1. Cuti dua hari membuat kan aku mengantuk tak cukup tidur di pagi Isnin. Aku sibuk mentelaah novel-novel lama yang sebenarnya dah bepuluh kali aku khatam. Dua hari aku khatam 3 buah novel. Umi bising. Kalau baca Al Quran kan bagus begitu. Dan aku paksa mata berjaga semata mata untuk habiskan novel yang memang aku dah tau ending nya..gila! Mana la tidur nak cukup. Orang kata kalau nak kulit sihat dan cantik mesti cukup tidur. Kalau dah asik tak cukup mana nak cantik kulit aku..hish tak boleh jadi nih... Petang ni bercadang nak berjalan jalan cari novel baru. Tengoklah..
2. Dah setahun berlalu. Tapi aku masih nak nervous2 nk tertoleh toleh, nak terkejar kejar. Bila mau pulih wahai hati? Sekarang memang aku bukan di 'mood' mahu bercinta atau apa. Bila adik akau bercerita tentang masalah cinta, aku cuma pandang dengan pandangan kosong sambil hirup sup. Apa yang kau rasa semua aku dah rasa. Bull shit! Bukan kau yg shit bull tu. bukan. RASA itu yang tahi lembu..eww...ape crita tahi lembu? Penat nak emo-emo. Bila dia cakap, aku tak boleh dengar lagu sedih. Aku bangun tutup radio. Ape dehal? Jangan meremehkan benda yang senang. Kesian diri sendiri. Cukuplah orang luar yang darah nya tak mengalir pun dalam tubuhkau buat hati kau macam tu. Tak perlu kau nak tambah seksa hati sendiri.
3. Kak Mel pregnant. Tapi berita ini belum disahkan secara rasmi. Jadi aku tak nak bersorak happy sangat. Cuma tersenyum dan tangan menggigil. Happy nye!!! Sumpah excited bila ada kawan baik yang kau tengok satu persatu langkah dia mula-mula bertunang, kemudian kahwin kemudian nk dapat baby...satu perasaan yang eh malas tulis pun semua pasti tahu perasaan tu kan..Dia dah janji nk beri aku sama Kak Wani namakan anak dia. And aku dah ada senarai panjang untuk itu..urghh..sumpah gedik!
4. Aku mahu senyum sepanjang hari :)
5. Kawan kesayangan aku diuji lagi. Kenapa????? Susah sangat kah bahagia mahu diberi pada kami? Aku tak pasti perasaan sendiri. Berita gembira berselang seli dengan sedih buat aku macam tak punya hati. Hati macam mati. Aku tak pasti apa aku rasa. Bila aku buka facebook nampak kawan lama upload gambar baru. Pasangan yang bercinta dari zaman kolej itu bahagia sangat...... Seorang AGAK kacak dan ye KAYA..dan seorang sumpah cantik mungkin macam bidadari walaupun aku tak pasti bidadari secantik itu atau apakah... Sepadan dan nampak perfect dari semua segi. Tak nampak langsung cacat celanya. Kenapa mudah sangat mereka bahagia? diberi percuma tanpa perlu dibayar atau DIGANTI dengan apa pun. Kenapa tidak aku atau kawan kesayangan aku? Bukan cemburu. Tidak. Bahkan aku memang berdoa agar mereka bahagia ke akhir ayat. Klise. Betul ni tak tipu. Tapi aku pun teringin bahagia yang begitu...
Aku pernah terbaca. Apa yang Allah uji kita hari ni, mungkin KAFARAH atas dosa dosa kita yang lalu... Aku tak pasti. Tapi selagi kita ingat Tuhan pasti semuanya dilandasan kan?
Buat teman tersayang, aku cuma nk kau kuat untuk face setiap benda yang menunggu kau di depan. Benda buruk dah tentu tentu ujian. Tapi ingat benda baik pun sebenarnya ujian. Jadi jangan cepat kelabu asap dan mengalah. Okey aku ambik ayat cikgu motivasi masa khidmat negara dulu... Wak, rindu kau..
6. Sepanjang memandu dari rumah tadi tangan aku basah. Habis stereng basah. Kejadahnye..
7. Aku terasa nak tulis pasal siputih kesayangan...tapi nak tulis pasal ape pulak.. Si putih aku harap kau sihat sihat saja.. Insya Allah next week aku bawa kau jumpa specialist. Sepatutnya masa berat kau 30k aku bawa tapi sekarang dah 34k.. ye aku tuan yang kurang prihatin. Tapi aku sayang kau putih... sayang gila! tunggu kek aku melepasi pasaran kajang atau bangi nanti aku make up kau cantik cantik ya...
8. Aku masih pening tentang hal kenduri kawan kawan. Nak sangat pergi semua!!! Kalau lah aku ada helikopter senang kan. Dah tentu aku boleh ke semua kenduri dan naik hely sangat menjimatkan masa dan mendekatkan yang jauh... Kalaulah...
9. Monday blues yang tak berapa kick pagi ni. Sebab masuk ofis reminder berbunyi.. Banyak gila kerja kena buat :)
10. Batuk alhamdulillah dah banyak perubahan. Semalam aku buat solat hajat minta Allah sembuhkan batuk aku. Mana tau cepat betul doa aku termakbul. Semalam tidur batuk 2 kali je yang tak teruk dan Alhamdulillah syukur sangat pagi ni batuk aku dah okey... terima kasih ya Allah...
Cuma Engkau je tempat aku mengadu...
11. Kerap sakit kepala sekarang. Tapi aku tak nak merungut. Mungkin sebab tak cukup tidur. Tu saja..
12. Minggu lepas cuba resepi baru. Puding Roti Karamel. Semua suka. Ayah pun suka.
*senyum... ayah jarang suka dessert. Jadi bila dia puji aku kembang :)
13. Aku dah suruh adik adik aku kumpul duit. Nak bercuti ramai ramai tahun depan. semangat sekali diorang. haha
14. ape lagi ya...
15. Rasa nak jalan jalan di Cameron membuak buak melebihi rasa nak mandi air terjun...
16. Minggu lepas ada orang cakap ' drive safely'.. Seronok! dah lama orang tak pesan aku macam tu..
17. Rindu diorang... :(
18. Okey nak kerja
No comments:
Post a Comment