Thursday, July 8, 2010

Dakwat baru :)

Selamat kembali ke bumi wahai pengembara yang sesat!

Beberapa minggu ni kehidupan aku dah ada graf  menaik sikit. Kalau tak aku selalu komplen tentang hidup yang boring loser bla bla bla... Walaupun hidup dikelilingi orang orang yang meriah tapi aku tetap sunyi sebenarnya… Never alone but always lonely..

HAHA

Nampak sedikit looser disitu.prfffff


Untuk menghargai kehidupan DAN tak nak terlampau ikut sangat perasaan aku cuba buat sesuatu yang dah memang menjadi idaman sejak dari dalam perut ibu lagi. Selain itu, dulu pernah buat satu speech pasal BE A VOLUNTEER dan bersungguh sungguh ajak rakan sekelas daftar jadi volunteer. Padahal diorang tak tau aku punya application form untuk jadi volunteer Mercy di reject. Lepas tu daftar Yayasan Salam. Tapi bila ada aktiviti memang tak pergi. Bukan tak nak. Tapi tak dapat..Sebab masa tu banyak problem. Macam study lepas tu  takde transport. Susah sikit nk bergerak sana sini…

Okey okey go straight jangan belok belok..


Last week akhirnya terjoin juga selepas beberapa minggu berangan tak sudah. Okey join juga aktiviti pertama selepas beberapa tahun mendaftar jadi ahli. Sumpah tak beri keuntungan pada persatuan. Aktiviti kita MARI MENANAM POKOK. Anjuran Sime Darby dan Yayasan Salam. Seronok. Menghiburkan dan mengujakan.

Projek ini dibuat di Wildlife Centre Sime Darby Park, Pulau Carey, Banting. Cantik tempat ni. Walaupun ia sebuah ladang kelapa sawit tapi landscape kiri kanan cantik, bersih dan kau terasa macam berjalan jalan di ladang teh Cameron. Memang ah pihak Sime berjaya cipta mood tu dan buat orang macam aku ni lebih menghargai apa yg ada kat malaysia dari luar... 

Pokok yang kami tanam tu lebih kepada pokok hutan which is bukan pokok pisang atau jambu batu la of course. Pokok tu akan menjadi persinggahan burung-burung liar yang singgah ke pulau ni sebelum menjelajah dunia. How sweet my pokok will perch by little cute bird :)

Mula2 plan nak pergi sama melati dan kira. last minit tak jadi. kau angkut adik adik..


Mula-mula terasa kekok juga nak pegang cangkul, pongkes segala. Maklumlah dah lama tak turun padang. Tapi berkat doa mak ayah yang tak nak anak dia lupa diri kononya anak bandar, akhirnya kami berjaya menebuk lubang untuk pokok-pokok tersebut ditanam.


By the way, kita bertiga tanam hampir 5 batang pokok. And of course bila buat kerja dengan aku kau akan jadi amazing race which is aku kan jerit-jerit cepat ambik tanah! eh baja dulu kemudian air! kelam kabut la adik-adik berlari. Padahal orang lain tanam satu pokok bergambar jerit-jerit dulu. haha! Tak suka la lambat lambat..



Kami juga diberi kertas kecik setiap orang untuk tulis wishes terhadap pokok-poko yang ditanam. Aku terkesan dengan whishes dhoynah.

"semoga anak-anak di Palestin terus bahagia dan aman seperti pokok pokok disini " :')

Semua whishes dimasukkan dalam balang dan di tanam dekat dekat situ jugak.

Orang kuat Salam tengah balut 'whishes jar'

Lepas habis tanam pokok, kami di bawa tour kawasan oleh pihak sime. Cantik!
Apa yang aku dapat dari aktiviti ni?

Kawan baru? Ada. Tapi tak lah ramai. Aku bukan nye pandai sangat berkawan. Setakat bertukar-tukar email and janji nak tag gamba di fb. Okeylah tu kan..

Jodoh? hahhahahahaha!

tapi mengeratkan hubungan adik beradik of coz... berjalan lancar...
Nanti 2010 ada rezeki, panjang umur kita semua akan pergi balik dan tengok progress tumbesaran poko-pokok kami :)))))))
    

2 comments:

  1. wow...sime darby buat CSR ni. kalo sy tau sy pun join...good job. I like :-)

    lenkali ada yg menarik btau..nk join jugakkkk

    ReplyDelete
  2. ye saya pun lupa nk war war kan di blog..they'll have lots of plan! nanti ada info sy bgtau :)

    dilala

    ReplyDelete