Aku rasa macam sebenarnya dia nak bagitau aku, dila kau ni cantik! sangat!
Aku la orang yang tipu dia, tak lama lagi Malaysia akan tukar roundbout jadi squarebout. Sebab bulatan dh tak relevant. Dia la tertipu dan muka stress siap lukis bentuk petak, tanye macam mana kalau kita nk masuk simpang? Sapa kena berhenti?sapa kena tunggu? Sambil maki2 samy vellu yg jadi menteri jalan raya masa tu.. keh keh..
Aku pernah bg alasan kau sibuk sebab tu aku tak bagitau dah clash dengan dia dan sampai sekarang dia very concern for every single things happen to me.
Aku bukan setakat kenal dia tapi mak, ayah, adik, abang, arwah pak tok, maktok, cik, makngah, dan segala mak lagi yang dia ada. Joyah kan? ;p
Dengan dia la tiap minggu outing merayap dekat mid valley macam anak terbiar dengan baju kurung dan selipar tengok segala movie, makan laksa jusco tak pernah jemu melepak berjam jam dekat MPH bookstore tapi tak pernah beli pun and dengan dia jugak la aku buat kerja cari kedai dalam mid tengok nombor kedai.
Bila tengok movie, orang semua gelak kami diam. Bila semua diam baru kami gelak..
Org lain puasa tapi kami tak puasa makan pizza dalam kereta sampai kantoi dengan pak guard cimb bank seksyen 8. Siap angkat pizza pelawa pakcik yg tengah terkedu tu..
Dia yang jahat sebenarnya sebab ada la beberapa kali aku kantoi puasa sebab dia jadi syaiton nirrajim masak meggi letak telur panas-panas tayang depan muka. Pastu serve dengan air kotak milo. Lalu aku pun selamba ambik sudu join sekali…Lepas tu cepat cepat buat solat taubat..
Kami pernah bercinta dengan orang yang sama nama ;p
Dan akhirnya terbukti orang itu bukan untuk kami dan terus jadikan fakta orang yang nama macam tu sebenarnya JAHAT!
Dia selalu nk tipu aku tapi aku jarang tertipu sebab dia menipu dengan penipu. Hahaha
Dia selalu nk buli aku, tp aku jarang terkena sebab dia buli si kaki buli…
Aku tak pernah karaoke dengan dia dan aku tak pernah ajak sebab aku takut dia malu nk nyanyi depan aku..
Banyak benda bodoh aku buat depan dia tapi aku tak pernah rasa bodoh pun.
Kalau lah kau lelaki senang cerita. Kita kahwin berdua saja. (ini menggelikan!)
Angan angan aku nanti nama anak aku Dahlia dan dia selalu cross line angan angan ku dengan nama anak dia Daisy..
Lately dia selalu bising, kalau aku call kalau kau tak dalam kereta mesti tengah tidur kan? Takde benda lain kau nk buat? Percayalah semua tu bersebab..
Dia anugerah terindah * sila muntah
Di hari bahagia ini aku susun sepuluh jari mohon ampun maaf. Semoga kau sentiasa bahagia dan gembira. Sebab kau sedih aku yang susah. Semoga kau berjaya dapat jawatan pengarah yang menjadi idaman. Nanti hari konvo insya Allah aku akan datang bersama jambangan mawar merah. Semoga kuat seperti Badang dalam menempuh hari hari mendatang. Aku doakan kau cepat2 dapat beli Honda accord yang menjadi idaman aku.. weh pagi tadi aku Nampak perempuan drive mini cooper macam muka kau versi free hair. Best kan? Semoga kau jadi wanita muslimah sejati yang tak tinggal solat atau puasa. Semoga kita terus berkawan dan dapat terima kekuatan dan kelemahan kita kita. Last but not least..semoga aku kahwin dulu! Aminnnn…..
Selamat ulang tahun Syakirah Zainal Bahrin
Sebenarnya tahun itu tak akan berulang. Percayalah!
Sebenarnya tahun itu tak akan berulang. Percayalah!
haha...aku yg 26 ni nk panggei ape??hehe..
ReplyDeletehepi bday syakirah (w'pn x kenal)
erti persahabatan sgt2 entri neyh.kita suma ada kwn cmneyh.susah nk cr gnti.huhu...bgsla...cuma part doa kamu kawen dlu 2.wat sy snyum...
ReplyDeletezati: kalau 26 bole panggil darling dah tu... ;p
ReplyDeletemazhad : bkn senang nk dapat yang betul2 ngam..
thanx mazhad kerna aminkan doa saya...hehe
Haha.
ReplyDeleteThanks.
Sebenarnya tahun itu tak akan berulang.
Yes, faham.
Tahu tak.
Tahun ni tahun yang paling ramai orang wish.
Thanks :)
komen lewat sehari...
ReplyDeletenevermind!
btw, kan best kalau wish tu adalah toyota wish!