Thursday, November 24, 2011

Angin



Pagi ni sarapan lontong. Lontong ialah sejenis makanan yang ada nasi impit potong besar-besar dan dimakan bersama kuah lemak. Lepas tu ada yang lebih kreatif   letak sambal tumis ataupun sambal kelapa ataupun serunding. Yang famous mestilah Lontong Klang. Beratur orang pagi-pagi tau!

 Tapi kitorang dah tak makan atas sebab-sebab yang sangat peribadi. Ewah kau! aku bukan peminat lontong. Sangat tak minat nak makan kuah lemak-lemak lepas tu hirup seperti hirup sup daging atau tomyam.. Ewwww…rasa padat. Rasa likat dan mual. Kalau dah takde pilihan sangat memang aku makan jugak. Tapi ambik isi-isi jela. Kuah memang tak bleh blah..

bagi aku nasi impit wajibulghunnah dimakan bersama kuah kacang. Itu sahaja yang paling serasi bersama dengan nasi impit. Soto? Emm…boley la. Tapi kuah kacang adalah pasangan paling ideal dengan nasik impit.



Sekarang ni lepas makan lontong aku rasa menyesal. Nak muntah yang teramat. Eh apahal ni? sebab makan santan pagi-pagi tak sesuai dengan tubuh badan i. perut pun mula memulas-mulas. Kepala pun sudah berputar-putar  seperti lagu yang diputarkan di radio.. Hebat! Bagus! Lontong kau memang hebat. Dah la pagi-pagi aku dah telan sebijik buah pear. Eh salah. Sebenarnya buah lai. Bayangkan penghadaman yang bagus di dalam perut aku sekarang??

Bruppppp!! Sorry excuse me, sendawa pulak.

Alhamdulillah..

Yarhamkallah..

Lately ni aku tak boleh salah makan langsung. Mesti nak terburai isi perut. Asal salah combination je mesti cerry berry. Dah dua kali jumpa doktor atas alasan itu. Namun arang juga yang disuruh telan. Redha.


Dah lama tak berjalan-jalan..maksud aku pergi jalan-jalan di luar kotak kebiasaan. Selalunya keluar mesti rumah mertua-rumah ibu sendiri-klang-shah alam-bukit kuda-klang balik err – teluk intan- jeram ok ok area-area situ la… seingat aku last trip jalan-jalan yang siap packing baju tidur hotel adalah ke Penang. Balik kampung masa raya tu lain cerita. Trip sebelum bergelar isteri. Lepas tu sibuk mengusung baju sana sini dah tak de masa nak cuti-cuti teruna dara. Pe kes kan tiba-tiba nak buat cerita sedih ni. ok aku tipu. Baru teringat ada sekali ke Cameron lepas tu ke Cherating. Ok fine! Patutlah duit simpanan berkurang..


Nak dijadikan cerita, this weekend insya Allah kalau tiada aral melintang kami akan ke Langkawi…yipppi yippi yeay!  Fine! Dulu aku selalu kutuk-kutuk Langkawi sebab nak kesana tak payah naik kapal terbang. So langkawi bukan lokasi percutian idaman. Aku kan teringin sangat nak pergi tempat-tempat yang kena naik kapal terbang je. Sabah. Krabi. Bandung  aww…Phuket. Vietnam. Laos. Syria. Bahrain. Mengada kau dilla nak tempat-tempat kena fly je. Bukan ape, bagi aku kalau aku menanam impian nak bercuti tempat-tempat yang senang macam Redang, Pangkor, Singapore, Ipoh, termasuk Langkawi . Tempat macam tu kan boleh pergi dengan bajet yang rendah. Nanti aku tak de keazaman yang tinggi nak kumpul duit. Sebab setakat bape ringgit dah boleh sampai. So tak yah susah payah kumpul duit. Bak kata pepatah, kalau cita-cita tinggi, usaha akan lebih tinggi.

Namun begitu aku takde la memandang enteng akan rezeki untuk ke Langkawi ni. Memandangkan aku pernah ke sana sebanyak 2 kali. Itu pun masa umur setahun jagung. Belum akil baligh. Dan masih memakai bikini bertali halus masa  berjemur di tepi pantai. Ewah! Memang muda gila masa ke sana. Kali kedua masa dah besar sikit tapi masih dikira gadis belasan tahun. Anak kawan ayah dngan umi kahwin. So ramai-ramai kami kesana. Itu dulu punya cerita. Masa tu under water world pun tak de lagi. Lepas tu taman geopark pun tak de lagi. Apatah lagi kereta kabel kan? Suami sangat teruja nak masuk under water world. Sebab dia suka ikan. Aku bisik, jangan nak teruja lebih-lebih buat malu je nanti pecah la rahsia kita tak pernah sampai langkawi..tiheee..



Insya Allah, ada memori indah yang akan di bawa pulang..

Kalau ke Langkawi naik flight pun boleh...pun boleh..











No comments:

Post a Comment