Thursday, May 19, 2011

Sandwich - Luar kosong, dalam penuh inti

Aku menulis semua dari hati. Entry ni aku tulis masa meja penuh dengan kertas. Penuh dengan kerja. Penuh dengan paperwork. Busy. Tapi bila rasa nak menulis peduli apa hidup hectic gila kan? I want to write about my best friend. Dah macam karangan budak sekolah.


Aku tak ramai kawan. Okey ramai sebenarnya. Tapi kawan yang betul-betul aku share semua benda Cuma 2 ketul ni je.



Tak kira lah bila masa aku message diorang pun, mesti mereka akan reply. Bila masa aku call pun mesti mereka akan pick up except time tidur la kan. Setakat ni jawapan mereka tak kerek la tiap kali pick up fon like ‘hoi ko pehal call aku pagi2 hah? Tak tau ke aku dah plan nak bangun lambat arini? TAK. Mana pernah. Mereka faham kehendak dan keperluan aku. Mereka jurufoto yg baik. Tetibe. Mereka tau taste aku. Sebab aku ada taste yg teruk untuk sesetengah benda like ciri-ciri suami idaman. HAHA



Kami berkawan secara unplanned. Kawan atas kawan. Okey tipu. Kami satu batch yang sikit tetapi rapat dan manis..Masa kat kolej dulu, adalah saat yang indah dan mendebarkan kalau diingat balik. Kami ni orang yang kuat.. cewahhh

Sekarang bila dah kerja, kami tak pernah putus hubungan.

Setakat ni kami dah plan banyak percutian bersama. Percutian biasa-biasa. Percayalah, percutian dengan kawan baik adalah yang terindah! Ok. Aku cakap macam tu sebab aku belum ada suami. Nanti dah ada mungkin bersama suami adalah saat terindah. HAHA. Ok meloyakan disitu. But on top of that, kawan baik adalah paling memahami kita. Tak semua rahsia kita akan kongsi dengan suami, but trust me, hampir semua rahsia kau akan kongsi dengan kawan baik.


Melaka

consider sebagai percutian juga - port dickson


Penang


LCCT eh bukan..Bandung



Walaupun kenduri kahwin, tapi consider sebagai percutian juga sebab best sangat rasa macam bercuti..

Mereka adalah dua orang yang best untuk di buli. Tapi selalunya aku yang kena buli. Aku tak kesah kalau bad hair day depan mereka. Mereka pun tak kesah. Ah sape kesah? Kalau nk melantak laksa sampai 3 mangkuk depan mereka pun aku tak kesah. Nak makan pizza berkeping-keping macam bela saka pun aku tak kesah kalau depan mereka.




Makin dekat nak kahwin, makin sayu. Lepas ni for sure aku akan jarang sms mereka. Aku akan jarang pick up call mereka apatah lagi nak call mereka. Aku tak takut kalau suatu hari nanti bila aku tengah down, mereka takde dengan aku….tapi… aku takut sangat time mereka rasa down, aku takde dengan mereka. Takut sangat….

promosi





Kalau aku banyak duit, aku rasa macam nak sponsor korang pegi Nepal. Best lah nepal tu!

Kawan, terima kasih sebab ada dengan aku .

Touching.

No comments:

Post a Comment