Puasa nanti aku harap orang orang yang menyebabkan aku selalu mencarut sial sial banyak kali tu jangan lah cari pasal dengan aku. Terutama kau pakcik bus. Aku harap kau tidak memandu slow yang menyebabkan aku salu sampai lambat ke ofis. Aku harap kau bawak laju sikit supaya sampai on time bila aku balik keje tak sampai lewat kat rumah dan sila jangan menyebabkan aku berbuka puasa dalam bus. Kau jangan cari pasal pakcik bus. Dah la sabtu ahad kelas aku sampai petang. So aku harap sangat weekdays aku sentiasa dalam keadaan ceria cemerlang gemilang terbilang.
Aku dah risau dah puasa nanti dah tak boleh bawak botol air cap tupperware aku tuh. Sengaja mention botol tu cap tupperware. Ye ar. Mahal tuh beli.. Nanti dah tak leh bawak. Dah tak leh nak tonggang air sesuka hati bila haus. Risaunya aku...
Aku harap puasa nanti dapat puasa penuh dan aku tak tinggal solat terawikh. Eh kalau kau perempuan normal mesti tinggal jugak kan? Okey. Tapi aku harap tak lama sangat. Maksimum dalam 5 hari cukuplah. Malas lah nak ganti puasa nanti...
Nanti kononnya nak buat majlis berbuka puasa dengan budak budak kpm. Tapi sorang pun tak respon. Selaka sungguh diorang. Dah orang volunteer nak jadi organiser support ar sikit. Ni buat bodoh je. Cam haram. Lantak ar korang.
2 hari lepas aku terlambat gila gila punya. Dah la bangun lambat. bus plak buat taik. Tunggu dekat setengah jam baru sampai. Nama je Bandaraya Shah Alam. tapi sistem public transport masih lagi tahap zaman 1200 sebelum masihi. Aku ambik teksi. Macam haram. Dia boleh pi ikut jalan jauh. Tak pasal pasal aku kena bayar 7 ringgit. padahal rate selalu 5 ringgit je. Hnss..hnss..
Mata aku ni kejap kejap bergerak. Hangin sungguh!!!
Bila tah aku punya urusan ukm ni nak settle. Nak kena gi amek buku lagi. Resit yuran pun tak dapat lagi. Transfer credit tak settle lagi. Ptptn lagi..Haih la...
Semalam aku berjaya bagi sorang budak baik dekat ofis ni hangin. Dia orang terengganu. Selamba aku cakap, Aku rasa org kelantan lagi moden dari org terengganu. Patu aku gelak-gelak. Haha....
Aku rasa nak delete lagu dalam playlist media player aku nih. Muak hari hari lagu yang sama..!
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku bertekad tak nak mencarut carut samada dalam hati atau dekat mulut atau dalam blog. saya juga ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog saya. Maafkan jika anda pernah terasa hati dengan tulisan saya. Terutama pakcik bus yang saya selalu carutkan dalam hati. pakcik I'm begging you. Bawak lah laju sikit dan sila on time...
Selamat Berpuasa kepada semua. Sama sama kita tambah amal ibadah kita sepanjang bulan mulia ni. Semoga semuanya diterima Allah swt.. Lepas ni tak nak mencarut dalam hati lagi...
No comments:
Post a Comment