Akhirnya tanpa dirancang warna merah menjadi pilihan.
Aku selalu deny bila terdetik dalam diri aku sebenarnya minat warna merah. Eh mana ada. Tapi bila bukak almari, tudung, baju banyakkkk kaler merah. Selalunya apa saja yang berwarna merah pasti menarik perhatian. Tapi dulu-dulu bila berangan pasal warna tema untuk majlis perkahwinan mesti kaler merah dalam fikiran dulu. Tapi sebab hidup dalam denial, maka akan ubanh angan-angan kepada biru lembut. Cantik walaupun sebenarnya tak berapa nak in dengan diri sendiri.
Ingat lagi masa pergi kenduri kahwin Sarah, kawan satu kolej dulu. Terdetik di hati ah dia buat merah. Kecewanya... tapi keluar di mulut, merah lagi.
Masa bertunang dulu, ingatkan nak buat kaler pastel yang lembut-lembut. Alih-alih merah jadi pilihan. Baju encik tunang yang pilih...ewwwww! mula-mula kutuk. Tapi dalam hati meronta-ronta cakap cantiknya kaler tu! tapi sebab suka deny semua benda lalu dekat mulut asik cakap baju ni huduh!
Masa tengah-tengah pening pasal kaler tema, pergi butik cari baju. Merah jugak yang di capai walaupun di mulut cakap nak kaler biru. Bila sarungkan baju biru alangkah hampanya di hati sebab rupanya warna biru sangat tidak sesuai dengan keadaan bentuk badan diriku.. namun begitu hati tidak terlalu hampa kerana pastinya si merah dapat membantu...
Akhirnya merah menjadi pilihan..tapi sebab suka denial...selalu mengharap tak nak pakai baju merah tu..
No comments:
Post a Comment