Ramai orang akan mengaku saudara bila kau senang
Ramai orang akan mengaku kawan bila kau gembira
Ramai orang akan mengaku pernah susah bersama bila kau berjaya
Apa kata hati bila kau tak ingin berkongsi
Hati dok gelisah risau
takde sapa yang tau
Semua orang ada masalah
Semua orang pernah rasa susah
Tapi jangan ajar aku tentang erti kesusahan
Susah yang kau rasa tak sama dengan apa yg pernah aku lalui
Susah kau mungkin cuma suku bahagian dari susah aku
Jadi stop pretend yang kau memahami
Stop pura pura yang kau faham segala
Cuma aku yang arif dengan apa yang aku rasa
Stop ajar aku tentang kesusahan
Mungkin apa yang berlaku
kifarah atas apa yang aku buat dulu
kalau betul aku redha
tapi beri aku peluang
Maafkan atas kesilapan masa nan silam..lalala...
aku manusia biasa
aku penat
dengan ujian
aku ingin bahagia
jalan berliku sangat..
padahal bukan ikut short cut pun
tapi mungkin highway belum siap
jalan jam sikit
kalau balik petang jam giler!
tapi aku percaya
Rahmat mu luas..tak terhingga
aku insan yang masih mencari
cari cari..dan cari..
ilham..bukan ilham resort
ilham supaya aku lebih bersyukur pada Mu..
Buatkan aku lebih bersyukur dengan semua ujian Mu Ya Allah..
Aku mahu sentiasa ingat Kau
Aku tak nak jadi orang yang mudah lupa pada Kau
Aku nak bila aku berjaya, aku gembira
Bila aku gagal aku tak kecewa...
ni mood tgh sedeh ke dek..?
ReplyDeletehehe...akak br je abeh nanges.
Ingt Allah slalu
aaa...tq pooh!
ReplyDeletebetul..ingat Allah je..