Thursday, June 9, 2011

Sila pakai tali pinggang yang disediakan di tempat duduk anda

Alhamdulillah.
Ingat selalu. Yang baik atau buruk itu semua rezeki. Bersyukur. Orang yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat. Jangan kufur nikmat kerana api neraka itu sangat panas.

Tazkirah sebagai intro. Biasalah kalau dilla menulis. Dah masuk minggu ketiga perkahwinan.  Sesungguhnya proses menyesuaikan diri itu sangat memenatkan. Rumah family dua-dua pihak berdekatan. Mungkin itu yang beri tekanan. Ye la beb, mesti nak adil. Kang salah sorang tarik muncung empat belas. Dah la dua-dua anak sulung. Itu menambah nambah nambah nambah nambah  lebihhhhh tekanan. Bila dah kahwin, kau tak boleh nak cakap..awak balik rumah awak, setelkan hal dgn keluarga awak. Saya setelkan keluarga saya. Mana boleh beb. Orang dah kahwin mesti selalu berkepit. Baru namanya orang dah kahwin. Bila dah dua-dua berkepit terpaksalah, kita setelkan hal keluarga awak dulu…lepas tu baru setelkan keluarga saya. Masa yang lebih diperlukan. Tenaga yang lebih juga diperlukan. Oh ya kekuatan dan kesabaran juga. Itulah aku dah cakap tadi, proses menyesuaikan diri tu agak memenatkan.

Pejabat bertukar lagi. Penat mengangkut. Penat berfikir. Hati dengan perasaan berperang dunia ketiga. Bab makan, suami tidak cerewet. Dia bantai semua. Tapi sebenarnya, tidak cerewet dia tu dalam diam banyak komplen jugak. Kadang-kadang bila tengah lapar, nampak dia agak kurang selera. Sebab lauk tak kena. Mungkin. Setakat ni, belum ada kesempatan memasak untuk suami. Oh ada sekali. Saya goreng telur. Sebab dekat 5x dia hantar sms, aku hutang dia sardin dengan telur dadar. Mudahnye kan kan!

Tapi paling buat aku selalu hilang sabar adalah bab baju. Baju aku bukan masalah besar. Tapi baju dia. Kita dah penat-penat gosok untuk dia pakai esok, rupanya dia tak nak pakai baju tu. Baju dah kecik lah. Baju dah besar lah. Baju dah lusuh lah. Macam-macam. Kena bijak sikit. Kalau tidak, kita penat. Itu pesan kawan. Ye sekarang aku cuba menjadi bijak untuk menguruskan dia. Bila ditanya apa perasaan selepas berkahwin? Senang. Simple je jawapan melambangkan semua kesenangan dia dapat. Bab pakaian  tak payah fikir. Tiap malam isteri kena fikir soal baju dulu baru boleh tidur. Kalau tak esok pagi bangun, aku jugak yang stress.

Pendek kata perkahwinan penuh dengan elemen yang surprise. Mengejutkan. Yang kau tak pernah fikir ia satu masalah sebelum ni  tetapi  menjadi masalah lepas berkahwin. Dan ada juga elemen yang kau fikir memberi masalah rupanya jadi mudah lepas berkahwin. Ada yang best pasal perkahwinan ni...tapi kan...rahsieeee...


Baru 3 minggu dilla. Jangan nak panjang sangat report. Jauh lagi….huk huk

No comments:

Post a Comment