Aku terbaca status sapa-ntah-tak-ingat dekat fb. Dia tulis
lebih kurang macam ni lah ye..
‘Semua lelaki takut nak berkawan dengan perempuan yang ‘playgirl’. Kesian mereka. Bukan niat dia nak menjadi playgirl. Tapi orang macam ni sebenarnya mahukan yang terbaik untuk dijadikan teman hidup. Mereka sedang memilih untuk dapatkan yang terbaik’
Tettt!!!
Lepas tu pagi tadi dengar radio ERA pasal Malaysia negara
ketiga perempuannya tak setia!
Bila kau dah digelar ‘playgirl’ oleh lelaki maknanya kau
memang playgirl. Tak salah memilih yang terbaik untuk hidup kau. Tapi bukan
dengan cara memainkan perasaan orang. Kau cuma perlu berkawan dengan semua
orang. Berkawan. Jangan berjanji untuk setia, berjanji itu ini alih-alih kau
pasang lain belakang dia.
Ada perempuan lagi bodoh (kasar kan?), kau bukan setakat mainkan perasaan
lelaki tu tapi bodoh sampai serahkan segalanya. Yela segalanya. Body kau.
sampai masuk bilik. Last-last kau cakap kau tak sesuai dengan lelaki tu.
aishhhh padahal dah masuk bilik tu. dah tergadai segalanya.
Bukan setakat sorang, ada 2,3 orang kawan-kawan lelaki aku
dah terkena dengan perempuan macam ni. Diorang memang frust dipermainkan
perempuan yang playgirl ni, tapi
last-last diorang cakap, ahh dia bukan ada apa pun dah. Aku dah rasa semua…
memang jijik la lelaki macam ni. Tapi secara logik, sapa yang paling rugi?? Dalam
budaya Melayu, lelaki yang dah tak teruna tak pernah dipersoalkan.. tetapi
perempuan yang hilang dara?? Entah. Aku tak tau pulak zaman sekarang dara atau
tidak bukan lagi jadi perkara pokok. Aku tak tahu. Sebab aku konservatif dalam
bab-bab ni. Sangat!
Jadi, alasan ‘playgirl’ mencari yang terbaik untuk hidup dia
tu tak sesuai dik non!
Kalau orang mencari yang sesuai dia tak kan mudah berjanji
untuk sehidup semati, berjanji nak jadi teman hidup, tak bodoh bercinta sampai
serahkan body sendiri. Kau boleh memilih dalam senyap. Berkawan dengan semua
orang bukan beerti bercinta dengan semua orang. Pilih lah sambil nilaikan mana
satu yang perfect untuk kau. Bukan memilih tapi bodoh dan dungu serahkan
semuanya dan suka-suka hati mainkan perasaan orang sehingga digelar ‘playgirl’
Perempuan sekarang kena bijak. Jangan nak dungu sangat. Kalau
pun kau dah pilih seorang teman yang perfect untuk hidup kau, ingat lelaki ni bila-bila
sahaja boleh berubah hati. Anytime! Perfect tu tak menjamin bahagia pun. Apa yang
penting macam mana kau mencorak kehidupan kau selepas berkahwin. Kau yang menunda
bahtera perkahwinan kau. Perfect macam mana pun lepas berkahwin akan nampak
segala kelemahan.
Sebelum kahwin pandai-pandai lah bawak diri! Jangan sampai
tergadai body.
Doalah sama-sama mintak dijauhkan anak, cucu, cicit
keturunan kita dari perkara-perkara ini. Nauzubillah…
No comments:
Post a Comment