Monday, February 22, 2010

Tips-tips untuk tersenyum positif walaupun orang baru sahaja terbalikkan pinggan nasik kau ...satu dua tiga senyummmmm ;p

Kehidupan kita bukan nya akan selalu happy..atau bahagia all the time. Kadang-kadang kita akan merasa sedih kehilangan, kemusnahan, keputusan, perpisahan dan segala per ker ter lagi...

Dah nama pun hidup..

ada atas bawah

ada tinggi rendah

sedih gembira pasti datang tanpa diduga...

Yang pasti kita harus selalu fikir positif dan sentiasa mengukir senyuman dalam apa jua keadaan
boleh ke??

tips membantu kita terus mengukir senyuman positif
* tukar wallpaper desktop lappy anda. Letak gamba anda dan rakan anda yang dah diedit menjadi gadis dari kampung seberang.

* cari kawan baru. haha! bukan putus kawan dengan kawan sekarang..bukan! Tapi bila ramai kawan kita akan nampak yang dunia ni indah rupanya...

* bila nak ketawa, ketawa KUAT KUAT! biar rasa puas! KUAT sampai mak tarik telinga.. tapi bertempat la..bukan dalam majlis keramaian...Misalnya masa tengok movie. Belasah je gelak sampai orang sebelah bengang. Biarlah..bukan dia yg bayarkan tiket kau.. haha

* cari masa untuk manjakan diri sendiri. Misalnya balik kampung, jumpa tok chaq untuk berurut. walaupun bukan di spa mewah, kau tetap akan terasa manja..

* jangan malas untuk ucap terima kasih. Bila bangun pagi senyum dan cakap terima kasih tuhan sebab panjangkan umurku satu hari lagi..

* berkebun juga dapat memberi kau senyuman. Tanam la tumbuhan yang senang ditanam macam daun setawar. Kau campak je terus mencanak canak pokok setawar kau macam dulu kecik-kecik letak dalam muqadam pastu tumbuh akar. Jangan tanam rozel sebab pokok itu cuma akan menambah stress kerana ia perlukan penjagaan rapi dan kau yang pemalas kena bekerja gigih menghalau lanun lanun perosak.

* daftar gym. Ni malas nak komen sebab melibatkan kos. ada duit lebih kau buat lah..

* cuba sesuatu yang baru. Yang belum pernah kau cuba. Misalnya buat cup cake sendiri. Dan hias sendiri dan makan sendiri. Comell...

* Setiap hari peruntukkan satu jam untuk diri sendiri. Misalnya berangan untuk bercuti ke Korea Utara dengan sepenuhnya ditaja. Wow! aku tahu. itu satu jam pasti tak mencukupi bukan?


dan paling mujarab.....

untuk muslim... bacalah al-quran walau satu ayat sehari..pasti kau akan tersenyum positif!

3 comments:

  1. btul2..hehe

    satu lg makan eskrem feveret sambil tgk citer kartun. hhehehe

    ReplyDelete
  2. ku mengukir senyuman tatkala baca entri neh.. ehehe

    ReplyDelete
  3. cik pooh : i ak bape minat aiskrim..sbb tu tak masukkan.haha!

    jard : aku tau ko tersenyum part mana... ;p

    ReplyDelete