Monday, August 9, 2010

dari hati ke hati

Isnin

selalu rasa sunyi di pagi isnin. Sedih. Sebak. Senak.

Aku teringin nak menulis sampai hati
macam dari hati ke hati
tulisan dari hati
sudut hati yang paling ceruk
kemudian menyentuh hati hati yang lain
hati yang membaca...
tapi bukan senang kan
mungkin orang yang berjaya tulis macam tu sebab niat dia untuk menulis bukan menyentuh hati siapa siapa

aku selalu limitkan apa yang aku tulis
tak keluar semua
selalu bila dah siap menulis
aku mesti rasa tak puas
sebab macam ada benda aku belum keluarkan
tak cukup isi
tapi aku tak reti
sebab aku memang orang yang jenis limit dalam segala hal
dan selalu aku tulis jarang sampai
dekat hati sendiri pun tak sampai
inikan pulak hati hati hati yang lain :)

Rabu cuti
1 ramadhan
memang menjadi adat di company kami
semua hari pertama mahu cuti
seronok lah kan
mesti lah!
tapi bab tu jelah yang seronok
kalau bab gaji tak seronok sangat :(

hari ni sayu
rasa macam perut sebu
rasa macam takde selera nak makan
tapi tadi nasik lemak sepinggan habis
tah pape

pagi pagi masuk kawan aku cakap dia jatuh cinta dengan blogger
suka tulisan beliau
hihi :)
aku pun baca jugak la blog dia
ada la jugak..
tapi kawan aku obses
gila!
lepas tu mamat tu dah single sekarang
makin gila lah kawan aku
kami ada plan
tengok lah kalau jadi
nanti aku war war kan tarikh pernikahan mereka
wah! confident!
eh jodoh kan...siapa yang tau??

aku tak reti nak jatuh cinta mcm tu
dengan tulisan
eh yeke????
kau tipulah dila
cakap betul betul!
ye betul... em yelah kot. rasanya!
atau mungkin belum ada tulisan yang sampai ke hati...
macam tadi aku cakap...

manalah tau lepas nia ada blog yang boleh buat aku jadi macam tu
tergedik gedik suka :)
seharian tergodek godek blog dia
jadi stalker hidup personal dia
haha
teringin jugak nak rasa...
kalau dia single
itu BONUS
doakan aku!

No comments:

Post a Comment