Wednesday, October 5, 2011

Cuba memahami perasaan kaki pancing

Dulu masa kecik-kecik, ayah kerap jugak bawak kami satu keluarga melepak dekat port kaki pancing. Macam dekat Pulau Indah, jetty Star Cruise. Ayah bukan pemancing tegar pun. Tapi sambil dia memancing, kami berpiknik. Tak pernah pun dapat ikan besar-besar. Ada sekali, selepas berjam-jam tunggu, dapat la sekor ikan gelama sebesar 3 jari. Kami adik beradik punya melompat suka. Syok gila mancing dapat ikan! Padahal gelama je pun..


Sekarang dapat suami kaki pancing. Punya la dia obses dengan hobi membosankan ini. Namun aku cuba jugak menyelami apa yang best dengan memancing ni? Aku pernah tanya dia. Masa tu kitorang kat tepi kolam. Tunggu ikan makan umpan. Suasana sunyi..bunyi kincir air berpusing-pusing, dan sesekali bunyi burung bertweet tweet.. ape yang awak fikir masa mancing ye? Tak jemu ke? Tunggu ikan makan…duduk je. Tak bosan ke? Dia pandang muka aku… mancing ni melatih kita supaya bersabar. Cewah! Lepas baling joran, saya akan bayangkan, umpan bergerak-gerak dan ada ikan cuba nak makan umpan saya.. sambil-sambil teka ikan ape yg akan makan. Tu yang best!

Bagi aku, itu namanya kuat berangan. Patutlah best. sambil kau duduk, berangan! memang best :p




Setiap kali melepak dengan kawan-kawan yang sama geng kaki pancing ni, topik diorang semua sama. Mancing. Peralatan mancing. Teknik-teknik mancing. Gaya ikatan perambut. Umpan air masin. Bancuhan umpan air tawar. Saiz mata kail. Ladung. Cengkerik. Katak. Umpun-umpun. Masa tu kau akan dengar segala istilah pelik akan keluar. Macam ‘Hud’., koyak, petak. Lama-lama otak kau tepu. Dan boleh kunyah segala ayat-ayat diorang.



Ataupun tajuk perbincangan menjurus kepada jenis-jenis ikan yang susah nak sangkut. Kalau dapat ikan jenis susah sangkut ni, kembang semangkuk la kaki pancing sekalian. Itu belum lagi kalau diorang masuk kedai alatan memancing. Berjam-jam sampai kau rasa pitam, loya nak muntah. Berapa banyak belanja yang diorang tabur untuk hobi ni, diorang tak kisah. Tapi akan membebel kalau mintak duit nak beli handbeg baru, kasut baru, tudung baru. Muncung panjang bukan sedepa lagi tapi 2 depa. Tapi kalau duit habis sebab mancing, bereh sokmo!



Hobi memancing suami juga membawa aku ke ceruk-ceruk yang sebelum ni asing. Wah ayat karangan spm! Dulu kalau nak lepak buang masa, kat shopping complex ataupun makan-makan. Sekarang ni kolam pancing jadi rumah no2. Kalau takde kat rumah sendiri, cari kat kolam. Mesti ada! Kalau setakat drive 4-5 jam semata-mata nak mancing, takde hal. Asalkan dapat lontar joran dan tarik ikan. Itu pun kalau ada ikan.



Aku takde masalah kalau ini hobi dia sekarang atau sehingga masa hadapan. Asalkan, tanggungjawab dia pada keluarga, agama dan kerjaya tidak terabai...

bersambung episod akan datang ...

3 comments:

  1. bagus la memahami si suami..isteri saya sangat x suka bila sy memancing..puas sy jelaskan tp dia x nak dengar..dia bukak cerita suami isteri becerai bila laki kuat mancing..bila dia bukak hokum agama tu xleh ckp ape la..padahal sy cuma mancing kampong je teringin jgk nk ikut trip panjang tp sy batalkan niat semata2 nak jaga hati isteri,cukup sekadar mancing dekat2 je wlupun hati nak je pegi mancing dapat ikan besar gedabak balik tunjuk kt dia semoga dia seronok,tp dia jenis x suka,,tpaksa la simpan niat nk balik tunjuk ikan..lg 1 bila dia bicara hokum agama,memang sy xleh pertikaikn,sy cuma mancing hujung minggu je yg lama lepas zohor balik sblm maghrib,kalo hari2 biasa hanya lepas asar balik sblm maghrib..jd macam mana la ye nk bg paham si isteri ni??? bukannya sy pergi mancing 24 jam n x balik2,bukannya sy buat bukan2,kejap2 kol kejap2 kol,member kt sebelah pon muak dgr..nk x nk ikut je la..sy boleh mengalah tp sy nk dia paham..daripada sy monyok je muka lemau dok umah baik sy memancing..bila sy ckp dia kongkong kang mcm2 fatwa dia kuarkan..masalah2..kesian kt sy hobi xleh teruskn..padahal dia kemana2 pegi beli handbag beribu2 sy xpernah nk kisah sbb duit dia,kalo duit sy mau bising jgk,tp sy mancing x pernah usik minat atau duit dia pon..bg awk org perempuan rasa2nya apa yg perlu sy sampaikn kt isteri sy? nk bwk p mancing? sory la dia nk ikut..huhuhu

    ReplyDelete
  2. my husband pun kaki pancing...Bagi sy hobi ni paling membosankan...panas, letih & sakit pinggang menunggu..kos banyak habis..dengan yuran memancing lagi......Inilah hobi paling membosankan.....solat nth kemana.....berbual dengan kawan dgn benda yang tak berfaedah langsung....klu 1 bln sekali x apalah juga..tapi klu dlm seminggu 2 malam 3 hari....??????????

    ReplyDelete
  3. Sy boleh Terima kalau bakal suami sy minat memancing..dan sy xpnah halang dia. Tp yg buat sy terasa bila 2 3 kali dia mentioned Rod, mesin dia ada perasaan.. Yg sy ni ada perasaan jgk. Selalu mcmtu bila dia up topik pasal batang pancing je msti dia bgtau btg pancing ni ada perasaan dan setiap kali tulah aku akan terasa.. 😢😢

    ReplyDelete