Tuesday, August 3, 2010

Bukan bernilai sekadar jutaan rupiah but its more than that!

Rupanya itulah tujuan kita selalu rasa nak melawat negara orang. Bukan sahaja cuma nak rasa macam nak suruh abang kapten slow sikit boleh tak masa kapal terbang mahu naik. atau kecut nye perut masa tayar flight mencecah bumi. Bukan cuma mahu rasa bagaimana kehidupan seorang kaya yang setiap kali bangun tidur hanya fikir macam mana nak habiskan duit untuk hari ni.
Bukan tu sahaja!

Rupanya betullah kata orang tua, jauh berjalan bukan je badan penat tetapi pengalaman bertambah


Aku selalu rasa akulah manusia paling malang di dunia cinta kecundang dan yang diharapkan jodoh itu bukan jodoh. Tetapi rupanya ada orang yang tetap teguh bersabar kerana 3 perkahwinan belum bertemu dengan cinta sejati. Sudahlah begitu, anak sendiri tak dibenarkan berjumpa dengan ayahnya. Tapi dia tetap yakin, suatu hari nanti anak itu pasti mencari ayahnya samada kucing atau kambing :')..Malah setiap hari keyakinan itu bertambah.


Aku selalu rasa akulah orang paling looser bila gaji yang aku terima tak berbaloi dengan apa yang aku usahakan untuk syarikat. Akulah orang yang paling looser bila bersama teman lain aku yang paling rendah jawatan... Tapi rupanya ada orang yang dah merasa jerih perit mencari sesuap rezeki dari umur 15 tahun tapi sampai sekarang masih mencari cari ruang untuk mengubah nasib. Yang berjaga awal dan tidur lewat untuk seratus ribu rupiah sehari :'( .. Masih belum punya kereta motor walaupun cuma 'kereta busuk'..masih belum punya apa-apa! Tapi dia tak pernah menyalahkan takdir malah terus berusaha kerana yakin nasib nya akan berubah :')



Aku selalu rasa akulah manusia yang paling perlu kerja kuat sehingga tengah malam bancuh kek untuk beli apa yang aku nak. Tapi rupanya ada orang yang lebih perlu bekerja kuat untuk teruskan hidup sampai tertidur sewaktu bekerja.. Bukan sebab malas, tapi sebab tak cukup tidur..



Bandung banyak mengajar aku yang hidup ni bukan sekadar meratap tapi perlu berjuang dan bekorban. Hidup perlu realistik. Bukan pura-pura.



Aku rindu dengan bandung. dengan keramahan pak supir. dengan keayuan gadis nya. rindu dengan suasana sewaktu dipaksa makan sawardi depan sekolah tepi jalan kecik. rindu nak lintas jalannya yang sesak.rindu nak dengar pak supir cerita tentang upin dan ipin :) ...





hidup perlu terus, bak kata pak nandang walau disini beza yang kaya dan miskin ketara amat, yang penting semua hidup bahagia. Tak pandai marah marah..duduk duduk duduk! Bandung betul betul mengajar aku :)

2 comments:

  1. Bandung sangat sesuatu.
    InsyaAllah sampai lagi.

    Aku menagis mcm nak runtuh rumah baca entri ni.

    I miss him.
    I miss Bandung.
    I miss the environment.
    I miss the people there.
    I miss the food.
    I miss the conversation in car.

    Waaaak,
    Nak Pak Nandang. :(

    ReplyDelete
  2. awak, saya tulis ini bukan untuk buat awak nages lah!

    ReplyDelete