku dah okey... terima kasih ya Allah...
Cuma Engkau je tempat aku mengadu...

11.  Kerap sakit kepala sekarang. Tapi aku tak nak merungut. Mungkin sebab tak cukup tidur. Tu saja.. 

12. Minggu lepas cuba resepi baru. Puding Roti Karamel. Semua suka. Ayah pun suka.
*senyum... ayah jarang suka dessert. Jadi bila dia puji aku kembang :)

13. Aku dah suruh adik adik aku kumpul duit. Nak bercuti ramai ramai tahun depan. semangat sekali diorang. haha

14. ape lagi ya...

15. Rasa nak jalan jalan di Cameron membuak buak melebihi rasa nak mandi air terjun...

16. Minggu lepas ada orang cakap ' drive safely'.. Seronok! dah lama orang tak pesan aku macam tu..

17. Rindu diorang... :(

18. Okey nak kerja

Tuesday, May 11, 2010

Lepas hujan selalunya ada pelangi...indah sekali

kalau nak ikutkan masalah aku ni kecik je
masalah duit  :p
tak pernah nak cukup
sebab tu aku malas nak mengadu pada sesapa termasuk blog ni
tapi hari ni
aku sendiri nampak dengar dan macam dapat rasa
tak ... aku tak dapat rasa masalah orang lain
cuma dengar lihat dan doa untuk mereka
tu je mampu

aku pun tak pasti dapat lalui seperti mereka atau tidak
orang yang hidup nya sudah lama bergelumang dengan kemewahan
tiba tiba terpaksa menapak guna kaki sendiri ke sana sini
tak mampu untuk bayar yuran anak yang sedia mahal
polisi : kalau tak bayar hutang tak boleh ambik exam
kau sanggup nak halang budak yang baru setahun jagung datang sekolah dengan pakaian koyak dengan mata bersinar sinar suci nak masuk dewan exam gara gara yuran dah tertunggak 3 bulan?
kau sanggup nak halang dia?
sapa sanggup angkat tangan?
aku tak
mata cuma mampu berkaca kaca..
mungkin dek terlampau memikirkan masalah melanda keluarga mak ayah dia terlepas pandang baju dia perlu dijahit

sebak..


ada orang yang terpaksa guna duit elaun khidmat negara di luar negara untuk pulang bantu keluarga yang tengah dilanda musibah
ada orang terpaksa berhijrah kerana orang tak bayar hutang pada dia
ada orang terpaksa ikat perut dah 3 bulan tak dapat gaji
ada orang yang sunyi kerana sendiri
tetapi
ada juga  yang sunyi walaupun berdua
ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga demi kerjaya
ada orang yang baru habis spm kena kahwin dengan pilihan keluarga
ada orang yang jauh diperantauan tapi ibu dikejauhan sedang tidak sehat
ada orang tengah buntu cari idea untuk majlis perkahwinannya
ada yang lain pula buntu memikirkan jodoh tak sampai2 hingus masih meleleh tapi dah gatal nak kahwin :)
ada orang takut menghadapi malam pertama :p

senyum*
buntu
seram

ntah lah...

ada yang cakap ini musibah
instead of musibah ada yang lebih terbuka
menganggap ia sebagai dugaan

yeah...apa itu hidup jika tidak diduga diuji
kesabaran mengatasi segala

jadi aku tidak akan membuang masa untuk mengadu domba tentang masalah aku cuma sekecil lead pencil
kecik je...

doa aku disini....
jangan nagis banyak sangat
doa
Allah selalu dengar doa kita
cepat atau lambat
DIA pasti dengar
sila percaya...

Monday, May 10, 2010

bintang ku belum terang

Dia mungkin biasa pada orang lain
tapi dia luar biasa pada saya
dia kuat tak macam saya
masa saya dah putus harapan untuk hidup saya dah hampir give up dengan diri sendiri
dia tetap kuat tak pernah putus asa
dia antara sebab saya bangkit berjuang
saya tak bertuah macam orang lain
tapi saya bertuah sebab ada dia
disaat bintang saya tidak secerah orang lain
dia tetap cintai saya sepenuh hati
disaat orang lain sibuk tanya bila kau nk kahwin?
dia cuma tersenyum memahami
disaat ibu ibu lain menerima hadiah mahal dari anak nya
dia ibu yang tetap tersenyum penuh syukur walaupun saya cuma beri dia key chain bertulis
'UMMI'

kadang-kadang saya rasa looser sebab belum mampu beri dia apa yang dia mahu
malu sebab ....

ah malas tulis

terima kasih sebab wujud dalam hidup saya
umi jadi perisai kepada machine gun ayah
walaupun kadang kadang umi adalah machine gun nye
tp tak pelah...saya redha..haha

selamat hari lahir ummi

Friday, May 7, 2010

sila tekan ctrl+alt+esc sekarang!

tekanan! tekanan!


tetibe :/
aku memang akan tertekan tanpa sebab kalau secara tiba tiba jadual aku penuh
nak kena buat pilihan yang tah hapa hapa
kenduri nak buat date yang sama
dua-dua pun kawan sama penting
dua-dua nak kahwin tarikh yang sama
lepas tu tekanan pihak luar yang sekejap2 update
kau kena datang kenduri sipolan sipolan
kita jumpa kat kenduri sipolan sipolan okey!
lepas tu bila kena jadi pengiring secara tiba-tiba
dah la nk kena pergi sampai kelantan
okey aku tekanan!!

29/5 - Humaira - sabak bernam (collegue ofis)
29/5 - Ecah - PJ (ex house mate zaman perkolejan)
30/5 - Mira - Hulu Langat (sama seperti diatas)
12/6 - Mastura  - Kuala Perlis (kawan lama yg dah lama tak jumpa rindu gila!!!)
12/6 - Kak Shirah - Kulim, Kedah (sepupu - ni on the top sebab dah book untuk rewang segala)
12/6 - Kak Farid - tak sure kat mana (kawan zaman perkolejan)
19/6 - Kak Shirah versi Kelantan - kelantan of course! (kenduri sebelah husband dia)

tengok! tengok!
semua pasal kahwin kahwin kahwin



nk muntah T______T