Monday, July 26, 2010

Cerita tentang tahik lalat

Sepatutnya eja sebagai tahi atau tahik?
Tanpa k lebih senonoh
Tahi lalat..
Danish panggil telur tahi lalat
Ada dekat muka tok nek dia
Sebab tu dia tak nak cium pipi tok nek sebab
Takut berjangkit
Pernah dengar pasal nabi kita pun ada tahi lalat kat muka
Jadi ia sunnah..
Sesapa yang ada tahi lalat kat muka free je dapat pahala sunnah
Oh kalau yang takde tu jangan la bersedih hati lepas tu ada niat jahat nak pinjam tahi lalat kawan pulak
Kang tak pasal-pasal bangun pagi aikk mana tahi lalat aku?
Pastu kawan katil sebelah cakap aku pinjam kejap
Nk jugak dapat pahala :)
gurau..bukan selalu
eh kata orang dulu dulu jugak kan
tahi lalat ni tanda murah rezeki
dari segi saintifiknye ape ye..


Raja tahi lalat

Friday, July 23, 2010

hari ni sama dengan 24 bukan 23 lagi...huhu

Alhamdulillah...
jarang aku sebut perkataan tu
tapi bila ingat aku sebut juga..
tapi selalu lupa..

alhamdulillah..
dah masuk 24..kalo oarang dulu-dulu
umo macam aku ni anak dah keliling pinggang
tapi aku bukan orang dulu
alah takde anak sendiri pun anak buah dah ramai :)

semalam seharian dengan danish
eee dia tu! mulut satu je. tapi cakap banyak..
aku cerita pasal nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis
aiii dia boleh pulak tune cerita tu jadi cerita dongeng dia sendiri
tapi aku suka!
sebab dia kreatif
banyak imaginasi
aku pulak kena berimaginasi sebab nak menjawab soalan soalan dia

meriah betul fb aku
dengan wish doa orang sekeliling yang ingat kan aku
nasib ada birthday kan kalo tak mesti aku ingat yang aku alone dalam dunia ni
bila ada birthday, ramai yang doa yang baik baik
rasa semangat tu datang balik
diorang tak baca pun blog aku
tapi aku ucap terima kasih jugak la kat sini..sebab ingat :)

masa drive nk ke ofis tadi umi anta sms
"happy birthday = najib razak"
hehe
umi..umi..

yang paling klaka
ochin
dia langsung tak wish
aku rasa dia nk buat macam tahun lepas
jadi orang terakhir yang wish
alih alih
pukul 1pm
dia ym
' aku ingat nak jadi orang last, tapi aku tak tahan'
dia ni rare sikit..dia cuma cakap?
kau happy? aku harap kau happy..
ocin ocin

ape lagi yang buat aku happy arini ye..
oh pagi tadi dapat berita
cerita kami masa tanam pokok di pulau carey hari tu dah keluar kosmo
ahahaha
muka kecik je...alololo
comel :)

oh lagi satu
pagi tadi jugak fata bagi aku link kakak angkat aku
shila zainal
kakak angkat zaman sekolah dulu
aku memang tak boleh ingat balik
lucu
rasa nak lempang diri sendiri laju laju bila ingat balik
kak shila ni dulu atlet sekolah
dia selalu masuk acara pecut
kalau masuk 100m tu mesti dapat emas
sampai cikgu azhar panggil dia Puteri Emas sekolah
aku ni punya adore dia sampai hantar surat layang
komplot dengan fata
konon Budak X nak berkenalan lah apelah...
hantar punya hantar...dapat respon
hihi :)
tapi mestilah dia tak tau budak X tu aku kan...
masa tu aku form 2 dia form 4 mcm tu la...tak ingat sangat dh..
dah lama lama berutus surat
kantoi!!! lepas tu kena perli dengan kawan kawan dia
malu.....!!
fata suruh add dia
memang tak kan la!! malu tak habis lagi ni
eeeee
cerita ni panjang lagi sampai melibatkan adik minah la..
tapi aku pun tak bape ingat dah

ada beberapa wish yang memang sampai ke hati
dan aku rasa ramai yang sayang aku rupanya :')

Thursday, July 22, 2010

Mana bisa

Rasa macam nak tulis surat cinta..

Rindunya pada dia :')

Thursday, July 15, 2010

:'(

Hidup ni selalu buat kita memilih
kadang kadang pilihan tu terlalu sikit
kanan mungkin terjatuh longkang penuh air jamban
kiri mungkin terlanggar lopak penuh bangkai

dan kita perlu memilih kiri atau kanan supaya kita sampai tempat yang dituju..
lalu bagaimana?

kata SN, kita ambil jalan yang risikonya sikit..yang boleh kita lalui
sebab apa yang penting kita mesti sampai tempat yg dituju
mungkin ambil kiri sebab ia cuma lopak..

tapi aku..

selalunya..

aku jalan terus. tak perlu belok kanan atau kiri..
dan aku semakin jauh dengan cita cita ku..

ye aku tau..aku salah buat pilihan
mungkin?

dan agak jauh untuk u turn..kerana ini highway
dan kini aku sedih..sebab duit banyak habis untuk bayar tol yang sepatutnya aku tak perlu lalu :'(

harapan nya semoga ada simpang baru di depan
dan harapannya
semoga di simpang itu tak kanada pilihan begitu..

Thursday, July 8, 2010

Dakwat baru :)

Selamat kembali ke bumi wahai pengembara yang sesat!

Beberapa minggu ni kehidupan aku dah ada graf  menaik sikit. Kalau tak aku selalu komplen tentang hidup yang boring loser bla bla bla... Walaupun hidup dikelilingi orang orang yang meriah tapi aku tetap sunyi sebenarnya… Never alone but always lonely..

HAHA

Nampak sedikit looser disitu.prfffff


Untuk menghargai kehidupan DAN tak nak terlampau ikut sangat perasaan aku cuba buat sesuatu yang dah memang menjadi idaman sejak dari dalam perut ibu lagi. Selain itu, dulu pernah buat satu speech pasal BE A VOLUNTEER dan bersungguh sungguh ajak rakan sekelas daftar jadi volunteer. Padahal diorang tak tau aku punya application form untuk jadi volunteer Mercy di reject. Lepas tu daftar Yayasan Salam. Tapi bila ada aktiviti memang tak pergi. Bukan tak nak. Tapi tak dapat..Sebab masa tu banyak problem. Macam study lepas tu  takde transport. Susah sikit nk bergerak sana sini…

Okey okey go straight jangan belok belok..


Last week akhirnya terjoin juga selepas beberapa minggu berangan tak sudah. Okey join juga aktiviti pertama selepas beberapa tahun mendaftar jadi ahli. Sumpah tak beri keuntungan pada persatuan. Aktiviti kita MARI MENANAM POKOK. Anjuran Sime Darby dan Yayasan Salam. Seronok. Menghiburkan dan mengujakan.

Projek ini dibuat di Wildlife Centre Sime Darby Park, Pulau Carey, Banting. Cantik tempat ni. Walaupun ia sebuah ladang kelapa sawit tapi landscape kiri kanan cantik, bersih dan kau terasa macam berjalan jalan di ladang teh Cameron. Memang ah pihak Sime berjaya cipta mood tu dan buat orang macam aku ni lebih menghargai apa yg ada kat malaysia dari luar... 

Pokok yang kami tanam tu lebih kepada pokok hutan which is bukan pokok pisang atau jambu batu la of course. Pokok tu akan menjadi persinggahan burung-burung liar yang singgah ke pulau ni sebelum menjelajah dunia. How sweet my pokok will perch by little cute bird :)

Mula2 plan nak pergi sama melati dan kira. last minit tak jadi. kau angkut adik adik..


Mula-mula terasa kekok juga nak pegang cangkul, pongkes segala. Maklumlah dah lama tak turun padang. Tapi berkat doa mak ayah yang tak nak anak dia lupa diri kononya anak bandar, akhirnya kami berjaya menebuk lubang untuk pokok-pokok tersebut ditanam.


By the way, kita bertiga tanam hampir 5 batang pokok. And of course bila buat kerja dengan aku kau akan jadi amazing race which is aku kan jerit-jerit cepat ambik tanah! eh baja dulu kemudian air! kelam kabut la adik-adik berlari. Padahal orang lain tanam satu pokok bergambar jerit-jerit dulu. haha! Tak suka la lambat lambat..



Kami juga diberi kertas kecik setiap orang untuk tulis wishes terhadap pokok-poko yang ditanam. Aku terkesan dengan whishes dhoynah.

"semoga anak-anak di Palestin terus bahagia dan aman seperti pokok pokok disini " :')

Semua whishes dimasukkan dalam balang dan di tanam dekat dekat situ jugak.

Orang kuat Salam tengah balut 'whishes jar'

Lepas habis tanam pokok, kami di bawa tour kawasan oleh pihak sime. Cantik!
Apa yang aku dapat dari aktiviti ni?

Kawan baru? Ada. Tapi tak lah ramai. Aku bukan nye pandai sangat berkawan. Setakat bertukar-tukar email and janji nak tag gamba di fb. Okeylah tu kan..

Jodoh? hahhahahahaha!

tapi mengeratkan hubungan adik beradik of coz... berjalan lancar...
Nanti 2010 ada rezeki, panjang umur kita semua akan pergi balik dan tengok progress tumbesaran poko-pokok kami :)))))))
    

Monday, July 5, 2010

Dalam setandan pisang...

Lepas sorang sorang adik adik aku keluar rumah. bukan lari rumah..bukan..
Mereka ke perbatasan berjuang demi kehidupan lebih bermakna. Okey ayat macam poyo diorang gi Afganistan jadi volunteer ke ape kan...

Dulu kecik kecik bila orang tanya adik beradik berapa orang? 6 orang. Ramainyeeee...Benci tau. Memang ah ramai 6 orang tu. Dah lah dekat-dekat. Tapi tu dulu...

Sekarang kalau orang tanya berapa adik beradik? 6 orang. Yang paling kecik tingkatan 4. Semua dah kemana hala. Kat rumah cuma tinggal 2 orang buat peneman ibu. Macam tak membanggakan sangat disitu sebab nama je adik beradik ramai tapi semua dah jauh-jauh...

Tapi ni kan kehidupan.... kalau aku nak yang terbaik macam tu jugak adik adik...

Bukan tak biasa lepas sorang sorang masuk kolej matriks u semua.. Ada dua part yang aku terasa sangat bila diorang keluar rumah..

Dulu masa F.ai.z pindah duduk luar. Terasa macam sunyi rumah dan takde teman bergaduh. Sebab dia suka cari pasal. Sumpah annoying mamat tu. Dan lepas dia keluar, aku jadi lebih berdikari. Sebab dia walaupun adik tapi macam abang. Lepas dia takde aku kena belajar naik bus :'p

Kemudian yang kedua bila adik aku yang baru ni aku hantar ke seremban meneruskan cita cita ayah untuk menjadi doktor.. haha
walaupun sign hang tak laku sebagai doktor tapi ape salahnye walaupun sebagai assistant doktor. ah macam sama je. sebab bila gi klinik semua nurse pun panggil doktor dan kau pun kembang semangkuk kan?
Kadang kadang malam bila aku terasa macam malas lah nak drive esok pagi, suruh apip jela pakai kereta tapi rupanya nak tak nak aku tetap kena drive...sebab dia dah duduk jauh. ah poyo je seremban jauh :p

Sumpah sunyi rumah sekarang... Cuma tinggal suara umi yang nyaring setiap pagi kejut anak dara dia tak reti nak bangun  :)

Adik adik yang lain masa diorang further study aku tak terasa sangat sunyi tu. Masa dianah aku masih lagi sambung blaja. Masa arif aku pun kat kolej lagi. Mira pun sama. So memang tak rasa sangat..

Bila umi cakap, nanti kita bukak posa berdua je kak... :')
Dianah walaupun duduk sekali tapi balik kerja pukul 9.30malam. OT memanjang. nak beli kereta cash katanya.
Faiz kat serdang. Sekarang pun jarang balik. lepas kahwin esok lagi lah... umi kata bukan aku
Mira dekat uitm. Shah Alam je.. Melainkan kalau dia rajin balik..
Arif. Dekat asrama. Hoi sungai bertek ja... kentut pun dengaq :p
Apip ah paling jauh. Seremban konon. citt

Kepada adik adik, hangpa memang baca blog aku kan selama ni? ch.ibh.ai.
Balik balik la selalu. Jenguk orang tua kat rumah. Umi tu sedih la makan balik balik berebut telur goreng dengan aku je. Last last umi pun malas nak berebut. Tak pelah kakak makan la semua.. Ha aku memang suka  makan semua :')
Lepas hantaq apip, ayah demam tau. Diulangi demam. Muka je rock. Tapi dalam hati ada taman rashidah utama...

Okey sunyi. Balik terasa nak makan laksa. tapi boring makan sorang.