Thursday, June 23, 2011

be cool daddy

Tau tak kalau seseorang yang dah berkahwin tu kehidupan dia dah berubah? Bukan setakat dah ada teman dekat sebelah malahan semua aspek kehidupan berubah. Jadual dia. Masa dia. Tanggungjawab dia. Malahan turut melibatkan apa yang ada dalam poket dia juga pasti sedikit sebanyak berubah. As a friend, kena lah faham. Sebab semua orang membesar. Bukan nak pendek tu je. Bila umur bertambah, otak pun kena berubah sikit. Cara pemikiran pun kena berubah.

Memang dulu separuh dari 24 jam masa dia dengan kau, kawan-kawan  dia. Sekarang bila dia dah kahwin , masa dia dengan kau dah kurang bukan sebab dia dah lupa kau. Tapi sebab masa dia tak cukup nak bahagi dengan semua orang.  Tanggungjawab untuk dua buah keluarga. Adik beradik dia lagi. Adik beradik isteri dia lagi. Bukan sebab dia poyo. Konon-konon dah ada isteri poyo gila asek keluar dengan bini je. Bukan. Sebab dia dah kahwin, so kena la berkepit dengan bini. Kau takde hak nak persoalkan bab tu. Sepatutnya pi tanya orang yang belum kahwin tapi asek berkepit.
 
Tak salah kalau kau cool sikit. Matang sikit. Relax je. Semua orang tau kau sayang kawan kau. Tapi jangan la sampai hantar sms pergi mampus. Kau tak fikir ke hati isteri dia? sekarang ni isteri dia lebih tau kedudukan hal sebenar. Kalau dia tak keluar malam, mesti la ada reason. Duit ke. Penat ke. Bukan sebab poyo.  
Kau jugak kena tau perempuan ada sifat insecure. Sebab tu bila dah kahwin, kena secure kaw kaw punya! As e friend cuba try faham dan terima perubahan ni. Aku tau kau sayang kawan kau. Tapi jangan over protective because you’re are not in the same shoes like your friend did. Hari ni hari kawan kau. Esok bila kau sendiri dah rasa macam mana perkahkahwinan itu then only you’ll  know.

No comments:

Post a Comment