Di pagi sabtu yg indah ini hati aku membuak-buak nak menyuarakan pendapat tentang hal ini. Blerghh marilah kita cuba. Apakah akan terjadi pada nasib entry ni mungkin dipublish atau masuk draft.
Last week melawat sorang kawan yang baru lepas deliver a cute little baby girl. Secara pembedahan. Dan ditemani lagi seorang kawan yg ada handsome little boy. Umur baya2 arrazi jugak lebih kurang. Dia pun melahirkan secara pembedahan. Kiranya dekat situ aku sorang je ada pengalaman beranak normal.
Borak punya borak terkeluar dari mulut salah sorang suami yg isterinya bersalin operate tadi," baguslah operation. Bawah tak effect. Kalau effect dah tak sedap."
Wan pandang aku. Aku pandang wan. Seriously? Hatiku pilu.
Aku tak ada niat nak memperkecilkan usaha ibu yg buat pembedahan. Sebab aku pasti sakit dan azab nya sebelum melahirkan tu sama je rasa dia. Dua2 kawan aku yang cerita. Sakit yang subahanallah! Orang yang sabar dan tabah je yang akan teruskan prosedur hingga rahim nya digunting. Yang tak dapat sabar pasti akan minta doktor operate.
Walaupun keluar dari mulut suami dia ayat di atas tadi, tapi isteri dia tak putus2 cerita macam mana sedih dan remuk hati dia masa nurse hulurkan borang kebenaran utk pembedahan sebab baby dah start berak. Terpaksa bedah. Dengan berat hati dia sign borang tu.
Semua ibu pasti mahu melalui proses kelahiran terbaik! Operate atau normal pahala dia dah Allah janji. Jadi sebagai suami atau lelaki perlu kah kita melabel isteri2 yang dah bersusah payah ni dengan pandangan yang bukan2?
Walaupun ramai bagitau aku, kebanyakan org cina suka operate sebab tak nak bahagian bawah effect aku pun tak pasti sahih atau tak. Bagi aku banyak je jamu yang boleh kita makan untuk ketatkan balik. Tinggal nak dengan tak nak je. Ok dah masuk 18sx. Dan mungkin ini hikmahnya poligami. Utk suami yg tak puas.
Btw, aku bukan nak sokong poligami disini. Tapi apa yang aku lalui masa bersalin haritu, macam yang aku pernah cerita dulu. Memang sakit. Dan sampai sekarang bila teringat kesakitan tu aku selalu hampir mengalirkan air mata. Sakit! Dan bila aku mengenangkan umi yang berjaya melahirkan sampai 6 org anak secara normal, rasa hormat bertambah. Rasa sayang bertambah. Rasa tak nak menyusahkan bertambah. Dan aku rasa ini lah kot hikmah dia. Kita rasa sakit susah nak lahirkan anak. Jadi kita akan berusaha lebih baik untuk pastikan dia menjadi seorang yang baik serba serbi supaya berbaloi dengan kesakitan itu.
Tapi umi selalu pesan. Jangan lahir dan besarkan anak dengan mengharap balasan. Tugas kita hanya beri terbaik dan doa supaya dia taat perintah Allah. Itu lebih penting. Kerana anak yang taat pd Allah tidak akan mensia siakan ibu bapanya.
Lepas tu, diorang tanya lagi..dila still bf sampai sekarang ke? (setahun 2 bulan). Alhamdulillah yes. Alhamdulillah Allah mudahkan niat ni. Kemudian mereka tambah, tetek pun makin panjang lah kan?
Haih... Kenapa ye mesti ada statement yg menyakitkan hati?
Tapi memang pun. Tetek kau dah tak macam zaman anak dara. Dah pelik. Tapi bagi aku, berbaloi perubahan tu demi anak tersayang. Biarlah berubah jadi mcm mana pun asalkan dia dapat cukup seperti saranan Al quran.
Tak aku bukan nak berlagak dgn ibu yg campur susu. Sebab mereka ada alasan sendiri kot. Bukan semua dpt rezeki nk menyusu anak secara eksklusif. Ada yang menangis sebab susu kering. Ada yang habis beribu beli supplement tp masih takde harapan. Aku faham. Tapi apa yg aku tulis demi mempertahankan ejekan yang macam ayat tadi tu.
Aku ni pun dalam proses nak dapatkan bentuk badan asal. Berperang jugak la. Menyusu badan lagi cepat lapar gila!
Biarlah melabur pada anak dari tak-nak-bf-sbb-nak-jaga-badan-takut-suami-lari. Suami tu jangan dilupa kuotanya 4 dong. Manusia pula jang dilupa hatinya selalu berubah. Bagi aku, kalau suami aku nak lari...larilah sejauh mana pun. Belum tentu aku nak kejar. Tapi janganlah anak aku yang lari. Ahh tulis begini pun hati bagai disiat. Minta dijauhkan. Aku jaga makan jaga badan untuk sihat. Yes untuk suami juga. Tp aku takkan paksa diri melebihi kemampuan semata mata untuk puaskan hati suami. Ya macam aku cakap tadi suami, lelaki. Kena ada sikit prasangka. Baguslah kalau boleh 100% percaya. Tapi org tu bukan aku. Hihi. Suami ni kena di ajar tentang susahnya kita mahu beri terbaik untuk anak. Melahirkan normal dan breastfeeding adalah perkara yang terbaik (insya allah). Jadi dia haruslah bersyukur punya isteri yang diberi rezeki semuanya normal. Lgpun kalau beranak operate dkt private hospital kos dia double kot!
Hikmah yang paling aku syukur sekali bila bf adalah anak aku tidak suka2 orang nak ambik bawak sana sini. Sebab pengalaman sendiri, bayangkan dalam keadaan tengah pantang, emosi tak stabil, masih mummy blues lagi diorang selalu doa supaya aku outstation jauh2. Supaya diorang dapat jaga anak aku. Lepas tu selalu nak pergi mana2 tak nak bawak aku tp bwk anak aku je. Siap perli alah mak dia takde pun takpe. Beli susu tin kat kedai. Bukan mahal sangat. Bagai dihiris hiris hati aku ni. Otak aku cuma boleh proses yg manusia2 ni memang niat dia nak pisahkan aku dgn anak. Jahat! Jadi bila anak aku 100% bf ingat senang2 diorang nk bwk jalan suka hati? Bwk mak dia sekali. Hehe. Cukup time dia lapar terkedek kedek dia cari ibu dia.
Ada org cakap aku kedekut anak. Memang pun. Sesuai la dengan mulut kau orang yg tak reti jaga hati org. Diorang bergurau mungkin? Ohh kasarnya gurauan. Aku dh terluka. Tunggulah luka tu sembuh. Buat masa ni selagi nyawa di badan, selagi aku sihat selagi berdaya biar aku yg jaga. Nak pergi mana2 bawak dia jalan, nihhhh (tunjuk diri sendiri) mak dia ada. Bawak sekali! :-D
Bila kawan yg tadi bersuara, anak aku doploh pat jam dengan family mertua. Adik2 ipar pantang ada masa mesti nak ambik dia. Dulu masa baby dia langsung tak kenal aku sapa. Sedih sangat. Sekarang bila besar ni baru dia kenal sikit sapa mama dia. Yelah sebab anak dia dah campur susu. So kalau orang nak bwk jalan senang. Bwk skali perkakas2 susu dgn pampers dia. Lepak 2 hari pun tadehal.
Bila dengar pengalaman org, Alhamdulillah aku rasa syukur sangat dengan peluang yang Allah bagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment