Waktu di desktop : 10.04am
Tiada solat dhuha sebab masih uzur. Eh perlu ke tah mention tu kat sini?
Insya Allah esok dah okey.
Situasi : normal dalam jeles dan geram (gara-gara tak dapat cuti)
Perasaan : senang sekali
Mood : baik *emm, i wonder what is da different between perasaan dgn mood?
Kesihatan : masih batuk sikit-sikit
masih sesema banyak-banyak
tekak perit..erkkk
Okey apakah tujuan aku berblogging? dulu kawan yang suruh sebab masa tu aku sedang patah hati.ah tak perlu mention disini. sebab aku pernah nyatakan dulu. Kawan cakap, bagus untuk buat luahan perasaan. tapi sekarang aktiviti ni makin best macam makan aiskrim sambil tonton spongebob dan esok lusa tulat adalah cuti semester. Memang best dan heaven skali. best kenapa? sebab aku suka sekali blog hopping dan mengintai kehidupan orang lain yang indah-indah kemudian berangan sebab berangan itu tak perlu dibayar kan???
tapi kadang aku jadi depress. eh kenapa depress? sebab selalu aku akan sebut stress. tak sekarang nak tukar sebut depress banyak-banyak kali. ah! depress sebab kena tulis blog sikit-sikit dan save dulu dalam draft sebelum publish. sebab bos ada. eee! Tanda protes bila bos ada dalam ofis adalah.....? Pasang Media player kuat-kuat lepas tu diri sendiri sakit kepala. sakit hati bukan?hah save lagi...
grrrr.....
Aku rasa hebat pagi ni. sebab dila tak bangun lambat. dila tak perlu tumpang kancil kunin. eh oren. dila sempat naik bus direct ke shah alam. dila breakfast dengan dutch lady perasa coffee. dulu masa kerja tempat lama boleh dikatakan hari-hari aku breakfast dengan minuman tersebut. apa lagi badan membesar bagai di pam-pam guna pam angin belon panas kalau kita naik dengan yang tersayang menikmati udara pagi hari sure rasa romantik gila walau ada api atas kepala! huh! kemudian aku terpaksa boikot minuman tersebut sebab ia keluaran syarikat belanda. ingat tak dulu belanda pernah ada kes ape tah lupa lalu kita semua kena boikot pruduct from Deutch. Tapi sekarang aku minum balik sebab tulang belakang perlukan kalsium. Sebenarnya masih banyak susu yang boleh diminum. Ntah lah. Aku memang tak berapa kuat sangat pendirian bab bab macam ni. Dulu pernah dituduh pembunuh sebab beli Mc D. Sedangkan satu family boikot product dari US. Teruk nye aku..Aku manusia biasa. Lemah..
Okey stop mengarut dan merungut.
Minggu depan adalah hari pendaftaran. Cop!! bukan minggu depan. tapi sabtu ni. sabtu 8 haribulan 8 2009. aku ni dah betul-betul ready ke? takut pulak bila hari-hari syakirah texted 'rasa macam nak mati sekarang. rasa macam nak berenti belajar! rasa macam nak macam-macam..
Macam macam pulak budak nih..menakutkan aku saja. Semalam dia texted
aku nak berenti tulis blog!
Memang susah nak dijangka. Ade je kau ni. Jangan lah. Kita kan berhubung secara maya. Kalau kau tak tulis blog tak best lagi aktiviti ni..
Rindu lagi pada dia? em macam mana nak tafsirkan apa aku rasa sekarang ni ye..?
okey macam ni. Dulu masa dapat tau akan ada sukan kerajaan negeri selangor dekat padang rumah aku, hari-hari aku berdebar bila nampak khemah segala dengan orang ramai-ramai main bola bagai dekat padang tu. bukan apa aku tau dia kuat sukan aku takut sangat terserempak dengan dia. dulu aku selalu berdebar-debar bila nampak kereta persona kelabu lalu kat mana-mana pun. dulu aku selalu berdebar-debar bila terserempak dengan orang yang pakai cermin mata, pakai sweater biru badan kecik kurus macam iras-iras macam dia. Ingat lagi tak rumpai laut masa dekat one utama kita terserempak dengan orang macam tu? biru pucat muka aku...grrrr
tapi sekarang..
aku macam dah tak rasa berdebar-debar haram selak lah haih nak biru pucat muka sane sini bila potong jari darah tak keluar memancut mancut tuh..ape da merepek...
Sekarang dah hampir 4 bulan. ye ke? yela kot.. memang sepatutnya aku dah tak rasa semua tu kan. aku dah tak patut bercerita pasal dia setiap kali bergayut dengan teman setia di handphone . aku dah tak patut text ochin dengan ayat-ayat berbaur simpati 'cin, tolong bagitau dia aku rindu dia' secara tiba-tiba sewaktu ochin dalam toilet, dekat mapley atau sedang beli tudung di jalan masjid india. aku dah sepatutnya tak mimpi dia lagi bila tidur secara letak kepala atas meja di ofis atau tidur di dalam bus atau di atas tilam kat rumah tu.
Alhamdulillah...berkat doa yang tak pernah aku lupa pada Dia, Ya Allah bantulah aku lupakan si polan bin si polan setiap kali selesai solat, berkat sokongan teman hati, teman chatting kalau handphone tertinggal, teman blogging, perasmi chat box aku di sebelah, teman masa jualan mega sale, teman mencari mc sebab ponteng keje, teman yang aku text setiap kali sebelum tido, teman yang sanggup pinjamkan duit untuk yuran pengajian, teman yang aku ingat dia bila aku sedih dan bila aku happy, teman yang jarang-jarang aku lupa dia. Kau tahu siapa kau. Kemudian berkat sokongan teman-teman sepejabat yang sangat sangat faham. Berkat sokongan umi adik adik dan semua. wah! ucapan menang anugerah ke hapa ni???
Okey. apa aku nak tulis mula mula tadi tah??
Berkat sokongan mereka, aku masih boleh bergerak pantas sampai hari ni. Aku masih belum mahu minum racun. Aku masih belum nak terjun rel LRT sambil melalak lalak. Oh Tuhan, terima kasih sebab bersama aku. Cukup tulis pasal dia. Cukup dan cukup.
Tadi ke klinik untuk check diri sendiri yang batuk tak mau henti-henti. Kong kang kong kang 24 jam selama 7 hari dah nak masuk 14 hari. Doktor cakap disini tiada treatment atau medical check up untuk kesan virus selsema babi tu diulangi babi..haha. saje ambik kesempatan sebut babi banyak kali. Ish babi..babi..sian kat korang selalu jadi punca masalah. Korang sedar tak korang tu babi yang bagi banyak masalah kat manusia? Weh babi, korang tau tak korang tu babi??? ngee....suka! bilalah aku ni nak matang...dila dila...
Respon doktor bila saya mahu check darah untuk kesan selsema babi..
Virus H1N1 bukan dikesan melalui darah. Tapi melalui throat. Swipe Throat. If im not mistaken.. Ada alat khas yang digunakan untuk mengambil lendiran dari tekak dan diuji di makmal untuk kesan ada tak virus babi tersebut. Menurut doktor lagi, virus tersebut ada dalam selsema biasa yang selalu kita kena tu. So kalau anda diserang selsema, sebanyak 60% virus babi ada dalam selsema kita. Walaupun kita tak makan babi, tapi mungkin dari junk food yang kita makan kadang-kadang ada perasa babi. Mungkin. Bukan lah. Kandungan virus sesema babi tu 60% adalah dari selsema biasa. dan 40% lagi yang membentuk virus H1N1 tersebut. Sekarang ni, bukan semua hospital dapat provide servis untuk mengesan virus tersebut. Hospital kerajaan, dan bukan klinik biasa and beberapa hospital swasta. Dan kosnya around 60 ~ 80 ringgit. Kata doktor lagi, virus ini akan menyebabkan kematian pada orang yang mempunyai penyakit lain seperti asma. jantung, buah pingga atau penyakit paru-paru dan juga kepada orang yang dah sampai ajalnya...
Nasihat doktor..
Banyakkan minum air masak bertapis. Lebihkan rest. Kerap basuh tangan anda. Jangan tinggal topeng muka anda di rumah kalau nak kemana-mana. Jangan biar diri anda kerap sangat di tempat awam yang ramai orang. Kalau perlu jogging pun dalam rumah. Padam kipas, lari setempat atau skipping pasti berpeluh dan sihat. Make sure ada tisu dalam beg untuk buang hingus (aku tambah sendiri..)
Mari amalkan gaya hidup sihat.
p/s: entry ini memerlukan aku save as a draft sebanyak 40 kali. harap maklum.