Wednesday, October 7, 2009

Pisang goreng panasssss........orang johor makan cicah sambal kicap!

Bila kita ditinggalkan saat hati masih sayang
ringkas dibilang
sayang saya sudah tiada
tak guna kita teruskan kerana at the end kita tak kan bahagia

baik...

jika anda dalam situasi ini apa anda buat?
saya bagi masa 2 minggu untuk meraung menangis menjerit
rasa diri bodoh kerana tertipu dengan cinta palsu
mesti melutut mengadap tuhan
merintih minta diampunkan
minta diberi kekuatan
syukur kerana kamu tidak lupa DIA

baik..

selepas dua minggu
apa anda buat?

sedikit okey
masih terbayang bayang kelibat dia ..masih terbau bau perfume haruman dia (yakss) . masih tertoleh toleh jika ternampak kereta dia . tapi dah mampu berjalan berdiri dan bekerja dengan baik bukan? masih tidak lupa DIA bukan?
bagus..

selepas selepas itu?
saya bagi lagi 2 bulan..

makin okey..saya tau!
tapi kamu mencari dia tak? tertunggu tunggu email dia tak? ada lagi perasaan dup dap dup dap bila lalu tempat lepak dia? mungkin ada.. kerana itu normal..kerana ditinggalkan masa hati masih sayang .ye..dia mungkin sudah hilang frasa itu.tapi ini pihak kita..
ingat boleh right click delete memory boleh padam semua?
cakap pakai wekk boleh la..!

tapi dengar sini!

kita bukan hidup sebab dia . kita bukan bernyawa sebab dia .kau ada ibu bapa nk dijaga
kau ada adik adik nak dipelihara..hah? kau ada kerjaya nak di update . kau kena study kuat kuat . dah besar jadi cikgu . kau ada kereta nak di bayar . kau ada perut nak di isi..

so sila jangan buang masa dengan melayan fikiran macam bangang
selak lah haih siang malam dok mimpi dia semua!
aku tau tulisan ini semakin tidak realiti
tapi secara realitinya
kita sendiri yang kena lupa dia
tak kan nak suruh jiran sebelah lupakan?

ok.kau cakap selagi kau belum dapat pengganti kau akan terus ingat dia. boleh..sebab memori. kau memang kuat. bukan temporary . ingat lah...sampai lebam!

kau single so whattt?????
yg ada boy friend tu bahagia ke?
ah malas lah cakap pasal tu
kalau dah jodoh
dalam kuali bertemu jugeee... ;p

mungkin ada orang boleh jadi kawan lepas berpisah
tapi selalunya jadi lawan
hiii...aku suka!
sebab di pihak kau belum lupa dia sepenuhnya . lepas tu nak rindu rindu . nak happy happy dapat jumpa . kalau itu kau tak boleh control . rentikanlah mat... jangan buli hati kau macam tu . kesian dekat hati . dia pun tau penat dia tau sedih

kau kena kuat
untuk habiskan benda ni
kalau tak sampai bila???????

5 comments:

  1. terima kasih utk article yg bagus.
    aku mmg perlukan something like this.
    *hugss*

    ReplyDelete
  2. ye..kita mesti yakin kita kuat. kita ada family...kawan...keje pun bnyk. huhu...
    live yur life to the fullest

    ReplyDelete
  3. Yes. Entri ini untuk saya. Katakan saja dengan jelas.

    Setahun sudah.
    Tapi masih tiada apa.
    0 nisbah 3.

    Saya faham ini dunia bukan syurga.
    Saya faham ini dunia bukan neraka.

    Tapi kenapa seksa rasa ini seperti di neraka. bahagia pernah bersama dia yang dikenang seperti di syurga?

    Aku lelah.
    Aku penat.

    Aku rindu jasad itu.
    Aku rindu bau itu.

    Oke, mari berhenti bicara tentang mereka.

    Aku mahu janji.
    Mari janji.

    ReplyDelete
  4. aku tak pernah berchenta... pernah tersuka dn sayang sama org lain.. tp tak pernah smpi ke langkah seterusnya.. tergantung.. huhuhu

    nways.. nice entry!

    ReplyDelete
  5. Wow!

    thanx for the respons..i likeee!

    entry ini untuk diri sendiri
    bukan untuk sesiapa
    kita saling ingat mengingati
    ladies tak boleh lemah!
    ingat pesan rossa ;p

    cornelia
    hari ni kau membaca utk dptkan kekuatan
    esok kau akan menulis utk memberi kekuatan
    masa yg akan tentukan
    b strong girl!

    ugly pooh
    yes!
    increase ur happy o meter..yeah!

    syayakira
    oh sayang...
    kau ok..aku tau tu!
    galak sikit je ;p

    jard
    thanx!
    becinta lepas kahwin org kata best
    jom try nk?
    haha

    ReplyDelete