Dulu kalau nk kemana-mana aku lah orang yg umi harapkan lepas faiz pindah duduk luar. Sebab aku pandai drive. Tak lah pandai sangat. Tapi kalau setakat nak race kampung style, cilok-cilok berhemah sepanjang federal highway tu sapa nk test boleh la :p. Masa mula-mula keluar si putih, aku langsung tak boleh drive manual. Dapat lesen tahun 2006. Aku tak drive selama almost 3 years. Sebab study yang tak memerlukan aku drive. Jalan kaki dah sampai bilik kuliah. Nak kemana-mana naik bas. Balik hujung minggu faiz hantar. So memang aku tak drive langsung. Tapi lesen memang renew tiap tahun. Lepas habis belajar, aku drive tapi kereta auto. Well you know auto kan. Easy come easy go, that’s just how feel oh take take take it all, but u never give..tu lagu grenade. Tengah-tengah type boleh nyanyi..
Auto tu senang. Sebelah kaki pun boleh drive. Aku memandu dengan auto dalam 2 tahun jugak la.. 2010 si putih keluar. Sebab gaji aku kecik tak layak beli auto, aku belasah manual. Masa mula-mula keluar, memang kelakar habis. Aku pergi dengan faiz, diana nak ambik si putih. Aku dengan tak ready nya, tawakal drive kereta manual dengan belasah habis 70-0.Anggaran kasar enjin mati ialah 70 kali. Kau bayangkan setiap kali berhenti mesti mati enjin. Mana faiz? Habis kereta satu lagi sapa nak bawak? Dianah? Harapan la…masa tu dia belum ada lesen ke ape. Tak ingat. So aku yg drive.

Bermula la episod ngeri. Asal berhenti nak bayar tol, mati. Start enjin nak jalan, mati. Dekat 5x eh dekat tol pertama. Babi betul. Malu aku. Dengan plastik kusyen tak bukak lagi, kereta belum tinted lagi. Habis semua nampak. Jatuh maruah aku ni kalau enjin tak dapa2 start. Kereta dah berderet panjang. Sampai budak tol keluar tanya ada pape masalah ke? Aku senyum, ill be fine J. Yang dianah kat sebelah kau tau buat apa, keluar tangan kat tingkap, lambai-lambai kereta belakang suruh potong kami. Kalau tak potong, esok baru kau sampai rumah. Aku stress dan gelak. Dianah asyik tanya boleh ke kak? Boleh ke kak? Aku mencarut dengan penuh perasaan. Dan setiap kali pun macam mana aku boleh jalan? Lepas start enjin, aku tekan clutch dan tekan minyak. Sebab kalau lepas clutch nanti memang mati enjin. So kereta akan bergerak seolah-olah nak racing. Tak sempat nak ucap terima kasih dekat budak tol.
Eh nak cerita detail memang banyak sangat pitt stop kami. Aku terpaksa fikir jalan paling mudah untuk sampai rumah. Jalan u-turn memang aku elakkan. Bahkan setahun jugak la aku elakkan u-turn. Gila kau mana aku reti! Buatnya mati enji masa u-turn mau berlaku kemalangan ngeri dekat simpang tu. hayyo…

Ada satu kali tu kitorang dekat simpang kecik. Dekat kampung raja uda. Orang klang tau la kot. Aku start enjin tak hidup-hidup. Ada sorang akak india ni siap turun motor tanya are u u okey? Nak kitorang tolong tolak ke? Gila kesiah. Baru keluar dah rosak? Aku Cuma cakap, nothing. Thanks.. baik betul orang malaysia ni..
Lepas si putih keluar, sebulan dia terperap dalam garaj kereta. Aku tetak berulang alik naik bu ke tempat kerja. Tak berani. Tapi tiap malam umi teman aku drive slow-slow pusing area. Sampai satu tahap, aku rasa kena push diri sendiri. so malam tu aku cuba drive sampai tempat kerja. Berhenti bayar tol. Control clutch dalam jem. Esoknya aku drive sendiri. alhamdulillah sampai jugak walaupun tercungap-cungap.. practise makes perfect. Lama-lama aku pun jadi jaguh kampung. Nak kemana-mana umi harapkan aku…
Lepas kahwin, masa aku banyak dengan suami. Dan aku banyak naik kereta suami. Si putih tinggal di rumah. Perlahan umi ke sana- sini dengan si putih. Khidmat aku pun perlahan-lahan dilepaskan pada umi. Dianah pun dah ada lesen tapi dia masih tak berapa cekap. Umi ada lesen. Tapi ayah tak bagi umi drive. Dia cakap jalan sibuk nanti umi tak reti control. Kalau setakat jalan lurus umi boleh la bawak. Kalau dah naik highway dah menggelabah. Kes umi ni sama macam aku masa mula-mula dapat si putih. Tak cekap. Tapi lepas aku kahwin dia seperti tinggg! Dapat magic. Drive dengan gigih ke sana sini.
Tempat paling jauh Puchong. Masa tu aku drive kereta suami dan umi ikot belakang. Dalam kereta penuh penumpang. Kami nak ke kuliah ustaz Azhar Idrus. Masa pergi okey, sebab petang. Cerah. Masa balik buat hal. Umi terlepas kereta aku lalu dia tersesat hingga Putrajaya. Masa tu perasaan aku tak payah cerita. Macam mana aku nak buat? Nasib lah ada telefon menjadi penghubung. Aku berhenti tepi highway, menangis kuat-kuat sebab tu je yg mampu aku fikir. Teruk betul. Allah tolong umi.. dia cakap masa drive tu dia teringat pesan aku…HAHA kelakar. Teringat pesan aku pulak. Dulu-dulu masa aku drive aku pernah membebel-bebel kalau sesat dekat highway, cari arah ipoh. Sebab nanti di persimpangan akan ada signboard ke Klang. Betul2 pulak jadi sesat, and umi ingat azimat tu….perghhh! azimat seorang anak .

Sekarang ni bila balik kerja banyak benda settle. Kerja yang jemput-jemput orang ni la. Sapa ambik arif balik asrama? Umi. Sapa hantar irfan mengaji? Umi. Sapa pergi pasar? Umi. Semua umi..aku jadi sayu. Lepas kahwin semua pun berubah. Perubahan yg aku tak expect. Tapi bagus. Ini umtuk kebaikan. Kalau harap aku lagi? Memang lah pengsan aku tengah jalan.
Terima kasih umi.
Terima kasih umi.
No comments:
Post a Comment