Saturday, January 11, 2014

Luahan...

Di pagi sabtu yg indah ini hati aku membuak-buak nak menyuarakan pendapat tentang hal ini. Blerghh marilah kita cuba. Apakah akan terjadi pada nasib entry ni mungkin dipublish atau masuk draft.

Last week melawat sorang kawan yang baru lepas deliver a cute little baby girl. Secara pembedahan. Dan ditemani lagi seorang kawan yg ada handsome little boy. Umur baya2 arrazi jugak lebih kurang. Dia pun melahirkan secara pembedahan. Kiranya dekat situ aku sorang je ada pengalaman beranak normal.

Borak punya borak terkeluar dari mulut salah sorang suami yg isterinya bersalin operate tadi," baguslah operation. Bawah tak effect. Kalau effect dah tak sedap."

Wan pandang aku. Aku pandang wan. Seriously? Hatiku pilu.

Aku tak ada niat nak memperkecilkan usaha ibu yg buat pembedahan. Sebab aku pasti sakit dan azab nya sebelum melahirkan tu sama je rasa dia. Dua2 kawan aku yang cerita. Sakit yang subahanallah! Orang yang sabar dan tabah je yang akan teruskan prosedur hingga rahim nya digunting. Yang tak dapat sabar pasti akan minta doktor operate.

Walaupun keluar dari mulut suami dia ayat di atas tadi, tapi isteri dia tak putus2 cerita macam mana sedih dan remuk hati dia masa nurse hulurkan borang kebenaran utk pembedahan sebab baby dah start berak. Terpaksa bedah. Dengan berat hati dia sign borang tu.

Semua ibu pasti mahu melalui proses kelahiran terbaik! Operate atau normal pahala dia dah Allah janji. Jadi sebagai suami atau lelaki perlu kah kita melabel isteri2 yang dah bersusah payah ni dengan pandangan yang bukan2?

Walaupun ramai bagitau aku, kebanyakan org cina suka operate sebab tak nak bahagian bawah effect aku pun tak pasti sahih atau tak. Bagi aku banyak je jamu yang boleh kita makan untuk ketatkan balik. Tinggal nak dengan tak nak je. Ok dah masuk 18sx. Dan mungkin ini hikmahnya poligami. Utk suami yg tak puas.

Btw, aku bukan nak sokong poligami disini. Tapi apa yang aku lalui masa bersalin haritu, macam yang aku pernah cerita dulu. Memang sakit. Dan sampai sekarang bila teringat kesakitan tu aku selalu hampir mengalirkan air mata. Sakit! Dan bila aku mengenangkan umi yang berjaya melahirkan sampai 6 org anak secara normal, rasa hormat bertambah. Rasa sayang bertambah. Rasa tak nak menyusahkan bertambah. Dan aku rasa ini lah kot hikmah dia. Kita rasa sakit susah nak lahirkan anak. Jadi kita akan berusaha lebih baik untuk pastikan dia menjadi seorang yang baik serba serbi supaya berbaloi dengan kesakitan itu.

Tapi umi selalu pesan. Jangan lahir dan besarkan anak dengan mengharap balasan. Tugas kita hanya beri terbaik dan doa supaya dia taat perintah Allah. Itu lebih penting. Kerana anak yang taat pd Allah tidak akan mensia siakan ibu bapanya.

Lepas tu, diorang tanya lagi..dila still bf sampai sekarang ke? (setahun 2  bulan). Alhamdulillah yes. Alhamdulillah Allah mudahkan niat ni. Kemudian mereka tambah, tetek pun makin panjang lah kan?

Haih... Kenapa ye mesti ada statement yg menyakitkan hati?

Tapi memang pun. Tetek kau dah tak macam zaman anak dara. Dah pelik. Tapi bagi aku, berbaloi perubahan tu demi anak tersayang. Biarlah berubah jadi mcm mana pun asalkan dia dapat cukup seperti saranan Al quran.

Tak aku bukan nak berlagak dgn ibu yg campur susu. Sebab mereka ada alasan sendiri kot. Bukan semua dpt rezeki nk menyusu anak secara eksklusif. Ada yang menangis sebab susu kering. Ada yang habis beribu beli supplement tp masih takde harapan. Aku faham. Tapi apa yg aku tulis demi mempertahankan ejekan yang macam ayat tadi tu.

Aku ni pun dalam proses nak dapatkan bentuk badan asal. Berperang jugak la. Menyusu badan lagi cepat lapar gila!

Biarlah melabur pada anak dari tak-nak-bf-sbb-nak-jaga-badan-takut-suami-lari. Suami tu jangan dilupa kuotanya 4 dong. Manusia pula jang dilupa hatinya selalu berubah. Bagi aku, kalau suami aku nak lari...larilah sejauh mana pun. Belum tentu aku nak kejar. Tapi janganlah anak aku yang lari. Ahh tulis begini pun hati bagai disiat. Minta dijauhkan. Aku jaga makan jaga badan untuk sihat. Yes untuk suami juga.  Tp aku takkan paksa diri melebihi kemampuan semata mata untuk puaskan hati suami. Ya macam aku cakap tadi suami, lelaki. Kena ada sikit prasangka. Baguslah kalau boleh 100% percaya. Tapi org tu bukan aku. Hihi. Suami ni kena di ajar tentang susahnya kita mahu beri terbaik untuk anak. Melahirkan normal dan breastfeeding adalah perkara yang terbaik (insya allah). Jadi dia haruslah bersyukur punya isteri yang diberi rezeki semuanya normal. Lgpun kalau beranak operate dkt private hospital kos dia double kot!

Hikmah yang paling aku syukur sekali bila bf adalah anak aku tidak suka2 orang nak ambik bawak sana sini. Sebab pengalaman sendiri, bayangkan dalam keadaan tengah pantang, emosi tak stabil, masih mummy blues lagi diorang selalu doa supaya aku outstation jauh2. Supaya diorang dapat jaga anak aku. Lepas tu selalu nak pergi mana2 tak nak bawak aku tp bwk anak aku je. Siap perli alah mak dia takde pun takpe. Beli susu tin kat kedai. Bukan mahal sangat. Bagai dihiris hiris hati aku ni.  Otak aku cuma boleh proses yg manusia2 ni memang niat dia nak pisahkan aku dgn anak. Jahat! Jadi bila anak aku 100% bf ingat senang2 diorang nk bwk jalan suka hati? Bwk mak dia sekali. Hehe. Cukup time dia lapar terkedek kedek dia cari ibu dia.

Ada org cakap aku kedekut anak. Memang pun. Sesuai la dengan mulut kau orang yg tak reti jaga hati org. Diorang bergurau mungkin? Ohh kasarnya gurauan. Aku dh terluka. Tunggulah luka tu sembuh. Buat masa ni selagi nyawa di badan, selagi aku sihat selagi berdaya biar aku yg jaga. Nak pergi mana2 bawak dia jalan, nihhhh (tunjuk diri sendiri) mak dia ada. Bawak sekali! :-D

Bila kawan yg tadi bersuara, anak aku doploh pat jam dengan family mertua. Adik2 ipar pantang ada masa mesti nak ambik dia. Dulu masa baby dia langsung tak kenal aku sapa. Sedih sangat.  Sekarang bila besar ni baru dia kenal sikit sapa mama dia. Yelah sebab anak dia dah campur susu. So kalau orang nak bwk jalan senang. Bwk skali perkakas2 susu dgn pampers dia. Lepak 2 hari pun tadehal.

Bila dengar pengalaman org, Alhamdulillah aku rasa syukur sangat dengan peluang yang Allah bagi.

Sekian.

Friday, January 3, 2014

i want to tell you something!

Assalamualaikum. Harini saya nak share tentang satu produk yang saya dah guna dan sekarang sebab terlampau suka dengan keberkesanannya maka saya nak jual. Amboi kau, dah lama menyepi tetiba muncul terus nak jual barang. over sangat!

Pernah dengar tak haruman kasturi? Yang selalu kita dengar ialah 'mulut orang yang berpuasa itu lebih harum seperti haruman kasturi'. Dan dulu masa sekolah ada seorang kawan berbangsa India nama nya Kasturi -__-''

Jadi apa sebenarnya kasturi ni? Daripada pembacaan saya, Kasturi berasal dari 2 sumber iaitu dari Kijang (Musk Deer) dan satu jenis lagi dari sumber bunga-bungaan. Kasturi merupakan wangian terbaik dan kehebatannya diperkatakan sejak zaman berzaman. Sabda Nabi Muhammad SAW "sebaik-baik haruman (buat kamu) ialah misk / kasturi" (shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dari Jalal Abu Said Al Qudri)
Tapi kalau sesiapa nak tau lebih dalam tentang info pasal wangian kasturi boleh lah rajin-rajin google dan baca buku mengenai wangian. Boleh tambah ilmu gitu.

Jadi dalam banyak-banyak brand wangian kasturi ada satu brand yang sedang terhangat di pasaran iaitu KASTURI EMAS. 



Kasturi Emas mempunyai 3 jenis pilihan wangian iaitu


Melalui pengalaman sendiri. Masa baru lahirkan Arrazi, biasalah baby. Kalau time maghrib gelisah dan asyik nak meraung. Kadang-kadang kalau dalam kereta mengamuk dan rasa susah sangat nak tenangkan dia. So adik saya suggest sapu sikit kasturi kijang (Gold) pada selimut dan baju arrazi.  Lepas sapu, Alhamdulillah..baru lah dia tenang sikit dan senang tidur malam. Semenjak tu selalu sapu wangian ni dekat selimut, bantal  dia. Sejadah. Telekung. Kalau pergi memana memang stanby dalam handbag.



Kalau kita go through facebook page Kasturi Emas ni, banyak sangat feedback customer diorang. Masalah orang yang macam-macam. Ni pengalaman yang kawan saya sendiri kongsi setelah pakai kasturi emas . Dia dapat sample so dia pun try. Dia cuba sebab dia selalu diganggu. Diganggu macam selalu sesat. Padahal jalan tu dia biasa sangat lalu. Pernah sekali dia tak nampak kereta dia parking dekat mana. Ingatkan hilang padahal ada depan mata. Orang lain nampak tp dia tak nampak. So ada orang suggest try pakai kasturi kijang. So dia pun try. Sapu dekat leher dengan pergelangan tangan. Masa first time sapu, subhanallah rasa perit! panas! sampai dia pelik apasal panas sangat perfume ni? Tapi keadaan kulit takde ape. Takde merah atau kesan terbakar pun cuma rasa panas melampau. Tapi dia teruskan jugak pakai. Lepas seminggu perit tu hilang. Susah nak percaya kan? Masalah manusia ni macam-macam. Kadang-kadang benda tu tak jadi pada kita tp jangan pula kita ingat ia mustahil.






Kalau sapa-sapa pernah buat rawatan islam, mesti tau yang ustaz-ustaz yang berubat tu kebanyakannya guna kasturi. Mungkin sebab khasiat dia dan kemampuan dia dalam merawat. Kita pun tak tau kan. Hanya yang arif saja tau. Lagipun bumi Allah ni luas. Terlampau banyak sangat ilmu yang bukan semua sampai pada kita. Ilmu yang ada pada kita ni hanya lah setitik dari air yang mengalir di lautan. wahh bermadah gitu...



Kalau tengok lagi testimoni, ada yang ada masalah keputihan selesai lepas sapu kasturi kijang. Wow amazing! Saya seriously ingat kasturi ni sebagai pewangi and tak nak bagi hantu dekat je (bahasa kampung). rupanya dari segi kesihatan pun membantu. Kagum sangat!



Haaa lagi satu nak share! Lagi satu pengalaman sendiri. Hari tu anak buah saya ala yang pernah cerita dekat sini. Nabeeha. Dia tu kulit sangat-sangat sensitif. Lambat tukar pampers je mesti merah-merah melecet. Budak ni kalau hantar rumah pengasuh nak detect pengasuh tu efficient ke tak tengok celah kangkang dia. Kalau elok bersih maknanya efficient. Kalau ada merah-merah maknanya tak efficient. sebab lambat ganti pampers. lol. Ok nak dijadikan cerita, si mak sedara dia ni try la sapu kasturi kijang dekat tempat-tempat luka tu. Sebab kesian dia asyik sebut 'akit....akit....'. Lepas ganti, esok pagi bukak pampers semua merah-merah hilang. Kering. So kagum sangat. Lepas tu tiap kali mandi je dia sendiri request nak sapu kasturi. Amboi high maintenance sungguh! Ingat murah ke perfume tu? haha

wangian yang universal. Bukan terhad kepada muslim sahaja :)

So kalau ada sesiapa pembaca blog ni yang ada masalah seperti testimoni yang ditunjukkan di atas. Boleh lah cuba. Tak salah mencuba. Selagi tak cuba kita tak tahu. Mana tau produk ni berkesan.


Sekarang ni, Kasturi Emas tengah giat mencari lagi ramai ejen jualan ataupun lebih eksklusif dipanggi Eksekutif Jualan.. Kalau sapa berminat boleh layari laman web diorang www.kasturiemas.com.my or boleh call nombor telefon yang ada dalam map dibawah ikut negeri anda atau call je no ni 013-526 7129. Mana la tau student-student nak cari income sambil belajar, dengan modal yang sangat rendah boleh la try!





Sunnah satu kebanggaan. Cetusan keyakinan diri. 
The sunnah the better :)