Thursday, April 15, 2010

You can be as excotic as you can!

Selama aku membesar ni buah yang familiar dengan mata tekak dan rasa adalah tipikal buah yang senang dijumpai..selain dari buah dada :) buah yang familiar adalah epal, manggis, nenas, belimbing, durian, mempelam, lai bla..bla..bla..cliche!

Tapi tahukah kau dlm dunia ni ada banyak buah lain yang sangat eksotik dan pelik?

Okey mari sini aku ingin baeritahu kau..

Dulu masa tinggal di perlis..ada sejenis buah yang sangat familiar bagi orang orang disana tapi bukan bagi orang orang di Klang..

Buah Bidara

Disebabkan dia terlampau eksotik, sehinggakan aku type di google yang keluar  cuma 'nasi lemak buah bidara atau buah bidara di bawa belayar..T____T
buah bidara ni rasanya sedap! aku suka! bentuk nya macam buah epal hijau tapi saiz nye kecik dan comel tapi aku rasa harga buah ni lagi mahal dari epal hijau. ..
tapi bila makan, macam ada lendir sikit seperti bendi.
cuma rasanya manis. Buah ni selalu dijadikan asam jeruk.
buah bidara yang tidak dibawa belayar

Buah Keriang Dot

Dengar nama pun dah seperti melambangkan keeksotikannya..Polka dot ke hapa? Walaupun diklasifikasikan sebagai eksotik oleh aku, tapi sebenarnya kat sekolah menengah dulu ada berbaris dalam 3 ke 4 pokok keriang ni depan pagar sekolah. Bentuknya kecik kecik macam anggur. Kaler purple gelap sampai kalau kau makan dan tersenyum memang terserlah gigi lidah kau dah berubah jadi purple.. sumpah hodoh! Rasanya masam manis. Setakat ni aku pernah rasa sekali je itu pun macam tak best sangat sebab kalau tak salah dia macam kelat kelat sket....Bila dah orang offer, aku rasa je sebab nanti kalau orang cerita pasal keriang dot at least aku boleh menyampuk. Tak lah jakun sangat macam katak bawah tempurung kan... Kalau musim buah dot ni, kau jangan berani mati lalu bawah pokok ni dan kebetulan pakai baju sekolah. Memang sengaja cari nahas! Buah ni luruh atas tudung kau memang habis purple ar..sakit hati sebab aku pernah kena.
si polka dot yang nampak suci tapi try makan tengok....terus gigi tak suci lagi

Buah cermai

Tak pasti samada si dia yang aku sayang ni eksotik atau tak..Tapi since ada orang yang tak reti makan, tak pernah makan dan paling menyedihkan tak pernah jumpa maka dia juga tergolong dalam golongan ini.. Dulu belakang rumah tok ayah sebelah mak kat penang tu ada pokok ni. Sumpah menjadi igauan tiap kali balik kampung. Kitorang panjat dan goncang pokok ni laju2 hah sape kat bawah kutip sampai berpinau mata.. Dah la kecik pastu bersepah rasa nak maki je sapa kat atas pokok tuh! Tapi bila kutip reramai memang meriah. macam ada pesta :) Best okey..tapi rasa dia masam kalau makan mesti macam macam reaksi kau nampak..buat jeruk pun best jugak. Tapi tak thrilled sebab masam dia dah kurang..
si comel :p


Buah Nam Nam

Ni tak pasti betul ke nama dia. Ada sesetengah kampung yang aku melawat diorang panggil buah katak puru! Sumpah eksotik dan menggelikan nama tu. Yang ni memang 5 star la sebab kebanyakan orang tak pernah jumpa. Aku pernah jumpa dan pernah rasa. Sekali dan rasa dia phewww... Tak best sangat macam kau makan pisang. Kelat dan Masam macam muka orang ada problem.. Dia tumbuh di batang pokok dan rendah sampai kau boleh petik sambil mencangkung. Ya begitu.. Kalau tak salah orang buat sambal belacan kot campur buah ni. Ah pepandai je aku..
nam nam sebenarnya enam enam
ye memang ada rupa katak puru


Buah Salak

Bukan salak tinggi atau salak selatan atau  utara pun bukan!
Buah ni agak menggelikan pada kulitnya. Bersisik macam ewww...sila jangan bayangkan. Geli..Tapi bak kata pepatah, biar hodoh diluar tapi cantik didalam.. Buah ni kalau kena  jenis baka terbaik dari ladang memang manis. Tapi ada jugak yang jenisnya kelat tapi manis pasti ada. Dua dua pun aku suka.. Dulu masa kecik tak pandai makan. Semenjak ayah kerja di pelabuhan, maka selalu dapat merasa  buah yang pelik nih..Sebab dengarnya buah ni banyak di Indonesia..

geli diluar, suci di dalam..


belum pernah tengok secara live..ingatkan dia tumbuh di kawasan paya..rupanya kat halaman rumah tak berpaya pun ada..


Buah Melaka

Sekali dengar macam kuih. Ada orang tak tau buah ni macam mana. Weh pokok buah ni bersejarah apa. Parameswara melepak bawah pokok ni la sebelum nak buka negeri Melaka dulu.. Dulu masa di perlis, ada satu pokok ni. Semua orang tak layan walaupun buah ni cantik. Bulat kecik tapi macam ada corak sikit di kulitnya. Bila nenek datang melawat dia terus berbunga riang bila nampak buah ni banyak. Pernah makan acar buah? Ala yang banyak masa kenduri kahwin makan dengan nasik minyak tu. Yeah! dalam acar buah tu setengah orang letak buah melaka ni. Kalau makan secara fresh memang tak tertelan lah kau. Kelat! dan pahit kata budak zaman sekarang.. sungguh tak eksotik la anda ni..Bila nenek aku petik aku try rasa sebijik walaupun nenek dah warning jangan makan. Belum masak! Tapi demi nak rasa aku gigit sikit dan eww....Tapi sayang bila aku google yang ada cuma ini...

sedapnye...tapi buah melaka sebenar bukan begini rasanya..



moral untuk hari ini
Kalau kita dah sampai tempat orang dan ada buah atau makanan yang kita tak pernah jumpa, selagi tak bertentangan dengan agama... try lah rasa! Sebab ia pengalaman yang hebat!!

gambar ihsan abang google :p

4 comments:

  1. masa skolah rndah dulu...jalan balik skolah tu sy slalu curik buah namnam otw balik umah. ekekeke.....pokok jiran sbelah umah :-">

    ReplyDelete
  2. sedap ye buah tu?
    bapak saya suka gilaaaa!!
    tp susah nk dapat.

    ReplyDelete
  3. buah nam nam tu macam buah putat ka??hm..rasa nostalgia plak baca pasal buah ni..teringat mak tok aku kat sg acheh=)

    ReplyDelete