Nak menjadi seorang wanita sempurna bukan mudah. Banyak step kena lalui. Bukan setakat emosi diri sendiri kau nak kena jaga, malah mulut orang sekeliling yang kau nak kena tepis. Kahwin lambat, dituduh andartu. Beranak lambat dituduh mandul. Itu baru dua isu. Belum lagi lain-lain isu.
Panjang pulak intro ;-)
Alhamdulillah, hari ni masuk hari keempat selepas kelahiran Muhammad Arrazi bin Mohamad Al Ridzuan. Punyalah susah nak decide nama si kecik. Sampai sentap2. yang sentap mesti la aku T____T
Aku melapor diri ke hospital dengan rela hati setelah turun tanda darah malam Jumaat, 2/11 lebih kurang pukul 12.30 am. Sampai hospital, tukar baju, cek bukaan baru 3cm. hihu hihu ngeri woh masa cek bukaan. Dalam fikiran aku yang naif ni, proses masa cek bukaan itulah sakit sebenar ataupun sakit nak beranak lebih kurang mcm tu. tapi ternyata silappp!
Aku perasan jarang ada orang nak ceritakan detail sakit tu. Mungkin diorang taknak takutkan org yg belum ada pengalaman, tapi dengan aku. Sapa yang tanya aku akan ceritakan dengan detail sedetail mungkin. HAHA kejam gila kan? Bukan nak menakutkan tp nak cerita itulah yang aku rasa. huhu
ok sepanjang hari jumaat, sampai la malam sabtu tiada kesakitan yang dirasa. So aku enjoy every moment dalam wars. wah kelas kau! apa orang hidang aku belasah. Makan tanpa was was. Tengah hari jumaat doktor cek, bukaan masih 3 cm. Dia cakap, kalau masih tak deliver petang or malam ni, esok pagi yakni pagi sabtu, kita akan bagi induce supaya u deliver. Sebab darah masih turun. Aku cuak2 je dengar perkataan induce. Orang sekeliling yg dh pengalaman cakap kalau induce, sakitnya bertambah 2x. uhuiii apakah ini?
So jumaat malam tu aku ada rasa sakit sikit2. Macam senggugut. Sakit belakang, peha dan mcm nak cramp pun ada. Tapi bila cek bukaan masih lagi 3 cm. Aku msg umi, sakit!! umi cuma reply zikir banyak2. dan baca surah maryam. Dalam keadaan tu cuma ingat Allah dan mati je. Aku dah terbayang nyawa aku ditarik bla bla bla. Sebab takut punya pasal, aku buat solat taubat, hajat lepas tu baca surah maryam guna tab. Dah takde masa nk update status kat twitter dah. Baca sampai tertidur. Tetiba ada nurse datang kejut, puan masuk bilik rawatan nak cek bukaan. Cek cek sekali dah 7cm. fuahhhh! sekarang percaya kuasa Allah? kuasa ayat2 Allah? aku percaya sebab ia magic. Ustaz cakap surah maryam untuk mudahkan bersalin, maka sekarang ia terbukti pada aku. Alhamdulillah.
So nurse cakap, stanby untuk masuk labor room ye. Sediakan sepasang baju baby, pampers dan kain balutan.. ha dari arahan pun dah bedebar debar. Gosok perut, kita hampir berjumpa sayang. Tp dalam hati harap ada rezeki. sebab takut sangat ni!
so bila dh ready, sakit senggugut makin kuat. Baring untuk proses terakhir sebelum masuk labor room. Pegi toilet berak kencing, Cucuk jari nak masuk air, dan pecahkan air ketuban. Tengok alat dia mcm muncung itik. Vavi betul. sempat mencarut wpun tgh pk mati. Alatan apa tu nak sumpat masuk bawah aku ni? pfrttt!? tapi sebab aku punya perasaan 'nak berak' (istilah bukan saintifik untuk push) maka nurse pun cakap, kalau betul awak nak push saya cek bawah ye? aku angguk. dia seluk, godek2 dan keluar la bunyi mcm perah kain. cisss! pastu dia cakap, ok bukaan dah 9cm, air ketuban dah pecah.Cepat2 diorang tolak ke labor room sambil pesan jangan 'berak' ye. tahan sampai betul2 masuk labor room. Aku sempat tengok jam 10.30mlm.
Masa keluar dr wad, nurse sebut nama aku. Untuk panggil suami. dia datang dekat katil sambil tanya, mana baby? eee ada yang kena sepak jugak ni. Bila aku buat muka bengang, dia sengih. Wak saya tunggu kat luar. Elok2 tau. Ahhh nak nagis plak. tp tak mintak maaf pun sebab semalam dah mintak T____T
Labor room adalah sejuk. kaki aku sampai menggigil tahap parkinson. Sejuk + takut.
Lepas dah kat LB, mula la proses2 cucuk sana sini. Yang paling tak bleh blah keluarkan air kencing. skali lagi aku mencarut. Tah pakai wayar apa dia cucuk bawah, yg aku tau keluar air banyak sambil aku menahan ngilu. cis cis!
Lepas tu aku tak berapa ingat apa yg jadi sebab mcm mengantuk. Sedar2 sakit yang berapi dan panas dekat bawah. Masa tu yang aku rasa adalah mustahil untuk keluarkan satu benda bulat yang besar melalui lubang kecil. Memang rasa mustahil. Sakit nya Allah je yang tau. Last skali sampai terkeluar suara jantan yang mengerang tahan sakit. Sekeliling terasa kelam. yela sebab aku pejam mata. tapi yang paling best dalam kelam tu ada banyak suara yang bagi semangat! sikit lagi ibu, dah nmpak kepala ibu, aikit lagi, sikit lagi lagi lagi lagiiiiii (suara gema)
Last skali, plup terkeluar jugak benda bulat tu dan dengar bunyi perahan air lg skali. yela kau bayangkan kain batik basah, pastu perah. Bunyi mcm tu la. Tak lama dengar bunyi bayi menangis.. Dengan aku sekali menangis. Tak aku bukan terbayangkan pengorbanan ibu. tapi mengenangkan betapa sakitnya, sakit yang tadi tu. Bila diorang letak anak atas dada lagila bertambah sayu. Mata dia plak tekebil kebil pandang aku. aduhaiii
Jam betul2 hujung katil aku. Baby lahir jam 1.10 am. Aku congak2 masuk labor room dlm pkul 10.30. so lebih kurang 2jam setengah la proses kelahiran. Alahamdulillah tak lama sangat.
Lepas setel semua, katil pun sampai nak bawak aku naik wad. Tetiba hb high! tetiba aku ada tekanan darah tinggi. Mesin tu sampai tak boleh baca bape bacaan aku. Dok tanya puan ada darah tinggi ke? aku cakap takde. tak penah. So diorang decide suruh aku relaks dulu. tenang tenang dulu. Nurse suruh aku susukan baby. So melepak la kami di wad bersalin sampai aku tertidur. Baby puas nyonyot ;-). Dalam pada tu kadang2 tersedar masa diorang nak ambik tekanan darah. Mesin still tak dapat baca sbb tinggi sangat. Dugaan betul. Tapi mata tak kabur, tak loya, tak pening. Takpe, relaks lagi. doktor suruh. Lebih kurang dlm pkul 4 pagi, tekanan aku kembali normal. So diorang angkat baby yg dah melepaskan susunya nak bawak ke wad. Katil aku pun sampai.
Masa proses nak keluat tu tetiba dengar suara pasukan sorak dan tetiba suara perempuan menjerit. Dah baby tekejut, nangis dengan aku skali nangis. Tekanan darah naik balik. hwaaaa! kami ditahan lagi. Sampai last skali pkul 4.30 baru kuar dari labor room.Itupun baby keluar dulu baru mak dia. Masa keluar, nurse sebut nama aku. Suami dgn adik lelaki datang. suami tanya, Nape lama sangat? ngantuk. So lepas setel tukar katil aku pun punggah2 laci cari makanan. lapar. Suami bawak milo panas makan dgn roti. ahh letih la ini pun nak cerita. haha
ok stop. maka itulah pengalaman bersalin aku yang pertama. kedua atau ketiga nanti dulu. sehingga fobia ini hilang.
Menangis aku masa cerita dekat suami saat nk bersalin. Sakit wak sakit! Alhamdulillah harini dah bape hari tak merayap sebab sayang nak tinggal anak bini kat rumah.
Bos aku sms masa aku bgtau pasal sakitnya bersalin. Dia cakap, "barulah sempurna sebagai seorang wanita setelah melaluinya" ;-) Apa pun yg akan jadi in the furture, aku just mahu enjoy apa yg berlaku sekarang dgn hati yang syukur.
No comments:
Post a Comment