Tuesday, May 11, 2010

Lepas hujan selalunya ada pelangi...indah sekali

kalau nak ikutkan masalah aku ni kecik je
masalah duit  :p
tak pernah nak cukup
sebab tu aku malas nak mengadu pada sesapa termasuk blog ni
tapi hari ni
aku sendiri nampak dengar dan macam dapat rasa
tak ... aku tak dapat rasa masalah orang lain
cuma dengar lihat dan doa untuk mereka
tu je mampu

aku pun tak pasti dapat lalui seperti mereka atau tidak
orang yang hidup nya sudah lama bergelumang dengan kemewahan
tiba tiba terpaksa menapak guna kaki sendiri ke sana sini
tak mampu untuk bayar yuran anak yang sedia mahal
polisi : kalau tak bayar hutang tak boleh ambik exam
kau sanggup nak halang budak yang baru setahun jagung datang sekolah dengan pakaian koyak dengan mata bersinar sinar suci nak masuk dewan exam gara gara yuran dah tertunggak 3 bulan?
kau sanggup nak halang dia?
sapa sanggup angkat tangan?
aku tak
mata cuma mampu berkaca kaca..
mungkin dek terlampau memikirkan masalah melanda keluarga mak ayah dia terlepas pandang baju dia perlu dijahit

sebak..


ada orang yang terpaksa guna duit elaun khidmat negara di luar negara untuk pulang bantu keluarga yang tengah dilanda musibah
ada orang terpaksa berhijrah kerana orang tak bayar hutang pada dia
ada orang terpaksa ikat perut dah 3 bulan tak dapat gaji
ada orang yang sunyi kerana sendiri
tetapi
ada juga  yang sunyi walaupun berdua
ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga demi kerjaya
ada orang yang baru habis spm kena kahwin dengan pilihan keluarga
ada orang yang jauh diperantauan tapi ibu dikejauhan sedang tidak sehat
ada orang tengah buntu cari idea untuk majlis perkahwinannya
ada yang lain pula buntu memikirkan jodoh tak sampai2 hingus masih meleleh tapi dah gatal nak kahwin :)
ada orang takut menghadapi malam pertama :p

senyum*
buntu
seram

ntah lah...

ada yang cakap ini musibah
instead of musibah ada yang lebih terbuka
menganggap ia sebagai dugaan

yeah...apa itu hidup jika tidak diduga diuji
kesabaran mengatasi segala

jadi aku tidak akan membuang masa untuk mengadu domba tentang masalah aku cuma sekecil lead pencil
kecik je...

doa aku disini....
jangan nagis banyak sangat
doa
Allah selalu dengar doa kita
cepat atau lambat
DIA pasti dengar
sila percaya...

1 comment:

  1. Kalau lah kita ni orang yg sentiasa beringat yg masalah semua ni musibah and ada hikmah, mesti kita tak mengeluh.

    Entahlah wak.

    Hidup ni selagi belum mati, makan hati.

    Tangan ini yang memberi. Hati ni jugak yang kalah.

    Sebab fitrahnya, memberi lebih baik dan mengalah bukan kalah.

    Haih.

    Allah mesti dengar.
    Ada hikmah, kan?

    Aku pun percaya

    ReplyDelete