Tahun ni tahun kedua beraya dengan wan sebagai suami isteri.
Tahun pertama beraya rumah mertua. *oh bergenang air mata. Biasalah. Dari survey
yang dijalankan, sesiapa pun yang bergelar isteri mesti akan rasa mcm offended
sikit bila turn rumah mertua. Bukan sebab
kita benci mertua. BUKAN. Tapi sebab kita dah berpuluh tahun, dari kecik sampai
besar raya dengan mak ayah adik-adik sepupu sepapat kita. Dah biasa makan
rendang mak buat. Tetiba lepas kahwin kena berpisah dengan semua tu. kena rasa
suasana baru. Mestilah hati sayu. Bukan sebab benci. Bukan sebab tak suka. Tapi
itulah perasaan dah terbiasa. Tapi aku harap tak lah teruk sangat. Aku harap
aku tak berjurai jurai air mata masa pagi raya. Hwaaaaa!!!
Alhamdulillah, baby dalam perut dah berusia 6 bulan lebih. Lagi
beberapa bulan je. Al quran tak khatam lagi. Masih banyak juzuk lagi. Tapi harap
dapat habiskan sebelum deliver si kecik ni.
merasa berpuasa masa mengandung tak lah teruk sangat. Seriously tak
teruk sangat. Asalkan aku bangun sahur, minum banyak air, then ok. Setakat hari
ni 21 hari berpuasa aku baru ponteng sehari. Itu pun sebab perut memulas-mulas
angin. Pedih ulu hati. sendawa membawa ke muntah. Lastly kawan cakap, takpe
dilla kau ada excuse. Bukak jelah. Lepas makan coco crunch dgn milo terus rasa
menyesal. Perut tak baik jugak. Kalau bertahan sampai petang pun bagus.
Baju raya sampai harini takde mood nak beli. Sebab baju size
M dah kena beli saiz besar 1 inch. Rasa mcm perlu ke?? Nak beli baju
mengandung, rasa macam tak perlu. Baju lama semua muat je lagi. Cuma tang perut
je nmpak pelik sikit sebab perut dah besar.
Dulu masa awal-awal mengandung, memang malas masuk dapur. Memang
malas. Start pukul 4 petang badan mula sengal, lenguh, pening. Tejelepok atas
meja depan pc menunggu waktu balik. Asyik sms wan, ambik cepat ye. Ambik cepat
ye. Jangan lambat. Nanti saya pengsan. Sebab kalau tak ingatkan nanti dia
selalu terlajak main ping pong lepas tu aku yg sawan tunggu macam orang gila
depan ofis. Lepas maghrib Cuma nampak bantal memanggil manggil. Tapi sekarang,
kerajinan sudah kembali. Tiap hari gugel resepi. Hehe. Cadangnya raya nak buat
kek banyak-banyak. Tengoklah kalau rajin : ))
Perubahan demi perubahan memang bagi pengalaman baru sebagai
ibu. Dalam masa yang sama rasa cuak pun ada. Muka tembam tu biasa. Tapi hiding
tembam? Erghhh!! Stress tahu bila dari jauh orang dah tegur kau punya hidung. Eh
dila asal hidung kau besar semacam? Tanya dengan nurse tiap kali check up itu
normal. Semua perubahan tu bergantung kepada ibu. Ada yang nampak cantik masa
mengandung. Muka berseri. Macam aku, kusam, kusut, serabai dan menyawankan. Ntahlah.
Pusat dah terjojol. Kadang-kadang rasa macam kalau terus pluppp cmne?
Mengah-mengah naik tangga tak yah cerita la. Lepas sampai
ofis, kena duduk kejap 2 minit, semput. Lepas tu baru boleh bergerak buat
kerja. Bawak kereta masih racer. Takde hal. Makan, tak boleh banyak. Kena control.
Selain takut berat naik lebih (kang kena minum air gula), perut tak boleh
terlampau penuh, kena sedang-sedang. Kalau penuh sangat, kejap lagi keluar
balik. Kalau rasa nak minum air banyak, kena kurangkan nasik. Kalau nk makan
nasik banyak, kena kurang air. Adatlah…
Hari tu berbuka dengan ocin kirah. Nekad kami curi masa. Kirah
sanggup drive datang shah alam balik malam sebab nk berbuka. Thank you. Ada orang
nak bertunang lepas raya. Happy : ) )
Esok nak balik kampung berbuka dengan atuk. Lepas tu wan
janji nak bawak jalan-jalan dekat Bagan Datoh. Yang aku tau Cuma ada kelapa je
yg banyak kat sana. yang lain-lain tak tau.
Sampai jumpa lagi. Salam Ramadhan. Dah boleh start
qiamullail. Mana tau rezeki nak bertemu lailatul qadar tahun ni. amin….
No comments:
Post a Comment