Friday, October 7, 2011

Lembik

Ramai mak pak sekarang ni mampu menghantar anak-anak ke sekolah swasta. Kadang-kadang diorang bukan kaya sangat, tapi sebab inginkan anak-anak dididik dengan aliran agama ataupun aliran inggeris yg lebih spesifik, maka berhempas pulas cari duit hantar anak ke sekolah swasta. Yang mana sekolah biasa tidak dapat tawarkan apa yang ibu bapa mahu. Tak kisah lah. Kaya atau miskin bukan isu. Bila dah masuk private school, maka automatik terpaksa jadi macam orang kaya atau paling kurang saudagar yang cop duit. Sebab semuanya berbayar!


Lalu disebabkan kau membayar segala benda, jadi kau assume gaji cikgu cikgi yang bekerja mendidik anak kau juga kau yang bayar. Anak kau nakal, cikgu tak boleh denda sebab gaji cikgu kau yang bayar. Anak kau datang lambat, pengawas tak boleh ambik nama sebab, gaji cikgu kau yang bayar. Anak kau kantoi hisap rokok dalam toilet, kena tindakan disiplin, kau marah-marah tuduh cikgu yang ada masalah disiplin. Apa ni!! Gila apa mak pak zaman sekarang ni. Over protective.

Baik lah. Memang betul dalam duit gaji cikgu-cikgu sekolah swasta tu ada duit kau. tapi kau kena ingat, kalau kau seorang businessman pun, dalam duit kau ada duit aku jugak. Sebab? Kalau aku tak beli barang kau, boleh kau kaya? kalau kau polis berjawatan tinggi, gaji kau tu takde duit aku? Duit rakyat tu bayar gaji kau. Ha tau pun! So jangan persoalkan yang kau bayar sekolah ni, maka sekolah harus ikut cakap kau memanjang especially dalam hal ehwal urusan mendidik anak kau.

Tujuan ke sekolah pun itu. Untuk belajar jadi orang. Belajar yang hidup ni bukan setakat ada duit, bayar dan jalan. Memang dalam silibus pelajaran, takde nak ajar kau erti hidup. Tapi pergaulan dengan orang sekeliling, pemerhatian kau terhadap hidup orang lain. Tu semua proses pembelajaran.

Jadi selagi anak kau tak patah riuk, berdarah, muka lebam sana sini balik mengadu yang cikgu pukul, cikgu tendang maka jangan lah terlalu emosi dengan peraturan sekolah. Anak kau baru kena denda berdiri 15 min dekat luar sebab datang lambat. Kau dah call mengamuk macam orang gila. Dah nama peraturan sekolah kena datang awal, ikut la.  Belum lagi denda kutip sampah dekat padang. Belum lagi denda lari keliling padang. Belum lagi denda cuci toilet. Baru berdiri 15 minit dekat tempat parking, bukan tengah panas pun.. gila dah melalak macam orang sakai. Call cikgu marah-marah. Tuduh cikgu tak berhati perut. Tuduh cikgu tak sedar diri. Kalau macam ni punya attitude yang kau ajar anak kau, cikgu tak boleh tegur langsung anak kau, tegur masalah disiplin tak boleh nanti jangan salahkan guru kalau anak jadi mat rempit berjaya.

Kalau setakat denda kerana dia datang lambat ke sekolah, anggaplah itu pengajaran supaya lebih bersedia. Kalau malu kena berdiri, esok pagi bangun awal sikit. Jangan liat bangun. Kalau setakat kena cuci toilet sebab kau ponteng kelas, anggaplah itu cabaran dan pengajaran supaya berubah. Jangan ponteng kelas. Alah kalau nak sangat ponteng pun, jangan kantoi. Ha puas hati.

Bagi aku setakat denda berdiri, cuci toilet, kutip sampah itu normal. Mungkin sekarang kau malu. Nanti lepas sepuluh lima belas tahun, semua tu akan jadi kenangan yang indah. Itulah asam garam sekolah. Baru lah ada benda yang manis nak diingat di sekolah. Eh dulu I turun roll call lambat kena nyanyi lagu negaraku kat depan perhimpunan asrama. Relax je. Satu aspura aspuri tengok. Lek je. Mak ayah aku tak serang cikgu pun. Bukan diorang dera fizikal aku pun. Kecah ar budak zaman sekarang. Kecah ar mak pak zaman sekarang. Lembik!

 
 
 
and orang yang bagi statement "i bayar gaji u, so jangan nak denda anak i berdiri lama-lama....' tu nanti anak dia yang lembik!
 

No comments:

Post a Comment