Thursday, May 19, 2011

Sandwich - Luar kosong, dalam penuh inti

Aku menulis semua dari hati. Entry ni aku tulis masa meja penuh dengan kertas. Penuh dengan kerja. Penuh dengan paperwork. Busy. Tapi bila rasa nak menulis peduli apa hidup hectic gila kan? I want to write about my best friend. Dah macam karangan budak sekolah.


Aku tak ramai kawan. Okey ramai sebenarnya. Tapi kawan yang betul-betul aku share semua benda Cuma 2 ketul ni je.



Tak kira lah bila masa aku message diorang pun, mesti mereka akan reply. Bila masa aku call pun mesti mereka akan pick up except time tidur la kan. Setakat ni jawapan mereka tak kerek la tiap kali pick up fon like ‘hoi ko pehal call aku pagi2 hah? Tak tau ke aku dah plan nak bangun lambat arini? TAK. Mana pernah. Mereka faham kehendak dan keperluan aku. Mereka jurufoto yg baik. Tetibe. Mereka tau taste aku. Sebab aku ada taste yg teruk untuk sesetengah benda like ciri-ciri suami idaman. HAHA



Kami berkawan secara unplanned. Kawan atas kawan. Okey tipu. Kami satu batch yang sikit tetapi rapat dan manis..Masa kat kolej dulu, adalah saat yang indah dan mendebarkan kalau diingat balik. Kami ni orang yang kuat.. cewahhh

Sekarang bila dah kerja, kami tak pernah putus hubungan.

Setakat ni kami dah plan banyak percutian bersama. Percutian biasa-biasa. Percayalah, percutian dengan kawan baik adalah yang terindah! Ok. Aku cakap macam tu sebab aku belum ada suami. Nanti dah ada mungkin bersama suami adalah saat terindah. HAHA. Ok meloyakan disitu. But on top of that, kawan baik adalah paling memahami kita. Tak semua rahsia kita akan kongsi dengan suami, but trust me, hampir semua rahsia kau akan kongsi dengan kawan baik.


Melaka

consider sebagai percutian juga - port dickson


Penang


LCCT eh bukan..Bandung



Walaupun kenduri kahwin, tapi consider sebagai percutian juga sebab best sangat rasa macam bercuti..

Mereka adalah dua orang yang best untuk di buli. Tapi selalunya aku yang kena buli. Aku tak kesah kalau bad hair day depan mereka. Mereka pun tak kesah. Ah sape kesah? Kalau nk melantak laksa sampai 3 mangkuk depan mereka pun aku tak kesah. Nak makan pizza berkeping-keping macam bela saka pun aku tak kesah kalau depan mereka.




Makin dekat nak kahwin, makin sayu. Lepas ni for sure aku akan jarang sms mereka. Aku akan jarang pick up call mereka apatah lagi nak call mereka. Aku tak takut kalau suatu hari nanti bila aku tengah down, mereka takde dengan aku….tapi… aku takut sangat time mereka rasa down, aku takde dengan mereka. Takut sangat….

promosi





Kalau aku banyak duit, aku rasa macam nak sponsor korang pegi Nepal. Best lah nepal tu!

Kawan, terima kasih sebab ada dengan aku .

Touching.

Monday, May 16, 2011

Cerita hari Guru

SK Padang Besar Utara


Tu la sekolah aku membesar sampai darjah 5 sebelum pindah ke sekolah lain. Dulu kecik-kecik aku tergolong dalam kategori budak baik, skema jawapan dan tidak nakal. Aktif masuk macam-macam pertandingan sampai wakil sekolah peringkat negeri. Choral Speaking. Melukis. Jambori dan lain-lain. Sudah la kau dilla, masuk bakul suruh orang angkat. Dah la gemuk dan berat.

By the way, antara benda yang palin aku ingat masa kecik-kecik dulu, darjah satu. Cikgu Fauziah. Dia baik sangat. Keibuan sangat. Ada anak dekat sekolah tu. Adam dengan Hawa. Kalau marah dia tak pernah jerit-jerit. Aku memang admire sangat dekat cikgu tu. Dia datang sekolah bawak van putih. Panjang. Hebat kan? Orang perempuan bawak van. Orang cakap, anak dia ramai. Sebab tu pakai van. Kalau pagi-pagi mesti aku tunggu dekat tempat parking dia selalu park sebab nanti dia akan panggil suruh ambik beg sama ada bawak masuk kelas atau letak tempat dia. Muka bangga gila ah sebab dapat bawak beg cikgu. Kembang kempis hidung. Itu cerita budak dulu-dulu. Baik. Berebut nak tolong cikgu. Budak sekarang?

Ada lagi satu cerita. Masa darjah 4. Cikgu Bahasa Malayu. Cikgu Rozaizuni. Dia cikgu yang rock. Badan gempal. Datang sekolah naik motor. Aku admire sangat tulisan dia. Tulisan dia sambung-sambung. Kemas je. Walaupun tulis kat papan hitam guna kapur, aku boleh berkhayal ada tulisan macam tu kalau tengok dia menulis. Dalam buku aku penuh tulisan conteng-conteng. Nak try tulis sambung. Macam cikgu Rozaizuni. Dulu pernah aku mengamuk dekat umi, nk bunga mawar yang dia tanam sekuntum sebab nak bagi cikgu Rozaizuni . kan hari guru. Cikgu Rozaizuni Cuma mengajar BM bukan guru kelas aku pun. Tapi aku nak sangat bagi bunga dekat dia. Umi pun petik sekuntum, and wrapping cantik-cantik dalam plastik ada corak bunga kecik-kecik kaler merah. Sampai sekolah orang lain tak bawak hadiah untuk cikgu pun. Aku pun malu nak bagi. Perap bunga dalam beg. Tapi aku bisik kat kawan sebelah,pssstt aku ada bunga nk bagi cikgu Rozaizuni. Masa Teacher Fajrina, guru Bahasa Inggeris merangkap guru kelas aku masuk, kawan sebelah tak guna terus bagitau Teacher Fajrina pasal bunga dalam beg. Dia pun tanye, untuk saya ke? Satu kelas dengar. Tak guna punya budak sebelah. Aku pun sengih-sengih, sy nak bagi Cikgu Rozaizuni, tapi saya malu..teacher ambik lah. Tapi teacher cakap, nanti sy tolong bagi dekat dia ye. Aku pun angguk. Kata budak skema kan.

Esok nya masa nak beli roti canai, nampak cikgu Rozaizuni datang naik motor dengan ikat key dekat kepala. Dia cakap, terima kasih, bunga tu.

Aku pun kembang terus makan roti canai 2 keping. Bertambah kembang.





Tu saja.

Thursday, May 12, 2011

meghoh nyo...

Akhirnya tanpa dirancang warna merah menjadi pilihan.

Aku selalu deny bila terdetik dalam diri aku sebenarnya minat warna merah. Eh mana ada. Tapi bila bukak almari, tudung, baju banyakkkk kaler merah. Selalunya apa saja yang berwarna merah pasti menarik perhatian. Tapi dulu-dulu bila berangan pasal  warna tema untuk majlis perkahwinan mesti kaler merah dalam fikiran dulu. Tapi sebab hidup dalam denial, maka akan ubanh angan-angan kepada biru lembut. Cantik walaupun sebenarnya tak berapa nak in dengan diri sendiri.

Ingat lagi masa pergi kenduri kahwin Sarah, kawan satu kolej dulu. Terdetik di hati ah dia buat merah. Kecewanya... tapi keluar di mulut, merah lagi.

Masa bertunang dulu, ingatkan nak buat kaler pastel yang lembut-lembut. Alih-alih merah jadi pilihan. Baju encik tunang yang pilih...ewwwww! mula-mula kutuk. Tapi dalam hati meronta-ronta cakap cantiknya kaler tu! tapi sebab suka deny semua benda lalu dekat mulut asik cakap baju ni huduh!

Masa tengah-tengah pening pasal kaler tema, pergi butik cari baju. Merah jugak yang di capai walaupun di mulut cakap nak kaler biru. Bila sarungkan baju biru alangkah hampanya di hati sebab rupanya warna biru sangat tidak sesuai dengan keadaan bentuk badan diriku.. namun begitu hati tidak terlalu hampa kerana pastinya si merah dapat membantu...

Akhirnya merah menjadi pilihan..tapi sebab suka denial...selalu mengharap tak nak pakai baju merah tu..